Thursday, November 18, 2010

Mat Kilau

Rahsia kepahlawanan dulu dulu melibatkan tiga aspek iaitu hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia dan hubungan dengan alam.

Jika diperhatikan banyak pahlawan dulu dulu juga mengaji ugama dan aspek silat juga banyak menekankan amalan ibadah solat, dzikir, bersuluk dan berpuasa bagi meningkatkan tahap iman. Jika Hang Tuah berguru dengan Adi Putra iaitu Adinda kepada Syeikh Jamauluddin Al Kubra ketua Wali 7 di Tanah Melayu maka Mat Kilau juga berguru dengan Ulama tersohor dan juga pakar persilatan.

Bagi generasi muda seeloknya didedahkan kepada perkara ini seperti sedutan dari blog ini . http://shamfariz.blogspot.com/2009/02/kitab-mat-kilau.html

Mengapa diterbitkan Kitab Mat Kilau ini kerana setelah kita teliti dan halusi didapati ada beberapa sebab yang buku ini patut diterbitkan:

1- penerbit ingin menyatakan kepada masyarakat orang-orang Melayu hari ini, bahawa seratus dua puluh tahun dahulu orang-orang Melayu sudah maju dalam lapangan perusahaan. Ini dapat di buktikan dengan jilidan kitab asal kitab Mat Kilau yang cantik dan kemas itu, kalau keluarkan penjilidan kitab tersebut meneruskan perusahaannya, hari ini kita tentu dapat melihat penjilid bumiputra yang setanding dengan penjilid-penjilidan antarabngsa.



Mat Kilau dan Mat Kelantan


2-Sebab lain ialah kerana ingin mengenalkan ilmu-ilmu kepahlawanan orang-orang Melayu dahulu kala

3- Disamping hendak menunjukkan akan rupa bentuk perbendaharaan sastera lama, yang mana setengah dari simpulan kata-katanya lebih tepat dan padat ertinya bagi pengetahuan generasi kita yang muda ini.

Apa yang kita harapkan dengan terbitnya buku ini nanti dapatlah kita jadikan bahan ukuran, kajian, dan selidikan terutama dalam hal-hal kemasyarakatan, ekonomi, dan agama oleh mereka-mereka yang ingin mencari kemajuan yang lebih pesat sesuai dengan zaman angkasa lepas hari ini "Biar maju dengan penuh ilmu di dada, jangan maju dengan meninggalkan sesuatu yang telah ada"


Buku ini dapat diterbitkan atas kerjasama Datuk Hasan Nordin pengarah urusan Utusan Melayu Muhamad Idris bin Haji Ibrahim pengurus besar Utusan Melayu, Ustaz Wan Alam bin Wan Hasan yang menyimpan naskhah asal Kitab Mat Kilau, Tuan Haji Muhammad Soleh Hasan Farid Imam besar masjid negara, Abdullah Idris. Kepada mereka yang berkenaan di ucapkan berbanyak-banyak terima kasih

-Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Utusan Melayu-

******************************************

 Salasilah Kitab Mat Kilau

Kitab disusun dan dipunyai oleh Mat Kilau pada masa Mat Kilau dalam buruan penjajahan inggeris kitab tersebut diserahkan di bawah jagaan Mat Saman Kelantan kerana Mat Kilau ketika itu sentiasa pindah dari satu tempat ke satu tempat untuk melarikan diri dari tangkapan penjajah inggeris sehinggalah putus hubungan mereka.


Akhirnya kitab tersebut diserahkan kepada Sultan Ismail bin Sultan Muhamad oleh Mat Saman kemudian diserahkan pula kepada Yang Teramat Mulia Tengku Bongsu Kelantan yang kemudiannya diserahkan pula kepada Datuk Haji Nik Muhamad yang pada masa itu menjadi Datuk Perdana Menteri Kelantan. selain dari menjadi Perdana Menteri Kelantan, Haji Nik Muhamad ialah pengarang Kitab Pati Rahsia sebuah kitab mengenai ilmu-ilmu kebal yang diterbitkan di negeri Kelantan.


Dari Haji Nik Muhamad inilah kitab ini diserahkan kepada Ustaz Wan Alam bin Wan Hasan satu-satunya murid kepada Datuk Nik Muhamad yang telah menamatkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalam ketiga-ketiga buah kitab kepunyaan Mat Kilau dan yang mengamalkannya sehingga sekarang yang kemudiannya telah diamanahkan kepadanya supaya menyimpan kitab-kitab tersebut kitab ini telah ditulis oleh Datuk Haji Nik Muhamad yang pada masa itu menjadi Datuk Perdana Menteri Kelantan yang sultanya ialah Sultan Ismail. Beliau jugalah yang telah menangkap pahlawan Tuk Janggut Pasir Putih Kelantan waktu ia menentang kerajaan Kelantan kerana tidak mahu membayar cukai yang ditetapkan oleh kerajaan beliau telah juga mengharamkan polis bangsa Singh berkhidmat di negeri Kelantan




Kitab Mat Kilau

No comments: