Showing posts with label wahhabism linked to terrorism. Show all posts
Showing posts with label wahhabism linked to terrorism. Show all posts

Friday, July 8, 2016

Jawapan definisi teroris kepada Lim Kit Siang dan DAP


 
PAKATAN Anti Sekolah Pondok


Sengaja DAP mengelirukan masyarakat dengan mengaitkan sekolah pondok dengan teroris. Kegiatan DAP memang licik kerana ingin menghapuskan sekolah pondok sebagaimana British menghapuskan amalan tarekat dan tasawuf dari masyarakat di Pahang semasa zaman penjajahan.

Sekolah pondok yang berakidah Tauhid Islam ASWJ dan mengamalkan kesufian/tarekat sebenarnya adalah benteng kepada terorisme. Sebab itu semasa Empayar Uthmaniyah jatuh dan sekularisme diterapkan dalam masyarakat Turkey, sekolah pondok/madrasah /tahfeez dikekalkan kerana tidak mengancam keselamatan Turkey moden

Sebenarnya yang terkait dengan teroris ialah wahhabi. Dan puak teroris ini dikenali dengan nama Naesh. Ikuti penerangan Ustaz Zamihan , pakar anti terorisme Malaysia yang menerangkan kaitan terorisme dengan Wahhabi di Kongres Amerika Syarikat bulan Ramadhan lepas.


ANGKARA MIS @ DAESH
Sedari awal tragedi saya sudah menjangkakan serangan di kelab malam Movida Puchong didalangi Militan Islamic State @ Daesh. Analisa boleh dibuat berdasarkan beberapa kriteria:

1. Serangan berlaku dalam bulan ramadhan. Bagi kumpulan Militan IS (MIS) (pandangan sesat militan) bulan ramadhan merupakan bulan jihad. Iaitu masa terbaik utk melakukan serangan dan masa terbaik utk mendapatkan ganjaran mati syahid dgn pahala berganda. Jika persaingan bisnes atau gengster mereka tidak menunggu ramadhan utk melakukan serangan. Asal ada peluang sahaja mereka rembat.

2. Kelab malam, pusat hiburan atau perjudian sememangnya merupakan sasaran utama serangan Daesh @ MIS. Bagi mereka lokasi ini merupakan pusat maksiat yang wajib dihapuskan atas muka bumi ini secara mutlak. Acara seperti dakwah, nasihat, bimbingan, tunjuk ajar dikira lambat mendatangkan perubahan berbanding serangan yg memberi impak kecederaan atau kematian. Ia dikira kemenangan besar berbanding semifinal Euro 2016. Jika gengster... mereka hanya datang melakukan kekacauan sahaja. Sungguhpun begitu, boleh dikatakan kelab malam pun mempunyai kawalan keselamatan tersendiri dari ancaman gengster.

3. Kumpulan MIS@ Daesh begitu cepat memberi respon hasil serangan ini. Website dan facebook milik mereka di Malaysia dan Indonesia cepat-cepat melahirkan kesyukuran selepas serangan ini berjaya dilakukan. Ini menunjukkan bahawa serangan ini telah dirancang awal oleh pihak mereka. Tiada pula kumpulan gangster mengaku bertanggungjawab atas serangan ini.

4. Selain pusat maksiat, pelacuran, perjudian dan kepentingan barat... MIS @ DAESH juga mensasarkan masjid. Abu Musaab Zarqawi sendiri menggunakan bapa mertuanya utk menjadi pengebom bunuh diri di sebuah masjid Syiah d Iraq. Bagi mereka ia adalah jihad walaupun dgn membunuh saudara seIslam. Ini kerana Wahhabi berpandangan org itu sebagai kafir yg dihalalkan darah mereka. Namun, bagi kita Ahli Sunnah Wal Jamaah ia adalah perbuatan jahat, keji dan mungkar. Dan orang yg membunuh nyawa muslim tanpa hak yg dibenarkan hukum syarak... pasti menerima laknat Allah swt dan kekal dalam neraka.

5. Kes mengebom masjid dan kawasan suci umat Islam juga seakan berulang. Terbaru kita melihat bagaimana kawasan masjid Nabawi juga diserang. Pengebomnya adalah Umar Abdul Hadi al-Utaibiy berumur 18 tahun. Beliau berasal dari kelompok Salafi Jihadi dari rangkaian keluarga al-Utaibiy al-Wahhabi al Najdi. Jangan lupa, pada tahun 1979 dahulu Juhaiman al-Utaibiy al-Najdi juga telah melakukan serangan keatas Makkah alMukarramah dlm satu pemberontakan utk menggulingkan Kerajaan Saud pimpinan Abdul Aziz al-Saud. Atas alasan kerajaan Saudi telah bekerjasama dgn kafir USA dan telah menyimpang dari manhaj Salafi sebenar.
Analisa terhadap doktrin agama menemukan kita dgn satu dapatan bahawa kelompok ini berpandagan umat Islam sekarang telah kafir kerana didakwa mengambil sebahgian ayat al-Quran dan meninggalkan sebhgian yg lain, tidak mempraktikan tauhid uluhiyyah, melakukan amalan syirik spt menziarah kubur, meminta kpd kuburan, bertawassul dgn org yg telah mati, menyambut maulid, berpegang kpd demokrasi, bekerjasama dgn org kafir, mengguna perlembagaan penjajah, tidak berhukum dgn hukum Allah dan banyak lagi.

Justeru, bagi mereka...tiada cara lain utk memulihkan keadaan dan "menjernihkan tauhid" kecuali "melancarkan perang jihad" di jalan Allah. Dengan harapan tauhid dapat ditegakkan, bidaah dibersihkan dan tertegaknya hukum Islam berasaskan kpd sistem khalifah sbgmana acuan mereka. (sebenarnya Islam adalah ugama yang mementingkan keharmonian dan tindakan Daesh ini salah)

Kesimpulannya, manusia menjadi pengganas agama disebabkan doktrin agama yang salah. Sesetengahnya memahami agama dengan cara yang sempit seperti khawarij/Salafi Wahhabi. Sbb itu, mereka menyeleweng(kan)  makna jihad, melakukan kerosakan atas muka bumi, membunuh nyawa manusia yg tidak berdosa, menjadi pengebom berani mati, merosakkan reputasi agama islam, mencetuskan islamphobia dan anti Islam dan lain lain

Ternyata mereka adalah kumpulan pengganas yg mesti diperangi dlm apa jua keadaan. Dan pihak keselamatan wajib mempertahankan keselamatan dan ketenteraman awam dari dinodai sesiapapun. Rakyat pula hendaklah menjadi mata dan telinga kpd KDN/PDRM dalam hal ini. Ayuh, bersama kita banteras militan (yang menyalahguna Islam ) atas nama agama.

‪#‎BANTERAS‬ DOKTRIN MILITAN AGAMA
‪#‎JIHAD‬ VS DAESH
‪#‎KEMBALI‬ MANHAJ WASATIYYAH ASWAJA