Monday, April 12, 2010

Pelajar Sek Men Sains Pulau Pinang berjaya di pertandingan antarabangsa di China.

Alhamdulillah, sebagai alumni Sekolah Tun Syed Syeikh Shahabudin (Sekolah Menengah Sains Pulau Pinang ) saya amat berbangga dengan kejayaan adik Mas Aidil Mas Rosemal Hakim, 18 dan Nurein Ardini Samsuri, 16, memenangi hadiah pertama dalam Reka Cipta Sains Remaja.

Hasil ciptaan mereka yang dikenali sebagai MoBanT Fibre, iaitu serat daripada batang pisang yang mampu menyerap minyak dalam air bagi mengelak pencemaran alam sekitar terutama di laut.

Pertandingan anjuran Beijing Association for Science and Technology itu disertai pelbagai negara antaranya Amerika Syarikat, Jepun, Jerman dan New Zealand dan Australia yang berlangsung pada 17 hingga 23 Mac lepas.


Utusan Malaysia Online - Terkini

No comments: