Showing posts with label ariffahmi. Show all posts
Showing posts with label ariffahmi. Show all posts

Thursday, December 30, 2010

Antara 2 Fahmi, Piala Suzuki vs Piala SPRM

Nama kedua duanya hampir  sama sahaja. Khairul Fahmi penjaga gol  Fahmi yang "seksi" bagi Malaysia dalam Perlawanan Bolasepak Piala AFF Suzuki dan Arif Fahmi, Al Menantu Nik Aziz aka MB paling lama bertakhta di Malaya.

Pemain politik yang licik

Berkenaan lantikan Fahmi Al Menantunya, saya petik dari Pisau. Net PISAU - PIALA ARIFFAHMI SPRM

" Berita tentang perlantikan haram ini telah sampai ke SPRM. Keadaan menjadi kelam kabut selepas penulis blog, Kickdefella dipecat dari PMBK. Semasa hari Kickdefella mengadakan sidang media berhubung pemecatannya, 11 November 2009, exco-exco Kelantan telah bermesyuarat bagi membincangkan bagaimana cara untuk menyelamatkan Nik Aziz dari SPRM kerana telah melantik menantunya secara haram.Selanjutnya klik     GELOMBANG MERAH- LANTIKAN HARAM "

Saya berharap SPRM dapat menjalankan tugas dengan baik dan adil untuk semua kerana rakyat melihat dan menilai. Bukan kes yang melibatkan parti pembangkang disorokkan atas sebab double standard dan faktor sabotaj dalaman di kalangan pegawai agensi kerajaan termasuklah SPRM sendiri.

Berkenaan bukti, berikut adalah sedutan catatan minit mesyuarat bertulis tangan


Arahan  mesyuarat-"upgrade jawatan COO kepada CEO, dengan elaun mengikut skim"


Berkenaan pertemuan sulit selanjutnya dan Legal Advisor Kerajaan Negeri Kelantan yang sanggup dikambinghitamkan (ingat lagi Nik Aziz pernah mendakwa dia diberikan nasehat yang salah oleh pegawainya?) lihat catatan blog  KICKDEFELLA

“Husam berkata, tidak mengapa dan mengajak Hj Sabri pergi berjumpa dengan Nik Aziz. Setibanya di pejabat MB, Husam memberitahu Nik Aziz yang SPRM telah mengetahui segala-segalanya dari Hj Sabri dan rancangan untuk menipu SPRM dengan meminda minit mesyuarat PMBK tidak boleh dipakai lagi. Jika diteruskan juga keadaan akan menjadi lebih parah.


Kami difahamkan Husam mencadangkan idea lain kepada Nik Aziz. Patutlah Nik Aziz sayang kepada Husam kerana beliau banyak berkorban untuk menyelamatkan Nik Aziz.

Tiba-tiba Pegawai Undang-Undang Negeri (LA) dipanggil ke pejabat MB. Dalam pejabat MB pada masa itu hanya ada mereka bertiga, Nik Aziz, Husam dan LA. Semua setiausaha MB diminta keluar kerana perbincangan sulit.

Bangkai gajah tidak mungkin dapat ditutup dengan daun pisang, perkara buruk akan diketahui juga walaupun mereka bertiga sahaja berada dalam bilik itu.

Dalam perbincangan tiga orang itu, kami difahamkan Husam telah mencadangkan agar LA dijadikan kambing hitam untuk menyelamatkan Nik Aziz. Dan kami difahamkan LA setuju dengan perkara itu. Dalam soal untuk dijadikan kambing hitam kebiasaannya pak sanggup tidak akan sanggup buta-buta tanpa sebarang habuan. Kami tidak mahu menuduh, tetapi kami bercakap atas dasar kebiasaan.”

 Sesungguhnya ini bukti Illahi bahawa dunia sekarang dah menjadi sempit.  Catatan minit mesyuarat, skrip drama belakang tabir sesebuah negeri serta kepincangan pentadbirannya yang cuba disorok, luahan perasaan dalam facebook dan twitter boleh tersebar ke seluruh dunia dalam sekelip mata. Oleh itu, nasehat saya, berhati hatilah bila menjalankan amanah yang telah diberikan kepada kita melalui jawatan. Ingat wahai wakil rakyat, bila anda dipilih dalam pilihanraya, anda diberikan AMANAH!

Pemain Bola Yang seksi

Berkenaan gelaran seksi kepada Fahmi Piala Suzuki datangnya dari peminat yang teruja mencatat di facebook dalam keadaan euphoria kemenangan Malaysia ke atas Indonesia semalam. Lihat catatan di bawah"-

Terima kasih Khairul Fahmi kerana "kembalikan keseksian bola sepak M'sia" - peminat-BERNAMA - about 7 hours 19 minutes ago


KUALA LUMPUR, (Bernama) - Persembahan cemerlang penjaga gawang Malaysia Khairul Fahmi Che Mat bukan sekadar mampu menarik peminat baru ke akaun Facebook beliau, malah menempatkannya di kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter.


Dalam tempoh sejam, penjaga gawang kelahiran Kelantan yang sebelum ini tidak begitu dikenali, meningkat secara mendadak ke tempat kelima, menumpaskan 'Support Timnas', yang menyokong pasukan bola sepak Indonesia.


Fahmi juga menjadi topik paling popular untuk Twitter di Indonesia.


Laman Facebook beliau mendapat hit sebanyak 57,000 daripada peminat, ketika artikel ini ditulis kurang daripada dua jam, berbanding tidak lebih daripada 50,000 peminat sebelum perlawanan bermula.


Khairul Fahmi, 21, berupaya menyelamatkan lebih daripada 10 percubaan mendebarkan oleh pasukan Indonesia yang menyerang secara agresif sejurus selepas wisel perlawanan dibunyikan.


"Terima kasih kerana mengembalikan 'keseksian' dalam bola sepak Malaysia," kata seorang peminat dalam laman bola sepak pemain itu.


Lima daripada 10 trend teratas Twitter seluruh dunia didominasi perlawanan bola sepak yang berlangsung selama 90 minit pada pertandingan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno.


Sebelum ini, Twitter juga menjadi platform kepada penyokong bola sepak Indonesia yang berang dan mendakwa Malaysia memenangi perlawanan akhir pertama di Kuala Lumpur secara tidak adil, manakala penyokong Malaysia lebih gemar menunjukkan sokongan dan kecintaan mereka menerusi Facebook.


Seorang lagi pemain cemerlang, Mohd Safee Mohd Sali, hampir mendapat hit 17,000 "Like" dalam Facebook dari 15,000 pada separuh masa perlawanan.


Mohd Safee yang menjaring gol pertama pada perlawanan akhir kedua, turut merangkul gelaran sebagai penjaring terbanyak dengan jumlah lima gol.


Apa yang paling menarik ialah pemain Manchester United iaitu Rio Ferdinand turut mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya dalam akaun twitternya, @rioferdy5.


"Tahniah kepada Malaysia yang menewaskan Indonesia pada final Piala Suzuki. Saya pernah bermain menentang pasukan bawah 23 tahun Malaysia 18 bulan lepas. Memang satu pasukan yang bagus," katanya.


Dilaporkan bahawa penduduk Asia Tenggara merupakan pengguna terbesar Twitter dan Facebook dengan Indonesia mempunyai 15 juta 'tweeters', ketiga tertinggi selepas Amerika Syarikat dan Brazil, manakala rakyat Malaysia mempunyai 'friends' Facebook paling ramai dengan purata 230 setiap pengguna.




Sunday, November 29, 2009

kesah anak gadis pingitan yang bisu, pekak dan tuli

Saya melihat polemik politik semasa Kelantan, kesah anak perempuan Tok Guru dan teringatkan kesah ini.

Kesah ini saya baca dalam salah satu riwayat Wali Songo (jika tak silap saya) bagaimana seorang ulama dijodohkan dengan anak gadis pingitan seorang ulama tersohor yang lainnya.

Al Kesah satu hari sedang seorang pemuda yang alim berjalan dipinggir sungai maka ternampak olehnya satu buah (buah pauh/mempelam) yang sedang dihanyutkan air. Disebabkan pemuda tersebut tidak menjumpai makanan setelah berhari hari penat mengembara dan berasa amat lapar, maka pemuda tersebut mengambil buah pauh tersebut dan memakannya.

Setelah makan, timbullah ilham dan berkatalah hati kecil pemuda tersebut bahawa mengambil harta orag tanpa izin adalah salah. Timbul rasa bersalah di hati kecil pemuda tersebut......lalu pemuda alim dan jujur tersebut menyusuri hulu sungai untuk meminta maaf kepada tuan punya pokok buah pauh tersebut.

Beberapa hari perjalanan, maka pemuda itu tiba di satu tempat terpencil di hulu sungai dan dijumpainya seorang alim yang duduk menyendiri bersama keluarganya. Orang alim tersebut bercucuk tanam, menanam berjenis jenis buah dan tanaman lainnya dalam kebunnya yang sederhana besarnya bagi memastikan keluarganya boleh berdikari tanpa bantuan luar di tempat yang terpencil.

Pemuda yang alim dan jujur itu memohon maaf kepada tuan punya kebun sambil mengaku telah memakan buah pauh yang jatuh ke dalam sungai. Orang alim tersebut bersetuju memaafkan pemuda terseut dengan satu syarat!

Sebagai hukuman kepada perbuatannya, pemuda tersebut dikehendaki menikah dengan anak gadis pingitannya yang bisu, buta dan tuli! Pemuda tersebut pasrah dan bertakwa kepada Allah memohon yang terbaik.

Keesokan harinya selepas majlis pernikahan, pemuda tersebut meluru kepada mertuanya dan bertanya:

Ayahandaku, kenapakan isteriku dikatakan bisu, buta dan tuli? Sedangkan beliau adalah wanita yang paling cantik, bijak dan tinggi nilai budinya.

Bapa mentua yang alim tersenyum sambil menjawab;

Anak gadisku bisu kerana tidak pernah mengeluarkan kata-kata yang buruk, buta kerana tidak pernah melihat maksiat, dan tuli kerana tidak pernah mendengar kata-kata nista atau maki hamun.


Bandingkan nilai hidup dan kata -kata yang keluar dari mulut seorang anak seorang ulama zaman dulu kala dengan kata-kata anak perempuan seorang Tok Guru (serta pegangan hidup-adakah ada rasa bersalah kerana ambil harta syarikat, amalkan kronisme ,bersetuju menerima rasuah dan melemparkan tuduhan? ) dalam ruangan komen Surat Dari Nik Amalina Nik Aziz dalam blog Kickdefella di sini http://kickdefella.wordpress.com/2009/11/27/surat-daripada-nik-amalina-nik-abdul-aziz/

Saturday, November 14, 2009

kesah menantu terbangang dalam komen pembaca di blog kickdefella

Bila heboh diperkatakan orang mengenai kesah Pak Syeikh Kickdefella kena "kick" dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), saya memblog ke blog Pak Syeik Kickdefella

Ruang yang paling menarik minat saya ialah komen pembaca. Salah seorang pembaca "Lee Copper" sempat meninggalkan komen berikut:

"Beliau adalah menantu terbangang TGNA...Saya ulang menantu terbangang TGNA.

Diberitakan TGNA tidak ada hasrat untuk menunaikan fardu haji pada tahun ini namun setelah dipujuk oleh menantu tersebut, TGNA pun bersetuju"

Selain itu diberitakan bahawa berita TGNA nak menunaikan fardhu haji pecah dari mulut menantu tersebut yang berkata " Ana akan menunaikan haji dengan pakej VVIP ...dan bersama ahli keluarganya"

TGNA juga mengaku kepada wartawan setelah ditanya mengenai pakej tersebut. Komen seorang pembaca lagi "Boto Budu Hija" bahawa di syarikat milik orang Amerika yakni tempat dia bekerja....bilamana seseorang pegawai didapati menerima apa apa hadiah dalam bentuk wang atau material, maka pegawai tersebut layak dibuang" Ouchhh pedihnya

Untuk makluman semua, dalam Arahan Perbendaharaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, di bawah perkara Pemberian dan penerimaan hadiah, seseorang pegawai kerajaan hendaklah memaklumkan jumlah wang atau nilaian dalam matawang hadiah yang diterimanya..ini bagi memastikan integrity pegawai kerajaan terjamin dan saya yakin peraturan ini juga terpakai untuk semua pegawai GLC lain termasuklah PMBK

Nampaknya PAS telah berdepan dengan satu keaadan dimana doa-doa PAS untuk merosakkan umat Islam yang ditujukan tempoh hari ke atas musuh telah dibalikkan Allah ke atas mereka.

Saya yakin bahawasanya perpecahan dan bibit kemusnahan ini adalah petunjuk Allah ke atas sekumpulan umat Islam yang ego dan enggan bersatu padu serta memecah belahkan umat Isla dengan fatwa mengikut faham mereka. Nasihat saya hanya satu...kembalilah ke pangkal jalan.......BERSATULAH WAHAI UMAT ISLAM DALAM AHLUL SUNAH WAL JAMAAH YANG MELARANG SESAMA ISLAM MENUDUH SAUDARANYA BIDAAH MAHUPUN KUFUR MAHUPUN KAFIR!

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai komen komen pembaca sila layari blog Kickdefella.....sini http://kickdefella.wordpress.com/2009/11/14/selamatkan-tok-guru/