Saturday, September 29, 2012

kehebatan teknologi Melayu

Tahukah anda bahawa bangsa Melayu juga mempunyai tradisi ilmu sains dan teknologi yang hebat. Walaupun tidak sehebat Cina atau yunani dan Arab namun bangsa kita juga harus berbangga kerana orang Melayu dahulu kala sudah mempunyai kemahiran dalam sains dan teknologi yang sekaligus menggambarkan bahawa bangsa Melayu adalah sebuah bangsa yang bertamadun. Tradisi keilmuan Melayu purba ini telah dapat di ketahui melalui peninggalan manuskrip-manuskrip jawi lama tulisan tangan dari seluruh Nusantara.

Hasil daripada pengumpulan yang telah dibuat oleh pihak berwajib dari Malaysia dan Indonesia maka dapat dikumpulkan manuskrip tulisan melayu jawi lama kepada 10 bidang keilmuwan. Bidang-bidang itu ialah bidang: asal kajadian alam, manusia dan makhluk lain; astronomi; fara‘id ; matematik, perubatan; ramalan & taabir; sains hayat; sains fizik; tasawuf dan falsafah ; dan teknologi/kejuruteraan. Manuskrip yang tersimpan di luar Alam Melayu pula di dapati ada 1455 buah di Belanda, 617 buah di U.K, 135 buah di Jerman Barat, 205 buah di Perancis dan 13 buah di Library of Congress AS. Semua manuskrip di luar Alam Melayu ini juga dapat dikelaskan kepada bidang-bidang yang sema seperti yang di Alam Melayu itu.manuskrip yang paling banyak ialah bidang ramalan dan taabir, diikuti oleh tasawuf dan falsafah, perubatan, sains hayat, dan asala kejadian. Bidang-bidang lain itu amatlah sedikit.

Rawatan  mandi bunga - air disiram di atas kepala dengan serentak si pesakit menghentakkan kakinya ke tanah berulangkali. Tujuannya ialah apabila frekuensi hentakan sama dengan frekuensi asli tanah tersebut maka satu amplitud maksimum akan dihasilkan. Selain itu, kaedah mandian pati bunga-bunga ros putih juga berkesan kerana bunga jenis ini mempunyai frekuensi yang amat laju dan mempu meleraikan gelombang yang tidak stabil di dalam dan di persekitaran tubuh si pesakit

SAINS MELAYU
Tidak ada catatan tentang sains Melayu asal pada masa dahulu dalam bentuk tulisan jawi atau Melayu kuno.Dengan Penghinduan pada abad pertama, sains dari India dikembangkan di Kedah dan Palembang .I Tsing mencatatkan kira-kira 1,000 sarjana melakukan kajian di Palembang ketika beliau sampai di sana untuk mempelajari Sanskrit pada abad ke-7

Dengan kedatangan Islam, sains Islam dikembangkan di sini terutama al-kimia (pandai keris?), perubatan dan astronomi (falak) Ahli sains Melayu terakhir yg diketahui mengajar al-kimia dan perubatan ialah Sheikh Wan Ahmad al-Fatani pada hujung abad ke-19 M dan cetakan akhir buku tibbnya pada tahun 50-an ada tersimpan di perpustakaan DBP.

TEKNOLOGI MELAYU
Ahli teknologi Melayu dikenali sebagai tukang; atau pandai yg dikhaskan untuk tukang besi atau pembuat keris yg dikatakan mempunyai ilmu mistik .Pandai keris mengetahui besi Kharsani dan besi ini merupakan logam yg diketahui oleh ahli al-kimia Islam yang juga bergelar hakim bermakna bijak bistari Bukti sejarah menyatakan keris terbaik hanya timbul pada zaman Islam dan besar kemungkinan teknologi pembuatannya datang dari tanah Besar Islam berdasarkan peristilahan pandai dan hakim itu, dan cara membuatnya dengan menempa beberapa lapis besi seperti pedang Damsyik Tukang Melayu percaya setiap benda yg dibuatnya mempunyai tertibnya sendiri yg menentukan prestasinya. Penertiban mengikut kitaran 4 akan tetapi 2,5,6,7,& 8 juga digunakan untuk pembuatan artefak tertentu
Orang Melayu dah lama tahu kegunaan logam alloy memantapkan kekerasan keris

Tahukah anda bahawa bangsa Melayu juga mempunyai tradisi ilmu sains dan teknologi yang hebat. Walaupun tidak sehebat Cina atau yunani dan Arab namun bangsa kita juga harus berbangga kerana orang Melayu dahulu kala sudah mempunyai kemahiran dalam sains dan teknologi yang sekaligus menggambarkan bahawa bangsa Melayu adalah sebuah bangsa yang bertamadun. Tradisi keilmuan Melayu purba ini telah dapat di ketahui melalui peninggalan manuskrip-manuskrip jawi lama tulisan tangan dari seluruh Nusantara.

Hasil daripada pengumpulan yang telah dibuat oleh pihak berwajib dari Malaysia dan Indonesia maka dapat dikumpulkan manuskrip tulisan melayu jawi lama kepada 10 bidang keilmuwan. Bidang-bidang itu ialah bidang: asal kajadian alam, manusia dan makhluk lain; astronomi; fara‘id ; matematik, perubatan; ramalan & taabir; sains hayat; sains fizik; tasawuf dan falsafah ; dan teknologi/kejuruteraan. Manuskrip yang tersimpan di luar Alam Melayu pula di dapati ada 1455 buah di Belanda, 617 buah di U.K, 135 buah di Jerman Barat, 205 buah di Perancis dan 13 buah di Library of Congress AS. Semua manuskrip di luar Alam Melayu ini juga dapat dikelaskan kepada bidang-bidang yang sema seperti yang di Alam Melayu itu.manuskrip yang paling banyak ialah bidang ramalan dan taabir, diikuti oleh tasawuf dan falsafah, perubatan, sains hayat, dan asala kejadian. Bidang-bidang lain itu amatlah sedikit.

SAINS MELAYU
Tidak ada catatan tentang sains Melayu asal pada masa dahulu dalam bentuk tulisan jawi atau Melayu kuno.Dengan Penghinduan pada abad pertama, sains dari India dikembangkan di Kedah dan Palembang .I Tsing mencatatkan kira-kira 1,000 sarjana melakukan kajian di Palembang ketika beliau sampai di sana untuk mempelajari Sanskrit pada abad ke-7

Dengan kedatangan Islam, sains Islam dikembangkan di sini terutama al-kimia (pandai keris?), perubatan dan astronomi (falak) Ahli sains Melayu terakhir yg diketahui mengajar al-kimia dan perubatan ialah Sheikh Wan Ahmad al-Fatani pada hujung abad ke-19 M dan cetakan akhir buku tibbnya pada tahun 50-an ada tersimpan di perpustakaan DBP.

TEKNOLOGI MELAYU
Ahli teknologi Melayu dikenali sebagai tukang; atau pandai yg dikhaskan untuk tukang besi atau pembuat keris yg dikatakan mempunyai ilmu mistik .Pandai keris mengetahui besi Kharsani dan besi ini merupakan logam yg diketahui oleh ahli al-kimia Islam yang juga bergelar hakim bermakna bijak bistari Bukti sejarah menyatakan keris terbaik hanya timbul pada zaman Islam dan besar kemungkinan teknologi pembuatannya datang dari tanah Besar Islam berdasarkan peristilahan pandai dan hakim itu, dan cara membuatnya dengan menempa beberapa lapis besi seperti pedang Damsyik Tukang Melayu percaya setiap benda yg dibuatnya mempunyai tertibnya sendiri yg menentukan prestasinya. Penertiban mengikut kitaran 4 akan tetapi 2,5,6,7,& 8 juga digunakan untuk pembuatan artefak tertentu

Musketer dan gunner Melayu-teknology perang yang mendahuli zaman

Selain teknologi besi bangsa Melayu juga sangat terkenal dengan Kehebatan mereka dalam sains maritim terutamanya pembuatan jong dan kapal. Jong merupakan kapal besar Melayu yg diketahui dibina sejak abad pertama hingga abad ke-15 , akan tetapi kapal ini dipercayai dicipta jauh lebih awal .Pada gendang gangsa tinggalan zaman gangsa (sebelum 2,000 ) di Nusantara, terdapat ukiran kapal primitif yg menunjukkan kemudi birai, dan dinding berjahit .Bangkai jong dijumpai di Pontian, Kuan Luk Pat, Thailand, Butuan, Filipina & Zaytun dekat Hong Kong .Ukiran di Borobudur menunjukkan Jong mempunyai lunas, dua linggi tinggi, dinding terjahit berlapis, dua kemudi birai, dua tiang layar, layar segiempat serta layar linggi depan dan pengapung .Panjang Jong antara 50 - 80 m dan merupakan kapal terbesar yg merentas lautan di Nusantara

bangsa Melayu adalah bangsa Maritim

Catatan Cina abad ke-8 menunjukkan jong dari Kun Lun (Nusantara) memuatkan lebih drpd 1000 orang dan muatan seberat 200 hingga 1000 ton
Kapal sebesar ini hanya boleh diselenggarakan oleh kuasa laut yg besar seperti dua kerajaan Melayu, Sri Vijaya dan Melaka dan digunakan untuk berperang

Dengan tertakluknya Melaka, jong juga turut hilang.Namun Muzeum Negeri Terengganu mempamerkan dua buah perahu besar Terengganu (awal abad ke-20) yg menunjukkan penyerapan ciri-ciri Barat/luar seperti layar cucur (jib), layar gap, kemudi bontot, dan penggunaan paku Seorang warga Perancis yg diselamatkan drpd kapal karam hampir 100 thn lalu mengajar tukang bot Terengganu memasukkan ciri-ciri ini. Hal ini jelas menunjukkan bahawa bangsa Melayu adalah sebuah bangsa kelautan yang amat handal, malahan ada di kalangan para sarjana mempercayai bahawa kehandalan para pelayar Melayu dalam sains maritim menyebabkan khidmat mereka sering digunakan oleh pengembara dari Cina,India,Arab malahan Eropah. Dikatakan juga bahawa pelayar Melayu telah membantu usaha Magellan dalam ekspedisinya mengelilingi dunia. Insyaallah sedikit masa lagi saya akan memperincikan mengenai kehebatan pelayar Melayu ini

Sumber
Al Semantani
Nota Penulis

1 comment:

Anonymous said...

kenapa perlu kita penat menjelaskan dan menerangkan betapa Melayu ini sebenarnya bangsa yang hebat. Memang musuh sentiasa irihati dengan kehebatan orang melayu namun sejarah kita jelas menunjukkan Melayu bangsa yang hebat. manskrip, ukiran dan sejarah kita yang terpahat dan tercatit menunjukkan dengan jelas tidak Melayu hilang didunia.
Melayu belum pernah kalah dengan thai, Burma, Komunis, Portugis, Sepanyol dan Belanda, Melayu sentiasa dapat bertahan. Kini Melayu bangkit semula dan kini sudah banyak kita lihat kemajuan oleh orang-orang Melayu dan anak-anak Melayu.
Biar depa kata apapun dan nak kata apapun. Melintang patah bujur lalu.