Tuesday, June 19, 2012

Selamat datang "Tan Sri Liability" ke Perbadanan Putrajaya

Saya merujuk perkataan "Tan Sri Liability " kepada posting di SINI

Umum mengetahui bahawa Tan Sri KSN akan bersara dari jawatan sekarang pada 23 Jun 2012. Mungkin ramai yang menarik nafas lega seperti Cuepecs SINI

Namun ramai yang tak menyedari bahawa satu lagi mantan Tan Sri KSN berada di Perbadanan Putrajaya dan bakal dibersarakan  bila "kontraknya tidak diperbaharui".


Ramai dalam Perbadanan Putrajaya keluh kesah bila Tan Sri Liability dijangka akan mengambil jawatan mantan " boss "

Tapi bagi saya pegawai Perbadanan Putrajaya terutama perengkat Pengarah tak perlu keluh kesah kerana sebelum ini pon "Tan Sri Liability" dah pernah kena tipu dengan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Bandar yang nak melepaskan tengkuknya sahaja.

Kalangan pegawai di perengkat Timbalan Pengarah tentu ingat kes lawatan Tan Sri Liability ke Western Transport Terminal atau stesyen ERL. Bila Tan Sri Liability menegur kenapa stesyen  ERL tersebut sepi, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Bandar mengambil jalan mudah menyalahkan Timbalan Pengarahnya yang sudahpon berhenti kerja-malah pada waktu tersebut sedang menunaikan ibadah umrah!

Jawapan sepatutnya ialah Bahagian Komersil ERL tersebut BELUM DAPAT  SIJIL KELAYAKAN MENDUDUKI (CF) kerana proses ubahsuai yang belum diluluskan oleh Pusat Sehenti (OSC). Oleh itu sebarang aktiviti yang melibatkan keselamatan orang awam wajar disekat sampai lot lot gerai di  stesyen  ERL tersebut dapat Sijil Kelayakan Menduduki atau CF (lot gerai tersebut berada di bahagian tersorok yang merupakan foyer kepada tempat letak kereta-bukannya lot gerai yang sudah beroperasi sebelum itu dibahagian depan stesyen ERL)

Saya dapat mengagak Pengarah tersebut akan terus menipu sebagaimana dia menggunakan kereta pejabat untuk berasmara dengan seorang pekerja pelatih industri yang membuat praktikum di pejabat pengarah. Awas- ini bukan fitnah sebab laporan ini telah sampai ke "Tan Sri Liability " KSN  bersama slip dokumen sebagai bukti namun tiada tindakan diambil ke atas Tuan Pengarah ini.

Double jeopardy di Perbadanan Putrajaya!

1 comment:

Anonymous said...

oh Datuk Ab Ghani Ahmad tu ker yang ada skandal dengan budak praktikus isk isk isk