Friday, July 27, 2012

PAS "rock n roll" dan misi kufar mempluralisme PAS

Beberapa bulan kebelakangan ini dunia siber heboh dengan berita penyanyi pop dan rock star berkalih tempat mencari makan. Heboh-heboh ini menjadi labon anak muda. Ada yang berkisah tentang penyanyi pop yang slim dan cun sekarang, sudah tembam dan gemuk. Maka telah sampai masa untuk memakai baju kurung agar dapat menyorokkan saiz badan.

Ada berita tentang rocker yang kacak dan ranggi kini kepala lutut sudah lembik. Ada kisah 'pop star' yang muncul mendadak menjadi 'top' dari realiti TV, kini sudah gemok dan tak laku lagi. Lalu menjadi Pak Lebai. Tetapi bukan ini yang ingin saya tuliskan. Bukan tentang peralihan padang untuk mencari makan. Atau kenapa yang vogue hari ini menjadi passe dan lemau dua bulan kemudian. Penyanyi rock masuk menjadi ahli Pas bukan perkara yang ingin saya kupas. Untuk saya hal ini tidak penting.

Abby kalau nak cari hidayah pergilah mengaji ugama dengan guru murshid. Duduk dipentas politik hanya akan mengundang fitnah
Apa yang saya anggap amat penting ialah peralihan dasar dalam parti Islam Pas. Ini kerana parti Islam ini adalah salah satu parti massa yang memiliki pengaruh yang amat kuat. Parti yang membawa agama sebagai lambang perjuangan ini bukan satu parti politik yang baru. Parti ini lahir dari perjuangan menentang penjajah British. Parti ini memiliki sejarah anti kolonial yang gagah berani hasil ijtihad Syeikh Mandili.  Rujuk lanjut di    Ijtihad PAS vs UMNO dan  Artis oh Artis

Perihal PAS telah akan terus di "Rock n Roll" kan oleh fraksi Kristian dalam DAP jelas. MP dan ADUN DAP  terus menjadikan  Kristian sebagai hip hop dan trendy untuk menarik pengaunut baru di kalangan orang muda. Maka inilah yang mungkin ditiru oleh PAS . Rujuk sebagian catatan blogger Helen Ang  dalam artikel Gunting dalam Lipatan:-

Daily Chilli telah diperkenalkan kepada khalayak ramai melalui sebuah pelancaran “panas”.
Tajuk berita: ‘
Sizzling start for a spicy portal



Everything at the official launch of the Daily Chilli, The Star’s latest online news portal, reinforced its ‘spicy’ role of providing a different kind of news than the usual. From the entertainment to the 300-strong guests comprising bigwigs from the corporate, media and entertainment industry, all were facets of the word hot.”
Pragawati-pragawati ‘panas’ umpama cilipadi telah dijemput untuk menyerikan majlis anjuran akhbar Star itu.

Malah ketua pengarang superStar Datuk Seri Wong Chun Wai yang bergaya hansem ala Shah Rukh Khan pun sempat bergambar dengan pragawati miniskirt.

Lain-lain gambar bellydancing dan pole dancing yang ditangkap ketika berlangsungnya parti ‘panas’ yang diadakan di Studio V (pusat multimedia di ibupejabat Star Petaling Jaya) boleh dilihat di bawah.



http://www.dailychilli.com/buzz/575-pictures-of-a-hot-and-spicy-affair

Pengurus besar pemasaran The Star, Iris Tan -Atas


Nah, ini yang saya katakan Si Gunting berposing maut! Penari tiang (pole dancer) ini sebenarnya tepat melambangkan gerak-geri gunting Star.
*** *** ***
Seorang pembaca blog ini yang menggelarkan dirinya ‘Swee Leong’ pernah
memberi komen berikut:

“Imagine having a mosque with young Muslims dancing and rocking in the prayer hall, and you call this attracting young Muslims to the mosque.”
Kalau bagi orang Islam, sesebuah masjid itu bukannya tempat untuk remaja dan orang muda bersosial. Namun ia lain bagi golongan Kristian evangelis.

Komen Anakbukitgantang- Tapi mungkin penulis itu gagal melihat realiti bahawa DAP telah me "rock n roll" kan PAS dengan membawa golongan artis untuk memberi imej baru PAS yang hip hop dan "happening" a.k.a LIBERAL

Mungkin ini yang sedang diburu oleh PAS, tatkala ramai ulama Islam ASWJ meninggalkan PAS golongan artis glamor mengisi vakum.

"Para pengikut Gereja City Harvest (CHC) Subang Jaya amat bermegah dengan jolokan “the coolest and most happening church in Malaysia”.


Pasukan tari Gereja City Harvest Church Malaysia


Reverend Kevin Loo yang balas-membalas tweet dengan Adun Subang Jaya ialah ketua paderi Gereja City Harvest di kawasan DAP Subang Jaya.

Hannah Yeoh berkata dalam tweetnya bahawa muzik CD terbitan gereja itu begitu “cool” sekali.

Paderi itu pula mentweet, “I dreamt that I invited Jacky Cheung (penyanyi Cantopop terkenal Hong Kong) to sing at our church”; yang dibalas oleh Hannah Yeoh dengan berkata, “Please invite me when it happens.”


Politikus evangelis DAP ini bertekad untuk “masuk setiap masjid dan setiap surau(lihat screenshot rencana ‘Selangor Timesatas) yang ada terletak di Subang Jaya sewaktu bulan puasa nanti.
Budaya apa – hiburan ‘cool’? – yang agaknya akan dibawa ke masjid dan surau oleh Adun evangelis yang
ada kaitan dengan Gereja City Harvest ini?

Lagi kumpulan tari-menari Gereja City Harvest Subang
Klik untuk menonton YouTube bertajuk ‘City Harvest Subang: Dance Group‘.

Star sibuk sebarkan ‘personality cult’

Apapun, yang pasti, The Star akan mempromosi habis-habisan politikus kesayangannya pada setiap minggu dan semestinya beberapa kali seminggu. Kalau tak menghebahkan warta Hannah, akhbar itu namanya bukan Star.


Minggu ini:

Menampakkan betapa sayangnya Star pada Hannah, saya yakin suratkhabar itu tentu akan memberi liputan berjela-jela tentang lawatan-lawatan panas evengelis tersebut itu ke masjid dan ke surau nanti pada bulan Ramadan. Rujuk Artikel asal Star mempromosi pluralisme ugama

No comments: