Showing posts with label maulidur rasul. Show all posts
Showing posts with label maulidur rasul. Show all posts

Tuesday, February 12, 2013

sambutan Maulid di Masjid Nabawi, Madinah

 
 
Sesungguhnya sejak Arab Saudi tertubuh dan bumi Hijaz ditawan Wahhabi , Maulid dituduh "bidaah" . Maulid adalah majlis selawat dan dzikir sempena bulan keputraaan junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, penghulu segala Nabi.
 
Dalil-Dalil mengenai Peringatan Maulid Nabi

Peringatan Maulid Nabi masuk dalam anjuran hadith nabi untuk membuat sesuatu yang baru yang baik dan tidak menyalahi syari`at Islam. Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

“مَنْ سَنَّ فيِ اْلإِسْـلاَمِ سُنَّةً حَسَنـَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُوْرِهِمْ شَىْءٌ”. (رواه مسلم في صحيحه)”.
Ertinya:
“Barang siapa yang melakukan (merintis) dalam Islam sesuatu perkara yang baik maka ia akan mendapatkan pahala daripada perbuatan baiknya tersebut, dan ia juga mendapatkan pahala dari orang yang mengikutinya selepasnya, tanpa dikurangkan pahala mereka sedikitpun”.
(Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim di dalam kitab Shahihnya).

Faedah daripada Hadith tersebut:

Hadith ini memberikan kelonggaran kepada ulama’ ummat Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam untuk melakukan perkara-perkara baru yang baik dan tidak bertentangan dengan al-Qur’an, al-Sunnah, Athar (peninggalan) mahupun Ijma` ulama’. Peringatan maulid Nabi adalah perkara baru yang baik dan sama sekali tidak menyalahi satu-pun di antara dalil-dalil tersebut. Dengan demikian bererti hukumnya boleh, bahkan salah satu jalan untuk mendapatkan pahala. Jika ada orang yang mengharamkan peringatan Maulid Nabi, bererti ia telah mempersempit kelonggaran yang telah Allah berikan kepada hamba-Nya untuk melakukan perbuatan-perbuatan baik yang belum pernah ada pada zaman Nabi.

2. Dalil-dalil tentang adanya Bid`ah Hasanah yang telah disebutkan dalam pembahasan mengenai Bid`ah.

3. Hadits yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim di dalam kitab Shahih mereka.

Diriwayatkan bahawa ketika Rasulullah tiba di Madinah, beliau mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura’ (10 Muharram). Rasulullah bertanya kepada mereka: “Untuk apa mereka berpuasa?” Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari ditenggelamkan Fir’aun dan diselamatkan Nabi Musa, dan kami berpuasa di hari ini adalah karena bersyukur kepada Allah”. Kemudian Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

“أَنَا أَحَقُّ بِمُوْسَى مِنْكُمْ”.
Ertinya:
“Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kalian (orang-orang Yahudi)”.

Lalu Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam berpuasa dan memerintahkan para sahabat baginda untuk berpuasa.
Faedah daripada Hadith tersebut:

Pengajaran penting yang dapat diambil daripada hadith ini ialah bahawa sangat dianjurkan untuk melakukan perbuatan bersyukur kepada Allah pada hari-hari tertentu atas nikmat yang Allah berikan pada hari-hari tersebut. Sama ada melakukan perbuatan bersyukur kerana memperoleh nikmat atau kerana diselamatkan dari bahaya. Kemudian perbuatan syukur tersebut diulang pada hari yang sama di setiap tahunnya. Bersyukur kepada Allah dapat dilakukan dengan melaksanakan berbagai bentuk ibadah, seperti sujud syukur, berpuasa, sedekah, membaca al-Qur’an dan sebagainya. Bukankah kelahiran Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam adalah nikmat yang paling besar bagi umat ini?!

Adakah nikmat yang lebih agung daripada dilahirkannya Rasulullah pada bulan Rabi’ul Awwal ini?! Adakah nikmat dan kurniaan yang lebih agung daripada pada kelahiran Rasulullah yang menyelamatkan kita dari jalan kesesatan?! Demikian inilah yang telah dijelaskan oleh al-Hafizh Ibn Hajar al-`Asqalani.

4. Hadits riwayat al-Imam Muslim di dalam kitab Shahihnya.

Bahawa Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam ketika ditanya mengapa beliau puasa pada hari Isnin, beliau menjawab:

“ذلِكَ يَوْمٌ وُلِدْتُ فِيْهِ”.
Ertinya:

“Hari itu adalah hari dimana aku dilahirkan”.
(Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim)

Faedah daripada Hadith tersebut:

Hadith ini menunjukkan bahawa Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam melakukan puasa pada hari Isnin kerana bersyukur kepada Allah, bahawa pada hari itu baginda dilahirkan. Ini adalah isyarat daripada Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam, ertinya jika baginda berpuasa pada hari isnin kerana bersyukur kepada Allah atas kelahiran baginda sendiri pada hari itu, maka demikian pula bagi kita sudah selayaknya pada tanggal kelahiran Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam tersebut untuk kita melakukan perbuatan syukur, misalkan dengan membaca al-Qur’an, membaca kisah kelahiran baginda, bersedekah, atau melakukan perbuatan baik dan lainnya. Kemudian, oleh kerana puasa pada hari isnin diulangi setiap minggunya, maka bererti peringatan maulid juga diulangi setiap tahunnya. Dan kerana hari kelahiran Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam masih diperselisihkan oleh para ulama’ mengenai tanggalnya, -bukan pada harinya-, maka boleh sahaja jika dilakukan pada tanggal 12, 2, 8, atau 10 Rabi’ul Awwal atau pada tanggal lainnya. Bahkan tidak menjadi masalah bila perayaan ini dilaksanakan dalam sebulan penuh sekalipun, sebagaimana yang telah ditegaskan oleh al-Hafizh al-Sakhawi seperti yang akan dinyatakan di bawah ini.

1. Fatwa al-Syaikh al-Islam Khatimah al-Huffazh Amir al-Mu’minin Fi al-Hadith al-Imam Ahmad Ibn Hajar al-`Asqalani. Beliau menyatakan seperti berikut:

“أَصْلُ عَمَلِ الْمَوْلِدِ بِدْعَةٌ لَمْ تُنْقَلْ عَنِ السَّلَفِ الصَّالِحِ مِنَ الْقُرُوْنِ الثَّلاَثَةِ، وَلكِنَّهَا مَعَ ذلِكَ قَدْ اشْتَمَلَتْ عَلَى مَحَاسِنَ وَضِدِّهَا، فَمَنْ تَحَرَّى فِيْ عَمَلِهَا الْمَحَاسِنَ وَتَجَنَّبَ ضِدَّهَا كَانَتْ بِدْعَةً حَسَنَةً”. وَقَالَ: “وَقَدْ ظَهَرَ لِيْ تَخْرِيْجُهَا عَلَى أَصْلٍ ثَابِتٍ”.
Ertinya:
“Asal peringatan maulid adalah bid`ah yang belum pernah dinukikanl daripada (ulama’) al-Salaf al-Saleh yang hidup pada tiga abad pertama, tetapi demikian peringatan maulid mengandungi kebaikan dan lawannya (keburukan), jadi barangsiapa dalam peringatan maulid berusaha melakukan hal-hal yang baik sahaja dan menjauhi lawannya (hal-hal yang buruk), maka itu adalah bid`ah hasanah”. Al-Hafizh Ibn Hajar juga mengatakan: “Dan telah nyata bagiku dasar pengambilan peringatan Maulid di atas dalil yang thabit (Sahih)”.

2. Fatwa al-Imam al-Hafizh al-Suyuthi. Beliau mengatakan di dalam risalahnya “Husn al-Maqshid Fi ‘Amal al-Maulid”. Beliau menyatakan seperti berikut:

“عِنْدِيْ أَنَّ أَصْلَ عَمَلِ الْمَوِلِدِ الَّذِيْ هُوَ اجْتِمَاعُ النَّاسِ وَقِرَاءَةُ مَا تَيَسَّرَ مِنَ القُرْءَانِ وَرِوَايَةُ الأَخْبَارِ الْوَارِدَةِ فِيْ مَبْدَإِ أَمْرِ النَّبِيِّ وَمَا وَقَعَ فِيْ مَوْلِدِهِ مِنَ الآيَاتِ، ثُمَّ يُمَدُّ لَهُمْ سِمَاطٌ يَأْكُلُوْنَهُ وَيَنْصَرِفُوْنَ مِنْ غَيْرِ زِيَادَةٍ عَلَى ذلِكَ هُوَ مِنَ الْبِدَعِ الْحَسَنَةِ الَّتِيْ يُثَابُ عَلَيْهَا صَاحِبُهَا لِمَا فِيْهِ مِنْ تَعْظِيْمِ قَدْرِ النَّبِيِّ وَإِظْهَارِ الْفَرَحِ وَالاسْتِبْشَارِ بِمَوْلِدِهِ الشَّرِيْفِ. وَأَوَّلُ مَنْ أَحْدَثَ ذلِكَ صَاحِبُ إِرْبِل الْمَلِكُ الْمُظَفَّرُ أَبُوْ سَعِيْدٍ كَوْكَبْرِيْ بْنُ زَيْنِ الدِّيْنِ ابْنِ بُكْتُكِيْن أَحَدُ الْمُلُوْكِ الأَمْجَادِ وَالْكُبَرَاءِ وَالأَجْوَادِ، وَكَانَ لَهُ آثاَرٌ حَسَنَةٌ وَهُوَ الَّذِيْ عَمَّرَ الْجَامِعَ الْمُظَفَّرِيَّ بِسَفْحِ قَاسِيُوْنَ”.
Ertinya:
“Menurutku: pada dasarnya peringatan maulid, merupakan kumpulan orang-orang beserta bacaan beberapa ayat al-Qur’an, meriwayatkan hadith-hadith tentang permulaan sejarah Rasulullah dan tanda-tanda yang mengiringi kelahirannya, kemudian disajikan hidangan lalu dimakan oleh orang-orang tersebut dan kemudian mereka bubar setelahnya tanpa ada tambahan-tambahan lain, adalah termasuk bid`ah hasanah (bid`ah yang baik) yang melakukannya akan memperolehi pahala. Kerana perkara seperti itu merupakan perbuatan mengagungkan tentang kedudukan Rasulullah dan merupakan penampakkan (menzahirkan) akan rasa gembira dan suka cita dengan kelahirannya (rasulullah) yang mulia.

Orang yang pertama kali melakukan peringatan maulid ini adalah pemerintah Irbil, Sultan al-Muzhaffar Abu Sa`id Kaukabri Ibn Zainuddin Ibn Buktukin, salah seorang raja yang mulia, agung dan dermawan. Beliau memiliki peninggalan dan jasa-jasa yang baik, dan dialah yang membangun al-Jami` al-Muzhaffari di lereng gunung Qasiyun”.

3. Fatwa al-Imam al-Hafizh al-Sakhawi seperti disebutkan di dalam “al-Ajwibah al-Mardliyyah”, seperti berikut:
“لَمْ يُنْقَلْ عَنْ أَحَدٍ مِنَ السَّلَفِ الصَّالِحِ فِيْ الْقُرُوْنِ الثَّلاَثَةِ الْفَاضِلَةِ، وَإِنَّمَا حَدَثَ “بَعْدُ، ثُمَّ مَا زَالَ أَهْـلُ الإِسْلاَمِ فِيْ سَائِرِ الأَقْطَارِ وَالْمُـدُنِ الْعِظَامِ يَحْتَفِلُوْنَ فِيْ شَهْرِ مَوْلِدِهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَشَرَّفَ وَكَرَّمَ- يَعْمَلُوْنَ الْوَلاَئِمَ الْبَدِيْعَةَ الْمُشْتَمِلَةَ عَلَى الأُمُوْرِ البَهِجَةِ الرَّفِيْعَةِ، وَيَتَصَدَّقُوْنَ فِيْ لَيَالِيْهِ بِأَنْوَاعِ الصَّدَقَاتِ، وَيُظْهِرُوْنَ السُّرُوْرَ، وَيَزِيْدُوْنَ فِيْ الْمَبَرَّاتِ، بَلْ يَعْتَنُوْنَ بِقِرَاءَةِ مَوْلِدِهِ الْكَرِيْمِ، وَتَظْهَرُ عَلَيْهِمْ مِنْ بَرَكَاتِهِ كُلُّ فَضْلٍ عَمِيْمٍ بِحَيْثُ كَانَ مِمَّا جُرِّبَ”. ثُمَّ قَالَ: “قُلْتُ: كَانَ مَوْلِدُهُ الشَّرِيْفُ عَلَى الأَصَحِّ لَيْلَةَ الإِثْنَيْنِ الثَّانِيَ عَشَرَ مِنْ شَهْرِ رَبِيْع الأَوَّلِ، وَقِيْلَ: لِلَيْلَتَيْنِ خَلَتَا مِنْهُ، وَقِيْلَ: لِثَمَانٍ، وَقِيْلَ: لِعَشْرٍ وَقِيْلَ غَيْرُ ذَلِكَ، وَحِيْنَئِذٍ فَلاَ بَأْسَ بِفِعْلِ الْخَيْرِ فِيْ هذِهِ الأَيَّامِ وَاللَّيَالِيْ عَلَى حَسَبِ الاسْتِطَاعَةِ بَلْ يَحْسُنُ فِيْ أَيَّامِ الشَّهْرِ كُلِّهَا وَلَيَالِيْهِ”.
Ertinya:
“Peringatan Maulid Nabi belum pernah dilakukan oleh seorangpun daripada kaum al-Salaf al-Saleh yang hidup pada tiga abad pertama yang mulia, melainkan baru ada setelah itu di kemudian. Dan ummat Islam di semua daerah dan kota-kota besar sentiasa mengadakan peringatan Maulid Nabi pada bulan kelahiran Rasulullah. Mereka mengadakan jamuan-jamuan makan yang luar biasa dan diisi dengan hal-hal yang menggembirakan dan baik. Pada malam harinya, mereka mengeluarkan berbagai-bagai sedekah, mereka menampakkan kegembiraan dan suka cita. Mereka melakukan kebaikan-kebaikan lebih daripada kebiasaannya. Bahkan mereka berkumpul dengan membaca buku-buku maulid. Dan nampaklah keberkahan Nabi dan Maulid secara menyeluruh. Dan ini semua telah teruji”. Kemudian al-Sakhawi berkata: “Aku Katakan: “Tanggal kelahiran Nabi menurut pendapat yang paling sahih adalah malam Isnin, tanggal 12 bulan Rabi’ul Awwal. Menurut pendapat lain malam tanggal 2, 8, 10 dan masih ada pendapat-pendapat lain. Oleh kerananya tidak mengapa melakukan kebaikan bila pun pada siang hari dan waktu malam ini sesuai dengan kesiapan yang ada, bahkan baik jika dilakukan pada siang hari dan waktu malam bulan Rabi’ul Awwal seluruhnya” .
Jika kita membaca fatwa-fatwa para ulama’ terkemuka ini dan merenungkannya dengan hati yang suci bersih, maka kita akan mengetahui bahawa sebenarnya sikap “BENCI” yang timbul daripada sebahagian golongan yang mengharamkan Maulid Nabi tidak lain hanya didasari kepada hawa nafsu semata-mata. Orang-orang seperti itu sama sekali tidak mempedulikan fatwa-fatwa para ulama’ yang saleh terdahulu. Di antara pernyataan mereka yang sangat menghinakan ialah bahawa mereka seringkali menyamakan peringatan maulid Nabi ini dengan perayaan hari Natal yang dilakukan oleh orang-orang Nasrani. Bahkan salah seorang dari mereka, kerana sangat benci terhadap perayaan Maulid Nabi ini, dengan tanpa malu dan tanpa segan sama sekali berkata:
“إِنَّ الذَّبِيْحَةَ الَّتِيْ تُذْبَحُ لإِطْعَامِ النَّاسِ فِيْ الْمَوْلِدِ أَحْرَمُ مِنَ الْخِنْزِيْرِ”.
Ertinya:
“Sesungguhnya binatang sembelihan yang disembelih untuk menjamu orang dalam peringatan maulid lebih haram dari daging babi”.

Golongan yang anti maulid seperti WAHHABI menganggap bahawa perbuatan bid`ah seperti menyambut Maulid Nabi ini adalah perbuatan yang mendekati syirik (kekufuran). Dengan demikian, menurut mereka, lebih besar dosanya daripada memakan daging babi yang hanya haram sahaja dan tidak mengandungi unsur syirik (kekufuran).

Semoga umat Islam di Malaysia sentiasa sedar permainan Wahhabi dan sentiasa diperlihara iman . Aamiin


 

Wednesday, January 23, 2013

sempena Maulid Rasulullah SAW

Hayatilah lirik lagu Law Kana Bainana ini sempena Maulid atau harijadi Baginda Rasulullah. Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW adalah semulia mulia insan yang diciptakan Allah.
 
 
 
Bahawa mengambil berat akan Maulid yang mulia adalah merupakan sebesar-besar cara menghampirkan diri kapada Allah S.W.T. Sebab di dalamnya (majlis Maulid ini) terdapat amalan memberi makan (Jamuan selepas Maulid), membaca ai Quran dan menyebut Qasidah-Qasidah Nabawiyah dan lain­-lain lagi yang semuanya bukanlah haram atau makruh. lbnu Jauzi (seorang fahaman Kaum Muda) sendiri mengakui Maulid dengan berkata setelah mencuba sendiri Maulid ini, adalah didapati terjadi (berlaku) keamanan yang sempurna pada tahun itu.”
 
Syeikh lbnu Hajar pula dinukilkan oleh Syeikh Muhammad Zain (Dahlan) yakni Mufti Syafie di Makkah di dalam kitab As Siratun Nabawiyah Wa Asrarun Muhammadiah ( السيرة النبوية واسرار المحمدية ) , telah berkata di muka surat 51:
 
Maulidin Nabi S.A.W itu asalnya adalah bersabit dengan hadis yang ditulis didalam kitab Sahih Bukhari dan Muslim:
 
Ketika datang ke Madinah Rasulullah S.A.W mendapati bahawa orang-orang Yahudi berpuasa di Hari Asyura. Baginda pun bertanyakan sebabnya.
 
Menjawab Yahudi dengan katanya: “Puasa kerana bersyukur mengingati hari tenggelamnya Firaun dan bebasnya Nabi Allah Musa A.S.”
 
Maka Rasulullah S.A.W pun berkata, “Kami lebih utama berpuasa kerana mengingati Nabi Allah Musa A.S daripada kamu.”
 
Menghuraian hadis ini, maka lbnu Hajar mengatakan, bahawa kalau Nabi Musa A.S pun diutamakan mengingati dan membesarkan hari kemenangannya, maka apalagilah dengan Nabi kita Muhammad S.A.W. Elok sangatlah diingati hari Maulid baginda dengan membaca Maulid itu.
 
Berkata Sultan Arifin Jalaluddin As Syuthi di dalam kitab Al Wasail Fi Syarhi Al Syamail :

Mana-mana rumah atau masjid atau kawasan yang dibacakan MAULID maka pasti orang-orang di tempat itu dinaungi oleh para malaikat dan Allah akan melimpahi mereka
dengan rahmat dan dikunjungi malaikat yang membawa cahaya iaitu Jibrail, Mikail, Israfil, Qaryail, Ainail, dan malaikat yang yang berbaris-baris dan yang ditugaskan menghadiri majlis zikir dan malaikat yang berada di atas langit maka mereka akan berselawat dengan sebab dibacakan MAULID.

Beliau berkata lagi :
Orang Islam yang membaca maulid di rumahnya akan dijauhkan dari segala malapetaka seperti kemarau panjang, wabak, kebakaran, kerosakan, bala bencana, perbuatan hasad dengki, kejahatan ‘ain, keburukan dan kecurian bagi ahli rumah tersebut. Jika ditakdirkan meninggal pada tahun itu maka Allah akan mudahkan baginya menjawab soalan kubur dan tempatnya adalah di kalangan orang yang berjaya di sisi Tuhan yang maha menguasai dan berkemampuan
 
  •  

Monday, April 2, 2012

Doa Habib Umar Al Jelani Al Makki semoga umat Islam di Malaysia selamat dari bahaya dan bumi Malaysia Aman

Sempena Maulid Nabi Muhammad Saw dan Haul Syeikh Abdul Qadir Al Jelani di Masjid Putra pada 31 Mac 2012

Majlis bermula pada jam 5 petang. Bagaimanapon saya hadir jam 6.45 petang. Berikut adalah catatan kawan yang turut hadir yang saya kongsikan bersama;

Bacaan Qasidah Tala'al Badrun.

"Allahumam Solli 'Ala Sayyidina Muhamamdin Wa 'Ala Aalihi Wa Sahbihi Wa Sallim".

Se usai bacaan Qasidah, majlis diteruskan dengan tausyiah dan Haul Syeikh Abdul Qadir Jaelani oleh waris Syeikh Abdul Qadir Jaelani daripada Makkah al-Mukarramah, Allamah As-Syeikh Habib Umar Bin Hamid Al-Jaelani. Tiap-tiap tahun pun memang Habib Umar yang akan beri tausyiah serta Haul Sayyidi Syeikh Abdul Qadir.

Kalau hendak diikutkan, Syeikh Afeefuddin sebagai penganjur juga adalah keturunan Syeikh Abdul Qadir Jaelani, tapi sangkin hormatnya Syeikh Afeefuddin terhadap tetuanya, beliau sentiasa memberi laluan untuk bacaan Haul diberikan kepada Habib Umar Bin Hamid.


Tausyiah oleh Allamah Al-Habib Umar Bin Hamid Al-Jaelani.

Antara intisari tausyiah Habib Umar menyatakan akan kelebihan-kelebihan Syeikh Abdul Qadir dan kecintaan Syeikh Abdul Qadir terhadap ummat Nabi Muhammad SAW. Antara lain, Habib Umar juga menyatakan di zaman ini kecintaan itu sebenarnya sudah hampir punah. Kerana itu kejahatan bermaharaja lela di mana-mana. Dengan kesedaran itulah, Habib Umar telah membacakan satu hadis mengenai kecintaan antara sesama ummat, kemudian Habib Umar terus mengijazahkan para hadirin akan hadis tersebut. Katanya, semoga dengan hadis tersebut dan doa yang dibacakan dalam hadis tersebut akan membuatkan ummat Islam di zaman ini bertambah kecintaannya terhadap Rasulullah SAW, para Auliya'us Soliheen sekali gus juga menambahkan kecintaan terhadap ALLAH SWT.

Hadis tersebut berbunyi...

Riwayat daripada Muaz bin Jabal yang menyatakan (yang bererti) :"Wahai Muaz! Demi ALlah! Sesungguhnya aku menyayangimu. Janganlah kamu meningalkan doa berikut setiap kali selepas solat iaitu :

"ALlahumma a'inni 'ala zikriKa wa syukriKa wa husni 'ibadatik"

Hadith ini telah diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, al Nasa'ie dan telah dihukumkan sahih Imam Ibnu Hibban dan al Hakim.


Maka, setelah Habib membacakan hadis tersebut, Habib terus meniru ucapan Baginda Rasulullah SAW dengan mengucapkan kepada para hadirin, "Ana Uhibbukum" yang bererti, Saya Mencintai kamu semua. MasyaALLAH! Satu ucapan yang sangat mahal telah keluar dari mulut seorang Habib, pencinta Rasulullah SAW. Ini baru betul kalau hendak dipanggil Ulama' pewaris Nabi. Hanya dengan kecintaan dan kasih sayanglah dapat membunuh kejahatan, kefasadan, kerosakan dan kehancuran.

Usai bacaan hadis tersebut dan pengijazahannya, Habib Umar terus mendoakan agar bumi Malaysia yang berTUAH ini terus berkah dan di jauhi dari segala macam bencana. Semoga doa Habib Umar saban tahun tersebut terus di Makbulkan ALLAH SWT agar kita di Malaysia terus dijauhi dari bencana dan Murka ALLAH SWT. Juga agar kecintaan ini terus mekar dalam kalangan ummat akhir zaman. Tausyiah disampaikan dalam bahasa Arab dengan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid.


Syeikh Usaman Canon, California US.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan ceramah oleh Syeikh Usaman Canon dari California, US. Antara intisari dari tausyiah Syeikh adalah mengenai saranan menjauhi perkauman dan berpuak-puak. Syeikh menegaskan, Islam tidak sama sekali akan bangkit selagi sifat berpuak-puak masih ada dalam setiap diri ummat Islam tersebut. Jadi Syeikh menyeru agar ummat Islam membuang sifat tersebut, ditambah dengan menanamkan sifat kecintaan dan kasih sayang sesama Muslim agar Islam dapat kembali dimartabatkan. Tausyiah disampaikan dalam bahasa Inggeris tanpa diterjemah.

Seterusnya, majlis memberi laluan kepada ketua Mufti dari India (maaf saya tak ingat namanya) untuk memberikan tausyiah dalam jangka masa 5 minit. Tausyiah Mufti tersebut dimulai dengan ucapan kesyukuran kerana menjadi ummat Nabi Muhammad SAW, kemudian tausyiah diteruskan dalam 5 minit menceritakan mengenai kebesaran Nabi Muhammad SAW serta kewajipan kita mencintai Baginda SAW. Tausyiah disampaikan dalam bahasa Arab tanpa ada penterjemah

Sumber -di  ambil dari Catatan sahabat blogger Brado Kapak

Thursday, March 29, 2012

Monday, February 20, 2012

Sambutan Maulidur Rasul di Yayasan Al Jenderami, Selangor

Bermula Khamis dari jam  7:00pm hingga Sabtu , February 25, 2012  di  Kompleks Yayasan Al-Jenderami, Kg Jenderam Hilir, 43800 Dengkil, Selangor DE





Pengisian Majlis:


23hb Khamis - Tausiah Ulama' Jemputan, Perarakan Maulid.


24hb Jumaat - Tausiah Ulama' Jemputan, Hol Masyaikh Al-Jenderami.

25hb Sabtu - Tausiah Ulama' Jemputan, Himpunan Ulama' serta Badan2 Kerajaan & NGO2 Islam bertemakan ' Dakwah Masa Kini', Majlis Kemuncak Maulidurrasul Al-Kubro.



Antara Ulama-ulama yang hadir :


Syeikh Ahmad Jamhuri Bin Jaharis Al-Banjari (Mekah), Syeikh Ahmad Dabbagh (London), Habib Hassan Bin Muhamad Al-Attas (Singapura), Syeikh Afeefudin Al-Jailani (Iraq), Habib Abd Rahman Al-Habsyi (Jakarta), Habib Alwi Bin Muhammad Anis Al-Habsyi (Solo), Habib Soleh Bin Muhammad Al-Jufri Al-Attas (Solo), Ustas TM Fouzy Bin Jumat (Singapura), Baba Ahmad Mawi (Pattani) dan ramai lagi para Ulama' dari Alam Nusantara.



Untuk maklumat lebih lanjut sila lawati http://www.aljenderami.com.my/



Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir untuk menambahkan lagi keberkatan majlis.






Sila sebarkan jemputan ini pada sahabat lain.

Friday, March 4, 2011

Antara memuji kebesaran Allah, memuliakan Nabi Muhammad S.A.W semasa maulid dengan tahlil dan doa vs. ceramah fitnah



Syed Ibrahim membaca doa yang di aminkan oleh calon PAS Hasanuddin.

Syed Ibrahim juga menjadi pengerusi Masjid Kg Kuala Tekal dan sebagai pengerusi majlis MAULID meraikan kawan kawannya ulama Mesir dan ulamak Indonesia . mereka juga adalah rakan pengajiannya semasa di Mesir



Ulamak Mesir dan Ulamak Indonesia yang juga rakan sepengajian Syed Ibrahim diraikan dalam majlis MAULID di Masjid Kampong Kuala Tekal


Bapa saudara beliau ADUN Sementa dari PAS menghantar Syed Ibtahim mengaji di Al Azhar di Mesir. Semasa fitnah kelulusan dari Al Azhar bapa saudara beliau menjadi saksi penting bahawa Syed Ibrahim memang benar lulusan University Al Azhar. Nampaknya orang PAS juga tak suka  mainan fitnah ini


 Lihat pula perbandingan siasah manusia yang mengeji lawannya di sini



       http://www.youtube.com/watch?v=KxguD1hcHqA   dan

      http://www.youtube.com/watch?v=tbJA7hLSV7Q

PAS  BERI KETENANGAN JIWA? Apakah PAS itu ugama atau politik???

Apakah calon PAS lebih mulia dari Syed Ibrahim kerana dia dari PAS?

Apakah hina keturunan Ahlul bayt daripada ahlul PAS?

Mohon Majlis Fatwa Kebangsaan menyemak video ini kerana menyeleweng.

Lebih baik melakukan amalan ibadah, berdzkir dan bertahmid  bagi ketenangan jiwa dari terjerumus ke dalam ceramah politik yang berbaur fitnah!

Friday, October 29, 2010

Hentikan Sebar Dakyah Sultan Muhammad V Berpehak Untuk Meraih Undi!

Sultan berada di atas sistem politik

Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan  Raja Berpelembagaan. Sultan  di Malaysia berada di atas sistem politik. Jika pemerintahan parti politik dipilih melalui pilihanraya, Kesultanan adalah pengimbang di mana ahli politik membuat polisi dan hanya akan diwartakan setelah mendapat perkenan Sultan di Dewan Undangan Negeri ataupon perkenan ke bawah DYMM Raja Raja Melayu dan Yang Di Pertuan Agong  di Parlimen.

Perbedaan ketara Sultan vs Nik Aziz

Keperihatinan Baginda Sultan dan sikap Baginda yang zuhud, mengambil berat hal ehwal rakyat telah dipergunakan sesetengah pehak bagi meraih undi. Saya pernah menulis mengenai Baginda Sultan Muhammad V disini
http://anakbukitgantang.blogspot.com/2010/10/ada-perjanjian-sulit-di-galas.html

Sultan Muhammad V selama ini tidak berpehak malah beliau Sultan yang zuhud dan diterapkan nilai Islam Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Pembelajaran ugamanya meliputi pembelajaran ugama dari ulama pondok yang mengamalkan Kitab Kuning dari gurunya ialah Tok Guru Abdul Rahman Lubuk Tapah. Malah semenjak Tuan Guru Baginda meninggal, beranilah Nik Aziz mengeluarkan fatwa merapu merosakkan Islam.

Sikap Baginda Sultan yang sayangkan Perpaduan Umat Melayu Islam dan memuliakan Rasulullah serta menyambut Maulid Nabi ini jelas amat berbeda dengan Nik Aziz yang tidak memuliakan Maulidur Rasul , menghina Nabi Muhammad S.A.W  apatah lagi menggesa ke arah Perpaduan Melayu Islam.

Bukti penghinaan Nik Aziz dan menyamakan Maulid Nabi sebagai Krismas  bukti di sini
http://leekubo.blogspot.com/2010/10/tok-ayah-zid-kedai-lalat.html

http://www.4shared.com/video/-X8gpNaU/Maulid_Tandingi_Krismas.htm

http://www.4shared.com/video/LKrvHrKs/Rasulullah_Budak_Kampung.htm


Baginda Sultan Muhammad V amat sayangkan perpaduan orang Melayu dan pernah berucap mengenai Perpaduan Melayu Islam sempena Maulidur Rasul di PWTC pada 12 April 2008 di video ini

http://www.facebook.com/video/video.php?v=442915613115&ref=mf     atau


http://www.facebook.com/video/video.php?v=397131593115

Keprihatinan Baginda Sultan ke atas Perpaduan Umat Melayu Islam Dan Ugama Islam

Intipati ucapan Baginda yang menyentuh perpaduan Melayu, kesan sosio- ekonomi pasca PRU12, Perlembagaan Persekutuan dan Raja raja, hak orang Melayu dan ugama Islam serta kepentingan memuliakan Maulidur Rasul. Jelaslah bahawa dakyah pembangkang yang baginda memihak kepada PAS adalah salah seperti yang saya jelaskan dalam artikel terdahulu di sini.
 http://www.happysus.com/pdf/Ucapan%20Tg.%20Faris.pdf

Intipati titah Baginda   disini







Tuesday, April 27, 2010

Raikan Maulid Nabi di Masjid Negara




Jom raikan Maulid Baginda Rasulullah S.A.W dan  Haul Syeikh Abdul Qadir Jelani di Masjid Negara, Jalan Perdana, Kuala Lumpur.

15 Mei 2010

5 - 9 p.m.

Wednesday, February 24, 2010

Sempena Maulidur Rasul



Umat Islam akan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad. Maulid Nabi, di zaman dulu disambut indah terutama di negeri yang banyak mengeluarkan ulama besar iaitu Kelantan.

Perayaan Maulidul Rasul sudah lama dilakukan oleh umat Islam. Benihnya ditanam oleh Rasulullah sendiri.

Dalam satu Riwayat Hadis Muslim diberitakan apabila ditanya kenapa Rasulullah berpuasa di hari Isnin, maka Baginda menjawab berpuasa pada hari Isnin dilakukan bagi menghargai hari Baginda dilahirkan dan juga hari wahyu diturunkan


Malangnya sedeh hati ini bila mengetahui hakikat bahawa sudah 20 Tahun Maulidur Rasul tidak di sambut Di Kelantan, iaitu semenjak negeri tersebut di tadbir oleh Kerajaan PAS.


Oh begitu rupanya, kasih MB Klate pada Rasulullah. Rujuk disini http://penembak-tepat.blogspot.com/2010/02/edisi-hangat-nik-aziz-akui-sudah-20.html


Sedangkan berdzikir menyebut nama Nabi Muhammad itupun sudah dikatakan perkara yang paling baik, inikan pula meraikan ulang tahun Baginda, kekasih Allah. Malah pernah Baginda meriwayatkan kepada Aisyah (RA) bahwa orang yang rugi di akhirat adalah orang yang kedekut menyebut salawat ke atas Baginda Rasulllah. Rujuk artikel di sini


http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fkhazanah-salafiyyah.blogspot.com%2F&h=0899df926787880368c7f1b7c4ae8d12 dan http://www.facebook.com/notes/lily-hashim/prophet-muhammad-pbuh-last-sermon/328844580828


Mungkin juga mereka perlu membaca artikel ini

http://abu-syafiq.blogspot.com/2010/02/kritik-keceluparan-nik-aziz-terhadap.html

dan lihat sendiri video ini

http://www.youtube.com/watch?v=SLcPltL2NDc&feature=player_embedded