Thursday, January 5, 2012

sokongan terbuka saman balas oleh blogger sekupang dua

Saya dengan ini menyatakan sokongan terbuka kepada blogger sekupang dua.

Hari ini saya dimaklumkan beliau MENYAMAN BALIK  plaintif Nga Kor Meng dengan saman berjumlah RM 80 juta.

Saya tak mahu menyentuh kes yang bakal dibicarakan tapi sebagai seorang yang pernah menjadi Panel Penilai Tender saya yakin tindakan Sekupang Dua menyaman balik Nga Kor Meng mempunyai asas yang kukuh.

Cukuplah saya merujuk kepada TATACARA PEROLEHAN-TENDER yang anda boleh download dari portal Perbendaharaan Malaysia/Kementerian Kewangan 

Carta Alir Pengurusan Tender Kementerian Kewangan 
 carta alir  

Penilaian Tender akan melihat kepada 2 spesikasi penting iaitu spesifikasi teknikal dan spesifikasi kewangan 

Spesifikasi teknikal selalunya melibatkan PENGALAMAN (syarikat yang terpilih selalunya WAJIB mempunyai pengalaman SEKURANG KURANGNYA 3 TAHUN dalam bidang tersebut)

Bagaimanapon jika  syarikat terbukti punyai  PENGKHUKUSAN atau PENGALAMAN KHAS DALAM INDUSTRI maka syarikat boleh ditawarkan   tender tertutup- ini bermaksud syarikat  perlu mempunyai KEPAKARAN YANG TIDAK DIPUNYAI oleh Syarikat lain di negara ini.

PANEL PENILAI TENDER PERLU NEUTRAL dan TIDAK MEMPUNYAI KEPENTINGAN PERIBADI (atau dilihat melalui surat diarahkan oleh orang lain). Malah orang yang membuat keputusan di perengkat akhir sebelum PENGANUGERAHAN TENDER perlu maklumkan kepada umum bahawa dia TIDAK MEMPUNYAI APA APA KEPENTINGAN DALAM SYARIKAT yang dianugerahkan tender tersebut.

Bagi spesifikasi kewangan pula syarikat yang mengambil bahagian dalam tender PERLU MENGEMUKAKAN SEKURANG KURANGNYA 3 BULAN PENYATA BANK TERKINI dan/atau PENYATA KEWANGAN SYARIKAT 2 tahun sebelumnya.

Berdasarkan Tatacara Penilaian Tender yang perlu dipatuhi agensi Kerajaan Pusat, Negeri atau Majlis Perbandaran SOALAN UTAMA- bagaimana syarikat yang baru ditubuhkan 20 hari mendapat tawaran tender????

2 comments:

sekupangdua said...

salam ... tankiu ABG, teman share posting ni kat blog!

Anakbukitgantang said...

terima kaseh-pandangan ini akan di kongsi oleh semua penilai tender di agensi kerajaan lain sama ada di perengkat pusat, negeri mahupon PBT kerana semuanya memakai SOP yg sama