Demi sebuah kebenaran- saya nyatakan
Dari pengalaman saya sebagai pegawai Kerajaan setiap jabatan diberi budget untuk menguruskan urusan pentadbiran. Dan sebagai sebuah jabatan ugama, MAIWP menggunapakai wang berdasarkan apa yang dibenarkan di dalam Islam.
Keterangan penggunaan kos guaman Datuk Jamil Khir diberi penerangan di perenggan 2,3 dan 4
Perenggan 2
Jawatankuasa Perundingan Syarak 2000 telah meluluskan RM 205,000 sebagai perbelanjaan undang undang di bawah asnaf fiisabilillah
Perenggan 3
Peruntukan diwujudkan berdasarkan Akta pentadbiran Undang Undang Islam (Wilayah Persekutuan 1993) (Akta 55) Bahagian ii Perkara 5(2) yang menyatakan
" Majlis boleh mendakwa dan didakwa atas nama perbadannya " dan
Dalam melaksanakan tanggungjawabnya Majlid perlu mendapatkan keptusan mahkamah dalam kes tuntutan jenazah muaallaf yg dituntut keluarga bukan Islam
Oleh itu dalam bahasa pasar Majlis (MAIWP) telah memperuntukkan sejumlah wang yg HALAL dari asnaf fiisabillah untuk membelanjakan bagi kos guaman
Perenggan 4
Tafsiran asnaf fiisabillah diberi tafsiran yang lebih LUAS oleh Imam Fakrul Radzi dan Syeikh Rashid Rida dalam Tafsir Al Manar. Menurut Syeikh Rashid Rida "PENDAPAT YANG BENAR MENGENAI FIISABILLAH IALAH SEGALA YANG MENYENTUH KEPENTINGAN UMAT ISLAM DALAM MENEGAKKAN URUSAN UGAMA DAN PEMERINTAHAN"
Pesanan saya kepada pegawai kerajaan di JAKIM yg deraf jawapan Parlimen kepada Dr Mashitah bertaubatlah . Jangan jadikan kepentingan dan party politik yang anda sokong megabui mata anda-Sesungguhnya tiada DALIL dan NAS yang menghalalkan meruntuhkan Pemerintah Islam berdasarkan mahzab Islam ASWJ!
Saya juga pernah deraf jawapanbalas kepada Parlimen tapi tak tergamak nak sabotaj Pemerintah Islam!
No comments:
Post a Comment