Isu ini berkenaan salahlaku seorang Pengarah yang menjaga hal hal sewa kedai, penguatkuasaan dan urusan komuniti dalam kawasan pembandaran di Putrajaya.
Pengarah yang dimaksudkan ini sudah acapkali ditegur mantan Tan Sri KSN yang juga President Perbadanan dalam mesyuarat berkenaan performance dan tingkah lakunya (terkini aduan kegiatan gelapnya menggunakan kenderaan pejabat dengan seorang pegawai wanita sambilan di pejabatnya telah dihantar ke Tan Sri KSN).
Menurut si pemberi maklumat yang juga orang dalam di Perbadanan perkara ini telah disalurkankan termasuklah segala bil dan bukti salah laku lain kepada Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN)
Padanlah sekarang perkhidmatan perbandaran tak serupa akujanji. Terkini penduduk Presint 9A di Putrajaya telah terkena panahan kemelut di mana segala pokok buah ditebang-kononnya menggau laluan awam-apakah pampasan tidak layak diberikan kerana pokok buah termasuk dalam perkara yang layak diberikan pampasan berdasarkan Kanun Tanah Negara.
Apakah pengarah tersebut yang memulakan kerjaya sebagai akauntan di Lembaga Lebuhraya Malaysia tidak belajar perkara ini atau perkara dibuat kerana mahukan repercussion ke atas Perbadanan yang merupakan Pihak Berkuasa Tempatan Di Putrajaya dan Kerajaan Pusat?
Pengarah ini juga perlu menjelaskan layanan istimewa kepada kroninya contoh- gerai Awatiff gerai No 1 Medan Selera Presint 8 tak bayar sewa dan bil elektrik berbulan bulan. Apakah penggerai ada IMUNITI berbanding pengerai lain kerana dia Ketua Pesuruhjaya PAS di Putrajaya??? .Selain itu keluhan gerai lain ialah penggerai Awatif dapat layanan istimewa kerana dibenarkan menjual air- Dalam Perjanjian Asal Sewaan Gerai dengan Perbadanan Putrajaya , penggerai DITAWARKAN menjual nasi Arab sahaja. Bagaimanapon penggerai telah didapati menjual makanan lain seperti lauk pauk tengah hari dan air yang mana menyebabkan gangguan jualan ke atas penggerai lain.
Tan Sri KSN dan mantan Tans Sri KSN dipohon dengan segala tertinnya untuk menjelaskan kemelut Pengarah ini.
latest affair, history, culture, politics, economy, spirituality, wellbeing, the feel good blog
Showing posts with label Perbadanan Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Perbadanan Putrajaya. Show all posts
Wednesday, January 25, 2012
Thursday, October 7, 2010
Siapa bersalah dalam kes kematian 2 bayi di taska di Putrajaya
Jabatan Kebajikan Masyarakat dah berlepas diri dari diberikan tanggungjawab dalam kes kematian bayi, bukan sekali tapi 2 kali di Putrajaya (rujuk petikan di bawah)
Putrajaya, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan adalah sebuah bandar terancang. Maksudnya segala kemudahan termasuk kemudahan penjagaan bayi dan kanak kanak telah dirancang. Semua kemudahan tersebut telah ada diperingkat perancangan namun dari segi pelaksanaan maseh banyak taska untuk tujuan komuniti belum dibina.
Setakat ini telah ada 3 taska untuk komuniti dibina oleh pemaju, beroperasi secara berlesen. Namun sebab taska ini ditender oleh pemaju maka kos yang dikenakan pegusaha agak mahal bagi golongan berpendapatan sederhana di Putrajaya. Perkara ini diseimbangkan dengan wujudnya pusat asuhan dan taska di semua jabatan kerajaan yang mengenakan bayaran minima bagi kos penjagaan bayi dan kanak kanak.
Kewujudan taska dan pusat asuhan di kawasan perumahan di Putrajaya tidak pernah dirancang dalam Pelan Awal Putrajaya. Pun begitu kerana desakan pengusaha taska (yang merupakan masyarakat peniaga) dan juga kekangan taska dan pusat asuhan untuk komuniti yang kurang dan lambat dibina pemaju, maka Perbadanan Putarajaya selaku Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah memberikan kebenaran sementara /langkah interim. Dengan itu pengeluaran lesen bagi taska dibuat dibawah Undang undang Kecil Premis, Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Perbadanan Putrajaya 1999). Pon begitu, sepertimana PBT lain di Lembah Kelang, Perbadanan Putrajaya menetapkan Undang-undang dan Syarat seperti berikut :
Operasi pusat-pusat ini adalah tertakluk kepada pematuhan beberapa undang-undang yang berkuatkuasa di Putrajaya dan di Malaysia. Antaranya :
i. Undang-Undang Kecil Pelesenan Premis, Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Perbadanan Putrajaya) 1999.
ii. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) bagi Tadika yang mengguna pakai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.
iii. Akta Pusat Penjagaan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) bagi Taska.
Kebenaran bersyarat yang dikeluarkan oleh Perbadanan Putrajaya ke atas Taska antara lainnya memerlukan pengusaha taska perlu mematuhi SYARAT DAN GARIS PANDUAN seperti berikut:
a- Pengusaha perlu mendapatkan sokongan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat yang mengesahkan bahawa ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan oleh jabatan tersebut telah dipatuhi.
b- Mempunyai lesen pendaftaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Perniagaan atau Syarikat.
c- Didaftarkan di bawah Akta Pusat Penjagaan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308), Seksyen 4.
d- Mematuhi syarat dan terma yang digariskan di bawah Seksyen 8 Akta berkenaan.
e- Mendapatkan kebenaran (jika perlu) dari penghuni-penghuni rumah berhampiran jika premis yang dicadangkan untuk dijadikan pusat asuhan adalah dari jenis rumah berangkai.
f- Tidak dibenarkan membuat perubahan pada warna rumah atau premis bagi pengusaha yang menjadikan rumah persendirian atau kedai sebagai pusat asuhan.
g- Tidak dibenarkan mempamer apa-apa iklan perniagaan tanpa lesen iklan. Jika lesen iklan diberikan, syarat-syarat lesen hendaklah dipatuhi.
h - Membenarkan mana-mana pegawai Perbadanan Putrajaya yang diberi kuasa untuk memasuki premis perniagaan merika bagi tujuan pemeriksaan.
i - Mematuhi peruntukan Seksyen 78 dan dibaca bersama Seksyen 79 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) berhubung kapasiti penghuni rumah.
j- Memastikan tidak berlaku kacau ganggu ke atas jiran terdekat. Kacau ganggu yang dimaksudkan termasuklah bunyi bising, kotoran dan sampah sarap dan halangan-halangan kepada lalulintas.
Kesemua syarat tersebut menjadi garispanduan kepada pelesenan tadika dan taska di Putrajaya melalui Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan tahun 2006 dan diwartakan oleh Perbadanan Putrajaya dalam Rancangan Struktur (Bagi Kerajaan Tempatan Putrajaya) pada tahun 2009 (Di Bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa).
Dari segi perancangan dan peruntukan perundangan, PBT sebagai agensi penguatkuasa boleh menutup taska dan mengarahkan ianya dipindahkan ke tempat lain jika didapti kawasan yang dipilih kurang sesuai dan menimbulkan kacauganggu kepada jiran /atau gagal mematuhi mana mana syarat dalam Undang-Undang Kecil Pelesenan Premis, Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Perbadanan Putrajaya) 1999.
Bagaimana pula dari segi penguatkuasaan taska dan memastikan semua taska yang beroperasi di Putrajaya mematuhi kesemua syarat di atas? Pemantauan berjadual oleh PBT dulunya sering dilakukan. Tapi tak tahulah sekarang sebab lain padang lain belalang, lain dulu lain sekarang.
p/s Harap selepas ini jangan ada Timbalan Pengarah Perbadanan Putrajaya yang dikambing hitamkan sebab Pengarah berkenaan nak selamatkan diri . Sewajarnya kesemua komplen dan keresahan masyarakat peniaga di Putrajaya dijawab dan tindakan sama rata diberikan. Kejadian malang ini takkan berlaku jika tindakan dan pemantauan/penguatkuasaan dibuat atas dasar sama rata dan bukan pilih kaseh- Begitu juga pemberian lesen! Dengarnya peniaga kecil dari luar Putrajaya diutamakan dalam pemberian lesen penjaja sementara.....
---------------------------------------------------------------------------
"PUTRAJAYA 6 Okt. – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak mempunyai kuasa untuk menyenarai hitam pemilik Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) yang didapati cuai sehingga menyebabkan kematian terhadap kanak-kanak di bawah jagaan taman asuhan tersebut.
Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Meme Zainal Rashid berkata, peruntukan di bawah Seksyen 20A (1) Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 hanya memberi kuasa kepada Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai untuk mengambil tindakan menutup atau menghentikan khidmat pengasuhan kanak-kanak.
Meme berkata, JKM juga tidak mempunyai kuasa untuk menghalang pemilik yang sudah diarah tutup untuk membuka Taska di tempat lain kerana pemberian lesen adalah di bawah kuasa pihak berkuasa tempatan.
"Oleh itu ibu bapa perlu lebih prihatin dan peka dengan memastikan menghantar anak-anak di Taska berdaftar bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, ini memandangkan sejumlah 2,077 Taska di seluruh negara dikesan masih gagal untuk mendaftar tetapi masih mendapat perhatian daripada ibu bapa. – Bernama "
Subscribe to:
Posts (Atom)