Showing posts with label PRU13.. Show all posts
Showing posts with label PRU13.. Show all posts

Saturday, May 4, 2013

Pengundi hantu dari Singapura dan Thailand

Dalam sibuk Pakatan menuduh bangla menjadi hantu, rupanya PKR dan DAP akan imprt ramai PR dari Singapore untuk mengundi kali pertama di Gelang Patah esok.
 
Begitu juga PAS Kelantan dah mulai guna fixed deposit pengundi hantu warga Thailand yang mempunyai dwi kerakyatan bagi mengundi dalam PRU esok. Selain itu pengundi hantu Kelantan mali dari luar Kelantan diberitaka diberi wang RM 500 untuk balik Kelantan dan mengundi..wah banyak duit! Berita ini saya dapat dari jiran saya yang mempunyai staf orang Kelantan!
 
Cuma kali ini Malaysia mendapat bantuan Pemerintah Indonesia dan Thailand. Pemerintah Thailand melalui pegawai tentera tertinggi di sempadan Malaysia -Thai dah beri amaran bahawa tindakan berat akan diambil bagi pengundi dwi kerakyatan Thai yang mengganggu dan menyertai proses pilihanraya Malaysia esok. Dakwat kekal yang digesa Pakatan akhirnay memakan padah bila kesan dakwat akan dijadikan bukti mana mana rakyat Thai yang keluar mengundi esok di Malaysia.
 
Kedutaan Indonesia juga sudah memberi amaran agar rakyatnya tak menyertai mana mana demo dan keganasan yang dijangka diadakan Pakatan esok.
 
Dalam pada itu Lanun Sulu yang menyerang Sabah terhenti langkah kerana baru baru ini mereka diserang oleh Filipina . Sebanyak 35 lanun telah mati ditembak.
 
Syukur alhamdulillah Malaysia mendapat bantuan negara jiran kecuali Singapura.

Tuesday, April 30, 2013

pesanan ustaz Kazim Elias menjelang PRU 13

Wacana isu isu semasa umat Islam yang dianjurkan MUAFAKAT pada Ahad lepas di Kelab Sultan Sulaiman.
 
Bebeberapa isu semasa termasuk kesesatan akidah yang dibawa sebuah party politik, dendam kesumat politik, bagaimana dendam tersebut diindokrinasikan kepada pengikut party politik tersebut sehingga membentuk  ASSOBIYAH, dan gejala yang boleh merosakkan iman, penghakisan  kuasa politik dan ekonomi umat Islam jika gejala ini tak ditangani dihuraikan secara baik dan menarik   oleh Ustaz Kazim Elias.
 
 
 
atau klik ke link ini SINI

Monday, April 22, 2013

Perang saraf di Putrajaya.- Ku Nan vs Husam round 1

Bagi saya penduduk Putrajaya yang pernah terlibat secara langsung mentadbir bandaraya ini selama 7 tahun saya rasa pertembungan kali ini adalah paling sengit.
 
Sengit sebab kali ini Ku Nan (Tengku Adnan Mansor) dapat saingan yang besar juga. Sungguhpun saingan ini. Husam Musa, diimport dari Kelantan dan bermasalah dari segi lambakan projek tak berjalan  di negeri kelahirannya, namun ia tak boleh dipandang enteng.
 
Hampir 3 dekad politik indokrinasi Syiah dilaksanakan di Kelantan, telah melahirkan pengikut politik zombie- saya katakan zombie kerana mereka telah membuang segala aqal dan logik untuk berfikir. Malah sifat assobiyah mereka tersangat kuat . Waima bagi pengikut PAS bukan calon yang mereka pilih tapi jenama party. Malah kalau diletak seekor kambing Janmapari yang tak boleh berfikir tapi bercop PAS pon mereka sanggup undi sebagai wakil rakyat mereka ;p.
 
Namun pada hemat saya Barisan Nasional tetap mempunyai kelebihan kerana mempunyai insight tentang pemikiran dan gaya mengundi Penduduk Putrajaya.
 
PAS melancarkan perang saraf mereka dari Desa Pinggiran Putra yang terletak di dalam Majlis Perbandaran  KAJANG, Selangor. Alangkan anehnya juga bilamana satu satunya jalan shortcut dari Putrajaya ke Desa Pinggiran Putra perlu melalui Presint 20 atau Taman Selatan. Husam yang terkenal dengan projek Batu Asasnya di Kelantan kali ini terkedu kerana Taman Selatan juga adalah kawasan perkuburan. Seolah petunjuk memberitahu bahawa Batu Asas politik yang bakal diletakkan di Putrajaya ialah Batu Nisan!
Photo
Siapa Husam?
 
Mari kita lihat perang saraf yang dilakukan oleh kedua dua belah pihak.
 
Cara PAS meletakkan perang saraf ialah dengan menebarkan makalah di atas kereta di satu satunya  Pasar Awam di  Presint 8. Mungkin  pengarah strategik PAS yang berada di luar Putrajaya juga mensasarkan orang luar ! 
 
Pendedahan dari sumber dalaman PAS!
 
 
UMNO Putrajaya pula menebarkan bendera Barisan Nasional di semua projek Perumahan Awam dan ada satu lagi kejutan. .....Siapa Husam Musa yang sebenarnya dari sumber dalaman PAS!
 
Persoalan kini timbul apakah Husam Musa diletakkan di Putrajaya kerana dia adalah LIABILITI kepada PAS Kelantan kerana perbuatan silamnya yang angkuh terhadap KDYMM Sultan Kelantan dan juga kerana dia penghulu Anwarinas dalam PAS!

 Umum mengetahui Husamlah batu penghalang perpaduan umat Islam yang diterajui Hadi Awang dan Ustaz Nasya. Apakah kali ini penduduk Putrajaya akan dapat korban kambing janmapari?
 
Nak baca lagi pendedahan panas ini kena jadi PENDUDUK PUTRAJAYA bukan sekadar duduk di Pinggiran Putrajaya.....
 
P/S hanya penduduk yang beralamat di Putrajaya dan berdaftar dengan SPR boleh mengundi.....kita saksikan episod ni seterusnya
 
 

kekuatan muslimah pada keimanan, kesepakatan dan kesopanan

Ada yang mengeluh kerana krisis yang melanda Wanita UMNO tatkala PRU13.
 
Katanya:
 
Tan Sri Aishah Ghani telah pergi
 
Datin Paduka Rafidah Aziz tidak bertanding dan berada diluar gelanggang
 
Datuk Sharizat tidak mahu bertanding dan melepaskan segala jawatan
 
Kamilia pula sudah jadi calon Bebas.
 
Maka Wanita Muslimah UMNO terasa hilang pegangan kerana kehilangan ketua
 
Sebenarnya faktor yang dilupai ialah kekuatan  wanita muslimah UMNO terletak kepada diri sendiri. Percayalah perjuanganmu untuk mempertahankan ugama Islam dan negara adalah perjuangan yang mulia. Percayalah bahawa Allah akan sentiasa memudahkan setiap perjuangan yang IKHLAS dan berlaku AMANAH bila diberikan AMANAH.
 
Kejayaan wanita muslimah UMNO dari dulu ialah berkempen dari rumah ke rumah. Setiap orang akan membawa 6 orang pengikut. Kaedah  ala Multi Level Marketing  ini telah lama dilaksanakan sejak negara mencapai kemerdekaan.
 
Maka teruskan perjuanganmu wahai wanita muslimah UMNO. Jagalah tata susila mu tatkala keluar rumah. Taatlah pada suamimu dan elak fitnah.  Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW berdakwah dengan berhemah dan bersopan santun. Mubaligh Arab yang berdakwah dan mengIslamkan pendudk Nusantara juga dari golongan mereka yang berhemah. Maka wanita muslimah UMNO juga boleh berdakwah, berhemah  sambil berkempen.
 
KEKALKAN TATASUSILA KITA SEBAGAI MUSLIMAH PILIHAN ALLAH. Title Muslimah bukan hakmilik ekslusif PAS -tapi title muslimah adalah hakmilik wanita Islam yang beriman dan menjaga tatasusila dan adab adab kesopanan Islam dan budaya timur.
 
 Semoga Allah memudahkan tugasmu. Aaamiin.