Sunday, April 3, 2011

Ba Kelalan, Bebuah epal, beras Bario dan Kelabit

Ba Kelalan adalah bahagian paling cantik di pendalaman Sarawak. Sesiapa yang belum pernah ke sana boleh pergi menggunakan kapalterbang fokker 2 enjin melalui Miri.

Ba Kelalan yang terletak hampir dengan sempadan Kalimantan, Indonesia dihuni oleh sub ethnik Kelabit, yang digolong dalam suku orang Ulu.

Antara semua kumpulan ethnik Dayak di Sarawak wanita Kelabit digolong sebagai yang tercantik kerana mempunyai feature muka yang sharp.

Contoh terbaik ialah Hannah Tan dari camporan Kelabit-Cina




Untuk menikmati keindahan permandangan lihat video youtube ini


Sesungguhnya lawatan ke Sarawak tidak sah kalau tak melawat Ba Kelalan dan membawa balik apple Ba Kelalan dan Beras Bario

Anak Ba Kelalan yang paling disayangi pula ialah mendiang Dr Judson ADUN kawasan ini sebelum beliau mati dalam nahas kapal terbang. Kawasan yang bergunung ganang, berhutan tebal dan sentiasa berkabus ini banyak mencatat nahas kapal terbang  yang banyak mengorbankan jiwa. Pernah satu ketika di era 1990-an, sebanyak 19 tuai rumah panjang dan ketua Orang Ulu yang menyertai mesyuarat mati kerana kapalterbang fokker 2 enjin mereka jatuh terhempas.

Apapon semuanya akan berakhir sebaik sahaja anda mendarat di plateau tanah tinggi bila melihat keindahan alam, perlacongan agro dan perlancongan eko serta wanita wanitanya yang cantek.










No comments: