Sunday, August 26, 2012

isu politik semasa- larangan memusuhi orang yang beriman


Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari MENEGASKAN tidak boleh kita memusuhi orang yang beriman. Jangan terpedaya dan terbawa dengan ARUS POLITIK di Malaysia yang mana terdapat ahli2nya yang taksub dan fanatik sehingga mendoakan kecelakaan sesama Islam.
 
Lalu Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari berkata:
 
Lihatlah pada Firman Allah swt di dalam al-Quran Surah al-Fath ayat 29 yang bermaksud:Nabi Muhammad (s.a.w.) ialah Rasul Allah dan orang- orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredhaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang salih) terdapat pada muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w. dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Allah hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal salih dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.
Menurut Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari:
 
Jelaslah di dalam ayat ini,Rasulullah saw BERSIKAP RUHAMAK (berkasih sayang) terhadap ORANG2 YANG BERIMAN sementara BERSIKAP ASYIDDA'(keras) terhadap ORANG2 KAFIR,jadi bagaimanakah kamu boleh mendoakan kecelakaan kepada golongan yang beriman disebabkan ketaksuban dan kefanatikan kamu kepada sesuatu PARTI,POLITIK atau ORGANISASI???..:-)
 

 
Jadi ini menjawab soalan kita mengenai AMANAT HADI AWANG yang mengkafirkan umat Islam dari UMNO kerana ideologi politik. Sempena Eidul Fitri ini marilah kita sama sama bersatu demi Islam.

No comments: