Monday, November 15, 2010

Selesaikah masalah pemilikan equiti hartanah di Pulau Pinang dengan penubuhan Tabung Hartanah jika Kerajaan Negeri maseh ada Agenda Sulit?

Dalam Budget 2011 tempoh hari, Kerajaan mengumumkan penubuhan tabung khas untuk membantu golongan Bumiputera membangun hartanah di Lembah Klang dan bandar besar lain di Malaysia.


Nampaknya jika di Kuala Lumpur gerakan membeli hartanah orang Melayu maseh boleh di kawal oleh agensi Kerajaan seperti Kementerian Wilayah Persekutuan dan agensi di bawahnya seperti DBKL dan  Perbadanan Labuan (suasana di Putrajaya tidak meruncing lagi setakat ini) yang bertindak sebagai pemegang amanah memelihara kepentingan equiti Bumiputera dalam hartanah, tetapi di Pulau Pinang keadaannya lebih meruncing. Ini kerana di Pulau Pinang Kerajaan Negeri pimpinan DAP jelas sedang menjalankan agendanya yang jelas menidas kaum marhaen.

Siapa boleh lupa kes Kampong Buah Pala, Kampong Jalan Pokok Asam dan tindakan Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang yang banyak menguntungkan pemaju. Pengambil alihan balik tanah terutama tanah yang berusia 150 tahun amat pelek sebab pada masa yang sama mana mana Kerajaan Negeri tidak dibenarkan memajukan hartanah yang melibatkan rumah kedai yang dibina sebelum Perang Dunia Kedua  (yang berlaku tahun 1940 an) kerana ianya diletak dibawah Heritage ! Jelas ini satu dasar double standard dalam mana mana Kerajaan Negeri yang rakus menjalankan agenda politik perkauman yang amat sempit!

Gabungan soalan Datuk Hilmi (Ketua Pembangkang-BN ) dalam DUN Pulau Pinang, Kajian lapangan di kalangan penduduk Bumiputera yang keluarga mereka memiliki tanah di Pulau Pinang dan kajian kes penipuan transaksi hartanah berprofil tinggi di  Pulau Pinang memaklumkan maklumat berikut:


1-Kawan- kawan saya yang keluarganya tinggal secara berzaman di Sungai Pinang (tapak Pesta Pulai Pinang) memaklumkan ada konsortium khas yg membeli semua tanah tanah Bumiputera di Pulau Pinang. Keadaan yang sama berlaku di Batu Maung. Kerajaan perlu siasat siapa di belakang konsortium itu!


2-Malah keadaan menjadi terang terangan rompakan tanah apabila projek "berkepentingan nasional"  untuk cawangan Universiti Singapura hanya melibatkan tanah orang Melayu sedangkan kawasan dusun durian yang berekar ekar milik jutawan Cina di Balik Pulau tidak disentuh!

3-Wujudnya pula kes pembunuhan Sosilawati, kaitannya dengan urus niaga hartanah di Pulau Pinang  dan kehilangan beberapa peguam yang berusan dengan hartanah di Pulau Pinang menimbulkan tanda tanya-ada agenda lebih besar terlibat-wajar fail siasatan juga dibuka untuk melihat transaksi tanah yang mencurigakan di Pulau Pinang dan siapa dalangnya.

4- Apa kaitan hubungan intim Pemaju dengan Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang dan korelasi dengan kepenggunaan hartanah serta peminggiran equiti Bumiputera dalam hartanah di Pulau  Pinang ? Soalan Ketua Pembangkang (BN) Datuk Hilmi tentang trip LGE ke Australia yang di taja pemaju di sini  Pemaju         


5- Kes Adorna vs Boonsom Boonyanit      ADORNA -styled land fraud , iaitu penipuan dalam transasksi hartanah  berprofil tinggi (sehingga melibat amendment pada Kanun Tanah Negara)  yang melibatkan bukan sahaja rakyat tempatan tetapi rakyat warganegara asing.

Pesanan penulis-



1-Tujuan penubuhan tabung hartanah amat di alu alukan. Bagaimanapon perlu juga ada mekanisme pemantauan dan audit supaya tabung ini tidak disalahguna dan hanya memanfaatkan sesetengah jerung dan akhirnya menyebabkan pegangan equiti Bumiputera Pulau Pinang tidak berubah nasibnya. Tabung ini sewajarnya memfokus kepada
a-kepentingan peniaga kecil dan membeli hartanah/tapak lot/bangunan di kawasan yang mana mereka sedang diusir sekarang. b-Bagi pembelian hartanah di Balik Pulau (kawasan berpendudukan Melayu tinggi) dari pemilik tanah kecil Bumiputera, sewajarnya ianya diletakkan caveat terhadap pembangunan yang tidak melibatkan kepentingan Melayu Islam agar tidak dimanipulasi oleh mana mana pehak di masa akan datang.

2-Pada masa yang sama penulis mahu mengajak pembaca menilai semula sokongan terhadap DAP dan semua kroninya dalam politik termasuk PAS, dan berpesan-agenda sulit mereka merentasi parti dan ianya disinergi dengan kemas antara pemaju (golongan business) dan politik (DAP).

3- Jeritan Hadi Awang baru baru agar PAS menerajui PR hanyalah sekadar rhetoric politik kerana seperti yang saya jelaskan di point ke 2, sinergi mereka merentasi parti politik, dan mesyuarat mereka secara informal di restoran, forum  dan majlis majlis lain yang tidak dapat diterjah, dipantau dan dicerna (digest)  oleh PAS untuk tindakan stop gap order dan tindakan reversal dari segi ekonomi, sosial dan politik-malah UMNO yang banyak memberi buah fikiran dan mengusulkan tindakan dalam menangani masalah ini. -di mana orang kaya balak hasil politik PAS yg berjuang menjaga kepentingan orang Melayu Islam di sini? .

4-Saya berpesan agar semua parti yang menerajui Melayu Islam kembali ikhlas memperjuangkan kepentingan umat Melayu Islam dan benar benar mengikut ajaran Islam ahlul sunnah wal jamaah. UMNO sudah menghulur tangannya dan PAS wajar menyambut seruan agar  bersatu, kerana hanya dengan cara ini umat Islam akan digeruni musih Islam.


Baca petikan berita dari KOSMO

TASEK GELUGOR – Kerajaan telah menubuhkan dua tabung khas bagi membantu golongan bumiputera di Pulau Pinang yang disifatkan sebagai terhimpit ketika ini.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, kedua-dua tabung berkenaan melibatkan peruntukan kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) berjumlah RM150 juta untuk dilaksanakan dalam tempoh dua tahun bermula 2011.


Jelasnya, tabung berkenaan akan memberi tumpuan kepada projek pembangunan hartanah dan perumahan serta modal insan yang menjadi antara permasalahan utama orang Melayu di negeri itu.


Untuk tabung pembangunan sektor hartanah dan perumahan, sebanyak RM100 juta diperuntukkan dengan fokus utamanya kepada pembinaan rumah mampu milik terutama di bahagian pulau bagi memastikan orang Melayu berkemampuan memiliki rumah sendiri pada harga yang berpatutan.


“Sementara RM50 juta lagi diperuntukkan untuk sektor pembangunan modal insan yang akan menumpukan kepada peningkatan penguasaan kemahiran di kalangan orang Melayu,” katanya.

2 comments:

Anonymous said...

sulit tak sulit tanah melayu terlepas ke tangan cina lebih 70% masa UMNO BN perintah PP, aku tak tahu lah ini rancangan UMNO dgn taukey cina di paggil apa.

Anakbukitgantang said...

Jangan tunding jari sampai hari kiamat masalah tak selesai

Sekarang ini kita perlu pertahan apa yang maseh tinggal

Dan mekanisme terbaik adalah penubuhan Tabung Hartanah untuk membangunakan dan menjaga kepentingan Melayu Islam

Sulit tak sulit, penjajahan yg lebh ketara adalah waktu DAP memerintah.

Sila tuan tuan barikan suggestion balas bagaimana kita nak menangani masalah di Pulau Pinang ni sampai tanh wakaf pon di lego