Thursday, May 3, 2012

BERSEH- Doa ulama ahlul bayt untuk Malaysia

Saya tidak terkejut bila ada ahli politik yang mengangkat dirinya sebagai "ulama" menyokong BERSEH. Seperti kata Habib Umar semasa Maulid Nabi sebelum kejadian BERSEH -di akhir zaman ada orang yang mengingatkan pasal Ugama tapi rupanya berharap untuk kemasyuran dirinya, organisasinya dan party politiknya.

Polis sentiasa memuliakan ulama ahlul bayt  Habib Umar -singa ugama Islam


Hikmahnya kita sekarang tahu siapa ulama suk sehingga mengeluarkan fatwa salah "mewajibkan" BERSEH (ulama suk adalah ulamak  rosak seperti riwayat Nabi 1400 tahun dulu dalam Hadis ) berbanding  siapa ulama sebenar.

Mari kita lihat ulama sebenar dan apa harapannya ke atas rakyat Malaysia. Doa Habib Umar yang saya kongsikan untuk rakan rakan

INGATLAH PESANAN HABIB UMAR KEPADA KITA SEMUA WAHAI RAKYAT MALAYSIA.....:-)

Habib 'Umar telah menyampaikan nasihat yang amat berguna kepada kita semua semasa kehadirannya baru2 ini di Negara Malaysia,bersama2lah kita merenungkan apa yang disampaikan oleh Pendakwah ke Jalan Allah dan Rasul saw ini:

"Betapa ramai orang berbicara tentang Agama, akhirnya membawa kepada jema'ah tertentu. Betapa ramai orang yang berbicara tentang Agama, akhirnya membawa kepada kepentingan tertentu seperti kemasyhuran diri ataupun keuntungan bisnes.
...
Betapa ramai orang berbicara tentang Agama, akhirnya hanya membawa kepada tariqat tertentu. Betapa ramai orang yang berbicara tentang Agama, akhirnya membawa kepada parti tertentu.


Sekiranya begitulah tujuan seseorang berbicara agama, maka siapakah pula orang yang akan berbicara tentang Agama, untuk mengajak umat Islam kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.?"

"Sesungguhnya, Umat Islam berhajat kepada majlis-majlis yang menyatukan hati-hati mereka. Yang mana majlis tersebut hanya bertujuan untuk menghidupkan Agama, sebagaimana yang diperintahkan oleh Baginda s.a.w.. Bahkan majlis-majlis sebegitulah-lah yang menjadi kebanggaan Baginda s.a.w.. Apatah lagi majlis tersebut menyatukan hati umat Islam diatas cinta kepada Allah s.w.t. dan Baginda s.a.w."

Habib 'Umar pun berdoa sebelum meneruskan ucapan beliau;


"Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang menghidupkan Agama kami".

"Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang menghidupkan Agama kami".

"Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang menghidupkan Agama kami".
Atas keberkahan doa  ulama yang IKHLAS berserta jutaan orang Islam yang teguh berdiri di jalan Allah dari zaman Wali Tujuh di Malaya sehingga sekarang, Allah maseh memelihara Malaysia dari sebarang kerosakan di tangan tangan agen dajjal.

No comments: