Showing posts with label pluralisme ugama. Show all posts
Showing posts with label pluralisme ugama. Show all posts

Tuesday, April 9, 2013

Haram undi PAS, PKR, DAP-MINDA PONDOK


                                                                      Minda Pondok

Langkah PAS membenarkan DAP menggunakan lambang PAS dalam PRU ini menunjukkan PAS menyokong perjuangan DAP memurtadkan umat Islam. Umum mengetahui agenda utama DAP ialah mewujudkan negara SEKULAR seperti Turki di mana ugama terpisah secara langsung dari pentadbiran negara. Tempoh hari saya mendedahkan video agen yahudi dan pluralisme ugama yang dikeluarkan MUAFAKAT. Kali ini deklarasi ulama pondok dalam MINDA PONDOK yang membuat fatwa haram mengundi PAS, PKR dan DAP dalam PRU mendatang.

GURUN 8 April - Persidangan Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz membuat deklarasi bahawa haram bagi umat Islam di negara ini mengundi pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana mereka menyokong pluralisme agama yang jelas menyekutukan Allah.
 
Pengerusi persidangan, Harun Yahya berkata, deklarasi tersebut dibuat berdasarkan nas daripada kitab-kitab Ulama Ahlusunnah Waljamaah yang muktabar setelah para peserta mengadakan perbahasan selama tiga hari bermula Sabtu lalu.
 
Menurutnya, para peserta persidangan itu mendapati perjuangan parti pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP bukan sahaja menyalahi nas-nas tersebut bahkan bertentangan sama sekali dengan Islam serta sesat lagi menyesatkan.
 
Katanya, kenyataan bersama ketiga-tiga pimpinan tertinggi pakatan pembangkang bahawa kalimah Allah boleh digunakan agama lain adalah perbuatan jenayah yang paling besar ke atas agama Islam dan umatnya.
 
Akibat pluralisme, rukun Islam pertama iaitu mengucap dua kalimah syahadah lenyap yang menyebabkan murtad kerana umat Islam tidak mengesakan Allah serta mengaku agama lain adalah agama Allah dan Nabi Muhammad bukan lagi utusan yang membawa agama Allah, yang bermakna Islam bahkan semua agama benar belaka bukan hanya Islam.

Oleh itu adalah haram menyokong Pas, PKR dan DAP kerana mereka sepakat dalam memperjuangkan bahawa nama Allah boleh digunakan oleh penganut agama lain yang membawa maksud semua agama adalah agama Allah," katanya kepada pemberita selepas Persidangan Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz di Hotel Harvard di sini hari ini.
Harun yang juga Ketua Penerangan Minda Pondok berkata, kalimah Allah adalah nama zat Tuhan yang telah menurunkan agamanya iaitu Islam, maka kalimah Allah hanya untuk umat Islam yang mentauhidkan Allah dan tidak menyekutukannya dengan yang lain.
Jelasnya, ini yang membezakan umat Islam dengan agama lain yang diperintah berdakwah dan menyeru umat lain mengesakan Allah bukan membenarkan Allah untuk disekutukan seperti yang dipersetujui Pas, PKR dan DAP.

Pas sepatutnya menyeru mereka masuk Islam dan menganut agama Islam bukan membenarkan nama Allah untuk digunakan, sedangkan secara terangan menyalahgunakan kerana mereka masih tidak meninggalkan kepercayaan mereka yang asal.
“Apabila dibenarkan mereka menggunakan kalimah Allah dalam bible atau kitab-kitab agama mereka, maka natijahnya semua agama adalah agama Allah dan bukan lagi Islam agama Allah,’’ ujarnya.
Menurutnya, itulah yang dipanggil pluralisme agama yang menjadi agenda jahat musuh-musuh Islam untuk menghancurkan Islam.

Katanya, rakyat negara ini usah termakan dengan dakyah pakatan pembangkang khususnya Pas yang kononnya mahu melaksanakan Islam tetapi Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghalalkan Allah disekutukan dengan memberi nama Allah digunakan oleh agama lain.
 
“Isu kalimah Allah bukan isu politik semata-mata sebaliknya adalah usaha untuk merombak perkara rukun yang utama dalam Islam," katanya.
 
Harun berkata, pihaknya turut menyeru segenap lapisan masyarakat dan pemimpin di seluruh negara melakukan solat hajat sehingga pilihan raya umum atau seterusnya agar umat Islam di Malaysia dan dunia terpelihara daripada agenda memurtadkan mereka.


Artikel Penuh: sini

Wednesday, December 26, 2012

Ismail Mina kunjungi Tok Guru Haji Abdullah Sa'amah di Sekolah Pond...



Berkenaan tahaluf siyasi dan beza hubungan UMNO-MCA-MIC-GERAKAN vs PAS-DAP-PKR

 

UMNO maseh dominan dalam Barisan Nasional dan party komponen tidak pernah  menyongsongkan polisi kufar mereka. Oleh itu  party komponen bukan Islam dalam Barisan dianggap kafir zimmi iaitu  yang tak memudaratkan Islam

 

PAS pula akur dengan polisi Kritianisasi DAP dan Pluralisme dan Liberalisme PKR-kerjasama ini mudarat ke atas umat Islam


Tuesday, November 13, 2012

Cubaan Pluralisme ugama Nurul Izzah - MUAFAKAT menjawab

Usaha pluralisme makin rancak sejak PRU12. Kemenangan Pakatan di Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan (22 tahun) sebenarnya telah  menyenangkan kerja mempluralisme ugama melalui penguasaan masjid dan influx paderi Kristian kedalam masjid. Malangnya umat Islam berbelah bahagi kerana dikaburi pandangan politik kepartian. Sebenarnya usaha menjadikan umat Islam MURTAD  bermula dengan menidakkan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan -senanglah nanti umat Islam dimurtadkan bila ugama Islam sudah "samataraf dengan ugama lain" (Pluralisme).
 
Nurul Izzah adalah puncak segala kemelut cubaan mempluralkan ugama Islam supaya samataraf dengan ugama lain di Malaysia!
 
 
 
 

MUAFAKAT  cuba menjawab persoalan Kedudukan Islam dalam negara dan pluralisme ugama melalui barisan pembentang yang arif dan pakar tentang undang undang.

MUAFAKAT berusaha  mendepani PLURALISME ugama yang cuba disemai Pakatan sejak PRU12. Seminar SEMAIAN mengupas kemelut umat Islam dewasa ini – Senarai Pembentang Kertas Kerja seperti dibawah:


Tarikh:
16hb Disember 2012 (Ahad)
Masa:
8:00 pagi – 5:30 petang
Tempat:
Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur

 
Ucap Utama oleh:
YAA Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, mantan Ketua Hakim Negara
bertajuk:
Memartabatkan Islam Sebagai Agama Negara
 
Lain-lain tajuk dan pembentang:
 
Islam, Raja dan Melayu Sebagai Paksi Keutuhan Negara Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan
Oleh: YA Dato Mohd Noor Abdullah, mantan Hakim Mahkamah Rayuan
 
Ancaman Terhadap Kedudukan Islam Agama Negara
Oleh: Haji Mahamad Naser Disa, Pengarah Kanan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
 
Kedaulatan Islam Sebagai Agama Negara – Peranan Raja-Raja Melayu Berpaksi Perlembagaan Persekutuan
Oleh: Prof. Madya Shamrahayu Abdul Aziz, Kulliyyah Undang-undang Profesor Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
 
Islam Agama Negara: Antara Tuntutan HAM Sejagat dan Kedaulatan Islam Dalam Perlembagaan
Oleh: En. Azril Mohd Amin, Naib Presiden, Persatuan Peguam Muslim Malaysia


Penyertaan dibuka kepada semua.
Pendaftaran adalah PERCUMA
Sila ikuti perkembangan lanjut di http://muafakatmalaysia.com/
atau hubungi kami melalui:
emel: muafakat_malaysia@yahoo.com
Tel: +603 4107-1025

Wednesday, November 7, 2012

Nurul wajib mengucap Dua Kalimah Syahadah dan perbaharui akad nikah

Gara gara ucapan Nurul menggalakan umat Islam MURTAD di dalam satu majlis anjuran Kristian di  Subang Jaya, seorang pendakwah bebas Ustaz Rasyiq Alwi mengatakan Nurul wajib mengucap Dua Kalimah Syahadah dan perbaharui akad nikah. Ini kerana merendahkan dan mempermainkan ayat Al Quran termasuk dalam perkara yang boleh membawa murtad tanpa disedari.Rujuk  Abu Syafiq
 
 
"Melayu bebas pilih ugama lain" dengan merujuk kepada hanya sebahagian ayat Quran. Inilah virus Pluralisme ugama yang dibawa Nurul Izzah dan Pakatan .
 
Ucapan mempermainkan ayat suci Al Quran  dan memansuhkan sekatan ugama lain memurtadkan umat Islam jelas dibuat oleh Nurul Izzah di sini minit 0.62 dan 2.20 ke atas.
 

 
 
Dengar pula hukum mempermainkan ayat Al Quran di minit 2.12 oleh Ustaz Rasyiq Alwi sepertimana tersiar dalam Astro 502
 

 
Hukum murtad ini juga mengenai seorang tokoh MB yang mendakwa Allah duduk silo lendik atas Arasy di sini
 

 
 
 
Ramai yang melihat enteng perkara ini tapi ucapan Nurul melibatkan AKIDAH dan menggalakkan umat Islam MURTAD.
 
Sekatan menyebarkan ugama lain ke atas umat Islam di Malaysia jelas dalam Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Rujuk Perlembagaan Persekutuan

Tuesday, October 16, 2012

BERSIH 4, tarikh PRU13 dan pertukaran rejim ala Illuminati

Dulu saya ada bangkitkan BERSIH 1, 2dan 3 adalah nombor sakral Illuminati/dajjal. Rakan blogger  dari Afterdark memaklumkan kaitan BERSIH 1,2, dan 4  seperti di bawah:-
 
BERSIH 1.0 = 10 / 11 / 07 > campur jadi 28 = campur lagi jadi 10
BERSIH 2.0 = 09 / 07 / 11 > campur jadi 27 = campur lagi jadi 09
BERSIH 4.0 = 03 / 11 / 12 > campur jadi 26 = campur lagi jadi 08

Jangan lupa cubaan demi cubaan untuk merosakkan keamanan negara Malaysia dan Indonesia telah dibuat pada tarikh sakral Illuminati 13 Mei! 13 Mei 1969 tercatat dalam sejarah Malaysia kerana kekacauan kaum. 13 Mei 1998 tercatat dalam sejarah Indonesia kerana kekacauan kaum. Anehnya setelah Suharto turun dari jawatan President, Indonesia mengalami proses Liberalisasi ugama hebat di bawah Gus Dur! Bukan rahsia lagi bahawa President Indonesia sekarang didokong oleh puak Liberalisime ugama iaitu Jaringan Islam Liberal! Kini putik liberalisasi ugama sudahpon ada di Malaysia. Di bawah konsep kesepakatan Pakatan Rakyat maka golongan pak lebai PAS dah merelakan MP dan mubaligh Kristian DAP masuk masjid di negeri Selangor.


 
Berdoa bersama rahib Kristian seolah mengiktiraf dan menyamakan status  ugama Kristian. Di Malaysia, Islam adalah Ugama Persekutuan Tanah Melayu di bawah Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan
 
Mesej Penting dalam gambar ini  -Kristian sama taraf dengan Islam di Malaysia-inilah yang penyokong taksub PAS tak nampak! Putik Liberalisasi ugama atas nama politik!

 

 Saya juga pernah membangkitkan dinasti Lim/Lee yang merupakan Illuminati bloodlines di Malaysia dan Singapura di sini. Bukan rahsia lagi bahawa Lim Kit Siang di Malaysia adalah pemain utama 13 Mei 1969.
 
Lim adalah keluraga Illmunati bloodlines di Asia. Apakah satu kebetulan Lim Kit Sinag menjadi pemain utama 13 Mei untuk meruntuhkan Pemerintah Islam di Malaysia?
 

Dana Asing utk pertukaran rejim yang lebih pro Amerika Pro Kristian di Malaysa
Perlu diingat bahawa Malaysia adalah satu satunya negara bukan rakan kepada Illuminati saat ini di rantau ASEAN dan dunia Islam. Iraq, Mesir , Libya dan Tunisia sudah lama jatuh ke tangan Amerika. Begitu juga Turki jatuh ke tangan rakan baik Anwar, Erdogan yang mendapat sumber kewangan yang banyak dari Barat.
 
 
Tak lama lagi  Bersih 4.0 akan menjelma....pada tanggal 11-3, November 3, Maka bersiap sedialah kita....apa-apa pun boleh berlaku. Para Illuminati tidak akan senang selagi melihat negara Islam di nusantara ini masih lagi aman dan semakin makmur....Mengapa mereka memerangi kita? sebab utama adalah Islam....sedangkan Iblis sudah berjanji dengan Allah akan menyesatkan anak cucu Nabi Adam sehingga kiamat....

Perjuangan apakah yang dijuangkan? Dalam Manifesto Pakayan di  Selangor semasa PRU12 perkara 5 ialah penubuhan Jawatankuasa Antara Ugama- ini maknanya SAMARATA antara ugama-itukan yang dimahukan oleh pemimpin "Islam" ini?

Adakah kita masih lagi terselamat sepertimana gagalnya Bersih 1.0, 2.0, 3.0? Kita sendiri akan meNentukan....Sentiasa ingat pesanan Allah, orang yahudi dan nasrani tidak akan senang selagi umat Islam tidak mengikut ajaran mereka....sekiranya Bersih 4.0 gagal, semoga GAGAL, maka, mereka akan sentiasa mencari alasan lain untuk terus tumbangkan negara Islam yang masih makmur di nunsantara ini....Kita seharusnya bersiap sedia dari segi mental, fizikal, segalanya mungkin berlaku...sebagaimana orang Iraq, Libya dahulunya hidup aman dan mewah, segalanya boleh hancur dengan sekelip mata...

9-11 Illuminati dan para freemason amat menekankan dengan sihir nombor seperti mana Allah juga mempunyai nombor-nombor yang misteri dalam Al Quran. Nombor-nombor mereka tidak banyak hanya 3, 7, 9,11,13, 33, 39. Manakala misteri nombor-nombor dalam Al Quran tidak terkira banyaknya. Nombor-nombor Iluminati adalah nombor-nombor yang dipilih dan dipuja dengan mentera supaya mendapat pertolongan syaitan, iblis, jin kafir dan Dajjal supaya mendapat pertolongan mereka. Maka, sekirannya masa itu telah tiba, akan datanglah laknatullah ini bagi menjayakan segala perancangan Iblis menyesatkan dan memusnahkan manusia tidak mengira Islam atau bukan Islam asalkan cucu cicit Adam dan Hawa.

Perancangan jahat Illuminati juga berkisar dalam nombor-nombor tersebut. Ia memudahkan kita sebagai umat Nabi Muhamad SAW agar sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga dengan permainan Dajjal.

9-11 - Tragedi runtuhan World Trade Center telah memberikan impak yang amat besar pada umat islam sedunia. Sudah tentu masa itu telah disihirkan.

Tragedi World Trade Centre (WTC) 11 September 2001 mungkin tidak akan pernah dilupakan dalam sejarah dunia.Konon kabarnya kejadian ini sudah diramal ratusan tahun sebelumnya oleh peramal Nostradamus. Namun ternyata ada misteri lain di sebalik peristiwa ini, misteri angka 11. Mungkin bermula dari kedudukan menara kembar yang menyerupai dua buah angka satu (11) atau mungkin peristiwa ini terjadi di tanggal ke-11.Berikut alalah misterinya.......

Misteri yang menghubungkan tokoh/tempat dengan angka 11 :

1. New York City memiliki 11 huruf.
2. Afghanistan memiliki 11 huruf.
3. Ramsin Yuseb ( pengganas yang menyerang WTC ) memiliki 11 huruf.
4. George W Bush memiliki 11 huruf.
5. WTC membentuk angka 11.

1. New York adalah negara bagian ke 11.
2. Pesawat pertama yang melanggar WTC memiliki nombor penerbangan ke 11.
3. Pesawat itu mengangkut 92 orang penumpang, 9+2 = 11.
4. Pesawat kedua yang melanggar WTC mengangkut 65 orang penumpang,6+5= 11.
5. Tragedi itu terjadi pada 11 September, 9/11, 9+1+1 = 11
6. Tanggalnya sama dengan Nombor Kecemasan Amerika yaitu 911, 9+1+1 = 11.

Jika fakta yang umum diatas masih dianggap kebetulan belaka, maka mari kita cuba teliti lebih dalam lagi.

1. Kejadian ini merupakan kemalangan pesawat yang ke 254, 2+5+4 = 11.
2. September 11 adalah hari ke 254 dalam tahun itu, 2+5+4 = 11.
3. Pengeboman Madrid terjadi pada tanggal 3/11/2004, 3+1+1+2+4 = 11.

Bagaimana? masih penasaran? Sebagai analisis terakhir, mari kita lakukan bersama-sama dengan data yang ada. Pertama, sila buka Microsoft Word di laptop/PC anda. Kemudian ikuti petunjuk dibawah.

1. Taip Q33 NY, ini adalah nombor pesawat pertama yang melanggar WTC.
2. Tebalkan (bold) Q33 NY.
3. Ganti ukuran font menjadi lebih besar ( 48 atau 72 ).
4. Ganti jenis font menjadi WINGDINGS 1
5. Jika anda sudah mencuba pasti anda akan terkejut melihat apa yang terjadi.

Memang susah di percayai. Akan Tetapi nyatanya 11 Adalah Angka Yang Misteri

7-11 pula adalah rangkaian syarikat yahudi yang keramat. Nombor-nombor itu telah mendapat pertolongan dari Dajjal. Sebagaian dari keuntungan 7 Eleven telah banyak menyumbang pada pembinaan negara Israel dan penghancuran Palestine.
Pelik bila orang yg mengaku "beriman" tunduk di bawah nafsu syaitan-selepas itu mengaku pula mereka adalah angel/malaikat  dalam spin ke atas idiom yg diguna oleh  Tun Mahathir

Ini bukan budaya orang Islam!Hadis Sahih Bukhari berkata " taatlah kepada pemimpin selagi dia seorang Islam"


Perhimpunan Bersih 7-9-11 atau 9-7-11 adalah nombor misteri yang mempunyai sihir yang tersendiri. Pada waktu itu dijangkakan ramai yang akan terkorban, pertumpahan darah akan berlaku. Pertembuangan antara BERSIH (Pakatan) dan PATRIOT (UMNO). Kedua-duanya akan melakukan perarakan dan demonstrasi. Bersih akan berarak ramai-ramai memperjuangkan bersih SPRM (kononnya) manakala PATRIOT adalah pemuda-pemuda yang menghalang penyokong-penyokong Bersih, juga bodoh, kerana tidak perlu melawan api dengan api maka kesemuannya akan terbakar bersama syaitan.

Masanya semakin hampir, 13 Mei akan berulang, yang pasti ramai orang-orang melayu akan terbunuh akibat persengketaan sesama sendiri. Lebih malang Bersih yang akan mati bersama dengan pejuganagan kafirun Ambiga. Astaqfirullah.
Sekirannya anda ada berniat untuk pergi berdemonstrasi. Hentikan dan halanglahlah mereka semua. Orang-orang Islam adalah bersaudara. Damaikanlah antara dua puak yang saling bertelagah. Saya harap tiada lagi puak UMNO yang biol mengikut Patriot. Sekiranya anda semua sayangkan negara biarkan sahaja demonstrasi itu berjalan. Bukan bermakna kami menyokong, tapi demi keselamatan dan menyelamatkan insan-insan umat Nabi Muhamad SAW . Bersabar adalah lebih baik dari melawan. Kami juga menjangkakan puak-puak PATRIOT yang dipimpin oleh  Khairi Jamaluddin  ini juga salah satu mainan Illuminati bagi menaikkan api kemarahan pada BERSIH. Akhirnya ketahuilah umat Islam yang akan bertumpah darah!!! Jangan sesekali terpedaya dengan permainan DAJJAL. Tak cukupkah apa yang berlaku di Mesir? Tak cukupkah apa yang berlaku di Libya? Ambillah iktibar wahai orang Islam sekalian. Bersabar adalah lebih baik dari menentang!!!

Jangan lupa imej Neo Liberalisme yang dijuangkan oleh Khairi Jamaluddin baik dari segi sosial, ekonomi dan ugama maseh menebal walaupon setelah era Tun Lah- elok sahaja dia tak dilantik lagi menjadi Ketua Pemuda UMNO kerana dia memusnahkan UMNO dari dalam. Dalam keadaan sekarang UMNO adalah pilihan terbaik umat Islam kerana kita perlukan satu kuasa politik orang Islam yang kuat mempertahankan Islam yang tegak berdaulat di Malaysia sekarang. Rakyat Malaysia belum lupa apa yang dilakukan oleh  Khairi Jamaludin semasa PRU12 sehingga Barisan gagal mendapat 2/3 majoriti Parlimen. Kita juga belum lupa dan takkan memaafkan  kelemahan yang sengaja dibuat buat oleh Hishamudin Tun Hussein yang membenarkan BERSIH dan menyebabkan anggota polis terpaksa bekerja lebih teruk untuk menjaga keamanan negara . Mereka ini, bersama Saifuddin Abdullah   wajar dikeluarkan dari barisan kepimpinan UMNO!

Nombor-nombor Dajjal yang lain 3, 7, 9,11,13, 33, 39 yang semestinya disebarkan dalam bentuk-bentuk perfileman US yang 99.9% dikuasi oleh yahudi dan syarikat multinasional pemilik asal yahudi laknatullah. Kebanyakan misteri-misteri nombor ini banyak difilemkan dengan cerita-cerita berbentuk seram yang memuja Iblis dan Syaitan atau penyiksaan manusia yang amat kejam.

Tragedi 13 Mei pembunuhan besar-besaran antara melayu dan cina berlaku dai Malaysia. Nombor 13 itu sendiri adalah nombor yang telah disihirkan







US DOLLAR banyak mengunakan nombor-nombor sihir 13, 9 , 7. Adakah ianya satu kebetulan? Setiap kali dunia menggunakan US dollar, maka setiap kali ianya membawa sekali sihir-sihir pemujaan syaitan.


3-11, 11-3 (Tarikh BERSIH 4)
Berwaspadalah....JANGAN KELUAR RUMAH, DUDUKLAH DIAM-DIAM DALAM RUMAH ANDA dan sentiasalah BERDOA PADA ALLAH. BACALAH SURAH AL KAHFI 1- 10 supaya kita dan keluarga terlindung dari musibah permainan DAJJAL. Sekirannya kita nampak poster-poster risalah Bersih, cegahlah dengan tangan koyakkan dan musnahkan SEBELUM tarikh yang telah disihirkan 9-7-11, 7-9-11


Kalau perkara ini bukan kebetulan maka dijangkakan pada 09 March 2013 akan berlaku BERSIH 5.0 yang paling disaster antara semua perhimpunan BERSIH. Ini kerana mandat BN akan tamat pada bulan April 2013 dan oleh itu perkiraan paling cantek menggunakan numerologi ILLUMINATI adalah adalah seperti di bawah.

Mari kita lihat lagi kaitan tarikh BERSIH
BERSIH 1.0 = 10 / 11 / 07 > campur jadi 28 = campur lagi jadi 10
BERSIH 2.0 = 09 / 07 / 11 > campur jadi 27 = campur lagi jadi 09
BERSIH 4.0 = 03 / 11 / 12 > campur jadi 26 = campur lagi jadi 08

 
BERSIH 5.0 = 09 / 03 / 13 > campur jadi 25 = campur lagi jadi 07

9, 3, 7, 13 adalah semuanya canteek bagi penyembah Syaitan.

Moral of the story: Pastikan kalau nak pilihanraya tu sebaiknya sebelum 2013!



Friday, June 10, 2011

kesah kaum di Singapura dan sequel tayangan di Malaysia

Di Singapura kaum Melayu dipecahkan kepada sub etnik seperti Arab, Bugis, Jawa dan Melayu. Manakala anak anak Melayu Eurasian yang lahir pula akan dikategorikan sebagai Eurasian tanpa memasukkan bangsa si ibu yang Melayu.


Jadilah Melayu di Singapura satu bangsa yang tidak bersatu dan tak tahu hak hak mereka seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara tersebut.


Maka Singapura berbangga kerana populasi Melayunya rendah. Inilah taktik PAP dinegara itu untuk mengHALALkan dakwaan bahawa Melayu hanya berpopulasi 15 peratus sahaja di pulau Temasek itu.


Di Malaysia agen PAP iaitu DAP dah memulakan serangan. Bermula dari Agenda memansuhkan istilah "kaum" dalam kad pengenalan dan borang permohonan lain yang didalangi oleh gerakan BERSIH yang mana adalah matlamat utama Interfaith Council (IFC). IFC pula  dan mendapat dana dari Kongres  Amerika Syarikat melalui Democracy Fund, kini gerakan BERSIH bukan lagi di jalanan tapi ia ia diberikan emosi yang personal supaya dapat mendekati hati pengundi Cina, India dan Melayu yang murtad.


Saya tidak menuduh Hannah Teoh sebagai bodoh kerana tindakannya amat calculative. Dalam ilmu political marketing, Hannah Teoh telah menjadikan kes dirinya yang bersuamikan seorang India (apakah secara kebetulan?) - mendapat anak "Cindia" dan rayuannya untuk mendaftarkan status kaum anaknya sebagai "anak Malaysia" sebagai sambungan wadah perjuangan BERSIH- yang mana matlamat utamanya untuk memecahbelahkan kesatuan umat Islam dan menerima pluralisme dan liberalisasi ugama


Tanpa pengenalan "Kaum" di kad pengenalan akan mudahlah gerakan BERSIH dan IFC untuk memurtadkan sebanyak mungkin orang Melayu Islam kerana kini kaum sudah tidak terkait dengan ugama dan tidak dimaklumkan dalam kad pengenalan!


Lihat balik video Agenda Yahudi di Malaysia Bahagian 2 , BERSIH dan IFC disini



dan

Friday, April 1, 2011

Signifikan 1 April dan Bible Melayu- Serangan ke atas umat Islam di Taiping. Siapa jadi syaitan bisu?

Hari ini 1 April sepatutnya hari kita menhadiahkan Al fatehah kepada umat Islam di Andalusia.

Setelah jatuhnya Kerajaan Islam Andalusia ke tangan Ferdinand dan Isabella (asalnya Zaida puteri Raja Moroko dan ahlul bayt yang dimurtadkan dan dibaptiskan ke ugama Kristian) umat Islam Andalusia dijanjikan perjalanan aman ke Moroko/Algeria

Malangnya setelah mereka berkumpul di pelabuhan, bukan sahaja kapal dibakar tapi mereka yang selama ini berselindung di kubu kubu kuat, istana besar dan sebagainya ditangkap dan dibunuh beramai-ramai.

Mungkin edaran bible al kitab telah dirancang untuk mengambil sempena hari ini. Mungkin juga brou-ha-ha dan kecuhnya video seks sang pemimpin proksi Amerika sengaja dibuat diversion agar menutup isu ini.

Malah ada pemimpin mereka yang menggelar Tan Sri Harussani Mufti Perak sebagai syaitan bisu kerana tidak mengulas isu video seks di Video-seks-pemimpin-agama-jangan-jadi-syaitan-bisu-

Mungkin kita lupa bahawa pemimpin "Syaitan Bisu" ini juga membisu seribu bahasa mengenai peranan Interfaith Council (IFC) dan BERSEH yg pernah saya siarkan dalam posting terdahulu http://www.youtube.com/watch?v=RSUI0R7-wy4

atau di dalam video ini




Hadi Awang kenapa anda Bisu seribu bahasa dalam isu IFC?- DARI VIDEO AGENDA YAHUDI DI MALAYSIA 2

Maka pada hari ini pengedaran Al Kitab Bible Bahasa Melayu yang KHUSUS untuk orang Kristian telah dimanipulasikan. Berita dari Taiping memetik blog Taiping Mali bahawa Bible Bahasa Melayu ini telah diedarkan kepada pelajar Islam di SRK dan SMK Convent Kota! Apakah  Syaitan Bisu maseh terus membisu?

Petikan dari blog Taiping Mali

GEMPAR di Taiping


Taipingmali. . . .GEMPAR.

Smk convent taiping gempar pagi tadi. Pelajar2 melayu dikumpulkan dan diberi penerangan oleh ustazah2 mengenai edaran bible melayu d kalangan pelajar sekolah tersebut. Mungkin di smk st george taiping juga berlaku. . .juga di sekolah2 mubaligh di seluroh negara. 300 000 naskah bible melayu sedia utk di edarkan.

Inilah padahnya bila agama di gadai utk mendapatkan kuasa.

Atas nama liberasasi dan pluralisme agama. . . Anak cucu kita bakal di baptiskan.

Sokong lah PAS DAN PKR. . .dan terimalah hakikat suatu hari nanti anakcucu kita akan menganggap semua agama adalah sama. Solat pun boleh d gereja sb ada kalimah Allah ada dalam bible dan dinding2 gereja.

Takebeer.

Bodoh bangal lah kita kalau masih bercakaran sesama kita dan tak mau bersatu