Hebuh kes pemuda Malaysia yang terkandas sebulan setelah mendapat tiket untuk satu assignment di sebuah negara Anerika Latin. Mungkin telah tiba masanya penulis menulis tentang travel risk yang perlu difahami oleh setiap traveler dalam bahasa mudah.
1- Travel risk paling tinggi bila nak travel pergi dalam group yg kita tak kenali. Kita tak tahu siapa mereka, apa perception (asas pengetahuan dan pengalaman ke atas aspek keselamatan diri dan kumpulan/pendekatan ugama dan bagaimana mereka menunaikan solat semasa musafir/cara mereka menghadapi krisis semasa travel) dan mental stability mereka
2- Travel risk kedua barulah jatuh pada tempat yang kita nak pergi . Contohnya jika kita ke high risk countries iaitu negara yg dikancah perang, natural disaster, menjadi sasaran pengganas atau menjadi hub pengedaran dadah . Jika pon negara tersebut aman, kita mungkin terdedah kepada bahaya makanan yang dicermari contohnya agent orrange yang menyebabkan kanser di Vietnam, penyakit berjangkit MERS dari Timur Tengah atau Human Immunodeficiency Virus (HIV) atau Sexually Transmitted Disease (STD) bagi mereka yang mengamalkan cara hidup songsang dan bebas di Thailand , Kampuchea, Vietnam dan Batam Indonesia.
3- Travel risk ketiga ialah mode of transport.Mode of transport terbahagi dua iaitu mode of transport semasa ke tempat tersebut (kapal terbang,kapal, keretapi) dan mode of transport semasa di tempat tersebut. Kini jarang berlaku kes hijack atau kes kapal terbang di tembak missile kecuali localised dan isolated case seperti tragedi MH370 dan MH170 . Traveler patut sedar banyak berlaku kes pick pocket/kecurian/jenayah /kidnap/ rape di kalangan pengguna train metro di hampir semua bandar bandar perlancongan dari Barcelona, Paris, Rome, Athens. Target sindikit pick pocket atau penjenayah ini ialah orang Asia kerana kita traveler dari Malaysia di kategorikan sebagai orang Cina PRC yang tidak mambawa credit card tapi banyak bawa wang tunai
4- Travel risk yg keempat ialah political stability /country sovereignty yang terkait dengan matawang. Mungkin ramai yang belum sedar semasa BREXIT (Britain keluar dari European Union) pelancong Britain tidak dibenarkan menggunakan card credit oleh sesetengah hotel di negara luar Britain . Begitu juga ada pelancong warga Britain kelahiran Iran yang terkadas bertahun tahun di airport CDG Paris kerana tidak diakui rakyat Britain namun dia bukan rakyat Iran! (Kes Mehran Karimi Nasseri)
Kenapa saya letakkan individu dalam kumpulan travel sebagai travel risk tertinggi? Kerana collective decision making dalam kumpulan bergantung kepada ahli kumpulan. Sebab itu jika nak travel sebaiknya kita ambil kumpulan yang mempunyai ahli yang sekufu dengan kita dari segi pendidikan, social upbringing/social status, pengamalan dan pendedaham tentang keselamatan HSE (Health Safety Environment)
Selain dari itu attitude memainkan peranan penting. Jika dia tidak mempunyai pendidikan tinggi atau tiada pendedahan tentang aspek keselamatan, namun terbuka kepada suggestion yang melibatkan keselamatan maka travel risk boleh dikurangkan. Bagaimana jika individu tersebut anti extablishment, sering bergaduh dan maseh mahu melakukan aktiviti berisiko ttinggi atau pergi ke tempat berisiko tinggi semasa bombing threat seperti di Turkey atau possible attack ke atas aset negara seperti di Sudan , lebih baik cari kumpulan lain atau batalkan sahaja perjalanan tersebut. Lebih baik hilang wang deposit dari hilang nyawa gara gara destructive behaviour individu yang boleh mempengaruhi keselamatan ahli kumpulan yang lain!
Penulis pernah terjebak dalam kumpulan travel backpacker kecil (sebanyak 3 orang) tapi ahli kumpulannya ignorant serta berdegil maseh mahu membeli belah di tempat berisiko tinggi seperti Galata Square semasa kejadian serangan bomb pada 19 Mac 2016.
Bagaimana anda bertindak jika menghadapi risiko tersebut?
Langkah pertama penulis ialah buat alternative travel plan sendirian demi keselamatan diri. Langkah pertama penulis ialah melakukan physical separation dari group tersebut dengan tidak pergi ke Galata Square dan akur dengan nasehat kedutaan Malaysia di Turki. Penulis mengambil tiket dari ketua kumpulan dan hanya membeli belah di kawasan hotel berdekatan airport Ataturk di Istanbul. Kedua penulis menempah airport shuttle/taxi dari hotel ke airport pada hari esoknya tanpa bergantung kepada ketua kumpulan. Ketiga penulis stay tune kepada news dan press release dari kedutaan Malaysia (jika ada) sepanjang hari untuk mengetahui perkembangan seterusnya.
Langkah pertama penulis ialah buat alternative travel plan sendirian demi keselamatan diri. Langkah pertama penulis ialah melakukan physical separation dari group tersebut dengan tidak pergi ke Galata Square dan akur dengan nasehat kedutaan Malaysia di Turki. Penulis mengambil tiket dari ketua kumpulan dan hanya membeli belah di kawasan hotel berdekatan airport Ataturk di Istanbul. Kedua penulis menempah airport shuttle/taxi dari hotel ke airport pada hari esoknya tanpa bergantung kepada ketua kumpulan. Ketiga penulis stay tune kepada news dan press release dari kedutaan Malaysia (jika ada) sepanjang hari untuk mengetahui perkembangan seterusnya.
Berkenaan dengan negara negara berisiko tingi seeloknya browse website kedutaan Amerika Syarikat dan Britain untuk Travel Advise ke atas rakyatnya. Dari situ kita akan dapat menilai keselamatan sesebuah negara sebelum membeli tiket ke negara tersebut.
Berwaspadalah jika menerima tiket percuma atau diminta membuat assigment kerja di negara pengeluar dadah seperti Columbia, segtiga dadah Iran-Afghanistan-Pakistan kerana mungkin anda akan dijadikan keldai dadah. Risiko dipenjara seumrur hidup sangat tinggi.
Berkenaan negara negara yang menjadi destinasi perlancongan di ASEAN, berhati hatilah jika anda pengamal seks songsang, seks bebas atau penagih dadah yang berkongsi menggunakan suntikan jarum intravenous kerana kemungkinan dijangkiti HIV dan STD tinggi
Semasa jadi komuniti expatriat di Vietnam dan sebagai ahli kelab International Women in Petroleum pada tahun 1995, penulis didedahkan tentang beberapa ikan dan hidupan bercengkerang /bivalves yang hidup dalam sungai, selut atau di kuala sungai yang membawa parasit .Sebab itu kami expatriate di Veitnam tidak digalakkan meminum air yg tidak di masak contoh air mineral , air batu dan aiskrim kerana mungkin akan mendapat serangan parasit yang menyebabkan sentiasa cirit birit seumur hidup.
Selain itu satu kajian dan pemeriksaan kesihatan oleh Petronas di Vietnam ke atas maid yg di hire oleh keluarga Petronas mendapati bahawa hampir keseluruhan maid (dan juga penduduk Vietnam) terdedah kepada Hepatitis B. Untuk makluman Hepatitis B di transmit melalui blood dan semen/air mani. Jadi jika anda sudah ada suntikan Gepatitis B dan tiada hubungan sexual dengan pesakit/carrier Hepatitis B, anda takkan dapat penyakit tersebut.
Berkenaan Hepatitis A pula yg disebarkan melalui poor food handling. Jika anda ke negara dunia ketiga pastikan anda makan makanan yang telah dimasak sepenuhnya dan disediakan dalam keadaan yang bersih sebagai precaution dan memgelakkan terkena jangkitan penyakit Hepatitis A dan Typhoid.Di Malaysia semua pengedali makanan diwajbkan mempunyai suntikan Typhoid bagi mengelak jangkitan tersebut
Selain itu berhati hatilah dengan makanan sayur dan buah yang ditanam di tanah (bukan hydroponik) kerana tanah di selatan Vietnam disembur dengan agent orrange semasa Perang Amerika-Vietnam dan trace element agent orange maseh ada atas sayur, buah serta kopi Vietnam!
Bagaimana kalau dah berada di negara berkenaan? Basuhlan buah dan sayur sayuran dengan bersih sebelum di makan. Seeloknya makan buah yang boleh dikupas dan sayur yang boleh dimasak dengan sempurna. Kopi? Boleh minum kopi tapi minumlah dengan kuantiti yang sedikit..jika teringin sangat. Jangan susah hati kopi dari Vietnam setahu saya tidak digunakan oleh coffee connoisseur terkenal seperti Starbuck, San Francisco Coffee dll. Mereka menggunakan coffee robusta dari Mendailing Sumatera Utara., Indonesia....
Bersambung Mode Of Transport dan Country Sovereignty
Artikel ini telah dikongsi sebanyak 22 kali di wall fb saya , di sebiah wall travel dan travel blog yang lain
Artikel ini telah dikongsi sebanyak 22 kali di wall fb saya , di sebiah wall travel dan travel blog yang lain
No comments:
Post a Comment