Saturday, June 25, 2011

Arkitektur masjid yang sama di Vietnam, Malaysia dan Indonesia.

Masjid lama Champa di Toly, Panduranga, Vietnam

Syeikh Jamaludin Al Kubra mulai menetap di Champa Vietnam sebelum berhijrah ke Kampung Laut, Kelantan. Durasi tinggalnya di wilayah Champa, Vietnam tidak lama sekitar 14 tahun. Masjid ini adalah masjid yang tertua antara siri 3 masjid yang serupa arkitekturnya. Foto ini saya dapati dari sahabat Fb saya Mohd Mansour Halim, seorang Champa Muslim yang menetap di Vietnam.
Pandangan sisi masjid Kampung Laut, Kelantan.

Masjid Kampung Laut. Perigi yang digunakan oleh Syeikh Jamaludin Al Kubra serta tanah perkuburan keturunan pendakwah Islam ini maseh wujud di tempat asal masjid lama walaupon masjid tersebut telah diruntuhkan. kerana hakisan tanah pantai. Satu masjid baru telah dibina di Nilam Puri.





Rujukan arkitektur masjid di sejarah-masjid-kampung-laut-nilam-puri-kelantan/. Bagaimanapun satu pembetulan perlu dibuat di artikel asal kerana masjid asal Kampung Laut dibina lebih dulu dari Masjid Demak di Indonesia berdasarkan kronologi sejarah penghijrahan Syeikh Jamaludin Al Kubra menurut urutan berikut ; dari Baghdad - Champa - Kampung Laut dan Danau Tok Uban di Kelantan- Gresik, Jawa Timur, Indonesia. Anakanda baginda ialah Maulana Malek Ibrahim (Sunan Gresik)  dan keturunan baginda ialah Sunan Gresik, Sunan Ampel, Sunan Giri dan susunan lain yang menjadi Sultan Auliya (raja-raja) di Jawa.

Sejarah Syeikh Jamaludin Al Kubra pula boleh dirujuk di artikel Sang Tawal di  empayar Chermin

Masjid Agong Demak ini mengekalkan ciri ciri masjid yang terdahulu yang dibina oleh Syeikh Jamaludin Al Kubra. Syeikh Jamaludin Al Kubra dan putranya Maulana Malik Ibrahim (Sunan Gresik)  berhijrah ke Jawa Timur Indonesia setelah berdakwah di Champa ,Vietnam dan Kelantan Malaysia.


Bacaan lanjut arkitektur masjid di masjid_agung_demak_indonesia

Maharaja Majapahit yang terakhir pula memeluk ugama Islam dan menikah dengan puteri Kerajaan Chermin (Kelantan). Hasil pernikahan ini melahirkan Raden Fatah yang membuka Kerajaan Demak. Rujukan kerajaan Demak (Majapahit di Indonesia) dan kaitan dengan kerajaan Chermin (Kelantan) di Chermin dan Majapahit bersaudara

Banyak kaitan dan persamaan bagaimana Melayu memeluk Islam. Kesemuanya melalui jalan aman dan harmoni. Maulana Malek Ibrahim (Sunan Gresik) dimaklumkan menarek hati penduduk kampung dengan mengajar mereka cara bercucuk tanam dan mengubati isteri Raja Majapahit (Puteri Kerajaan Chermin yang merupakan saudaranya) ketika itu.

Sesungguhnya dari arkitektur masjid yang sama di 3 negara berlainan menunjukkan bahawa Nusantara ini (Vietnam, Siam/Patani, Tanah Melayu dan Jawa) pernah bersatu (Qatrun Jawi). Semoga umat Islam di semua negara ini bersatu dalam mengharungi cubaan hidup. Wassalam.

No comments: