Saturday, November 12, 2011

Haji...

Assalamualaikum,

Tahun ini banyak blogger menunaikan fardhu haji. Saya sempat berjumpa dengan 2 dari mereka semasa mereka membuat coverage bagi majlis taklimat bagi pakej Nilam, Tabung Haji Travels.

Selepas itu kami membawa diri masing masing sibuk dengan ibadah.

Saya ingat sebelum saya ke Makkah bagi menunaikan fardhu haji saya sudah cukup bersedia dari segi physical endurance tapi nyata saya kalah. Latihan fizikal yg saya buat secara berterusan selama lebih kurang 2 bulan sebelum ke Makkah belum meletakkan saya sebagai seorang yang jemaah haji  yang kuat fizikalnya. Haji selain dari amalan ibadah, ia juga menduga kesabaran dan ketahanan mental , fizikal dan spiritual kita.

Saya dimaklumkan tempat yang paling besar dugaannya ialah semasa di Arafah, Mudzalifah dan Mina.

Syukor alhamdulillah, semasa di Arafah keadaannya seperti di padang resort. Kawasan perkhemahan maktab 100 dan 99 di kepung dari luar dan di dalamnya terdapat banyak pokok - pokok yang ditanam. Kami tiba pada waktu malam selepas isyak dan waktu itu kami lihat beberapa orang sedang duduk duduk sambil makan di meja yang disinari cahaya lampu. Pihak keselamatan Arab Saudi mengadakan rondaan keselamatan menggunakan helicopter, pacuan 4 roda dan motosikal. Sebelah paginya kami diberikan tazkirah dan khutbah dibacakan oleh Datuk Jamil Khir, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.  Selepas solat zuhur sampai tiba waktu magrib kami  berwukuf dengan aman dan tenang di bawah pokok-pokok tersebut.

Dugaan kedua bermula di Mudzalifah. Saya gementar di Mudzalifah kerana di sinilah Allahyarhamah ibu saudara saya Jamaliah didapati hilang dari kumpulannya selama 19 hari sebelum dijumpai nazak di kem negara jiran. Kejadian itu berlaku pada tahun 1970-an . Saya tak lupa menghadiahkan Al Fatehah ke atas ruhnya di sana. Semoga Allah mencucuri ruh Allahyarhamah. Disebabkan trauma atas kejadian itu saya paksakan badan yang letih untuk tidak tidur ketika bermabit di Mudzalifah. Malangnya badan yang letih lebih berkuasa dari otak saya dan saya tertidur juga sebentar. Seterusnya saya lebih suka berjaga jaga dan memastikan saya dan rakan rakan naik ke "bas ulang alik" yang sampai selepas  jam 11.26 malam (iaitu tepat tengah malam mengikut kiraan Arab Saudi).

Tapi dugaan yang paling teruk ialah di Mina. Walaupon bagi jemaah Nilam diberikan kelebihan sofa bed yang siap ditandakan bagi setiap individu, namun kami terpaksa berkongsi tandas dengan jemaah dari maktab dan negara lain. Dugaan bukan dari segi kesempitan ruang tapi beberapa perkara yang menguji kesabaran seperti berikut:

1- ketika dalam ihram jemaah wanita perlu pastikan aurat dijaga-termasuklah berstokin ketika di tandas. Bagi yang mengikut syariah, stokin (yang menutup aurat) akan digantung di pintu tandas supaya tidak dikotori air najis yang merecik dari sebelah. Malangnya ada jemaah yang "kurang berpengetahuan" menuduh mereka yang menggantung stokin sebagai "mandi". Untuk makluman semua, mandi dan membasuh tidak digalakkan di Mina kerana sumber air yang terhad dan jumlah tandas yang kurang.

2- para suami yang tak henti henti menjenguk ke dalam khemah wanita untuk mencari isteri maseng-maseng. Banyak aurat wanita bukan mahram yang terdedah kerana sikap para suami tersebut.

3- makcik-makcik  tua dari kampung yang kurang menghadiri majlis sosial masuk pakej Nilam-mungkin di taja oleh anak- anak yang berjaya dalam kerjaya. Di Mina mereka ini tidak tahu beratur semasa mengambil makanan secara buffet dan berebut -rebut semasa makan. Perkara ini amat memalukan kerana jemaah  lelaki semuanya tahu beratur!

Beberapa pengumuman dibuat oleh pengurusan Tabung Haji Travels and Tour bagi mengingatkan jemaah wanita mengenai aurat, mengingatkan kaum lelaki untuk menunggu isteri maseng- maseng di pejabat pengurusan sementara nama isteri mereka dipanggil dan "mengajar Social Etiquette -secara bidan terjun " supaya jemaah  beratur semasa makan . Alhamdulillah ianya telah berjaya menyelesaikan masalah yang menduga kesabaran.

Saya amat berharap agar "kursus Social Etiquette / beratur semasa makan di majlis makan ala buffet" dapat dibuat oleh Tabung Haji Travel and Tours bagi memantapkan pengurusan jemaah haji. Di Malaysia di mana golongan pertengahan adalah kelompok populasi yang besar, tak semua yang mempunyai wang mempunyai Social Etiquette dan tak semuanya yang memasuki pakej Nilam yang dikira medium high dari segi pricing pernah menghadiri majlis function yang memerlukan mereka beratur semasa mengambil makanan!

Sedeh sangat sebab Islam merupakan ugama yang sempurna dan jalan hidup. Mengambil wuduk juga ada aturannya. Solat juga ada aturannya.  Kenapa bab makan tidak mahu beratur!

Bagi mengelakkan jidal (pertengkaran) dan menyelesaikan beberapa perkara kami mengambil langkah berani bermabit di Mina (duduk duduk di  jamrah) selama 6 jam setelah melontar jamrah Kubra dan bertahalul awal serta balik ke Makkah!. Perjalanan sepanjang 7 km itu mengambil masa 2 jam kerana puluhan jemaah haji juga rupanya berulang alik ke Makkah. Kami sampai  ke Makkah jam 2 pagi dan terus menuju bilik hotel maseng maseng untuk tidur di katil empuk!

Esoknya saya menunaikan tawaf , saie serta bertahalul thani.  Setelah magrib kami pulang semula ke Mina bagi meneruskan mabit sehingga 13 Zulhijjah (Nafar Thani). Rupa -rupanya ada kumpulan yang berulang alik Makkah -Mina selama hari hari tasyrik untuk bermabit di Mina tetapi kembali semula ke Makkah dengan berjalan kaki setelah tamat tempoh 6 jam bermabit di Mina!

Apapon bagi saya pengalaman menunaikan fardhu haji tak sama seperti menunaikan umrah kerana ianya adalah satu Ujian dari segi ketahanan spiritual, mental dan fizikal. Bagi mereka yang mendapat haji mabrur sungguh bertuah!
..................................
Haji Mabrur Atau Haji Mardud?


Balik dari Mekah
Jangan hanya tamar
Dan air zamzam yang dibawa pulang
... ... Lebih-lebih lagi janganlah igal
Dan barang yang mahal dibawa bersama

Bukan ini semua yang penting dibawa
Tapi pengajaran dan hikmahnya
Yang patut dibawa pulang
Ole-ole dari haji

Bukan bersifat material
Yang dibawa pulang
Tapi yang bersifat maknawiyah
Dan rohaniah

Yang lebih penting pengalaman luas
Akhlak yang tinggi di dalam diri kita
Inilah buah haji yang mabrur
Lagi sejati yang hakiki

Buanglah perangai yang buruk
Gantikanlah dengan perangai yang mulia
Tanamkanlah keinsafan diri dengan agama yang suci

Jadikanlah agama hidup mati kita
Sesuai dengan semangat haji
Kemuncak rukun Islam yang lima

Kebanyakan jemaah haji
Pulang ke tanah air tidak berubah
Sifat-sifat mazmumah
Yang lama masih dibawa pulang

Perjuangan tidak berlaku
Pengorbanan tidak bertambah
Yang bertambah cinta dunia, gila pangkat
Suka glamour

Kalau itulah yang dibawa
Tanda haji yang dibuat tidak berbuah
Mengikut kitab Haji

Bagi yang tidak berubah perangai
Haji Mardud
Yang dapat hanya susah
Yang dapat hanya payah
Letih badan

Pahala tiada berdosa pula

2 comments:

Panglima Perang Cyber said...

Welcome back hajjah.

Anakbukitgantang said...

thank you -baru baik dari demam sebab terdedah pada debu dan habuk sepanjangn perjalanan Makkah -Mina-Makkah melalui terowong di Aziziah dan terowong Muassim ke Jamrah

Face mask yg kawan berikan saya berikan kepada penghidap asthma yg lebih kronik dari saya.....insyaAllah saya akan pulih sepenuhnya dalam beberapa hari lagi