Kerajaan negeri Selangor ada 30 peratus air saham dalam SYABAS. Maknanya WAKIL Kerajaan Negeri Selangor sudah ada dalam Board Of Directors. Maknanya Kerajaan Negeri Selangor sudah diberitahu situasi kekuarangan air yang dijangka berlaku pada 2014.
Krisis kekurangan AIR TERAWAT kerana kekurangan logi rawatan. Sebab itu projek Langat 2 perlu diteruskan . Bekalan air mentah perlu dibekalkan dari Pahang yang mana LEBIH DEKAT berbanding dari Perak. Rujuk link di http://youtu.be/cdIE3_f5w0A
Pembangunan pesat di kawasan Selatan- Putrajaya,Cyberjaya, Sepang (KLIA), Serdang, Balakong, Sri Kembangan (Kawasan Bukit Jalil) menyebabkan logi rawatan Hulu Langat dan Cheras tidak dapat menampung kepesatan pembangunan dan kepadatan penduduk yang tinggi. Tambahan lagi logi yang ada sudah UZUR dan beroperasi melebihi kapasiti!
Kerana kedangkalan politik dan akal Pakatan maka projek ligitasi (short term intervention) sebanyak RM 600 juta terpaksa dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat- ini pembaziran kerana kebebalan Pakatan di Selangor
No comments:
Post a Comment