Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Wednesday, August 7, 2013

Kisah gadis supermarket yang berbuka puasa di kaunter

 
Di sebalik provokasi ugama dan perkauman yang dibuat oleh pembangkang maseh ada yang mengamalkan sikap toleran antara ugama dan kaum di Malaysia. Kesah benar dari Encil Raven Murugesan diceritakan kembali di fb beliau
 
Sewaktu di kaunter supermarket, beliau mendapati telah masuk waktu magrib dan berbuka puasa bagi umat Islam di Malaysia. Dia mendapati gadis cashier seorang Muslim dan kelihatan letih kerana berpuasa.  Untuk berbuka sekejap amat sukar bagi cashier berugama Islam kerana  deretan pelanggan yang  panjang.
 
Tanpa berfikir panjang beliau menawarkan air Tropicana Twister dan biskut yang sedang di scan untuk gadis cashier tersebut berbuka puasa. Pada nulanya gadis tersebut ragu ragu dan memohon ehsan dari seorang pelanggan  Cina di belakang En Raven. Namun pelanggan Cina tersebut juga membenarkan gadis cashier berbuka puasa dahulu. Gadis cashier tersebut mengambil biskut dan Tropicana Twister lantas duduk di bawah kaunter untuk berbuka puasa. Tak sampai 30 saat kemudian gadis cashier menjelma dan kembali menjalankan tugasnya dengan linangan air mata kesyukuran.
 
Moral Insiden: Kita tak perlukan bermillion ringgit dihabiskan untuk menyemai semangat hormat menghormati antara ugama dan kaum , tapi hormatilah setiap insan sebagai seorang adik, kakak atau abang...Semoga rakyat Malaysia  terus hidup dalam aman dan damai di Malaysia.
 
 
 
True story from Mr.Raven Murugesan :
 
I was in a busy supermarket when the azan was in the air and its time to berbuka puasa. But there was only one counter operating with a very long queue and the counter girl went on working without taking a break. When my turn came, I asked her "puasa ?" . With a charming smile she said " ya uncle" . But her eyes evidently showed that she was tired.
 
 I quickly took the Tropicana Twister and biscuits which she just scanned and offered to her and said " adik minum dan makan sekeping biskut ini dulu. Tak per kami boleh tunggu" she looked at the Chinese gentleman behind me , who sportingly noded . She took the drink and biscuits and sat beneath the counter. It was not even 30 seconds. When she resumed her work there were tears in her eyes. Moral of the incident : We don't need multi million ringgit promos to create 1Malaysia. Just treat everyone like brothers and sisters, we shall have a very loving environment in this country........

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan,

Facebook vs. Blog

Sudah agak lama ABG tidak kemaskinikan blog. Beban tugas baru yang semakin berat dan Facebook yang sentiasa memerlukan senggaraan membuatkan ABG tertinggal mengemaskinikan blog.

Pon begitu, keperluan blog maseh ada kerana Facebook ternyata lebih berkesan untuk informasi dan bertukar fikiran dalam jangka pendek. "Status" dan pergerakan artikel yang mempunyai pusingan yang cepat menyukarkan pembaca mengakses informasi yang sudah di arkibkan dalam dinding Facebook kita dan rakan-rakan.

Untuk rujukan di hari kemudian lebih senang dibuat jika sumber ilmu diletakkan dalam ruang siber yang mempunyai kerangka masa yang boleh diakses dalam jangkamasa yang lebih lama. Tambahan pula dengan ledakan informasi  yang banyak di Facebook, anak muda memerlukan masa untuk memahami dan mencerna sebelum menjadi ilmu yang boleh dimanfaatkan.  Di sinilah blog memainkan peranan sebagai library ilmu kepada hujah dan segala dapatan informasi di Facebook kita.
.............................................

Memuliakan Ramadhan

Puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga semata-mata. Alangkah ruginya jika kita bersusah payah menahan lapar dan dahaga tetapi tidak menjaga tingkah laku kita.

Semuanya perlulah dijaga; dari tutur kata yang tak menyakiti orang lain, amal ibadah wajib yang tidak ditinggalkan, permandangan mata yang tidak meliar dan fikiran yang berangan yang  bukan bukan, tidak  ....dan banyak lagi. Puasa dalam ertikata yang sebenarnya mengajar kita mendisiplinkan diri dan mengawal nafsu (An Nafs).

Sedeh sebab melihat dalam bulan Ramadhan maseh ada kawan Facebook yang melontarkan kata kata fitnah baik dari segi ugama sehinggalah kepada berita kematian bekas ADUN di Selangor. Apapon biarlah kita tinggalkan perkara dan perbuatan yang sia sia kerana ianya akan mengurangkan pahala puasa kita.

Sekali lagi ABG mohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa dan tersalah silap selama ini. Salam Ramadhan dari ABG.

Tuesday, August 25, 2009

salam ramadhan 2

Peta dunia yang dilukis di zaman keagungan Islam


Assalamualaikum,

Di harap dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, umat Islam perlu menjaga kesihatan, bagi memberi kesempatan sepenuhnya kepada diri untuk beribadah.


Ramadhan bukan sahaja bulan di mana umat Islam berpuasa makan dan minum disiang hari tetapi juga menjauhkan diri dari membuat perkara - perkara yang boleh mengurangkan pahala ibadahnya di bulan Ramadahan. Ibadah seseorang insan bukanlah terhad kepada solat dan puasa sahaja tetapi juga termasuklah menjaga adab adab orang Islam sepanjang masa.




ABG tidak mahu pergi lebih lanjut mengenai perkara tersebut, kerana banyak blog yang mempunyai artikel yang baik dan lengkap mengenai amalan dan adab yang perlu kita umat Islam amalkan. Yang penting, setiap pengetahuan perlulah diamalkan dalam kehidupan seharian, Islam bukan letaknya di luaran tetapi perlu disemat dalam hati, dilahiriahkan dalam setiap langkah dan keperibadian kita.


Cukuplah ABG meninggalkan kata kata ini yang dipetik dari kitab Minhajul Abidin


4 perkara yang menggangu insan dari mendekati dirinya kepada Allah iaitu:-


1- bila diuji dalam soal rezeki, insan tersebut tidak sabar




2- bila diuji diri dalam keadaan bahaya, insan tersebut tidak tawakkal/ tidak berserah diri sepenuhnya kepada Allah




3-bila diuji dengan bala, insan tersebut tidak redha




4- bila diberikan dugaan dalam sesuatu peringkat perjalanan hidupnya yang mana telah ditentukan dalam qadha dan qadar , insan tersebut merungut dan tidak redha




Seelok elok insan ialah insan yang sentiasa sabar, tawakkal dan redha dengan qadha dan qadar Allah.




Basahilah bibirmu dengan dzikir dan imarahkan hatimu dengan iman. Hiasilah diri mu dengan akhlak yang baik.




Jika ditimpa masalah, beristigfar banyak- banyak , InsyaAllah akan ada kelapangan yang Allah berikan.




Wassalam.

Saturday, August 22, 2009

Apa isu sebenar di Permatang Pasir?

Tapak masjid yang telah diwartakan dalam Rancangan Struktur Shah Alam di Seksyen 23 dan ditukar status kepada kuil bukan tanda liberalisme politik, itu namanya salah dari segi perundangan dan nyata merompak hak orang Islam! Gambar Ehsan Kuil/Wat Siam di Kelantan.

Astagfirullah Hil Adzim, istigfar banyak banyak.........

Menurut ramai orang yang alim ugama, zaman ini zaman fitnah. Fitnah melayang di mana mana. Maka bagi mereka yang bergelar Islam, hendaklah menjadi tanggungjawab menjaga dirinya dan keluarganya dari menjadi ejen fitnah. Menyebar fitnah salah, mendengar fitnahpun salah.

Oleh itu, kempen pilihanraya yang dijalankan dalam bulan Ramadhan hendaklah berlandaskan cara hidup orang Islam. Islam bukan ada nama sahaja, tapi Islam merangkumi amal ibadat dan perbuatan seseorang manusia dalam kehidupan seharian. Oleh itu , insaflah sekalian manusia yang bergelar dirinya Islam, untuk kembali kepada amalan ugama yang sebenarnya!.

Menurut laporan blog Gerakan Anti PKR yang kini berada di Permatang Pasir, selepas solat tarawih, pemimpin PAS terus terusan mencerca dan membuka aib calon UMNO.

Apa yang dijadikan isu, isu lapok pembatalan sijil guaman dan isu Rohaizat nikah dua.

Isu pembatalan sijil guaman itu sebenarnya TIDAK BOLEH dijadikan isu kerana isu tersebut telah selesai. Malah calon UMNO telah bersedia untuk membuat Pengakuan Bersumpah.

Perlu juga diingatkan, siapa sebenarnya dalang disebalik Majlis Peguam! Untuk Lebih jelas, pembaca kena bertanya siapakah bangsa, ugama dan entiti NGO yang menguasai Majlis tersebut? Apakah isu isu yang dimainkan sebelum ini seperti Murtad, Kebebasan Berugama dan sebagainya belum jelas menunjukkan sebenarnya Majlis itu telah dipergunakan untuk meliberasikan Islam ? Agenda tersembunyi siapakah yang dimainkan oleh Majlis itu?

Sudah tiba masanya Majlis Peguam tersebut dibawah pimpinan tertinggi (precidency) di kalangan peguam Islam yang ramai di Malaysia supaya Majlis itu tidak disalahgunakan kepentingannya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab memainkan isu isu sentitif.

Sepatutnya juga Majlis itu dipertanggungjawabkan di bawah Akta Hasutan !

Isu kedua mengenai poligami. Rohaizat telapun mengaku tidak mengamalkan poligami. Kalaupun beliau bernikah dua , adakah salah isu tersebut disisi Islam? Ramai pemimpin PAS mengamalkan poligami, poligami memang tak salah disisi Islam- jadi apakah isunya disini?

Untuk pengundi PRK Permatang Pasir ada 3 isu penting yang perlu diberikan mesej jelas pada PAS PUSAT dan Pakatan Rakyat disini :-

1- Isu menganaktirikan peguam Islam dan menganaktirikan ugama Islam oleh Majlis Peguam- kenapa tiada tindakan ke atas Elizabeth Wong ? Kenapa ada tindakan dan kenyataan berbaur sabotaj ke atas peguam syariah Islam bernama Rohaizat?

2- Isu kedua mampukah PAS keluar dari kongkongan tindak tanduk DAP? Tidak cukupkah lagi isu arak, ambil wang derma ceramah politik dan derma di masjid untuk tujuan politik partai PAS, azan, ambil rezab masjib buat kuil mencelikkan mata pengundi Islam di Permatang Pasir?

Bersatulah umat Islam. Sesungguhnya undi di Permatang Pasir perlu digunakan untuk memaklumkan kepada PAS PUSAT perjuangan mereka telah tersasar. Menyokong PAS kini ibarat menyokong segala tindak tanduk PAS yang telah membelakangkan perpaduan ummah, kepentingan Islam dan mengiyakan tindakan double standard dan anak tiri ke atas profesional Islam oleh Majlis Peguam!

3-Isu perbuatan munafik dan penyebaran fitnah. Demi Allah , demi ugamamu Islam, kembalilah kepada fitrah Islam. Harapan saya semua rakyat Malaysia mendoakan pihak yang tidak menabur fitnah akan dimenangkan Allah dalam PRK Permatang Pasir! AMEN

Wednesday, August 19, 2009

Salam Ramadhan


Istana Al Hambra, Sepanyol. Empayar Islam Andalusia hancur kerana permusuhan sesama Umat Islam dan bersekongkol dengan musuh Islam-satu pengajaran dan peringatan buat umat Islam di Malaysia.


Ramadhan datang lagi menjenguk ummat Muhammad, iaitu ummat akhir zaman.


Menurut baginda Rasulullah, ummatnya yang terkemudian ini imannya senipis kulit bawang. Subuhnya Islam, petangnya munafik dan malamnya kembali Islam. Oleh itu jauhilah sifat dengki, iri hati, mencerca sesama ummat Islam, kafir mengkafir antara satu sama lain. Sesungguhnya urusan iman, Islamnya seseorang dan hak seorang insan masuk ke syurga adalah milik Allah jua.


Penulis telah membentangkan secara ringkas ciri ciri orang munafik dalam penulisan yang lepas. Kali ini penulis bentangkan cara mengenal ciri ciri orang yang memegang fahaman wahabi, yang mana penulis ambil dari blog rakan penulis di blog Tahu, Faham dan Amal di bawah tajuk Ciri-ciri Ringkas Fahaman Wahhabi atau di url ini
Harapan penulis, dengan pengenalan kepada ciri ciri wahhabi ini, kita sesama umat Islam dapat bersatu kembali, demi keutuhan ugama Islam di bumi bertuah ini. Antara ciri - ciri orang wahabi ialah suka memecah belahkan umat Islam dengan fatwanya, menuduh orang lain kafir atau bidaah jika tidak sefahaman dengannya, menghukum tawassul haram dan anti orang yang mengamalkan ilmu tasawuf .


Selain itu bersempena awal Ramadhan penulis mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf dari semua orang jika ada terkasar bahasa atau tersalah faham antara kita. Penulis bukanlah seorang yang suka bertekak memanjang, jika sudah berhujah dan memberikan pendapat terserahlah kepada pembaca atau chatters untuk menerima hujah tersebut atau tidak. Hatta bertekak berpanjangan bukanlah sifat yang ingin disimpan oleh penulis kerana ianya juga salah satu ciri ciri munafik- bila berhujah sanggup bertegang urat untuk mempertahankan pendapat walaupun ianya terbukti salah.


Marilah kita sama sama merebut peluang keemasan yang diberikan oleh Allah untuk beramal sebanyak mungkin ( quantity) dan sebaik (quality) yang mungkin dalam bulan yang mulia ini.


Penulis juga akan mengurangkan aktiviti chatting, maklumlah penulis nak kurangkan risiko misperception/ tersalah anggap, sebab kalau dah ada chatters yang terasa, penulis pula bukanlah seorang yang pandai untuk bermatian matian bertegang urat dan bertekak.

Itulah sebabnya ada kala penulis menjauhkan diri secara sementara bagi cool off keadaan yang tegang . Ini juga satu method yang penulis belajar semasa marketing bagi sebuah bank iaitu menjauhkan diri buat sementara waktu dari keadaan tegang untuk kekalkan keharmonian hubungan insan (temporary physical separation from abusive environment).


Memang benar syaitan itu dirantai dalam bulan Ramadhan, tapi ingatlah wahai saudaraku, nafsu manusia tetap ada, apatah lagi bagi kita yang masih dalam peringkat nafsu amarrah dan belum habis membuang sifat sifat mazmumah.


Salam Ramadhan, ikhlas dari anakbukitgantang.