Showing posts with label nizar jamaluddin. Show all posts
Showing posts with label nizar jamaluddin. Show all posts

Thursday, January 17, 2013

2 biji kapal untuk wang pampasan mangsa landasan keretapi maut Jepun

Tak serik serik Nizar MP Bukit Gantang buat hal. Kata kata Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail meminta Nizar buat homework sebelum buka mulut wajib diperdengarkan sekali lagi.
 

 
 
Penerangan data dari fakta sejarah dan penubuhan MISC menggunapakai wang pampasan Jepun beserta bukti diberikan oleh  di  WW11 Japanese Reparations  :-
 
1- January 4, 2013 Sekretariat Jejak meminta pihak negara Jepun memberi maklumat bila dan berapa jumlah pampasan kepada buruh binaan itu di hantar ke negara ini. KUALA LUMPUR: Kedutaan Jepun di Malaysia mengesahkan kerajaan negara itu telah menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand-Myanmar. Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, ketika mengesahkan penyerahan wang itu berkata, Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an. “Kami akan merujuk kepada Tokyo selepas ini (untuk maklumat lanjut),”
 
Dokumen Kementerian Kewangan berkenaan wang sub reparation "ODA" yang dipersetujui

 
 
 
 
 
2- Ke mana perginya wang pampasan yang diberikan?
 
After the separation of Singapore and Malaysia in 1965, it was at first decided that the two governments would take their claim to the Japanese Government separately. The Malaysian Government, however, argued that since both Singapore and Malaya were under British rule, and since Britain had obtained a war indemnity from Japan of which $455mil was meant for Malaya and Singapore, the governments of Malaysia and Singapore no longer had rights to make such claims. But the Malaysian Government’s view was not shared by the people who were making the claim. They maintained that war indemnities were meant for war victims and the rehabilitation of the economy; these monies were disbursed through the Allied War Damage Fund and the War Victims Fund. The claimants did not feel such compensation covered the $50mil the Chinese communities in Malaya and Singapore was forced to donate. The issue was to drag on for a few years before the Singapore and Japanese Governments reached an agreement in 1967: the Japanese would make a gift loan of S$25mil to Singapore. The money was to be used to purchase shipping material and to set up a ground station for satellite communications. In Malaysia’s case, a separate agreement was reached in July 1967: a sum of M$25mil (Malaysian ringgit) was presented to be used to purchase two ocean-going vessels from Japan. There was, however, some wangling before the agreement was actually signed. The Japanese Government demanded that the Malaysian Government guarantee it would make no further demands. This was rejected by the Malaysian Government. It was not until September 1967 that the agreement was signed after Japan withdrew that demand. The two governments, however, did agree that the gift of M$25mil would be the final and complete settlement of the unpleasant events of the Japanese Occupation. Source Danny Wong Tze-Ken Department of History, Universiti Malaya. (here)
2 Bijik Kapal...dan final settlement (makna tak boleh minta minta lagi duit faham!)

That kapal was used to set up MISC!!

Compensation issue for "Death Railway" workers settled: Malaysian official The Malaysian government considers that it has settled the issue of compensation for those who were forced to work on the Japanese "Death Railway" during the World War II, an Malaysian official said Thursday. The Malaysian and Japanese governments inked a pact on the issue on Sept. 21, 1967, Malaysian Foreign Ministry parliamentary secretary Ahmad Shabery Cheek was quoted as saying by Malaysia's national news agency Bernama. Under the deal, the Japanese agreed to pay "blood money" to the Malaysian government, he told the parliament here. The money was used to set up the Malaysia International Shipping Corporation, he said. The official also noted that Malaysian Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi told a cabinet meeting on April 27, 2005 that the issue had been settled. The Malaysian Foreign Ministry considered the matter had been closed from the perspective of the Malaysian government, he said. However, he stressed that the Malaysian Foreign Ministry would not stop any individuals or organizations from filing compensation claims with the Japanese. (here)
 

3- Ini duit yang dihantar Jepun ke Malaysia rujuk bawah ODA (sub reparation yang diterima) Ingat yer Malaysia dan negara Myanmar, Indonesia, Singapure menolak full reparation. Mereka menerima sub reparation-jangan ada mereka yang bangang mempersoalkan perkara  ini kelak . Duit inilah digunakan untuk membuat pelbagai program lain termasuklah memberi khidmat teknikal Japan International Cooperation Agency (JICA) kepada pembinaan super highway pertama di Malaysia Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan projek projek lain....KLIA, Putrajaya, Port Tanjung Pelepas, Port Klang.......


Agreement di tandatangani pada Jun  1967. Bagaimanapon Jepun berikan wang "ODA" secara beransur ansur. Jumlahnya tak sampaipon RM 207 Billion seperti kiraan silap " excell spreadsheet Nizar "
 
Kepada isu wang pampasan  RM 207 Billion yang ditimbulkan Nizar dari mana dia dapat jumlah itu? Rujuk jadual di atas please.... Final Agreement telah dipersetujui  pada tahun 1967. Wang dah habis dibayar menurut Pak Lah pada tahun 2005. Takkan salah kira pakai Excel Spreadsheet lagi kot?

Sumber

Japanese-wwii-reparations


 

Sunday, February 12, 2012

Ikhlaslah bila menegur


Bila kita melihat sesuatu yang bertentangan dengan akidah ugama berlaku janganlah melihat dari kacamata kepartian. Terkini heboh bila DS Najib meraikan Thaipusam di Batu Caves.
Sesuatu yang melanggar akidah ialah bilamana perbuatan itu MENYAMAI UPACARA KEUGAMAAN LAIN.
Mengikut garis panduan dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengenai perayaan itu, ada pendapat mengatakan hukum merayakan hari perayaan agama lain adalah haram. Mereka bimbang perbuatan itu boleh menjejaskan akidah atau secara tidak langsung akan membawa kefahaman bahawa semua agama adalah sama.


Berdasarkan buku Hukum Merayakan Perayaan Kaum-kaum Bukan Islam, tulisan Dr Abdul Hayei Syukor, ada dua pandangan berbeza dari sudut hukum mengenai orang Islam turut merayakan hari perayaan bukan Islam.

Kekeliruan dari sudut hukum merayakan hari perayaan agama lain atau dalam konteks ‘rumah terbuka nasional’ berpunca daripada fahaman kurang jelas terhadap maksud merayakan atau mengucapkan ucapan selamat hari kebesaran kaum lain itu.


Jika maksud merayakan itu adalah ikut serta berhari raya, mereka merelakan kekufuran orang bukan Islam dan bermuamalah atas nama agama mereka, ia adalah bercanggah dengan ajaran Islam

Meraikan orang bukan Islam atau menghadiri Perayaan bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam ialah:

# Majlis itu tidak disertakan upacara bertentangan akidah Islam contohnya menyertakan simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin dan pokok Krismas (Pembaca diminta untuk meneliti dan membuat telahan sendiri ke atas gambar pertama dan ke empat  dari kiri beberapa ADUN Pakatan mengambil bahagian dalam upacara keugamaan dengan menundukkan kepala berbanding gambar pemakaian kalung bunga sebagai tanda DS Najib TETAMU DIRAIKAN  di gambar pertama kanan-yang mana langgar akidah?).



# Majlis itu tidak disertakan perbuatan bertentangan syarak yang diamalkan masyarakat bukan Islam iaitu memakai pakaian seperti Santa Claus (Rujuk pemakaian  Jubah Warna Jingga Khas Untuk Sami Buddha dalam kes seorang Menteri Besar dari Kelantan- gambar ketiga dari kiri berbanding pemakaian kalung bunga untuk menghormati dan meraikan  seorang PM di gambar ketiga kanan-yang mana langgar akidah?).

# Majlis itu tidak disertakan perbuatan bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam seperti percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan. Berpakaian menjolok mata, mendengarkan lagu mempunyai seni kata berunsur lucah serta pemujaan. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik dan laga ayam.


Penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam seperti mengikut garis panduan yang dikeluarkan JAKIM. Garispanduan di sini garis-panduan-orang-islam-merayakan-perayaan-agama-lain

Berikut pesanan Pesan rakan FB Asyraf Wajdi Dusuki yang perlu diteliti. Nota tambahan saya dalam kurungan.
"Tak perlulah pendokong-pendokong mana mana  Parti menjustifikasi tindakan pemimpin masing-maseng.
Yang jelas... Majlis Fatwa Kebangsaan telahpun menggariskan bahawa meraikan upacara keagamaan agama lain adalah menyanggahi Syarak. Yang lebih penting semua wajar memainkan peranan agar mengelakkan daripada terjebak.
Seperti saya sebutkan sebelum ini, janganlah kerana keghairahan utk menagih undi (kaum kaffir)  kita tergamak melakukan perkara yang jelas bertentangan dgn prinsip agama. Badan-badan dakwah dan ilmuan agama juga berperanan melangkaui Parti. (Ilmu ugama perlulah disampaikan dengan ikhlas tanpa berpaksikan party politik-jika pemimpin party SALAH maka dia perlu ditegur)
Teguran mesti dilakukan secara adil kepada semua bukan hanya bersuara bila melibatkan pemimpin daripada  Parti yg bukan daripada kalangan yg didokongi. Tetapi bila pemimpin Parti yang didokong melakukannya seribu bahasa atau lebih buruk lagi mencari Hujah untuk menjustifikasikannya"

Akhir sekali saya tambah pesanan dari ustaz saya-bila kita mempelajari ilmu ugama maka semakin besar  tanggungjawab kita -kita perlu BERAMAL dengan ilmu tersebut dan menegur setiap kemungkaran. Dan setiap teguran kita perlu IKHLAS tanpa mengira kedudukan dan di Malaysia ini -party yang didokongi orang yang ditegur

Thursday, February 10, 2011

Antara Hi Tea, Birthday Bash dan Sambutan Maulid

Baru baru ini saya dapat mesej dari kawan PAS yang diwakili MP Bukit Gantang buat ceramah di Changkat Jering

Isi kandungan mesej :

"Ceramah pas di changkat jering, taiping ... cuba hasut rakyat supaya tiru macam rakyat mesir, supaya negara jatuh bankrap, pelabur2 asing lari, pelancong2 takut ziarah malaysia, semua peniaga2 tutup niaga, semua rakyat tak dapat bealan makanan, mereka juga harap polis & tentera tak campur, biarkan jenayah berleluasa ... supaya negara kucar kacir, tak harmoni, tak aman ... baru PAS boleh menang piliharaya !"

Selepas itu bila saya berjalan jalan di Bangi saya ternampak bunting yang memaklumkan perkara ini

"Hi Tea bersama MP Bukit Gantang

Tarikh Khamis 10 Feb (Hari ini)
Masa 530 petang - 7.00 malam
Tempat Restoran Jelitra Sungai Merab, Selangor"

Apa Nizar buat di Selangor? Apakah Nizar dan PAS dah tukar taktik cermah jadi majlis Hi Tea supaya tak perlu dapat  tauliah menyampaikan ceramah politik dan pemesongan ugama dari Jabatan Ugama Islam Selangor (JAIS)?

JAIS dan polis kena siasat. Jelas tak dapat permit berhimpun.....

Bercakap pasal Hi Tea teringat harga birthday kek yang mahal untuk seorang Menteri Besar  di Kelantan. Soalan saya tak sambut Maulidur Rasul ker? Maulid itu juga birthday Nabi Muhammad S.A.W. Tak perlu sebesar Birthday bash Menteri Besar, cukuplah majlis tazkirah sejarah dakwah ugama Nabi Muhammad, selawat dan sedikit bacaan Quran.....

Lihatlah beda sambutan dan harga birthday kek yang mahal  bagi Nik Aziz berbanding  sambutan beliau  ke atas hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Lihat  reaksi Nik Aziz ke atas sambutan Maulid Nabi  seperti dilaporkan oleh seorang pelajar pondok.


Kek sambutan harilahir Menteri Besar Kelantan mahal setimpal dengan gahnya majlis . Mana yang lebih layak disambut besar besaran? Manusia bernama Nik Aziz atau Nabi Muhammd?

......dan ini  dia sifat Nik Aziz sebenarnya mengenai sambutan bagi menyambut kelahiran Nabi Muhammad /Maulid

Cerita dari Tok guruku.

"Berkaitan dengan hal maulud ni kita masih ingat cerita dari baba pasir mas.......satu ketika seorang murid dari pondok sungai durian mengadakan majlis maulud di rumahnya kebetulan pelajar ini ada juga belajar dengan nik aziz....dia pun menjemput almarhum tok guru hj abd rahman sg durian dan nik aziz....kedua-dua hadir di majlis tersebut ......pada awal majlis berjalan dengan lancar ......sebaik sahaja....semua bangun untuk berselawat...nik aziz masih duduk bersama ayahnya.....tok guru hj abd rahman kata..."anta tak bangun berselawat ".....nik aziz pun jawab"tiada nas"...kata tok guru" anta tak buka kitab fekah yang banyak tu.....perdebatan panjang berlaku...majlis agama islam ....pun nak anjur majlis debat......bila tiba ketikanya...puak parti larang....tak mahu debat dianjurkan.......takut rosak parti....wahabi disebarkan melalui parti di kelantan".........catatan Abuamir Aiman


Sama sama kita renungkan, apakah berbaloi kita menyokong perjuangan satu party yang memperjuangkan politik - bertopengkan ugama dan lebih malang lagi menyebarkan dakyah Wahhabi sebenarnya!

Saturday, December 4, 2010

Teguran terbuka kepada MP Bukit Gantang

Wahai Nizar Jamaluddin,

Bagaimanakah KPI kamu?

Apakah dengan berceramah di majlis kahwin dan menjadi penceramah tak bertauliah di Selangor kamu sudah menjalankan tugasmu di Bukit Gantang?

Orang Bukit Gantang di Trong banyak yang bergantung pada hasil getah dan pertanian. Dimanakah ladang rakyat untuk mereka?

Bagaimana dengan sekolah pondok yang banyak di Batu 8, 9, dan menuju ke Padang Rengas yang kamu anaktirikan berbanding dengan sekolah Cina semasa kamu menjadi Raja di Perak selama beberapa bulan?

Orang Bukit Gantang di Changkat Jering jelak dengan banjir yang melanda rumah setiap kali hujan lebat sebab jalan dibuat lebih tinggi dari aras rumah dan lomgkang pula lebih tinggi dari aluran air hujan. Kenapa kamu tak dengar keluhan mereka ?

Peniaga di Pekan Sehari Changkat Jering mengeluh hasil jualan makin merosot. Kenapa kamu tak dengar keluhan mereka?

Apakah kamu benar mendengar keluhan nelayan di Kuala Sepetang? Atau hanya bersiar siar dengan kereta four wheeler kamu?

Soalan kamu di Dewan Undangan Negeri amat memalukan! Apakah "ancak"  lebih penting dari naseb penduduk Bukit Gantang dan Paser Panjang? Nampaknya kemarau memanjang lah di Perak kalau begini sebab tiada keberkahan ke atas negeri kerana pemimpin sebegini

Seeeloknya kami tak akan undi lagi MP seperti ini untuk mewakili kami di peringkat Parlimen!

Thursday, April 1, 2010

Sidang DUN Perak- siapa yang hipokrit?


Gambar menceritakan perangai sebenar. Ada blog pembangkang kata bahawa ADUN BN yang samseng- link              http://politikbanjar.blogspot.com/2010/03/4-sidang-dun-perak-kejutan-jamal.html. tapi gambar ini menggambarkan cerita tersebut tak benar. Malah pihak yang jelas memprovokasi adalah PR. Dan jelas dalam gambar ini seorang lelaki PAS yang buat onar! Dalam Islam bolehkan seseorang Islam yang lain menjatuhkan aib dan maruah saudara seIslamnya?

Mungkin Al Banjari lupa atau cuba tersalah pesong fakta. Jamaluddin ADUN Behrang adalah ahli BEBAS


Dalam sibuk berpolitik mungkin juga kita terlupa apa agenda tersembunyi mereka? Bolehkan Kerajaan Perak fokus kepada tugas jika dikacau ganggu sebegini? Siapa yang memprovokasi siapa?

Begitulah perangai hipokrit pembangkang. Mungkin mereka juga lupa janji yang mereka siarkan melalui kenyataan akhbar bahawa mereka bahawa PR akan jadi pembangkang berwibawa di DUN Perak sejurus selepas keputusan Mahkamah Tinggi Persekutuan pada 9 Februari 2010 mengesahkan Datuk Seri Zambry A Kader adalah Menteri Besar Perak yang sah.


HARAPAN untuk melihat sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berlangsung dalam suasana aman dan tenteram masih lagi menjadi satu impian.


Segalanya kerana sikap kebudak-budakan pakatan pembangkang di negeri itu yang terus berusaha melakukan pelbagai perbuatan dan tingkah laku yang memualkan ketika persidangan berlangsung.

Jika kelmarin, mereka agak bersopan berikutan perasmian persidangan dilakukan oleh Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah tetapi semalam perangai buruk wakil-wakil rakyat daripada pakatan pembangkang berulang kembali.


Mereka terpekik terlolong di dalam dewan, membawa poster yang menghina wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan bertindak keluar dari persidangan.

Semua itu mereka lakukan dengan satu matlamat iaitu ingin menarik perhatian dan cuba menganggu perjalanan mesyuarat supaya perkara-perkara berkaitan kepentingan rakyat tidak dapat dibincangkan.

Inilah sikap buruk pakatan pembangkang yang belum lagi menampakkan tanda-tanda untuk menerima hakikat bahawa mereka kini adalah pembangkang bukanlah kerajaan negeri yang berkuasa di Perak.

Tidak cukup dengan berperangai buruk di dalam dewan, di luar dewan pula mereka mempertikaikan kehadiran anggota polis sehingga ada antara mereka sanggup mengeluarkan perkataan yang berniat jahat.

Menuduh pihak polis akan menembak mati mereka atas andaian ada polis tidak suka kepada mereka adalah satu perkataan jahat yang tidak harus dikeluarkan oleh seorang yang bergelar wakil rakyat.


Tetapi itulah sikap pembangkang, mereka terlalu angkuh dengan kekuatan yang dimiliki di dalam DUN. Mereka sengaja melupakan bahawa kekuatan mereka sudah luntur berikutan kehilangan sokongan majoriti sehingga kuasa pemerintahan kerajaan negeri berpindah tangan.

Cukuplah! rakyat Perak khasnya dan rakyat Malaysia amnya sudah muak menyaksikan adegan bagaikan 'sarkas' yang cuba ditunjukkan oleh wakil rakyat pembangkang di negeri itu.


Kalaulah mereka begitu yakin mempunyai kekuatan sendiri untuk terus meraih sokongan rakyat, maka bersabarlah sehingga pilihan raya umum nanti. Biarlah rakyat menentukan siapa yang mereka mahu.


Sementara menanti detik itu, pembangkang sepatutnya menunjukkan kematangan dan bukannya berperangai seperti kanak-kanak yang kehilangan gula-gulanya.


Jika benar mereka memperjuangkan demokrasi dan berjuang demi kepentingan rakyat, maka hadirlah ke sidang DUN sebagai insan yang bertamadun. Jangan jadikan sidang DUN bagaikan tadika kanak-kanak. Sampai bilakah rakyat harus dihidangkan dengan perbuatan tidak matang pembangkang itu sehingga akhirnya ia hanya membazirkan wang rakyat.


Sidang DUN adalah mesyuarat penting bagi membangunkan sesebuah negeri dan bukannya medan untuk menunjukkan kekuatan politik mana-mana pihak.

Kalau mahu berpolitik, di situ bukanlah tempatnya. Cukuplah selama ini pembangkang sudah menyebarkan pelbagai fitnah dan tohmahan serta gelagat memualkan di pentas politik, takkanlah perangai buruk itu hendak pula diteruskan di sidang DUN?


Namun kita yakin, rakyat sedang memerhati gelagat pembangkang tersebut. Mungkin suatu ketika mereka berasa sangsi membenarkan pembangkang yang hanya tahu membangkang sahaja dan membuat perangai yang tidak setanding dengan gelaran Yang Berhormat yang disandang.


Tetapi kini dengan apa yang mereka saksikan di sidang DUN Perak, jelaslah itulah perangai pembangkang sebenar-benarnya, segala yang mereka katakan selama ini terutamanya dalam soal berjuang untuk rakyat hanyalah hipokrit!

.-petikan dari Utusan Malaysia

Monday, March 29, 2010

Sidang DUN Perak 30 Mac dan Pilihan Nizar

Pada bulan Februari 2010, Mahkamah Tinggi Persekutuan memutuskan dalam penghakiman bersejarah 5-0 bahawa Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kader adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Sejurus kemudian PAS Perak mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menjadi pembangkang yang berwibawa dalam DUN.

Baru sahaja rakyat Perak mengurut dada tanda lega, dikhabarkan mantan Speaker Perak Sivakumar memanggil sidang DUN. Saya hairan juga, kenapa tiada laporan Polis dibuat dan kenapa mantan Speaker ini tidak ditahan polis seperti 'Setiausaha Sulit'  Sultan Kelantan? Adakah berlaku double standard disini.

Mungkin mereka dah lupa bagaimana nak redha dengan keputusan Allah dan juga mungkin mereka perlu baca balik penjelasan undang-unadang.

Disertakan disini penjelasan undang-undang dari Blog Datuk Hafarizam



Akhirnya pergolakan politik di Perak yang berlarutan sejak setahun lalu ekoran perebutan jawatan Menteri Besar menuju penamat apabila Mahkamah Persekutuan semalam memuktamadkan ia milik Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau sendiri yang memilih Sistem Kehakiman sebagai pengadilan dan penyelesaian kemelut politik di Perak. Dia yang membawa kes ke mahkamah setelah tidak berpuas hati dan “mohon derhaka” terhadap pelaksanaan bidang kuasa Sultan Perak.

Nizar juga yang menimbulkan polemik, bersidang bawah pokok dan berceramah selama ini untuk meraih simpati sebagai asas pengadilan daripada orang ramai.


Keputusan diputuskan panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff itu menolak rayuan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar yang sah.

Apa yang jelas keputusan 5-0 menunjukkan tiada apa lagi yang boleh diungkit atau dipertikaikan pembangkang mengenai kedudukan Zambry atau isu dua Menteri Besar, sejak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor itu mengangkat sumpah memegang jawatan berkenaan menggantikan Mohammad Nizar pada 6 Februari 2009.

Keputusan semalam juga memberi jawapan keadilan dicari-cari sejak setahun lalu melalui proses undang-undang sudah pun diadili dengan sewajar-wajarnya.

Bagi Dr Zambry keputusan semalam membolehkan beliau untuk terus memberi fokus kepada hala tuju pembangunan Perak dengan mengutamakan kepentingan rakyat.

Bagi Nizar pula, selaku pihak yang memilih sendiri mahu mencari keadilan menerusi institusi mahkamah, beliau tiada pilihan selain akur keputusan mahkamah tertinggi negara ini.

Ini kerana pada 13 Februari 2009, ketika memfailkan tuntutan supaya dirinya diisytiharkan Menteri Besar Perak yang sah, Nizar pasti mempunyai keyakinan terhadap kebebasan dan keadilan sistem kehakiman.

Apabila keputusan Mahkamah Tinggi menyebelahinya pada 11 Mei 2009, Nizar dan pembangkang menyifatkannya keputusan itu tepat. Sehari kemudian apabila Mahkamah Rayuan menangguhkan pelaksanaan keputusan awal itu, mereka kembali mencemuh sistem yang sama.

Malangnya apabila keadilan yang dicari menerusi perundangan hingga diputuskan Mahkamah Persekutuan semalam, Nizar seakan tidak dapat menerima keputusan tersebut.

Ini boleh dilihat melalui kenyataan Nizar yang menyifatkan semalam hari paling sedih kerana kononnya sistem kehakiman tidak bebas.

Beliau turut mendakwa kononnya sistem monarki negara menuju monarki mutlak.

Berikut kenyataan Penasihat Undang-undang UMNO Malaysia, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkenaan keputusan Mahkamah Persekutuan dan reaksi Datuk Seri Mohamad Nizar Jalamuddin.

Saya melihat kenyataan Datuk Seri Nizar semalam sebagai satu komen yang berbentuk penghinaan kepada mahkamah.

Kenyataan Datuk Seri Nizar sengaja dibuat bagi mencetuskan satu polemik politik yang bertujuan mengelirukan rakyat secara berterusan dan langsung tidak berasaskan undang-undang.

Ini kerana menurut Perlembagaan Persekutuan 1957 jelas menyatakan bahawa negara ini menggunapakai sistem Raja Berpelembagaan.

Justeru Duli-duli Maha Mulia Sultan Melayu akan bertindak atas nasihat Perdana Menteri atau Menteri Besar kecuali terhadap 2 perkara yang sememangnya termaktub dalam Perlembagaan Malaysia amnya dan Perak khususnya iaitu :

1) melantik Menteri Besar

2) membubarkan Dewan Undangan Negeri

Justeru itu apabila Datuk Seri Nizar menghadap Sultan Perak pada 4 Februari 2009 memohon membubarkan Dewan Undangan Negeri ianya tidak mendapat perkenan Sultan Perak.

Malah Sultan Perak menitahkan Datuk Seri Nizar serta Anggota Majlis Mesyuarat Negeri meletakkan jawatan dan sekiranya enggan maka jawatan mereka akan dianggap kosong. Malangnya Datuk Seri Nizar ingkar malah sanggup membuat sembah derhaka.

Berdasarkan apa yang berlaku tahun lepas jelas menunjukkan bahawa Datuk Seri Nizar lah yang telah merosakkan institusi Raja Berperlembagaan dan bukannya seperti dakwaan beliau kononnya sistem monarki negara menuju monarki mutlak.

Institusi Kehakiman adalah institusi yang terletak di bawah Yang Di Pertuan Agong yang bersifat bebas dan berasingan dengan badan perundangan dan eksekutif. Sebagai badan yang bebas, hakim-hakim juga adalah bebas maka tidak timbul itu kononnya kerajaan berada di belakang hakim-hakim tersebut.

Apa yang dinyatakan Datuk Seri Nizar kononnya sistem kehakiman tidak bebas, ini jelas satu penghinaan kepada mahkamah dan satu lagi taktik untuk memburuk-burukkan segala institusi termasuk dalam Perlembagaan Malaysia dan Perak.

Jika mahkamah bukan tempat rakyat Malaysia mendapat keadilan termasuk Datuk Seri Nizar, kenapa beliau sendiri menfailkan kes ini ke Mahkamah Tinggi tahun lepas jika beliau tidak percaya kepada mahkamah.

Dalam kes Nizar lawan Zambry ini telah pun sampai ke peringkat penghakiman terakhir. Tidak ada lagi sebarang rayuan selepas in dan selaras dengan prinsip “finality of decisions”, keputusan Mahkamah Persekutuan mesti dihormati dan dipatuhi.

Seperti yang dinyatakan Mahkamah Persekutuan semalam sekiranya Datuk Seri Nizar yakin beliau masih mempunyai suara majority di Dewan Undangan Negeri, beliau bolehlah mengemukakan usul undi tidak percaya pada Sidang Dewan Undangan Negeri akan datang atau pun membuat representasi kepada Sultan Perak jika ada asasnya.

Posted by anisahmaisarah at 4:44 AM

Tuesday, February 9, 2010

Sujud Syukur ke Hadrat Illahi-MB Perak Milik DS Dr. Zambry

ASSALAMUALAIKUM,

ALHAMDULILLAH,

Akhirnya kemarau setahun di Perak kerana pemimpin politik terlalu menurut nafsu dan mengheret kes perlantikan MB Perak DS Dr. Zambry Abdul Kadir oleh Kebawah DYMM Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang amat arif dengan undang-undang sehinggalah ke Mahkamah Persekutuan berakhir sudah.

Hakim sebulat suara menetapkan bahawa DS Dr Zamry adalah MB Perak yang sah!
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_18.htm

Rakyat Perak pon sujud syukur kerana sekarang MB dapat tumpukan perhatian kepada program menjaga kebajikan rakyat Perak dengan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti ekonomi -sosial/keugamaan yang memanfaatkan rakyat negeri itu.

Datuk Seri seorang yang komited untuk membangunkan negeri Perak dan menjana ekonomi negeri demi kesejahteraan rakyatnya. Datuk Seri juga seorang yang rajin turun padang untuk melihat sendiri masalah rakyat.

Seperkara lagi, jika Mahkamah Persekutuan dah sahkan MB Perak milik Datuk Seri Zamry, kita kena berfikir, perkara ini juga ditakdirkan berlaku dengan izin Allah.

Selepas ini janganlah ada orang yang nak mempersendakan ugama dengan menjunjung Al-Quran atau solat hajat nak tukar keputusan, atau ada yang nak bikin huru hara sebab tak mahu menerima takdir Illahi.

Sesuatu perkara yang berlaku tentu ada hikmahnya.

Bagi rakyat Perak, kami dah bosan dengan permainan politik pembangkang yang keterlaluan sehingga perkara asas dan keperluan rakyat tidak diambil peduli.

Bagi DS Nizar Jamaluddin pula Allah dah bagi amanah menjaga dua kawasan, satu kawasan DUN di Pasir Panjang dan satu lagi kawasan Parlimen di Bukit Gantang.

Seeloknya jagalah amanah Allah itu dengan berusaha lebih komited untuk menghasilkan kebaikan, bukannya huru hara di negeri Perak.

Bagai kata orang Perak, kome asyik berpolitik, mikeme (kami semua) dah jemoih (jemu)!

Thursday, January 7, 2010

Why do Nizar's camry car turned turtle?


From the famous " Why do the chicken crossed the road" folklore.

A car turned turtle on the intersection of Jalan Raja Dr. Nazrin in Ipoh today. The exact spot of the unfortunate accident was in front of UMNO building and next to Casuarina Hotel.

Why do the car turned turtle?

School children- the driver was driving dangerously (kids always answer the truth)

PAS members- oh it is UMNO's conspiracy. Our previous Vice President died of car accident in the 1960s

PAS Hasan Ali- the driver was demotivated

PAS Nik Aziz- celako, celako, celako semua bloggers, there is NO CAR ACCIDENT INVOLVING PAS member!

PAS Harakah-celako, celako,celako, these are all UMNO's propaganda, there is no car accident involving PAS member, WE REPEAT, THERE IS NO CAR ACCIDENT INVOLVING PAS MEMBER!

PAS Nik Amalina- pemandunya memandu " daring" bagi seorang pemadu PAS di Perak dan Kelantan. Ambo nak ghoyat kat laki ambo Ariffahmi supaya tok seh suruh Nizar memandu kereta kami bila gi Perak

PAS Khalid Samad- I will not comment on this accident (even when the accident really happened) because if I do I will be asked to leave PAS, for I have, unfortunately, taken the oath/bai'ah to talaq my wife with the worse kind of talaq 3 should I betray PAS

PAS ADUNs and MPs- aye, aye, we will jussst say "aye" even if it contradict our personal belief , for we are tied down by the talaq bai'ah.

PKR Zulkifli Kulim-I dare PAS Khalid Samad to make the "sumpah laknat " as proof so to say that these car accident NEVER happen!

PKR Khalid CM of Selangor- I, I, I happened to have a few rounds of karaoke sessions with my dear friend Nizar on the night before

DAP Nga and Ngeh- I told you to drive more dangerously and make the car accident worse so that UMNO got the blame!

DAP Lim Kit Siang- Haiya this one ah, is a good news diversion so that my son Lim Guan Eng can buy more time to hire the best lawyer team for his upcoming subjudice case filed by the police over Teoh Beng Hock inquest.

DAP Gobind Sing Deo- Hello, Dr. Porntip, are you still allowed ( legally and professionally because your practice license has been struct off due to your scuffle with Thai Royal Family) to make a press statement on latest car accident involving Nizar? Hello, hello, hello??

DAP Karpal Singh- I demand (thumping hands on table at Parliment) for an a Royal Commission to be set up for Nizar's unfortunate car accident!

UMNO Tun Dr. Mahathir / via Che Det blog- I was told by reliable sources from Ipoh Hospital that Nizar suffered concussion on his cranial bones. Cranial injury, and internal haemorrage is dangerous, thus it is advisable for Nizar not to make any press statement. He might be in state of shock. Should he have any blurred vision and stuttered speech........he should consider taking a rest from his political career.

UMNO Zambry- I told you so Nizar, you should have return the Camry car. Now we will take it for repairs. As the asset belongs to the state government, we have to ascertain that the car is still repairable. If the damage is extensive, we have to file a report for "lupuskira" An audit report should be followed if not we will be answerable in 2010 Audit Report by Government Of Malaysia

DAP Nga and Ngeh again- hey, this matter is only answerable to Transparancy Board of Perak, of which we are still the chairman cum prosecutor

DAP Sivakumar/ex Perak Speaker- I will take my speaker's robe from the present Speaker and start a proceeding during next DUN meeting

Bukit Gantang folks- we told you so Nizar, the MP title for Bukit Gantang is too holy for you, maybe you should perform self muhasabah and perform taubat prayers for betraying our hope.

Monday, June 15, 2009

How to be elected as a parliamentarian in Malaysia

What is the latest buzz? Hmmm......This morning I wake up to the "greatest brou ha ha" in Malaysian politics. Never before in my life......Malaysian politics being dragged into a darkest abyss and today marked the day..when a newly elected parliamentarian from Bukit Gantang create a 'grand entrance" in the august house.


Or maybe I am just one of the skeptic few who still maintain the conscience of the minds......for with the latest brou ha ha in Parliament on this very date of June 15, 2009, I bet Ahmad, Ah Peng and Asyook who live on streets can also qualify as parliamentarians.

How to be elected as parliamentarians?

Ohhh....It is very simple, really. You do not have to do any homework; toiling and flipping thick parliamentary handsard. You do not have to bring forward problems from your constituency and raise the issue in Parliament. As a matter of fact, you do not even have to think of the best and most effective ways on how to revive the present slum economy.


All you have to do is stir controversy...create an issue!. Never mind even if the issue is not correct by the interpretations of the law or the state constituent, as long as it is "politically correct issue to be raised" what the heck! Throw your conscience away..it is you yourself that you are serving, not the very rakyat who voted you in. Thus your name will be on everybody's lips instantly. That is the best manipulation of the marketing technique " by the word of the mouth"


Next, create a "grand entrance" on your very first day in Parliament. The best example is the latest addition to the august house....news is supplied in the link here..... http://webpanas.blogspot.com/

That will make you "worthy of front page news". This is a great political mileage earned by a young and naive politician, who a year and a half ago was a political unknown. Never mind if in the process he brings the "pasar malam ambiance into the august house.....it is the political exposure he much needed to stay afloat in Malaysian politics that counts right?


As anak Bukit Gantang, I thank Allah that my parents never make the wrong choice in voting this chap; nowadays fast becoming the poster boy of political fiasco, into Parliament in the recent Bukit Gantang by election.

Lest the people of Manek Urai, forget, remember, one vote of anger, or one vote full of emotions destroy your life. Think carefuly before you vote, do not repeat the mistake in Bukit Gantang. Vote somebody who can serve you and not somebody who serve his own political interest.

The people of Manek Urai can undo the mistake done in voting the wrong chap to Parliament at Bukit Gantang. It is high time that all Malaysians stay united, and choose the best. There are no other alternative at the moment. BN and UMNO is still the best choice.