Saya imbas kembali nahas helikopter Agusta A 109E, dengan nombor pendaftaran 9M-DRB yang membunuh Tan Sri Yahya Ahmad pada 8 Mac 1997
Tan Sri Yahaya diberitakan membawa 2 bag berisi dokumen penting semasa nahas. Dari laporan polis , di tempat kejadian, pasukan pencari
serpihan dan barangan nahas menjumpai dua beg dipercayai milik tokoh
korporat itu dan isterinya. Kedua-dua beg dijumpai di kawasan bukit
kira-kira 300 meter dari tempat tragedi pada jam 1.30 tengah hari pada
hari keempat nahas.
Mungkin anda rasakan ia tak pelek kan?
Namun laporan inques mengatakan mayat ketiga-tiga mangsa ditemui di
bawah cebisan bangkai helikopter itu, kira-kira dua jam selepas pesawat
terhempas dengan jarak yang tidak berjauhan antara satu sama lain.
Pasukan mencari dan menyelamat juga menemui sebelah kasut wanita dan
sebuah beg tangan.
Malam sebelum nahas udara tersebut, Tan Sri Yahaya menghadiri Majlis makan malam Persatuan Bekas Pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
Tan Sri Yahaya juga pengerusi Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia juga diberi tender award untuk Transportation Lembah Klang.
Tan Sri Yahya semasa hidupnya mengetuai DRB Hicom. Banyak perniagaan
yang dijalankan dibawah rangkaian DRB Hicom pada masa itu termasuklah
Proton, Alam Flora, Intrakota dan banyak lagi.
Kejayaan Tan Sri Yahya banyak didokong oleh Tun Dr Mahathir. Boleh
dikatakan beliau adalah anak emas Tun. Sewaktu melawat jenazahnya Tun
menangis teresak-esak.
Hari ini setelah berbelas tahun kejadian helikopter terhempas, dan pelancaran LRT bersepadu di Lembah Klang yang mana kajian blueprint transportation bersepadu di Lembah Klang dah dibuat lebih 15 tahun dulu, saya terpanggil bertanya apa ada dalam 2 bag dokumennya .
Apakah jika 2 bag dokumen tersebut dijumpai selamat maka masalah trasportation di Lembah Klang akan lebih baik? Jika benar helikopter tersebut disabotaj, siapa pula yang merasa Tan Sri Yahaya sebagai saingan hebatnya sehingga berlaku nahas udara yang mengerikan tersebut. Siapakah bekas pelajar MCKK yang terasa sangat tersaing dengan Allahyarham Tan Sri Yahaya?
Rujukan- sini , sini dan sini
No comments:
Post a Comment