Showing posts with label Lahad Datu Stand Off. Show all posts
Showing posts with label Lahad Datu Stand Off. Show all posts

Tuesday, March 19, 2013

Abby, Tian Chua dan Haron Taib elok dihantar ke Lahad Datu!



Siapakah calon yang paling layak untuk dihantar ke Lahad Datu? Tentera dan polis telah berhempas pulas untuk mempertahankan kedaulatan negara ini.

Kini tiba masanya keyboard critics di hantar ke Lahad Datu supaya mereka dapat first hand experience situasi di medan tempur.

Di negara Barat semua mereka yang didapati bersalah moral akan dihukum dengan community service.

Calon utama  untuk dihantar bagi membantu servis komuniti di Lahad Datu ialah :-

Seeloknya kita boikot Abby Abadi sehingga dia mengubah kenyataan menghina polis dan tentera yang syahid di Lahad Datu-doakan agar dia kembali ke pangkal jalan dan mendapat hidayah yang sebenarnya
 
Tian Chua dicadangkan untuk menjadi "perisai hidup" bagi mana mana polis dan tentera yang sedang diserang oleh sniper lanun Sulu supaya dia tahu pertempuran itu bukan "sandiwara"
 
 
Salmah Husainie ni adalah guru di Marudi Sarawak. Seeloknya Kementerian Pelajaran menghukum reman dan digantung perkhidmatannya  seperti Cikgu Lofti juga. Dia telah menukar fb kepada Tulip Biru.
 
Mungkin setelah servis komuniti di Lahad Datu Haron Taib boleh mengikut fatwa JAKIM, Mufti Kelantan dan beberapa ulama Islam ASWJ dan ahlillah yang berfatwa perwira yang gugur di medan tempur dan mempertahankan negara serta ugama Islam sebagai syahid akhirat
 
 
Disebabkan Cikgu Lofti yang menghina perwira yang gugur di medan perang sebagai "anjing" dilanjutkan tahanan reman maka dia akan menjadi calon reserve...sekiranya salah seorang daripada calon "keyboard critics" di atas "Missing In Action" di Lahad Datu.
 
 
 

Tuesday, March 5, 2013

Sabah siege- circumtancial evidents that link to Anwar

The Sabah siege was planned carefully months before - these circumstancial evidents resurfaced recently.....linking "The One Power Hungry Person" recently named by The Nation Inquirer, Philippines HERE.

Proof from the homeland as the transcript of the video says:

" Tanya sama pokok apa sebab goyang" became "Tanya sama Najib apa sebab goyang....Nanti Najib jawab Sabah nak Hilang....Bila Sabah hilang, Barisan goyang, Najib jadi ketua pembangkang"


 
 
Circumtances evident in the  Tasaug/Sulu homeland
 
Facebooker Asree Sug  talked freely about Nur Misuari and Anwar link. Nur Misuari of MNLF is  linked in the Sulu Siege on Sabah.
 
 
 
The cronology of the event as published before:
 
Akhir Dec 2012 : Anwar Ibrahim Bertemu Nur Misuari Yg Juga Mantan Gabenor Mindano. Mohammad Kamal Saaid @ Manuel Karingal Amalilio Di Kehandaki Di Mindanao Kerana Skim Cepat Kaya Yg Menipu Warga Filipina 12 Billion Peso.

Januari 2013 : Anwar Ibrahim - Siri Jelajah Bertemu Dgn Pelajar Australia & Senator Bebas Bagi Menjadi Watch Dog BERSIH & PRU 13

17hb Januari 2013 Kapal Pemusnah USS Guardian Berlegar Di Laut Sulu - http://www.navy.mil/submit/display.asp?story_id=71488

22hb Januari 2013 Amalilio atau nama sebenarnya, Mohammad Kamal Saaid merupakan individu paling dikehendaki di Filipina selepas terlibat penipuan skim cepat kaya membabitkan wang sebanyak RM895 juta. Media sebelum ini melaporkan Amalilio ditahan 22 Januari lepas di Ranau. Further report HERE
 
The damning evident from the meeting is this photo:

The Anwar -Misuari meeting in The Philippines
 
 
 
 
 
The attempted diversion by his "macai", another damning evident
 
 
What say you readers?

Monday, March 4, 2013

The damning silence on opposition front


Photo




An anti establishment Speaker of Selangor  Tan Chang Khim  released these photo shoot that might compromise the safety of our army personnel. A Speaker for The State of Selangor is supposed to be patriotic because he SERVES the governemt which is made of The Selangor Sultan and The Yang Di Pertuan Agong. Did he forget his OATH of Allegiance to the Government of Malaysia when he accepted his Speaker ship from The Sultan?

Lho and behold look at the responses he received from fast thinking Malaysians. I am proud of those who answered briliantly especially Mr . Fazdley Abdoul Rahman


Brilliant explanation by Mr Fadzley silenced Mr Theng Chang Khim and Derek. The latter  even wrongly spelled  "plane" as "plain". Damning evidence that their DAPster feeling is clouding their  judgement.


Teng Cham Khim was even reprimanded by others. Maybe by now he is fast learning that when it comes to country's sovereignty, anti establishment and loyalty to party (DAP) should be put aside.

Be grateful to our policemen and army personnel  who are willing to  sacrifice their life so that we can live peacefully. Al Fatehah to all fallen heroes.



Sunday, March 3, 2013

Analisis tuntutan "Kesultanan Sulu" ke atas Sabah

Tuntutan Sulu ke atas Sabah adalah PALSU kerana Kesultanan Sulu tidak diiktiraf oleh Filipina. Istana Malacanang melalui Memorandum Order No. 427 telah membatalkan sah taraf Kesultanan Sulu yang dipegang oleh  Mahakuttah A. Kiram sebagai sultan. Tuntutan "tentera Sulu" ke atas Sabah kini lebih bersifat  Pelarian Ekonomi memandangkan Sabah lebih kaya berbanding Filipina. Lagipon  pembayaran Cession Money sebanyak USD 5000 setahun  kepada waris Sulu bererti waris Sultan Sulu telah menerima hakikat bahawa Sabah telah diserahkan kepada Malaya. Suruhanjaya Cobbolt tahun 1963 telah menyatakan hasil bancian majoriti penduduk Sabah dan Sarawak mahu merdeka di dalam Malaysia.
 
Berikut adalah fakta yang diambil dari blog andakjauhar
 
1. Siapakah Yang Menceroboh?
 
Kumpulan penceroboh yang dikenali sebagai ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ (The Royal Sulu Sultanate Army)1 datang dari Selatan Filipina dan dianggarkan terdiri daripada kira-kira 200-400 orang, dengan 20-100 orang daripada mereka bersenjata2. Kumpulan ini diketuai oleh ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram, adik kepada ‘mantan sultan’ Jamalul Kiram III dan ‘sultan’ Ismael Kiram II.3 4 Jamalul Kiram III pernah bertanding untuk jawatan senator dalam pilihanraya Filipina.
tenterasultan

2. Adakah Kumpulan Penceroboh Ini Mewakili Kesultanan Sulu?
 
Tidak.
Ini kerana kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. Kini terdapat dua pihak utama yang mengaku sebagai Sultan Sulu:
Pertama, Muedzul Lail Tan Kiram, anak kepada Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina, Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram. Beliau dilantik sebagai Raja Muda pada hari penabalan bapa beliau sebagai sultan.
Kedua, Ismael Kiram II, abang kepada ketua penceroboh, ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram.
 
mahakuttah
Majlis penabalan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai Sultan Sulu pada 1974. Kelihatan sedang berjalan ialah anak beliau, Muedzul Lail Tan Kiram, yang ditabalkan sebagai Raja Muda. Kumpulan penceroboh ialah pengikut Ismael Kiram II, yang tidak pernah ditabalkan sebagai Sultan Sulu yang diiktiraf oleh kerajaan Filipina.

3. Apakah Tujuan Kumpulan Penceroboh?
 
‘Mantan sultan’ Jamalul Kiram III menyatakan bahawa kumpulan ini ingin menjadikan Sabah sebagai ‘rumah’ mereka:
“Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami). Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami”.2



4. Adakah Filipina Pernah Membuat Tuntutan Terhadap Sabah?
 
Ya.
 
Filipina membuat tuntutan terhadap Sabah kerana menganggap Kesultanan Sulu, yang pernah berpusat di Filipina, memiliki hak ke atas Sabah.
Setiausaha Kehakiman, Kementerian Luar dan Pejabat Presiden Filipina kini telah diarahkan untuk melakukan kajian mengenai tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah.5

5. Adakah Malaysia Boleh Membuat Tuntutan Terhadap Wilayah Milik Filipina Sekiranya Kesultanan Sulu Menjadikan Sabah Sebagai Pusat Pentadbiran?
 
Sabah tidak pernah menjadi pusat Kesultanan Sulu.
Malah, Sabah dianggap kurang penting oleh Kesultanan Sulu sehinggakan ia diserah kepada British North Borneo Company pada 22 Januari 1878.
Pusat Kesultanan Sulu terletak di Maimbung, Jolo.
maimbung
Istana Sultan di pusat pentadbirannya di Maimbung, Jolo. ‘Kesultanan Sulu’ tidak memiliki apa-apa kuasa politik di Jolo tetapi mahu menuntut kuasa politik di Sabah.

6. Adakah Pihak Di Malaysia Yang Menyokong Tuntutan Kesultanan Sulu Ke Atas Sabah?
 
Wakil The Manila Times di Mindanao, Al Jacinto, melaporkan bahawa pencerobohan ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ berlaku ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua Pakatan Rakyat, mencadangkan agar Sabah diberikan kuasa autonomi.6
manila
The Manila Times melaporkan bahawa pencerobohan ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ berlaku ketika Dato’ Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar Sabah diberikan kuasa autonomi.
ABS-CBN News melaporkan bahawa kumpulan penceroboh tersebut telah dijemput oleh seorang ahli politik pembangkang:
A Philippine military officer interviewed by Reuters also said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu – an island group off the southern Philippines – who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.7
(Seorang pegawai tentera Filipina yang ditemuramah Reuters juga berkata bahawa kumpulan tersebut merupakan pengikut kepada waris Sultan Sulu – sebuah kepulauan di selatan Filipina – yang diundang ke Sabah oleh seorang ahli politik pembangkang Malaysia untuk membincangkan isu tanah.)
abs
ABS-CBN News melaporkan seorang pegawai tentera Filipina memberitahu Reuters bahawa kumpulan penceroboh telah diundang seorang ahli politik pembangkang.
The Star melaporkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika ditanya samada laporan yang mengatakan bahawa pihak pembangkang menjemput kumpulan penceroboh tersebut ke Sabah adalah benar, menjawab:
Who is the one who gave it?8
(Siapa yang beri?)

7. Benarkah Malaysia Membayar Sewa Kepada Filipina Untuk Sabah?
 
Tidak.
 
Malaysia membayar ‘cession money‘ sebanyak USD5,000 setiap tahun kepada waris Sultan Sulu.

Cession money‘ ialah bayaran penyerahan, dan bukan bayaran sewa. Selain Sabah, terdapat wilayah-wilayah lain di dunia yang diserahkan (ceded) dengan bayaran, contohnya:

1. Louisiana, diserah oleh Perancis kepada Amerika Syarikat dengan bayaran berjumlah USD15 juta, atau kurang USD0.03 seekar.
2. Alaska, diserah oleh Russia kepada Amerika Syarikat dengan bayaran USD7.2 juta, atau USD0.02 seekar.

cession

8. Apakah Wilayah Yang Menjadi Hak Kesultanan Sulu?
 
Royal House of Sulu9, laman web rasmi Muedzul Lail Tan Kiram, mendakwa bahawa wilayah-wilayah yang menjadi hak Kesultanan Sulu termasuklah Jolo, Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina, selain Sabah dan Pulau Balambangan di Malaysia. Kepulauan Spratly juga didakwa di bawah hak Kesultanan Sulu.
Jolo, Basilan dan Tawi-Tawi sekarang berada di dalam wilayah pentadbiran Filipina yang dinamakan ARMM (Autonomous Region in Muslim Mindanao – Wilayah Autonomi Muslim Mindanao). ARMM dicadang untuk digantikan dengan wilayah autonomi baru yang dikenali sebagai Bangsamoro.

9. Adakah Filipina Mengiktiraf Kesultanan Sulu?
 
Tidak.
 
Kali terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Sultan Sulu ialah pada 24 Mei 1974 apabila Presiden Filipina ketika itu, Ferdinand Marcos, mengeluarkan Memorandum Order No. 427 yang menabalkan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai sultan.
Sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram, kerajaan Filipina tidak pernah lagi mengiktiraf mana-mana individu sebagai Sultan Sulu.
427
Memorandum Order No. 427 ialah bukti terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Kesultanan Sulu. Tiada sebarang memorandum dikeluarkan untuk mana-mana individu yang mengaku ‘sultan’ selepas itu. Filipina tidak mengiktiraf Kesultanan Sulu tetapi pernah menuntut wilayah yang kononnya masih menjadi hak Kesultanan Sulu.

10. Adakah Ini Bermakna Filipina Memanipulasi Kesultanan Sulu Untuk Menuntut Sabah?
 
Filipina dilaporkan pernah memulakan ‘Operation Merdeka‘ pada 1967, satu operasi ketenteraan untuk melatih pasukan komando daripada etnik Tausug dan Sama yang beragama Islam bagi menimbulkan ketidakstabilan dan kacau-bilau di Sabah.
Namun, sebaik sahaja mengetahui matlamat sebenar operasi ini ialah untuk memerangi kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam, pelatih-pelatih etnik Tausug dan Sama ini telah menuntut agar dihantar pulang. Walau bagaimanapun, Pasukan Bersenjata Filipina (AFP – Armed Forces of the Philippines) dikatakan telah menembak mati para pelatih ini. Dilaporkan seramai 11-64 orang telah mati ditembak. Kejadian ini dikenali sebagai Jabidah Massacre (Pembunuhan Jabidah) atau Corregidor Massacre (Pembunuhan Corregidor).
William Larousse10, Michael Leifer11, Andrew T. H. Tan12 dan Alfred W. McCoy13 adalah antara para penulis yang telah melaporkan kejadian ini.

11. Apakah Peluang Filipina Untuk Menuntut Sabah Sekiranya Kes Ini Dibawa Ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)?
 
Tipis.
 
Pertama, kerana waris Sultan Sulu telah menerima ‘cession moneysehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.
 
Kedua, kerana Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.
Geran pajakan yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878.
 
Ketiga, geran pajakan yang ditandatangani antara British North Borneo Company dan Kesultanan Sulu itu telah diatasi oleh Protokol Madrid 1885.
Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah:
Article 3
The Spanish Government relinquishes as far as regards the British Government, all claim of sovereignty over the territories of the continent of Borneo which belong, or which have belonged in the past, to the Sultan of Sulu (Jolo), including therein the neighboring islands of Balambangan, Banguey and Malawali, as well as all those islands lying within a zone of three marine leagues along the coasts and which form part of the territories administered by the Company styled the ‘British North Borneo Company’.
(Kerajaan Sepanyol melepaskan kepada Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah-wilayah benua Borneo yang dimiliki, atau yang telah dimiliki pada masa lampau, oleh Sultan Sulu (Jolo), termasuk pulau-pulau Balambangan, Banguey dan Malawali yang berhampiran, dan semua pulau-pulau yang berada di dalam zon tiga liga marin di sepanjang pesisir pantai dan membentuk sebahagian wilayah yang ditadbir oleh Syarikat yang digelar ‘British North Borneo Company‘.)14
Keempat, Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat.
Kelima, kerajaan Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.
Keenam, laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong kuat pembentukan Malaysia, 1/3 lagi menyokong projek Malaysia dengan syarat hak mereka dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi antara mereka yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran British diteruskan.
Ketujuh, Setiausaha Agung PBB, U Thant, telah melaporkan pada 1963 bahawa penduduk Sabah “ingin menamatkan status kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka” (“wish to bring their dependent status to an end and to realize their independence through freely chosen association with other peoples in their region”).15
Kelapan, jika Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah adalah milik mereka, maka adalah konsisten bagi Kesultanan Sulu untuk tidak sahaja membuat tuntutan terhadap Sabah semata-mata, malah juga menuntut dan menguasai pusat pentadbiran mereka sendiri di Jolo, selain wilayah Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina yang juga mereka dakwa merupakan milik mereka.
Walau bagaimanapun, Kesultanan Sulu tidak memiliki apa-apa kuasa politik terhadap wilayah-wilayah yang terletak di Filipina ini.


1. “Sulu sultan’s army stakes Sabah claim,” philstar.com, 16 Februari, 2013, http://www.philstar.com/headlines/2013/02/16/909400/sulu-sultans-army-stakes-sabah-claim
2. “Pengikut Sultan Sulu Tidak Akan Tinggalkan Lahad Datu,” mStar Online, 18 Februari, 2013, http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/2/18/mstar_berita/20130218160807&sec=mstar_berita
3. “Salasilah Hubungan Kesultanan Brunei-Suluk,” SMJ-Site, http://www.freewebs.com/julabbi_cairo12/familytree.htm
4. “The true Sultan of Sulu,” http://www.fakesulusultans.com/
5. “Gov’t to assess Sabah claim,” BusinessWorld Online, 21 Februari, 2013, http://www.bworldonline.com/content.php?section=Nation&title=Gov%E2%80%99t-to-assess-Sabah-claim&id=66237
6. “Our Sultan of Sulu and Sabah,” The Manila Times Online, 16 Februari, 2013, http://www.manilatimes.net/index.php/opinion/editorials/41591-our-sultan-of-sulu-and-sabah
7. “‘Royal Sulu Army’ in Malaysia stand-off,” ABS-CBNnews.com, 15 Februari, 2013, http://www.abs-cbnnews.com/nation/02/14/13/royal-sulu-army-malaysia-stand
8. “We did not invite Sulu gunmen, says Anwar,” The Star Online, 22 Februari, 2013, http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/2/22/nation/12745258&sec=nation
9. “Sultan of Sulu,” Sultaniyyah Sin Lupah Sug, http://www.royalsultanateofsulu.org/#!sultan-of-sulu
10. William Larousse, A Local Church Living For Dialogue: Muslim-Christian Relations in Mindanao-Sulu (Philippines), Editrice Pontificia Universita Gregoriana, 2001.
11. Michael Leifer, Michael Leifer: selected works on Southeast Asia, Institute of Southeast Asian Studies, 2005.
12. Andrew T. H. Tan, A Handbook of Terrorism and Insurgency in Southeast Asia, Edward Elgar Publishing Limited, 2007.
13. Alfred W. McCoy, Policing America’s Empire: The United States, The Philippines, and the Rise of the Surveillance State, The University of Wisconsin Press, 2009.
14. “Case Concerning Sovereignty Over Pulau Ligitan And Pulau Sipadan,” International Court of Justice, 17 Disember, 2002, http://www.icj-cij.org/docket/files/102/7714.pdf
15. “Case Concerning Sovereignty Over Pulau Ligitan And Pulau Sipadan,” World Court Digest, 23 Oktober, 2001, http://www.mpil.de/ww/en/pub/research/details/publications/institute/wcd.cfm?fuseaction_wcd=aktdat&aktdat=201010200400.cfm

Saturday, March 2, 2013

Lahad Datu- Luahan hati orang Sabah

Sudah berkurun orang Sabah dan Sulu transmigrasi. Bagi mereka istilah sempadan negara tak pernah wujud. Kewujudan sempadan negara inipon setelah Nusantara di faraidkan sesama kuasa besar Sepanyol/Amerika, British dan Belanda.
 
Transmigrasi membawa kepada penikahan antara penduduk setempat . Maka isu Lahad Datu ini melibatkan diplomasi tahap tinggi dari Kerajaan Malaysia. Ikuti luahan hati seorang penduduk Sabah yang meluat melihat sikap orang Malaya yang asyik mengutuk  PDRM dan tak tahu hujung pangkal.
 
 
 
Mungkin helah pemimpin pembangkang nak meruntuhkan Fix Deposit Sabah sebagai kubu kuat Barisan akan backfire. Jangan salahkan orang lain kalau pemimpin pembangkang dari Tian Chua sehingga penyokong mereka menidakkan pengorbanan 3 orang anggota VAD69 yang gugur syahid.
 
 
Anonymous said...
dari rakyat sabah sendiri...

"Kwn2, allow me a moment of indulgence to clear the foul stench of stupidity amongst the malaysians. Kes kat LD is nothing new to us sabahans, in the 90s they abruptly came to the shore at Semporna and immediately bombed the police stations, and went amuck at the town.

They are smart people, some left at the sea naik dr kwsn bakau and lived 4 6 mth b4 start to mingle with locals and married them. The tausugs in LD now didn't came all at once, instead they came in batches, with inside helping frm their family at the village.
Trust me they have been there at least 2 3 mth b4 the group bcomes complete, then they
decide its time to wage war. Klu tak paham rules of engagement, jgnlah menunjuk pandai ckp bukan2 kata kerajaan lemau, ada hati nak banding dgn Bersih.

Polis kene masuk dulu sbb dorg trained as negotiators, tentera is the last resort as they will not spare anyone once commanded. They need time to ensure all the locals are out of the village and then cut their food and finance sources, hoping the tausugs will surrender. That is our rules of engagement. We are not barbaric stoic like the american soldiers.
Yg pandai ckp je kt media skrg ni cuba bg arahan btukar kt sbh ke swk, meraung bwk keturunan naik turun ofis merayu xnak dok sana, tp mulut mcm haram mengutuk semua yg tlibat kt LD kata klu dorg kt sana lama dah setel. Kene suntik kt spital pun pejam
mata mengucap2, tgk darah pun pitam lagi nak g perang.

Those who went in and died today knew they might not come back alive, as that was their vow when inducted to the force. So please, belajar dr sejarah, nak blajar sejarah kene bnyk membaca, sbb tu org kita ramai jd mcm ni, mulut ngan otak tak sama frekuensi, bhs biadapnya bangang abadi. Fedup with their stupidity. Thank u for ur moment"
.

Friday, March 1, 2013

Papa mati, papa duduk dalam kubor...papa kena bom!



Tian Chua patut baca kenyataan budak kecil ini. Kenyatan anda sungguh tak bertanggungjawab!

Mungkin nyawa mereka tak berharga bagi ahli politik pembangkang yang terlibat dalam kejadian Lahad Datu ini seperti Laporan The Inquirer. Gambar kenangan Allahyarham Insp Zulkifli (kiri) dan Allahyarham Kpl Sabaruddin bersama keluarga masing-masing.

AL FATIHAH: Insp Zulkifli bin Mamat (29) dan Koperal Sabaruddin bin Daud (47) dari Unit 69 Komando PDRM meninggal dunia selepas terkena serangan mortar di Kampu...ng Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini, hari ini. Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Kedua-dua jenazah dijangka akan tiba di Pangkalan Udara Subang pada jam 11.30 malam ini. Jenazah Insp Zulkifli akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Gong Bayor, Tembila, Besut, Terengganu, manakala jenazah Kpl Sabaruddin akan dibawa ke rumah ibunya, Puan Som bt Mad Salleh di No. 83, Kg Sg Lias, Sg Besar, Sabak Bernam dan akan dikebumikan di Parit 1, Sabak Bernam, Selangor. Pengebumian jenazah akan dibuat secara pengebumian perwira.

Insp Zulkifli bin Mamat berasal dari Kg Kubang Ikan, Tembila, Besut. Ibu Allahyarham, Puan Khadijah bt Ismail (64 tahun) merupakan seorang ibu tunggal dan Allahyarham adalah anak ke-3 daripada 5 orang adik beradik. Isteri beliau, Noraziah bt Nor, merupakan seorang guru dan mereka mempunyai 2 orang anak lelaki berumur 5 dan 1 tahun. Isteri Allahyarham Insp Zulkifli kini sedang hamil anak yang ke-3.

Manakala Allahyarham Kpl Sabaruddin bin Daud mempunyai 6 org adik beradik. Beliau yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor telah meninggalkan seorang balu, Puan Nurul Nisah bt Abu dan 3 org anak yang berusia 19, 17 dan 13 tahun.

Semoga roh kedua-dua mereka dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.






Intel source from Philippines blames The Malaysian Opposition in Lahad Datu Stand Off

Malaysians grieved in silence as 2 brave policemen were killed at the Lahad Datu Stand off with the Sulu soldiers. Al Fatehah to the fallen heroes. Apparently, the Sulu heirs do not act on their own. Intelligence sources in The Phillipines said that these rebel Moro  were instigated to destroy the recently signed Peace Accord between Moslems in Mindanao and Malacanang Palace. Apparently they are being helped by an opposition politician in Malaysia.

This is an excerp from the Inquirer News .  Read on here:

Whether the heirs of the sultanate of Sulu acted on their own to reclaim Sabah or were instigated by an external force to do so, one thing is certain, according to government intelligence sources: It was a business that proved too big for the heirs to handle on their own.
The sources said that the Philippine government’s policy on Sabah is to keep it in the back burner.
But apparently “some people” want to push it forward now. And why now, at this time, is one of the questions government intelligence is looking into.

The sources consistently mentioned three groups that appear to have taken advantage of the decision of the Kirams to pursue their Sabah claim.
“These are groups that wanted to ride on the Kirams’ pursuit with their own interests in mind,” one of the sources said.
Another source added: “There are a lot who can gain from this, not just in the Philippines but in Malaysia as well.”
These “external factors,” as an Inquirer source described the groups, are one small faction that is in it for the money, an anti-Aquino administration group, and the Malaysian political opposition.
“The Kirams planned to pursue their claim as early as last year. But they went to Lahad Datu also on the instigation of these groups,” the intelligence officer said.

1- The small group supposedly goaded the Kirams to ask Malaysia for a higher rent on Sabah. If Malaysia gives in, this small group would allegedly have a share of the increase.
2- The anti-administration group simply wants to discredit President Aquino and is using the peace process as a cause of disenchantment for the Kirams.
“All those who do not like P-Noy (the President’s nickname) have joined forces. This is one way to really test how this administration will react (to such an issue). Whatever happens in Malaysia, there will be a backlash on us,” one source said.

“In a way, whoever wants to disrupt the peace process or the gains of President Aquino has already won,” the source added.
3- The third group is allegedly the Malaysian political opposition, which is gearing up for general elections that may be called before June.
The intelligence officer said that one member of the Malaysian political opposition allied with Anwar Ibrahim was running for a post in Sabah.
“Apparently, this politician was one of those who spoke with the Kirams. He supposedly gave the opposition’s support to the Kirams’ claim to Sabah,” the source said.