Showing posts with label Hudud. Show all posts
Showing posts with label Hudud. Show all posts

Thursday, March 26, 2015

Penyimpan Besar Mohor Raja Raja buat Laporan Polis

Akibat fitnah Malaysian Insider terhadap Majlis Raja Raja berkenaan isu Hudud, Penyimpan Mohor Besar Raja Raja , Datuk Syed Danial Syed Ahmad telah membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Travers pagi Khamis 26 Mac 2015


"Mesyuarat Majlis Raja-Raja tidak membincangkan perkara yang dihebohkan itu dalam mesyuaratnya.
"Pejabat itu juga tidak mengeluarkan siaran akhbar bertarikh 25 Mac yang menyentuh perkara itu," katanya.

Kenyataan Media dari Penyimpan Besar Mohor Raja Raja telah menunjukkan kemurkaan yang amat sangat Majlis Raja Raja terhadap fitnah yang dibuat Malaysia Insider

KENYATAAN YANG DIKELUARKAN OLEH PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA BERKENAAN DENGAN LAPORAN PORTAL MALAYSIAN INSIDER BAHAWA MAJLIS RAJA-RAJA MENOLAK PINDAAN PERLEMBAGAAN BAGI PELAKSANAAN ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (II) KELANTAAN 1993 (Pindaan 2015)

Adalah dengan ini dimaklumkan rasa dukacita dan kemurkaan yang amat sangat pihak Majlis Raja-raja Melayu berhubung penyiaran satu artikel di sebuah portal yang mencemar ketinggian darjat dan martabat ke Bawah Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja-raja Melayu.

2. Artikel yang membawa maksud Majlis Raja-raja menolak pindaan Perlembagaan mengenai pelaksanaan hudud itu merupakan suatu provokasi fitnah yang sangat jahat sekali ke atas institusi Kesultanan Melayu.

3. Majlis Raja-raja Melayu menafikan sekeras-kerasnya artikel berkenaan dan tidak pernah membincangkan mengenai pindaan Perlembagaan berkenaan pelaksanaan hudud sebagaimana yang ditulis.

4. Berikut merupakan intipati mesyuarat ke 237 pada 11-12 Mac 2015.

(i) Sembah taklimat terkini pertahanan Negara oleh YM. Jen. Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor (Panglima Tentera Darat) dan mengenai keselamatan oleh YDH. Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar (Ketua Polis Negara).

(ii) Perkara-perkara mengenai Agama Islam.

(iii) Pelantikan Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya.

(iv) Pelantikan semula seorang Ahli Dilantik Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

(v) Pelantikan ahli Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran.

Sebarang usaha yang cuba mengheret dan mencemar nama baik Majlis Raja-raja merupakan suatu usaha terancang menghakis kedaulatan Sistem Demokrasi dan Raja Berperlembagaan.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia,
Majlis Raja-Raja, 
KUALA LUMPUR

25 Mac 2015

Sunday, March 11, 2012

Hudud dan cintakan kebangsaan serta negara-kupasan Syeikh Ahmad Al Fathani dan ulama Nusantara

Manakala kita lemah dari mendirikan sesuatu dari hukum syarak seperti rejam sani muhsan (Hukum Hudud) dan takut fitnah ke atas muslimin yang kita tiada daya menolaknya nescaya gugur dari kita daripada wajib mendirikan dia pada ketika itu. Dan wajib bagi sekelian muslimin bersungguh sungguh mencarikan jalan dari tadbir dan siasah; belajar dan memperlajarkan akan anak anak kita akan segala wasilah bagi mendirikan hukum syarak dari ilmu siasat dan ilmu syarak hingga dapat mendirikan iaitu barang yang zahir

-Pesanan Syeikh Ahmad Al Fathani dalam kitab Al Fatwa Al Fathaniaah

Hadis menghalalkan cinta kepada Bangsa
Rujukan
Ketuanan-Melayu-Mengikut-Ulama-Nusantara

Sunday, October 23, 2011

Kelemahan hudud interpretasi PAS didedahkan Zulkifli Nordin di Parlimen

Saya menerima e mail dari seorang pembaca bertanyakan apa kelemahan hukuman hudud interpretasi PAS.

Saya jawab berdasarkan kajian YB Zulkifli Nordin Enakmen Syariah Negeri Terengganu yang manyertakan pindaan hudud dalam Enakmen tersebut semasa pemerintahan PAS .


Transkrip hujah YB di sini
KUALA LUMPUR, 20 Okt -- Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin bukan sahaja tidak menjangka ucapannya di Parlimen hari ini akan menimbulkan isu besar, malah bersimpati dengan sahabat-sahabatnya di barisan kerusi pembangkang apabila menjadi 'histeria' dan boleh menyebabkan 'kawan-kawan di Zoo Negara' terkejut dengan tindak balas mereka semasa ucapannya petang tadi.


Persidangan Dewan Rakyat hari ini menjadi hangat apabila Datuk Zulkifli Nordin mendakwa undang-undang Hudud yang diluluskan kerajaan Pas semasa memerintah Terengganu, membenarkan suami meliwat isteri.

Ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011, Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) berkata jika mengikut Seksyen 14, Enakmen Jenayah Syariah, Qisas dan Takzir yang digazetkan pada 2004, adalah tidak menjadi kesalahan bagi seorang suami berbuat demikian.

"Mereka (Pas) sering kali sebut yang kami nak laksanakan Enekmen Hudud, Qisas dan Takzir Kelantan 1993, Enekmen Hudud, Qisas dan Takzir 2002 (Terengganu). Jadi kita kena tunjukkan kepada rakyat, adakah ini Hudud yang dimaksudkan oleh Islam.

"Kebetulan, saya ada kedua-duanya, satu drafnya dan satu lagi yang telah diluluskan, yang ditandatangani oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu sendiri.

"Yang jelas di sini ialah Enekmen Hudud, Qisas dan Takzir 2002 (Terengganu) yang diluluskan oleh DUN Terengganu ketika Pas memerintah Terengganu," ujarnya dalam sidang media di Lobi Parlimen di sini, hari ini.

Antara contoh yang didedahkan Zulkifli bagi membuktikan ini bukan Hudud Islam sebaliknya ianya hudud Pas ialah di dalam seksyen 14, dia sebut jelas bagi tafsiran liwat, liwat adalah satu kesalahan merupakan persetubuhan antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain, ataupun antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang lain yang dilakukan di luar tabii (yang dilakukan melalui dubur).

"Liwat di dalam enekmen Hudud Pas ini, bermakna lelaki dengan lelaki main ikut belakang, lelaki dengan perempuan ikut belakang. Itu dianggap liwat kecuali melalui dubur isterinya.

"Bermakna kalau dia main dubur isterinya, tak dianggap liwat. Jadi saya kata, ini Islam ke? Takkan liwat isteri, tak dianggap hudud kerana prinsip liwat ialah main ikut belakang. Ini perkara yang mereka simpan cukup lama, mereka takut ianya akan dibongkar," tambahnya.

Dalam masa yang sama, apa yang hendak dibangkit dan didedahkan beliau hari ini ialah soal agama ini tidak boleh dipermainkan apatah lagi dijadikan bahan politik murahan hanya untuk meraih undi. Ini yang berlaku hari ini.

"Antara yang saya sebut, dahulu nakkan Negara Islam, hari ini Negara Islam dah tak jumpa dalam Al-Quran. Saya baca ucapan Presiden Pas sendiri, dahulu dan sekarang nak menunjukkan ada perubahan.

"Jika kita nak bercakap soal hudud, qisas dan takzir mesti dilaksanakan dalam konteks Negara, kena ada Negara baru boleh melaksanakan undang-undangnya.

"Jadi bagaimana Pas nak menjadi juara tentang hudud sedangkan dalam masa yang sama, mereka telah meninggalkan perjuangan Negara Islam. Keduanya, bagaimana Pas nak jadi juara dalam hudud, qisas dan takzir sedangkan dia berketuakan seorang yang berfahaman pluralisma.

"Pluralism telah disahkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan kalau baca pendapat mana-mana ulama pun, semua berpendapat ianya satu fahaman yang sesat," ujarnya yang juga bekas Peguam Bela Anwar Ibrahim.

Dalam konteks tersebut, bagaimana Pas nak menjadi juara Hudud? Inilah yang digambarkan sebagai mainan politik semata-mata termasuk hudud yang Pas nak laksanakan.

Katanya, pendedahan itu menunjukkan bahawa apa yang disebut oleh Pas sebagai hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti itu bukanlah hukum Allah sebaliknya ia adalah hukum yang direka oleh parti itu sendiri.

"Bila saya check (periksa) balik, rupanya betul memang Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) dulu tolak kerana ini bukan hudud Islam tetapi ini hudud Pas. Ada percanggahan jelas, isteri diboleh diliwat dan lain-lain lagi," katanya.

Menurut Zulkifli keputusan Dr Mahathir menolak pelaksanaan hudud telah diputar-belit oleh pihak tertentu pada ketika itu. -MediaUMNO

Thursday, October 13, 2011

MASJID AL FALAH-KESESATAN WAHHABI DAN HIZBUT TAHRIR-

Pasca PRU12  dunia umat Islam di Malaysia digamatkan dengan fatwa Wahhabi di beberapa negeri. Fatwa berbaur wahhabi ini dikeluarkan oleh beberapa pemimpin politik yang bersembunyi di bawah selimut imuniti politik.


Kronologi isu yang dimainkan oleh Wahhabi ialah seperti berikut :
1) arahan perlahankan azan di masjid (Selangor),
2) kafir boleh guna kalimah Allah (Kelantan dan seluruh Malaysia),
3) kafir dibenar masuk ruang utama masjid dan boleh beri syarah (Selangor) ,
4) bacaan quran sebelum azan subuh dilarang atau disuruh perlahankan (Pulau Pinang),
5) Pelaksanaan Hukum Hudud oleh Wahhabi (Kelantan) .
Berkenaan pelaksanaan hudud oleh Wahhabi maka disertakan syarah di masjid Saidina Umar Bandar Tun Razak pada 27 Sept oleh Ustaz Abu Abdullah Haris Al-Asyary di mana beliau berkata bahawa hukum hudud yang nak dilaksanakan oleh mereka yang mujassimah /iaitu golongan Wahhabi tak sah. Pesannya lagi semoga umat Islam bersatu dan berdoa  agar kita buat undang-undang islam dengan ilmu yg benar bukan dgn ilmu sesat wahabi

Jelas umat Islam di Malaysia di serang dengan pelbagai isu yang tujuannya ialah untuk melemahkan kesatuan kita dan akhirnay satu satunya kuasa yang kita maseh ada iaitu kuasa politik diambil dari tangan kita.

Seeloknya kita dengar syarah KESESATAN WAHHABI dari Mufti Darul Fatwa Australia DR. AL-'ALLAAMAH ASY-SYEIKH SALIM 'ALWAN AL-HUSAINIY


Majlis Ilmu Bersama Ulama' Berketurunan Rasulullahi Muhammad Merangkap Mufti Darul Fatwa Australia DR. AL-'ALLAAMAH ASY-SYEIKH SALIM 'ALWAN AL-HUSAINIY (Pengerusi Darul Fatwa Australia)

Tajuk : KESATUAN UMMAH DALAM AQIDAH (Penjelasan WAHHABI dan HIZBU TAHRIR)  & ISU-ISU ISLAM SEMASA

Tempat: MASJID AL-FALAH USJ 9 Pusat Bandar USJ 9, Persiaran Kewajipan, 47630 Subang Jaya, Selangor, Malaysia.

Tarikh : 13 OKTOBER 2011 (KHAMIS MALAM JUMAAT)

Masa : 7:30 MALAM (Selepas Solat Maghrib)

Maklumat selanjutnya: http://al-hanief.blogspot.com/2011/10/lambaian-taman-syurga-buat-anda.html


.

Monday, September 26, 2011

Tegakkan Daulah Islamiyah dulu sebelum laksanakan HUDUD- Syeikh Nuruddin Al Banjari Al Makki

Semalam Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki ditanya lagi berkenaan HUDUD di Masjid Al Adzim Pandan Indah Selangor walaupon tajuk asal ceramah adalah Menangani Krisis Ketandusan Ulama



Artikel ini pernah disiarkan di blog ini pada 16 September 2011

"Tuan Guru Sheikh Nuruddin al-Banjari al-Makki juga ada menjawab satu soalan yang dikemukakan oleh hadirin iaitu,



"Bagaimana kita mahu mewujudkan daulah Islamiyyah? bagaimana kita mahu mewujudkan hukum-hukum Islam di dalam pemerintahan"


Jawab Tuan Guru Sheikh Nuruddin di Masjid As Salam Bukit Sentosa yang lalu,


"Ingat balik pesanan al-Imam Hasan al-Banna, "bina Islam pada hati kamu, pada jiwa kamu, pada jasad kamu, maka Islam akan menerangi di sekitarnya"..

Apabila seseorang itu memahami Islam, kemudian dia menikah, maka keluarganya pula memahami Islam..kemudian dia bermasyarakat, maka masyarakatnya faham Islam..


Setelah faham Islam, maka soal aurat sudah terjaga, maksiat sudah tiada, segala kemungkaran tiada, maka ketika itu tidak ada hukum hudud pun tidak mengapa kerana masyarakat hidup benar-benar menghambakan diri kepada Allah..


Tuan Guru Sheikh Nuruddin menambah lagi, "ketika di zaman pemerintah Sayyidina Umar al-Khattab, ketika mana beliau menjadi hakim, ketika itu tidak ada sebarang kes yang berlaku, maka beliau meletakkan jawatan, hal ini menujukkan pembinaan Islam pada setiap tubuh manusia itu adalah lebih didahulukan dari segalanya"


Maka, fahamilah kepada kita semua, negara Islam tidak akan tertubuh melainkan ia bermula dari setiap tubuh muslim itu..


Maka, usahlah bertelagah tentang hal-hal yang membawa kepada kehancuran umat Islam, binalah tubuh kita dengan Islam, kemudian masyarakat kita..wallahua'lam..

Catatan dan sumber


Muhammad Tajuddin Al -Jawiy: https://www.facebook.com/Abdullah.mukmin...
.....................................
Catatan penulis = Hukum Islam itu dinamakan Hudud- dan ia terbahagi pula kepada 3 bahagian iaitu Hudud, Qisas (hukuman setimpal dgn kesalahan seperti bunuh) dan Qiyas (Denda)
Berkenaan Qisas dan Qiyas -ianya sudahpon di laksanakan di Malaysia

Monday, April 12, 2010

KUPASAN HUKUM HUDUD DI KELANTAN


Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Ini berikutan dengan janji Parti Islam SeMalaysia untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihanraya 1990.

Namun begitu, sehingga sekarang Undang-undang ini belum dikuatkuasakan oleh Negeri Kelantan. Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat, telah memberi berbagai-bagai alasan untuk perkara. Antara alasan yang paling besar yang diberikan adalah pihak kerajaan Pusat (UMNO) tidak membenarkannya. Namun Nik Aziz tetap berjanji akan melaksanakan Hukum Hudud tersebut, setelah dikritik oleh Sultan Kelantan pada 19 Mei 1996.


Dari pandangan biasa, memanglah mudah untuk kita menuding jari kepada kerajaan Pusat dan menuduh ianya tidak islamik dan sebagainya. Tapi bila kita kaji semula, kerajaan Pusat di bawah pimpinan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad tentulah mempunyai sebab yang kuat untuk menghalang perlaksanaan hukum tersebut.

Berikut adalah petikan ucapan Dr. Mahathir di Nilam Puri, 1994

Ini tidak bermakna kita menolak hukum hudud. Kita hanya menolak tafsiran dan undang-undang PAS Kelantan yang tidak serasi dengan maqasid syariah. Penolakan sesuatu yang salah adalah wajib jika kita berpegang kepada ajaran Islam.

UMNO tidak melihat undang-undang ini sebagai UMNO, sebagai sebuah Parti Politik. UMNO mengasingkan parti dan politik dalam perkara ini. UMNO hanya mengkaji daripada sudut agama semata-mata. Siapa juga mesti kaji, terima atau tolak undang-undang PAS daripada sudut agama. Adalah salah melihat undang-undang Islam daripada sudut atau kepentingan Parti. UMNO tidak berbuat demikian.

Yang menolak dan patut menolak undang-undang PAS ialah orang Islam dalam UMNO. Pendirian UMNO sehingga kini ialah kerana orang Islam dalam UMNO belum mendapat bukti kajian yang tepat dilakukan berlandaskan ilmu feqah dan maqasid syariah. la bukanlah satu keputusan yang dibuat oleh UMNO secara sewenang-wenang.

Saya bercakap di sini sebagai seorang orang Islam yang dipertanggungjawab sebagai Presiden UMNO. Saya juga dipertanggung jawatan Perdana Menteri Kerajaan Malaysia. Soal undang-undang PAS bukan soal Dewan Rakyat semata-mata, walaupun Dewan Rakyat mempunyai peranan mengikut Perlembagaan Negara.

Kerajaan perlu mengkaji secara teliti undang-undang PAS Kelantan. Satu badan yang terdiri daripada orang Islam yang pakar dalam agama, hukum hakam dan jenayah perlu ditubuh. Mereka ini hendaklah terdiri daripada orang yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan yang lain selain pegangan kepada agama Islam. Namun mereka perlu kepakaran bukan sahaja dalam agama Islam tetapi juga dalam agama-agama lain dan dalam bidang jenayah dan undang-undang sivil dan jenayah. Seperti biasa mereka perlu mengambilkira keadaan semasa yang mempengaruhi amalan dan pelaksanaan ajaran, ibadat dan hukum dalam Islam.


Kerajaan Malaysia, sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab terhadap agama dan umat Islam di Malaysia akan mengambil tindakan untuk menubuhkan badan ini. Sementara itu undang-undang PAS tidak boleh diterima atau dilaksanakan oleh sesiapa kerana ia masih bukan undang-undang Islam dan bukan undang-undang negara.

Bila dirujuk di kalangan cerdik pandai agama, sebenarnya memang terdapat beberapa kekurangan yang serius dalam Undang-undang Hukum Hudud tersebut. Di bawah ini penulis akan cuba memberikan sedikit kupasan berkenaan kekurangan-kekurangan tersebut, terutama sekali dalam bab zina.


PETIKAN UNDANG-UNDANG HUKUM HUDUD KELANTAN

Berikut ini di nukilkan sebahagian dari Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud):

BAHAGIAN III

Keterangan

39. Bagaimana membukti kesalahan. En. 2/91.

(1) Kecuali jika ada percanggahan dengan peruntukan yang ada dalam Enakmen ini, maka Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 1991 hendaklah dipakai untuk membuktikan kesalahan-kesalahan di baawah Enakmen ini.

(2) Semua kesalahan di bawah Enakmen ini samada kesalahan hudud atau kesalahan qisos, atau kesalahan ta'zir, hendaklah dibuktikan dengan keterangan lisan atau iqrar yang dibuat oleh tertuduh.

40. Bilangan saksi


(1) Bilangan saksi-saksi yang dikehendaki untuk membuktikan semua kesalahan di bawah Enakmen ini melainkan zina, hendaklah sekurang-kurangnya dua orang.

(2) Bilangan saksi-saksi yang dikehendaki untuk membuktikan kesalahan zina hendaklah tidak kurang daripada empat orang.


41. Syarat-syarat menjadi saksi


(1) Tiap-tiap orang saksi hendaklah terdiri daripada seorang lelaki Islam yang akil baligh dan hendaklah seorang yang adil.

(2) Seseorang itu adalah dianggap adil jika ia menunaikan apa-apa yang disuruh oleh Islam dan menjauhi daripada dosa-dosa besar serta tidak mengekalkan dosa-dosa kecil dan juga mempunyai isti'mal al-muru'ah, (perasaan dan pendirian menghormati diri).

(3) Seseorang itu adalah dianggap adil, sehingga sebaliknya dibuktikan.

42. Keadaan keterangan

(1) Untuk membuktikan tuduhan terhadap tertuduh dan menyebabkan dia boleh dihukum dengan hukuman hudud atau qisos, keterangan yang diberi hendaklah benar-benar terang dan tidak ada apa-apa kesamaran dan keraguan.

(2) Tiap-tiap saksi hendaklah dengan terang menyatakan bahawa dia benar-benar melihat perbuatan yang didakwakan itu dan dalam kes zina pula keempat-empat orang saksi itu hendaklah menyatakan bahawa mereka benar-benar melihat kemasukan zakar ke dalam faraj perempuan pasangan yang bersetubuh itu dengan juga hendaklah jangan ada perselisihan dan pertelingkahan di antara saksi-saksi di dalam keterangan itu.

43. Menarik balik keterangan


(1) Untuk menyebabkan hukuman hudud dikenakan kepada tertuduh setiap saksi itu hendaklah berdiri teguh di atas keterangan terhadap tertuduh itu, bukan sahaja dalam masa perbicaraan dan selepasnya, tetapi juga ketika hukuman itu dilaksanakan, kerana jika keterangan itu ditarik balik sebelum hukuman itu dilaksanakan, maka tertuduh itu tidak lagi boleh dikenakan hukuman hudud, dan jika keterangan itu ditarik balik ketika tertuduh sedang menjalani hukuman, maka hukuman itu hendaklah dengan serta merta diberhentikan.

(2) Dalam kes zina jika seseorang saksi itu enggan memberi keterangan, atau memberi keterangan yang berlawanan dengan tuduhan, atau memberi keterangan menyokong tuduhan itu tetapi kemudiannya menarik balik keterangan itu, yang mana dengan sebab itu bilangan saksi yang menyokong tuduhan itu menjadi kurang daripada empat orang, maka tuduhan zina terhadap tertuduh itu tidaklah terbukti, dan yang demikian tertuduh itu adalah terlepas daripada dikenakan hukuman hudud; tetapi saksi-saksi yang telah memberi keterangan menyokong tuduhan itu adalah bersalah kerana melakukan kesalahan qazaf.

44. Iqrar

(1) Sebaik-baik keterangan untuk menyabitkan tertuduh dan menyebabkan dia boleh dihukum dengan hukuman hudud ialah iqrarnya sendiri.

(2) Iqrar itu hendaklah dibuat dengan sukarela dan tanpa apa-apa paksaan di hadapan seorang pegawai kehakiman dan kemudiannya diulangi di hadapan hakim pada masa perbicaraan dijalankan; dan jika perbicaraan itu mengenai kes zina maka iqrar itu hendaklah diulangi sebanyak empat kali di hadapan hakim pada masa perbicaraan dijalankan:


Dengan syarat bahawa iqrar itu hendaklah dibuat dan diulangi dengan tidak ada apa-apa ugutan, janji atau dorongan; dan hendaklah dengan nyatanya membuktikan secara terperinci bahawa tertuduh itu benar-benar telah melakukan kesalahan yang dengannya dia telah dituduh, dan dia faham bahawa dia akan dihukum kerana membuat iqrar.

(3) Iqrar itu hanyalah boleh diterima sebagai keterangan terhadap tertuduh yang membuat iqrar itu sahaja, dan tidak boleh digunakan terhadap orang lain; dan untuk menjadikannya sah maka iqrar itu hendaklah bukan satu iqrar yang ditarik balik.


45. Menarik balik iqrar

(1) Sesuatu iqrar itu boleh ditarik balik oleh tertuduh yang membuatnya pada bila-bila masa sahaja; meskipun pada ketika dia sedang menjalani hukuman.

(2) Jika sesuatu iqrar itu ditarik balik sebelum dilaksanakan hukuman ke atasnya maka tertuduh itu tidaklah lagi boleh dikenakan hukuman itu, dan jika dia menarik balik iqrar itu pada ketika dia sedang menjalani hukuman, maka hukuman itu hendaklah dengan serta merta diberhentikan.

(3) Jika pada bila-bila masa sebelum atau pada ketika hukuman dilaksanakan, tertuduh itu dapat melarikan diri daripada pihak yang berkuasa, maka dia hendaklah dianggap sebagai telah menarik balik iqrar itu; dan yang demikian peruntukan subsekseyn (2) hendaklah terpakai.

46. Keterangan qarinah

(1) Kecuali seperti yang diperuntukkan dalam subseksyen (2) dan (3) keterangan qarinah walaupun berkaitan hendaklah tidak boleh dijadikan satu cara yang sah untuk membuktikan kesalahan hudud.

(2) Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang boleh mendapatinya bersalah melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke atasnya hendaklah dikenakan melainkan jika dapat membuktikan sebaliknya.

(3) Dalam perkara minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, bau minuman yang didapati dalam nafas tertuduh itu atau muntahnya yang mengeluarkan arak atau sebarang minuman yang memabukkan atau apa-apa kesan darinya, atau pemerhatian Mahkamah kepada keadaan tertuduh itu bahawa dia sedang berada di dalam keadaan mabuk, hendaklah boleh diterima sebagai keterangan untuk membuktikan bahawa dia telah melakukan kesalahan syurb, melainkan jika ia dapat membuktikan sebaliknya.

47. Apabila seseorang tertuduh itu tidak boleh dihukum dengan hukuman hudud kerana saksi-saksi telah menarik balik keterangan mereka sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 43 atau kerana tertuduh itu telah menarik balik iqrarnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 45 atau kerana keterangan saksi yang ada tidak memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki untuk membuktikan kesalahan hudud, maka tertuduh bolehlah dihukum dengan hukuman ta'zir, dan mahkamah hendaklah mengambil tindakan untuk menjatuhkan hukuman itu sekiranya ada keterangan yang cukup bagi maksud itu.

(Pelaksanaan Hukum Hudud Di Kelantan, halaman 120-125)

KUPASAN SEKSYEN 41 DAN 42

Seksyen 41 dan 42 menerangkan mengenai syarat-syarat menjadi saksi dan keadaan keterangan yang boleh dikira sebagai sah dari saksi-saksi. Di sini, Dr. Mahathir menerangkan lagi:

Untuk mengesahkan bahawa wanita itu benar-benar telah dirogol dan bukan ianya dengan rela hati berzina, empat orang saksi yang terdiri daripada orang yang tidak berdosa besar dan tidak melakukan dosa-dosa kecil berulangkali diperlukan.

Saksi seperti ini sudah tentu sukar didapati. Yang pertamanya, perogol tidak merogol di hadapan saksi. Ia sudah tentu tidak ingin mendedahkan dirinya kepada hukuman yang berat yang akan dikenakan ke atasnya. Jika hukuman tidak berat sekalipun ia tidak akan mendedahkan dirinya.


Saksi yang mulia tidak akan berdiam diri melihat perbuatan merogol berlaku di hadapan mereka. Tentulah mereka tidak bertanggungjawab jika mereka melihat jenayah yang begitu dasyat berlaku di hadapan mereka tanpa memberi pertolongan. Jika mereka tidak cuba menolong maka mereka akan menjadi orang yang bersubahat dengan perogol. Ini bermakna mereka turut berdosa dan tidak layak lagi untuk menjadi saksi yang boleh diterima.


Hanya jika mereka dipaksa menyaksi dan diugut oleh perogol atau rakan-rakannya mungkin saksi terpaksa menyaksi tanpa membuat apa-apa. Keadaan ini tidak mungkin berlaku melainkan dalam peperangan umpamanya, di waktu mana rogol berlaku tanpa apa-apa sekatan seperti di Bosnia, di mana orang Serb yang bukan Islam sering merogol. Tetapi mereka bukan Islam dan mengikut undang-undang PAS mereka tidak akan dikenakan hukum hudud.

Yang jelas ialah mangsa rogol yang membuat pengaduan tidak mungkin mendapat saksi-saksi yang boleh diterima di bawah undang-undang PAS. Dengan itu perogol tidak boleh didakwa di bawah undang-undang PAS.

Undang-undang PAS juga tidak akan menerima 'circumstantial evidence' iaitu tanda-tanda pada mangsa yang membuktikan ia telah dirogol. Undang-undang PAS tidak menerima kesan atau cedera luka di tempat-tempat berkenaan atau tanda-tanda pada perogol yang menunjuk mangsanya telah melawan untuk mempertahankan kehormatannya.

Dengan tidak adanya saksi yang empat yang diterima sah oleh undang-undang PAS dan penolakan 'circumstantial evidence' maka pengaduan dan tuduhan oleh mangsa rogol akan ditolak. Perogol akan terlepas daripada apa-apa hukuman.

Dari pemahaman di atas, apabila Undang-undang ini dilaksanakan, ia akan menindas golongan-golongan tertentu, seperti mangsa rogol. Ini kerana undang-undang ini dengan jelas menetapkan syarat-syarat yang ketat dan amat sedikit untuk mengesahkan perbuatan zina. Tidak ada alternatif, contohnya penerimaan ‘circumstantial evidence’ seperti yang disebutkan di atas. Mangsa rogol yang sudah tentunya tidak akan dapat membuktikan perbuatan rogol tersebut (berdasarkan keperluan 4 saksi) akan boleh didakwa kerana berzina. Adilkah begitu?

KUPASAN SEKSYEN 46(2)

Seksyen 46(2), mengenai keterangan qarinah, berbunyi seperti berikut: “Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang boleh mendapatinya bersalah melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke atasnya hendaklah dikenakan melainkan jika dapat membuktikan sebaliknya.”

Sekali lagi isu mangsa rogol timbul. Jika mangsa tersebut belum berkahwin, hamil ataupun telah melahirkan anak, jika beliau tidak dapat membuktikan beliau telah dirogol, maka beliau akan dikenakan hukuman hudud, iaitu dalam kes ini, rejam sehingga mati / sebatan 100 kali rotan.

Fikirkanlah, di manakah keadilan di dalam undang-undang Hudud ciptaan PAS ini? Mangsa rogol (wanita) akan teraniaya. Sedangkan Ajaran Islam tidak sekali-kainya begitu. Allah s.w.t. berfirman, maksudnya " Allah yang menurunkan Kitab suci dengan membawa kebenaran, dan menurunkan keterangan yang menjadi neraca keadilan "(Asy-syura:17)

Satu perkara yang patut ditekankan disini adalah Undang-undang Hudud di atas adalah ciptaan PAS, yang telah diambil bulat-bulat dari sebuah kitab kurun ke13 (maaf tidak dapat dinyatakan nama kitab itu disini) tanpa mengambil kira arus perubahan zaman dan teknologi.


Kerajaan Pusat, (UMNO) sama sekali tidak pernah menolak Hukum Hudud, tetapi hanya menolak Hukum Hudud ciptaan PAS. Terdapat perbezaan yang besar dalam kenyataan di atas. Apa yang diperlukan ialah pemikiran yang rasional dari para pembaca untuk menimbangkan kupasan-kupasan di atas.