Showing posts with label Syeikh Nurudin Al Banjari. Show all posts
Showing posts with label Syeikh Nurudin Al Banjari. Show all posts

Friday, December 12, 2014

Betulker Pegawai JAKIM Pro Wahhabi?

Insiden Syeikh Nurudin ditahan dari berdakwah di negara ini mengejutkan semua pihak. Syeikh Nurudin Al Makki Al Banjari , ulama Islam ASWJ dan dianggap Al Azhar kedua kerana kedalaman ilmunya ditahan dari memberi ceramah oleh JAKIM. Sedangkan JAKIM tak berhak mengeluarkan surat Pekeliling menahan Syeikh sebab Ketua Ugama Negeri ialah Sultan! Dan bagi negeri tak berSultan seperti Wilayah Persekutuan, Ketua Ugama Negeri ialah YDP Agong! Jadi pengeluaran surat Pekeliling itu telah membuka mata masyarakat bahawa terdapat banyak Wahhabi sedang bermaharajalela dalam JAKIM walaupon ugama rasmi Malaysia ialah Islam ASWJ bukannya Wahhabi (Rujuk website JAKIM sendiri berkenaan perkara ini)

Sehubungan dengan itu , masyarakat menerima surat yang ditujukan kepada Ketua Pengarah JAKIM yg salinannya saya kemukakan di bawah

Menarik juga bila dihighlight kan 3 aktivis dan politikus PAS jadi tikus Wahhabi yang  memusnahkan akidah dalam JAKIM. Nama mereka telah saya highlight dalam warna kuning.

Pegawai JAKIM pro Wahaby? Surat Terbuka Kepada KP JAKIM
Pertama-tamanya saya mengucapkan terima kasih di atas usaha baik semua pihak yang menentang wahaby di Malaysia dan dunia amnya.
Serangan terhadap akidah Islam sebenar oleh puak Wahaby sangat hebat dan sangat berbahaya. Akidah adalah tunjang dan Zionis tahu merosakkan tunjang akan merosakkan kita dengan Allah Taala secara total.

Sebab itu usaha menentang wahaby sangat perlu diperjuangkan bukan atas dasar benci dan emosi tetapi kerana menentang pemalsuan fakta dan nas oleh sarjana Barat yang disebar oleh ilmuan Islam.

Wahaby adalah talibarut Barat/ZIonis untuk merosakkan Islam dari dalam. Mereka cuba menggunakan muka dan nama orang sama macam nama kita tetapi mempunyai akidah yang jauh berbeza dan sangat beracun sifatnya.
Beberapa nama di bawah antara mereka yang dikaitkan dengan Wahaby dan mereka ini adalah pegawai JAKIM.
Mereka ini menjalankan kerja penyelidikan dalam cawangan akidah,fatwa dan kawalan media.

Info yang diterima menyatakan perkara ini sudah diungkit kepada pihak Ketua Pengarah namun tidak ada tindakan susulan dibuat.

Apa yang menyedihkan ada kalangan mereka yang akan disebut di bawah ini mempunyai hubungan dengan beberapa tokoh wahabi dan menjadikan mereka sebagai Panel JAKIM.
Ini akibatnya apabila orang yang bekerja dengan kerajaan tetapi cenderung kepada fikrah Wahaby dan menggunakan platform sebagai ruang menyebar fikrah sesat lagi dolalah ini.

Antara tokoh yang dijadikan Panel JAKIM oleh individu tersebut ialah seperti Dr Johari Mat (Senator yg berkidah Wahhabi lantikan regime PAS Kelantan), Dr Ahmad Najib ( anak Abdulla Al Qari tokoh Wahaby utama di Kelantan dan rapat dengan kepimpinan PAS Kelantan) Dr Juanda Jaya (Wahhabi Sarawak yang jadi Mufti Perlis) dan Fatah Haron Ibrahim (besan Nik Aziz Nik Mat pemuka utama Wahhabi seMalaya).

Antara yang dikhabarkan kepada saya mereka yang pro Wahaby di JAKIM ialah Aizam Mas’od(Cawangan akidah), Ezzul A’la Bajuri(akidah), Khairul Anuar (Kawalan Media) dan Roslan Isa yang kini dipinjamkan ke Jabatan Mufti seperti laporan Utusan Malaysia  (pelek juga sang Wahhabi dipinjamkan untuk dekat dengan al Mufti Wilayah Persekutaun...ada udang di sebalik batu ker ). Rujukan di sini http://www.utusan.com.my/


Nama mereka saya perolehi di laman rasmi JAKIM di sini http://www.islam.gov.my/

Saudara Aizam Mas’od antara penulis yang aktif memuatkan tulisannya dalam akhbar arus perdana dan saya sama sekali tidak menyangka beliau antara yang dikaitkan dengan Wahaby di kalangan pegawai JAKIM. Namun tulisan yang disiar di laman http://www.topix.com/fo…/world/malaysia/TK261EMR92O5F2H0H/p2 pada Feb 2010 lalu agak menguatkan dakwaan tersebut.

Satu lagi, ada tulisan beliau yang agak ‘lembut’ terhadap Wahabi agak merisaukan saya status beliau samada pro atau anti atau muzabzab di sinihttp://al-fikrah.net/News/article/sid=928.html

Bukti perkara ini pernah diulas/didedah oleh blogger Anti Wahabi ialah Blogger BankWahabi pada 2007 di sini http://bankwahabi.wordpress.com/

Beliau mendakwa pegawai JAKIM tertentu telah memuji tokoh wahabi dalam jurnal terbitan JAKIM. Sehingga masyarakat terpedaya dengan tindakan sesetengah individu yang membayangkan seakan akan JAKIM mengiktiraf Wahabi.

Saya sarankan siasatan lanjut perlu dibuat dan Ketua Pengarah JAKIM perlu membuat sesuatu sebelum satu persatu racun Wahaby akan menular dalam tulisan terbitan JAKIM tanpa kita sedari.
Perkara ini mungkin salah namun jika benar maka JAKIM perlu di’segar’kan kembali dari ‘najis Wahaby’ atau tidak mustahil MALAYSIA boleh menjadi negara Wahaby yang menyokong Islam Liberal seperti homoseks /liwat dan lain lain lagi yang merosak akidah Umat.
Moga Allah memelihara akidah kita dari ‘bom’ ciptaan Zionis Israel bernama Wahaby atau apa juga namanya samada Syiah, Muktazilah, Khawarij atau Ajaran Sesat setiap masa.
p/s : Mohon maaf jika info yang saya terima separuh benar atau suku benar…Tetapi saya percaya pemberi info kepada saya adalah BENAR !     "


Monday, November 24, 2014

eh Penasehat JAKIM , PAS lantik , yang kena getah PM Najib # isu Syeikh Nurudin Al Banjari

Syeikh Nurudin Al Banjari adalah ulama Islam ASWJ. Ugama Islam ASWJ adalah ugama Persekutuan Tanah Melayu. Kenapa ada hantu WAHHABI dalam JAKIM cuba mengubah Perlembagaan Persekutuan dan dasar JAKIM sendiri?


Seluruh umat Islam di Malaysia dan Nusantara Melayu Islam amat terkejut dengan tindakan pihak JAKIM menyekat pendakwah terkenal dari Nusantara Melayu Islam dan di negara-negara Arab iaitu Sheikh Nuruddin daripada berdakwah di TV dan di tempat yang lain di dalam negara Malaysia.

Saya yakin dan percaya perbuatan ini adalah perbuatan mereka yang punya Sakit Jiwa seperti perasaan-perasaan cemburu, irihati, busuk hati dan pelbagai lagi penyakit hati. Mengapa seorang Ulama yang sekian lama menyampaikan ilmu dakwahnya di TV disekat selepas beliau mempunyai ramai pengikut, berjaya mendidik masyarakat seterusnya mengukuhkan lagi Aqidah Sunnah Waljamaah yang menjadi amalan umat Islam di Malaysia dan di Nusantara Melayu Islam ini.

Saya mendesak pihak JAKIM memperjelaskan satu persatu apakah bidaah-bidaah, apakah ajaran-ajaran sesat, apakah kenyataan-kenyataan beliau yang dikatakan menjejaskan keharmonian umat Islam di negara kita Malaysia. Setelah sekian lama beliau berdakwah, saya tidak nampak umat Islam di Malaysia menjadi huru-hara, sebaliknya rating TV Al-Hijrah semakin meningkat naik.

Janganlah kerana JAKIM dipenuhi khabarnya golongan yang berfahaman selain daripada Ahli Sunnah Waljamaah, maka sheikh yang terkenal dari Nusantara Melayu Islam ini menjadi mangsa kebodohan, keangkuhan, kesombongan dan ketakburan golongan muda di JAKIM yang baru setahun jagung di alam dakwah. 

Di akhir zaman ini, mereka yang baharu pulang belajar dari negara-negara Arab, India atau Pakistan apabila balik semula ke Malaysia mencetuskan perbalahan dan pergaduhan sesama mereka kaum agamawan. Menindas sesama mereka, memburuk-burukkan sesama mereka ahli agamawan, sungguh buruk perangai orang-orang agama yang suka memecahbelahkan seperti ini.

Kita amat memandang berat akan hal-hal yang berlaku di dalam JAKIM kerana nampak sangat jelas beberapa tindakan yang dilakukan adalah bertentangan dengan konsep Wasatiyyah YAB Perdana Menteri. JAKIM tidak mendokong prinsip kesederhanaan yang dibawa oleh kepimpinan negara, malah kesederhanaan yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW juga tidak menjadi contoh kepada pihak JAKIM dalam mengendalikan isu ini.

Amat jelas, Sheikh Nuruddin bukannya seorang pengganas, jauh sekali daripada pengaruh IS atau ISIL dan sebagainya yang sedang berleluasa di negara-negara Arab. Juga sangat-sangat jelas, Sheikh Nuruddin bukan seorang Syiah yang sesat dan bukan seorang Wahabi yang menyesatkan.

Saya mendesak supaya JAKIM mengambil jalan tengah dan menghapuskan semula sekatan yang dikenakan ke atas Sheikh Nuruddin. Ini adalah suara rakyat dan suara majoriti umat Islam di Malaysia yang terpinga-pinga dan terkejut mengapa JAKIM menyekat usaha dakwah Islamiyyah yang dijalankan oleh Sheikh Nuruddin sejak hampir 20 tahun yang lalu.

Umat Islam mahu YAB Perdana Menteri mengambil serius akan hal ini. Perkara ini juga telah menjejaskan nama baik YAB Perdana Menteri apabila umat Islam turut menyalahkan YAB Perdana Menteri dengan pelbagai tuduhan, kritikan dan amukan telah dibuat ke atas YAB Perdana Menteri di dalam aplikasi Wassap, SMS, Facebook dan Tweeter. 

Yang jelas YAB Perdana Menteri tidak mengetahui hal ini, ianya adalah kesilapan besar golongan-golongan yang berpenyakit hati di dalam JAKIM.

P/S Biodata Penasehat dalam JAKIM Dr Johari Mat yang berkelulusan University Madinah  (kita tahu University Madinah di Saudi ni berfikrah WAHHABI) . Beliau dilantik oleh mantan Menteri Besar Kelantan yang berpendidikan di Deobandi University (juga berfikrah Wahhabi) DI sini sini


PM Najib eloklah buang semua sarang wahhabi dalam JAKIM. PAS yg buat onar UMNO pula yg kena blame.


Sunday, April 28, 2013

Ulama yang bagaimana wajib dihormati

Heboh semasa pilihanraya ulama ulama dicaci maki hanya kerana dia berlainan ijtihad pandangan politiknya- kajian saya di kalangan teman pendakwah dan di  facebook mebdapati  bahawa Almarhum Syeikh Uthman Al Muhammedi dan Tuan Guru Abdullah Sammah teruk diiniayai dan dicaci pengikut jumud party politik yang jahil ugama kerana menyamakan ugama Islam dengan PAS-mereka ini pro Wahhabi kerana mereka tersalah ijtihad dan bertaklid buta atas pemimpin politik yang menjadi ulama suk dan tok guru Wahhabi di Kelantan dan Terengganu.

Saya share semalam kuliyah saya dengan Ustaz Shamsul yang mengajar dengan ilmu bersanad.

Ulama WAJIB dihormati  - Jika ada  orang bertanya apakah saya akan menghina ulama kerana dia berlainan ijtihad politik -Jawapan saya itu hak seorang ulama untuk berijtihad...SEMUA ULAMA WAJAR DIHORMATI... Takutilah dan jauhilah dari menyakiti ulama biarpon dia menyokong dan membimbing umarak / seperti Almarhum Syeikh Hj Uthman Al Muhammedi dan Tuan Guru Hj Abdullah Sammah Najmiah sebagaimana kamu takuti dan jauhi dari menyakiti ulama pro pembangkang seperti Tuan Guru Hj Salleh Sik.  

 Bagi mereka yang menyakiti para wali dan ulama seperti ini mereka akan mendapat bala dan laknat Allah.
 
Bagaimanapon pada pertanyaan mengenai ulama suk (ulamak yang menyeleweng akidah seperti membawa fahaman Kwaridj Mujassimah Wahhabi dan Syiah) wajar pendedahan dibuat kerana sesiapa yang bertaklid buta ke atas ulama sesat ini akan sesat juga. Kata Ustaz, bagi ulama suk ini yang memecahbelahkan umat Islam dengan fitnah maka fitnah juga yang akan datang kepadanya.
 
Untuk ulama suk seperti pemimpin politik yang telah didedahkan dalam artikel lepas-tanggunjawab kita ialah mendedahkan kesesatan yang dibawa agar tiada orang Islam yang tersesat akidah kerana bertaklid buta ke atas mereka.

Lihat golongan ulama dan ilmuan Islam yang menegur Nik Aziz dan Hadi Awangs erta mereka yang berfikrah Mujassimah Wahhabi yang SESAT
 




 

Thursday, August 30, 2012

solat hajat untuk keselamatan, keamanan dan kesejahteraan negara malam ini

3 masjid di Wilayah Persekutuan menganjurkan solat hajat malam ini iaitu masjid Negara, Masjid Tuanku Mizan (Putrajaya) dan Masjid Putra (Putrajaya). Umat Islam disyorkan bersolat hajat dan berdoa agar kesejahteraan keamanan dan keselamatan umat Islam di Malaysia dan Nusantara terus dijaga dibawah perlindungan Allah hendaknya.
 
 
Jangan lupa untuk menghadiahkan Al Fatehah kepada ruh pejuang yang telah mempertahankan negara ini sejak zaman Melaka, Perang Naning, Perang di Perak, Pahang, Kedah, Terengganu, Kelantan, Sarawak  dan Sabah. Al Fatehah ke atas Sultan Ahmad, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Datuk Maharajalela, Tok Janggut, Mat Salleh, Rosli Dhobi, Datuk Onn Jaafar, Al Marhum Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Dr Ismail dan banyak lagi.  Tanpa pengorbanan mereka yang sesetengah  penyokong party politik PAS cop sebagai "sekular" kita tidak dapat mengamalkan amal ibadah dengan aman dan sempurna  seperti hari ini -kata kata ini dipetik dari tausiyah dengan Syeikh Nurudin Al Banjari Al Makki (rujuk youtube di bawah).





Saturday, August 25, 2012

ulamak dalam dunia politik adalah assobiyah-Syeikh Nurudin Al Banjari

Ulama tidak dimiliki oleh satu perkumpulan. Ini bermaksud ulama juga tidak boleh cenderung pandangannnya ke atas sesuatu kumpulan seperti party politik. Rujuk minit 0.52.
 
Ulama adalah milik semua umat Islam dan ulama perlu ikhlas berdakwah bukan untuk duniawi. Video Syarah Syeikh Nurudin Al Banhari di sini
 
 
 
Transkrip majlis tafaquf  Syeikh yang berkaitan menyentuh ilmu ugama, keadaan semasa politik di Malaysia , isu kafir mengkafir semsaam umat Islam dan ketentuan masuk syurga dan neraka yang mana adalah berdasarkan rahmat Allah (dan bukan party politik) adalah disini;-
 
1)      Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari mengingatkan kami Mahasiswa al-Azhar Asy Syarif dengan katanya: "ANDA KENA TAHU PASAL PERIHAL POLITIK DALAM MALAYSIA NAMUN TIDAK PERLU ANDA TERLALU FANATIK ATAU TERLIBAT DENGAN POLITIK..Kalau ANTUM jadi Ulama dalam BN,antum gerenti akan mengangkat2 BN dan menghentam PAS,kalau ANTUM jadi Ahli PAS pula,antum akan menghentam ahli BN dan mengangkat Ahli PAS pula...sebab itu jika anda tidak terlibat dengan mana2 politik,antum boleh menasihati KEDUA2NYA" ...Akhir kalam Syeikh mengatakan: INI PANDANGANKU,ANTUM KALAU ADA PANDANGAN SENDIRI, ANA HORMATI..:-) 
2)      Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari juga tadi ada menyatakan: "JANGAN KAMU ADA PERASAAN BENCI TERHADAP ORANG YANG BERIMAN DISEBABKAN KETAKSUBAN KAMU TERHADAP SESUATU PARTI POLITIK SEHINGGA BERANI MENDOAKAN "WA SALLIT ALAIHIM KALBAN MIN KILABIK" kepada mereka...Kata Syeikhuna:Ingat,Syafaat Rasulullah saw itu untuk ORANG YANG PERNAH MELAKUKAN DOSA2 BESAR KEPADA ALLAH....:-) "
 
3)      Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari juga tadi ada menyatakan baru2 ini terjadi di Malaysia suatu kenyataan HOT yang pernah dikeluarkan oleh Ustaz Abu Hasan Din al-Hafiz mengenai TIADANYA JAMBATAN SIRAT AL-MUSTAQIM di Hari Akhirat tetapi SIRAT AL-MUSTAQIM yang dimaksudkan adalah JALAN YANG LURUS sahaja,sedangkan menurut Syeikhuna,banyaknya hadith2 di dalam Kitab TAHZIB MISYKAT AL-MASOBIH BAB AS-SIRAT  WAL MIZAN WA HISAB menyatakan memang wujudnya JAMBATAN SIRATAL MUSTAQIM di Hari Akhirat..Syeikh akhir kalam menyatakan:TAKPELAH,WALAUPUN BELIAU PERNAH MENJADI PENASIHAT ISTANA,NAMUN BELIAU BUKANLAH MAKSUM,SEBAB ITU JANGAN KITA PELIK JIKALAU ADA INSAN YANG PERNAH TERSILAP DALAM KEHIDUPANNYA..:-)
 
4)      Alhamdulillah dah BALIK dari Majlis Tafaqquh Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari di Rumah Kedah,Mesir.....Tadi Syeikh bukak Kitab TAHZIB MISYKAT AL-MASOBIH... Syeikh syarah hadith2 mengenai Haudh yakni Telaga Rasulullah saw dan Syafaat Rasulullah saw di Hari Kiamat.Menurut Syeikhuna,MAQAMAN MAHMUDAN itu adalah SYAFAAT NABI kita saw,yang paling dapat banyak syafaat dan pertolonganan Rasulullah saw di akhirat kelak adalah terdiri daripada mereka yg melakukan DOSA2 BESAR,sebab itu Syeikh ingatkan jangan kita FANATIK dengan sesuatu POLITIK atau apa2 PERSATUAN sehingga menuding jari orang itu AHLI NERAKA kerana itu dosa dia dengan ALLAH dan kita tidak boleh MENGHUKUM..Ada yang akan dikeluarkan dari Neraka ,terdiri daripada mereka yang melakukan DOSA2 BESAR tetapi mempunyai iman umpama sebiji jagung,kemudian ada yang dikeluarkan terlebih kecil iman dari itu iaitu iman sebesar atom kemudian terlebih kecil dan terlebih kecil dari itu.Adanya AHLI SYURGA yang merintih kepada ALLAH agar mengeluarkan sahabat baiknya itu dari API NERAKA.Syeikh juga mensyarahkan mengenai ADAB kita dengan Rasulullah saw,syeikh mengatakan Rasulullah saw itu PEMBERI SYAFAAT kepada kita d hari akhirat tetapi WAJARKAH kita meninggalkan SUNNAH2 BAGINDA SAW dan mengkhianati Baginda SAW??...:-)
 5)      Alhamdulillah,baru balik dari Majlis Pengajian Tafaqquh Bersama Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari di Rumah Kedah,Mesir..Jam di Mesir menunjukkan pukul 12.04 tengah malam...Nak kongsi sikit pasal apa yg Syeikh syarah tadi...Tadi Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki mensyarahkan Kitab Tahzib Misykat al-Masobih mengenai Hadith berkaitan dengan ORANG YANG TERAKHIR MASUK KE SYURGA ALLAH SEOLAH2 DIOLOK2KAN ALLAH LALU ALLAH "TERTAWA" MELIHATNYA......Diriwayatkan oleh Muslim dari Abdullah bin Mas’ud bahwa Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya aku tahu penghuni neraka yang terakhir keluar darinya, dan penghuni neraka yang terakhir masuk syurga; yaitu seseorang yang keluar dari neraka dengan merangkak, lalu Allah berfirman, ‘Pergilah dan masuklah ke surga.’ Begitu masuk syurga ia melihat seolah-olah syurga sudah penuh. Karena itu, ia lalu kembali lagi dan berkata, ‘Ya Tuhanku, aku mendapati surga sudah penuh.’ Allah berfirman, ‘Pergilah dan masuklah ke syurga, karena masih ada tempat untukmu seluas dunia atau bahkan sepuluh kali lipatnya.’ Ia berkata, ‘Apakah Engkau sedang mengolok-olok aku? Atau karena Engkau Yang Kuasa lalu Engkau menertawakan aku?’ (Aku [Abdullah bin Mas’ud] melihat Rasulullah SAW tersenyum sehingga tampak gigi depannya) Konon, ia penghuni syurga yang paling rendah kedudukannya.”
 6)      Diriwayatkan oleh Muslim dari Abdullah bin Mas’ud bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Yang terakhir masuk syurga ialah seseorang yang sesekali berjalan kaki, sesekali tertelungkup, dan sesekali dibakar api neraka sampai hangus. Setelah berhasil melewati neraka ia menoleh kebelakang, ‘Maha Memberkahi Allah yang berkenan menyelamatkan aku darimu, wahai neraka. Allah telah memberikan sesuatu yang tidak DiA berikan kepada siapa pun di antara seluruh makhluk yang pertama maupun yang terakhir.’ la diperlihatkan sebatang pohon lalu berkata, ‘Ya Tuhan, tolong dekatkan aku ke pohon itu. Aku ingin berteduh di bawah naungannya dan meminum airnya.’ Allah bertanya, ‘Wahai cucu Adam, seandainya Aku berikan pohon itu kepadamu, apakah kamu akan meminta kepada-Ku yang selainnya?' la menjawab, ‘Tidak, ya Tuhanku.' Ia lalu berjanji bahwa ia tidak akan meminta kepada Allah yang lain.  Allah berfirman; "Aku tidak mengolok-olokmu. Tetapi Aku Mahakuasa untuk mewujudkan apa saja yang Aku kehendaki."

Setelah dekat, tiba-tiba ia mendengar suara-suara penghuni syurga. Ia berkata, ‘Ya Tuhan, masukkan aku ke syurga.' Allah bertanya, ‘Hai cucu Adam, apa yang membuat kamu berbuat seperti itu? Apakah kamu tidak senang kalau Aku beri kamu dunia dan yang sepertinya?' la menjawab, ‘Ya Tuhan, apakah Engkau sedang mengolok-olokku? Bukankah Engkau Tuhan seru sekalian alam?"' Ibnu Mas'ud tertawa dan bertanya, "Apakah kalian tidak bertanya kenapa aku tersenyum?" Sahabat-sahabat yang lain pun bertanya, "Ya, kenapa Anda tersenyum?” la menjawab, "Kerana aku melihat Rasulullah tersenyum." Mereka bertanya, ‘Lalu kenapa Anda tersenyum, wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Karena Tuhanku seru sekalian alam juga tersenyum.  Setelah didekatkan oleh Allah kepohon tersebut, ia pun berteduh di naungannya dan meminum airnya. Selanjutnya diperlihatkan kepadanya sebatang pohon yang lebih indah dari pohon yang pertama tadi. Melihat itu ia berkata, ‘Ya Tuhan, tolong dekatkan aku kepohon itu agar aku bisa meminum airnya dan berteduh di naungannya. Aku tidak akan meminta kepada-Mu yang lainnya.' Allah bertanya, ‘Wahai cucu Adam, seandaikanya Aku dekatkan kamu pada pohon itu apakah kamu akan meminta yang lainnya?’ Ia lalu berjanji lagi bahwa ia tidak akan meminta kepada-Nya yang lainnya. Tetapi, Allah memakluminya, karena ia sedang melihat sesuatu yang membuatnya merasa tidak sabar. Allah lalu mendekatkan ia ke pohon itu. Begitu ia telah berada di dekat pohon tersebut, diperlihatkan lagi kepadanya sebatang pohon di depan pintu syurga yang lebih indah daripada pohon yang pertama dan kedua tadi. la pun berkata seperti di atas, sehingga Allah mendekatkannya pada pohon tersebut.
7)      Seterusnya Syeikh Nuruddin membuka Kitab Ma'a Auliyak Was Solihin di antaranya mengenai Kisah Fudhail bin Iyadh dengan Khalifah Harun Ar-Rasyid.Di zaman Khalifah Harun Ar-Rasyid,bagi sesiapa yang menjadi MUAZZIN diberikan ganjaran sebanyak 1000 DINAR,sesiapa yang mempelajari al-Quran,menuntut ilmu agama,hadir di dalam Majlis Ilmu diberikan ganjaran sebanyak 4000 DINAR semuanya terjadi gara2 kerana NASIHAT DARI IMAM FUDHAIL BIN IYADH kepada KHALIFAH HARUN AR-RASYID sehingga disebutkan oleh IBNU AL-MUBARAK: Aku tidak pernah melihat jumlah ULAMAK yang terlalu RAMAI dengan QARI2 AL-QURAN yang terlalu ramai,RAMAINYA manusia yang BERLUMBA2 melakukan KEBAIKAN dan MENINGGALKAN perkara2 yang HARAM Selepas WAFATNYA Rasulullah saw dan Para Sahabat Baginda MELAINKAN DI ZAMAN KHALIFAH HARUN AR-RASYID....:-)
      Catatan ilmu Ustaz Hanif  Abu Talib darit Hayyu sabi', Cairo.
 
 
 
 

Thursday, December 15, 2011

Kuliah Syeikh Nuruddin Al Banjari Al Makki di Subang Bestari


Jom dengar syarah ulama yang IKHLAS berdakwah untuk ugama Islam-Imarahkan masjid kita dengan syarah ugama dari ulama yang sebenar!

Saturday, October 22, 2011

JOM HIMPUN 1JUTA UMMAH ISLAM


Jom himpun 1 juta Ummah Islam di Stadium Shah Alam 22 Okt (Hari ini) jam 2-5 petang.

Perhimpunan ini dianjurkan oleh HIMPUN dan dibarisi orang kuat Yayasan As Sofa dan mantan pemimpin ABIM.

Menurut sumber yang dipercayai Syeikh Nuruddin Al Banjari juga membatalkan beberapa ciri ceramahnya untuk memberi fokus dan sokongan kepada PERHIMPUNAN 1 Juta Ummah Islam ini.

Demi mempertahankan Islam , TOLAK sikap assobiyah jumud politik kepartian yang sempit -jom kita HIMPUN di Stadium Shah Alam hari ini!

Kenyataan Bahrus Sofa yang menyokong HIMPUN di http://pondokhabib.wordpress.com/2011/10/22/himpun-perang-siffin-kisah-saydina-ali-ra-dan-saydina-muawiyyah/

Friday, September 23, 2011

Krisis Ketandusan Ulama-Syeikh Nurudin Al Banjari



Bulan Ramadhan yang lepas Syeikh Nurrudin Al Banjari Al Makki  menegur 2 Imam di Masjid Kg Pandan Dalam, Selangor  yg membaca Qunut Nazilah memohon bala sesama umat Islam kerada berlainan fahaman politik.

Beliau berkata bahawa doa bala sepatutnya di baca ke atas kaum kafir yang membantai umat Islam. Jika dibaca ke atas umat Islam maka doa bala itu berbalik kepada si pembaca dan mereka yang mendoakan doa bala tersebut.

Beliau juga berkata bahawa beliau redha jika tidak dipanggil kembali berceramah di Selangor kerana menegur " kepimpinan politik di Selangor/PAS " yang memperguna  doa Qunut Nazilah utk mendoakan keburukan ke atas musuh politik yang sesama Islam. 

 Ketegasan Syeikh Nururdin Al Banjari memang di akui dan disebabkan beliau menegur Datuk Bentara Nik Aziz maka beliau diHALANG dari berceramah di Kelantan.

Sementara beliau maseh berada di Malaysia eloklah kita dengar syarah Syeikh yang mana kerana keluasan ilmu beliau dipanggil  Al Azhar Kedua.

Jadual Ceramah beliau seperti berikut:

1-25 Sept selepas Magrib di Masjid Pandan Indah, Selangor-Krisis Ketandusan Ulama dan cara mengatasinya

2-Kuliah dan Dawrah Kitab Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki




a - Khamis, 24 Syawal 1432/ 22 September 2011 - Kuliah Maghrib di Masjid Nur Sa'adah, Cheras (malam tadi)


b - Ahad, 27 Syawal 1432/ 25 Septermber 2011 - Ceramah Perdana selepas Maghrib di Masjid al-Azim, Pandan Indah (sila lihat poster)


c - Jum'at ~ Ahad, 25 - 27 Syawal 1432/ 23 - 25 September 2011 - Dawrah di Masjid as-Salam Bukit Sentosa, Rawang (sila lihat poster)