Wednesday, January 5, 2011

Isu setinggan di tanah KTM Kuala Sepetang selesai- Perak beri hak milik tanah

IPOH 5 Jan. - Kerajaan Negeri Perak mengarahkan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Larut, Matang dan Selama (LMS) untuk mengenal pasti penduduk yang tinggal di kawasan tanah rizab kereta api antara Taiping dan Kuala Sepetang bagi diberi hak milik.


Menteri Besar Datuk, Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu telah diberikan kepada kerajaan negeri oleh Kerajaan Persekutuan.


KTMB sebelum ini telah menyerahkan tanah rizab berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan. Tanah berkenaan membabitkan bekas landasan kereta api pertama negara antara Taiping dan Port Weld (Kuala Sepetang).

"Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pengangkutan dan KTMB yang telah menyerahkan tanah ini kepada Kerajaan Pusat yang kemudiannya memberikan pemilikan kepada kami.


"Tidak ada sebarang bentuk pemberian wang atau jumlah sebanyak RM37 juta kepada mana-mana pihak dalam urusan pengambil-alihan tanah ini,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di pejabatnya hari ini. - Bernama

P/S di Perak penduduk di berikan hak milik tanah, di Penang Rejim DAP halau penduduk, di Selangor Surau diruntuhkan, di Kelantan berlaku penarahan tanah balak

No comments: