Showing posts with label Syeikh Al Azhar... Show all posts
Showing posts with label Syeikh Al Azhar... Show all posts

Saturday, August 10, 2013

Krisis Mesir-hati hati jangan jadi ad dajjal kecil kerana mempertikaikan Syeikh Al Azhar

Di akhir zaman golongan jahil banyak mengaku mereka berilmu dan mengangkat diri jadi pemimpin ugama serta sibuk mengkafirkan umat Islam. Hati hati kerana mereka bertindak seperti kwaridj mengkafirkan umat Islam. Hadis Sahih Bukhari...bila mereka mengkafirkan sebahagian umat Islam yg lain sedangkan orang yg dikafirkan itu Islam, maka tuduhan tersebut berpatah kepada si pemfitnah.!
 
Syeikh Nazrul Nasir mengingatkan semua umat Islam jangan kerana taksub party politik (baik di Malaysia  (PAS) atau di Mesir (Ikhwan Muslimin) atau NGO Tanta dan PMRAM di Mesir)  sehingga sanggup menghina Syeikh Al Azhar. Beliau mengingatkan di akhir syarahnya minit ke 9.14 ke atas   bahawa ad dajal kecil ialah mereka yang cintakan duniawi (sokong party) sehingga sanggup menghina ulama seperti Syeikh Toyyib. Menurut beliau pada minit 10. 44 ke atas lagi si penghina ulama inilah antara 30  dajjal kecil yang akan datang sebelum datangnya dajjal sebenar iaitu  salah satu petanda akhir zaman  Link di http://youtu.be/GnemQYJ4R-E
 

 
Ustaz Syed Faez Al Adruse mengingatkan pula pada minit 1.23 ke atas bahawa mereka yang menghina ulama hakiki seperti Syeikh Toyyib yang maseh ahlul bayt dari leluhur Saidina  Hassan ra. seumpama menempah bala dan laknat dari Allah. Link di Fb
 

 
Ustaz Raja Ahmad Mukhlis dalam status wall di Facebook mengingatkan bahawa daging ulama itu beracun, maksudnya jika ulama disakiti maka akan membunuh (hati dan amalan) kita
 
Imam Ahmad bin Hanbal r.a. menyebut:لحوم العلماء مسمومة، من شمها مرض، ومن أكلها مات

Maksudnya: "Daging (maruah) para ulama' itu beracun. Sesiapa yang menghidunya sahaja, dia akan sakit. Bahkan, sesiapa yang memakannya, maka dia akan mati"
 
Semoga kita semua tak menjadi seperti Abu Zulfiqar  Asyamri yang menghina Syeikh Al Azhar  Syeikh Toyyib semata mata kerana taksub Ikhwan Muslimin (Rujuk Screen Shot di bawah) . Syeikh Al Gomaah mantan Syeikh Al Azhar juga  berpesan jangan kita partisan dalam hal ugama!
 
 
 Link yang dibilang "ulama Al Azhar " oleh Abu Zulfiqar Asyamri  bila ditelusuri adalah link ilmuan Islam yang renegade dan mereka bukanlah Al Azhari  (ulama Al Azhar) sebenarnya seperti penerangan Syed Faez Al Aydruse di bawah ini:-
 
 
 
Berikutan itu di fb banyak berlaku kebangkitan  ilmuan Islam dan Al Azhari yang benar benar mempertahankan  Syeikh Al Azhar dari golongan virus ugama sebenar iaitu mereka yang  pro Ikhwan Muslimin dan  pro Salafi Wahhabi  yang disokong Abu Zulfiqar Asyamri . Mungkin ustaz ustaz yang membaca artikel  boleh bertanya kepada para ilmuan Al Azhari tulen ini sendiri. Sesungguhnya nak jadi Al Azhari bukan setakat pakai kopiah, jubbah dan belajar di University Al Azhar  tapi perlu ada ILMU dan ADAB. Tanpa ADAB maka tiada keberkahan ILMU dari para ulama !
 
 
Ilmuan Islam sokong Syeikh Al Azhar iaitu Syeikh Toyyib!
 
 
 
 
 
 
 



Sunday, July 28, 2013

Kenyataan Syeikh Al Azhar tentang keganasan di Mesir

Photo: Ringkasan kenyataan Fadhilatul Imam Al-Akbar As-Syaikh Ahmad At-Tayyib.

1. Hati Al-Azhar As-Syarif berkecai dan pedih atas banyaknya darah rakyat yang bersih yang tumpah pada hari ini di Mesir.

2. Al-Azhar As-Syarif menentang dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang dibuat sehingga mengorbankan jumlah yang besar dari rakyat Mesir pada pagi ini.

3. Al-Azhar menegaskan bahawa tindakan berdarah yang telah diambil pada hari ini telah merosakkan usaha untuk menjalankan 'musolahah' (plan damai),dan usaha menyelesaikan krisis selama ini.

4. Al-Azhar As-Syarif menegaskan,dakwaan untuk menentang terroris atau pelanggaran undang-undang mestilah dengan tidak berbuat tindakan melampaui batas undang-undang dan mestilah dengan tindakan yang menghormati hak asasi manusia,khususnya hak Nyawa mereka.

5. Al-Azhar As-Syarif menuntut dan mendesak kerajaan sementara kini untuk segera menyiasat peristiwa yang berlaku,melalui siasatan perundangan pantas dan menjatuhkan hukuman sesegera mungkin kepada penjenayah yang bertanggungjawab - tidak kira apa sahaja pangkat kedudukannya atau alirannya.

6. Al-Azhar As-Syarif sekali lagi menyeru,kesemua rakyat Mesir dan ahlibijakpandai dalam negara untuk duduk bersama di meja hiwar yang bersunggung-sungguh untuk keluar dari krisis semasa ini dan untuk mengelakkan terusnya berlaku tumpah darah.

7. Al-Azhar As-Syarif memperingatkan semua pihak,bahawa tidak ada ganti kepada hiwar,melainkan kerosakan.

Kenyataan penuh boleh dibaca di : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=555520687844793&set=a.148828391847360.33152.148670048529861&type=1

8. Al-Azhar As-Syarif mengingatkan semua pihak dengan pesanan Sayyiduna Rasulullah SallaAllahu Alaihi Wa Sallam : "Apabila bertembung dua orang mukmin dengan senjata mereka,pembunuh dan yang dibunuh akan mendapat balasan neraka".


               
 
 
 
Ringkasan kenyataan Fadhilatul Imam Al-Akbar As-Syaikh Ahmad At-Tayyib.


 1. Hati Al-Azhar As-Syarif berkecai dan pedih atas banyaknya darah rakyat yang bersih yang tumpah pada hari ini di Mesir.

2. Al-Azhar As-Syarif menentang dan mengutuk...
sekeras-kerasnya tindakan yang dibuat sehingga mengorbankan jumlah yang besar dari rakyat Mesir pada pagi ini.

3. Al-Azhar menegaskan bahawa tindakan berdarah yang telah diambil pada hari ini telah merosakkan usaha untuk menjalankan 'musolahah' (plan damai),dan usaha menyelesaikan krisis selama ini.

4. Al-Azhar As-Syarif menegaskan,dakwaan untuk menentang terroris atau pelanggaran undang-undang mestilah dengan tidak berbuat tindakan melampaui batas undang-undang dan mestilah dengan tindakan yang menghormati hak asasi manusia,khususnya hak Nyawa mereka.

5. Al-Azhar As-Syarif menuntut dan mendesak kerajaan sementara kini untuk segera menyiasat peristiwa yang berlaku,melalui siasatan perundangan pantas dan menjatuhkan hukuman sesegera mungkin kepada penjenayah yang bertanggungjawab - tidak kira apa sahaja pangkat kedudukannya atau alirannya.

6. Al-Azhar As-Syarif sekali lagi menyeru,kesemua rakyat Mesir dan ahlibijakpandai dalam negara untuk duduk bersama di meja hiwar yang bersunggung-sungguh untuk keluar dari krisis semasa ini dan untuk mengelakkan terusnya berlaku tumpah darah.

7. Al-Azhar As-Syarif memperingatkan semua pihak,bahawa tidak ada ganti kepada hiwar,melainkan kerosakan.

Kenyataan penuh boleh dibaca di :
Facebook

8. Al-Azhar As-Syarif mengingatkan semua pihak dengan pesanan Sayyiduna Rasulullah SallaAllahu Alaihi Wa Sallam : "Apabila bertembung dua orang mukmin dengan senjata mereka,pembunuh dan yang dibunuh akan mendapat balasan neraka"
 
 


 إنَّ الأزهر الشريف وقلبه يتمزق ألما بسبب تلك الدماء الغزيرة التي سالت علي أرض مصر اليوم ، ويستنكرُ ويدين بقوة سقوط هذا العدد من الضحايا، ويعلن أن هذه التصرفات الدموية ستفسد على عقلاء المصريين وحكمائهم كل جهود المصالحة ومحاولات رأب الصَّدع ولم الشمل ، وعودة المصريين إلي توحدهم كشعب راق متحضر.

...
ولا يزال الأزهر يتمسك بالمبدأ الذي يُؤكِّد أن مقاومة العُنف و الخروج على القانون لا يكون إلا في حُدود القانون، وباحتِرام حقوق الإنسان،وأخصها الحق في الحياة .ويُطالب الأزهر الحكومةَ الانتقالية بالكشف فورًا عن حقيقة الحادَث،ومن خلال تحقيق قضائيٍ عاجل وإنزال العُقوبة الفوريّة بالمجرمين المسئولين عنه أيًّا كانت انتماءاتهم أو مواقعهم.

أيها المصريون إن الأزهر الشريف ينادي ويستصرخ العقلاء من كل الفصائل أن يبادروا فورا ودون إقصاء إلي الجلوس علي مائدة حوار جادة مخلصة ذات مسؤولية وضمير للخروج من هذه الأزمة ومن هذه التداعيات الدموية ومن هذه الأجواء التي تفوح منها رائحة الدماء .

ولايزال الأزهر يحذر من أنه لابديل عن الحوار إلا الدمار ، وأخيراً يذكّر الأزهر المصريين جميعاً بتحذير نبي الرحمة صلي الله عليه وسلم "إذا التقي المسلمان بسيفيهما فالقاتل والمقتول في النار"

حفظ الله مصر ووقاها شر الفتن
‫#‏أحمد_الطيب‬

شيخ الأزهر