Kemenangan BN
Sarawak dalam Pilihanraya Negeri ke 11 di Sarawak dengan memperolehl 72
kerusi daripada 82 kerusi menimbul reaksi DAHSYAT dari netizen di
semenanjung.
Tolong FAHAM! Ini pilihanraya negeri SARAWAK, memilih KERAJAAN NEGERI SARAWAK dan mandat dari RAKYAT NEGERI SARAWAK.
Jangan hina orang Sarawak kerana melalui undi mereka itu BN Sarawak
mendapat mandat sekali lagi. Tolong fahami keadaan politik dan sosial di
Sarawak dan setiap negeri adalah berlainan. Mereka juga tidak pernah
persoal kerajaan yang dipilih di negeri-negeri lain sebab mereka
mengormati hak anda sebagai pemilih kerajaan. Mereka tidak pernah masuk
campur dan mempersoal tindakan anda di Semenanjung kerana mahu memberi
peluang kepada anda untuk membuat percaturan di negeri masing-masing.
Apa salahnya, berikan ruang yang sama untuk orang Sarawak menentukan
apa yang mereka mahu dan apa yang akan berlaku di negeri mereka. Dan
mereka yang terkesan dari apa yang mereka pilih.
Oleh sebab itu,
hormati juga hak mereka untuk memilih kerajaan negeri mereka dan siapa
yang mereka mahu jadikan sebagai pemimpin. Ini PILIHANRAYA NEGERI
SARAWAK, memilih kerajaan yang mempunyai kuasa dan jurisdiction terhad
di negeri Sarawak. Jadi, terserahlah mereka mahu undi siapa, walaupun
pihak yang anda benci.
Sekalipun Pakatan Harapan di Sarawak
menang kali ini, takkan nak bahagi Sarawak jadi dua? Satu untuk DAP dan
satu untuk PKR????? Gilakah apa.
Sebab itu jangan salahkan
pengundi Sarawak jika banyak berpaling dari Pakatan Harapan. Ada
rasionalnya untuk pilihanraya kali ini.
Usah bicara SOAL
PERJUANGAN kalau dah kawan sendiri jadi lawan. Bagaimana nak perjuangkan
HAK RAKYAT kalau dah kalian sendiri membentuk pakatan yang tak sepakat.
Kasihan mereka yang berkempen bagi pihak pakatan, turun padang dan
bersemuka dengan orang ramai. Mereka buat sedaya mungkin, tetapi bila
pimpinan tertinggi tidak sehaluan, ranap habis semuanya.
Ingat,
kali ini SARAWAK MEMILIH, kalian yang lain saya mohon BERHENTI MEROYAN.
Bukan apa,semakin anda meroyan semakin anda memalukan diri sendiri.
Dalam meroyan nanti, anda menghina kami di Sarawak. Tak pasal-pasal kita
pula yang bergaduh, walhal kami bangsa Sarawak ini sangat benci kepada
pergaduhan. Perlu diingat juga, orang-orang Sarawak tidak pernah
meletakkan kebencian melebihi rasa kasih kami kepada kepada sahabat kami
di semenanjung. Kami terima mereka bersama sama mencari rezeki di sini,
kami relakan sedikit aripada hasil bumi kami untuk membangunkan tanah
tanah kalian dan kami juga tumpang bangga dan gembira dengan apa yang
kamu nikmati di sana. Sebab kami beranggapan kita masih saudara
senegara.
Pilihanraya kali ini tiada kena mengena dengan kalian
di sana... Kerajaan negeri Sarawak untuk Orang Sarawak. Yang memilih di
Putrajaya, itu namanya Pilihanraya Umum (PRU).
ANDA PERLU INGAT...
Sarawak BUKAN sekadar NEGERI dalam Malaysia.
Sarawak ialah NEGARA YANG BERGABUNG dengan Malaya dan North Borneo membentuk MALAYSIA
Sarawak ialah NEGARA YANG BERGABUNG dengan Malaya dan North Borneo membentuk MALAYSIA
Tiada SARAWAK, Tiada MALAYSIA!
P/S: Kaban2 sent jak post yang memaki hamun kita di Sarawak. Jangan maki balik, sebab kita orang SARAWAK bangsa bertamadun.
Mengikut Ibnu Khaldun, bangsa yang tiada peradaban bangsa yang tidak bertamadun.
Biar kita pakai cawat, tapi minda kita kita bersih dan suci. Daripada "pakai baju tapi telanjang" (ada akal tapi bingai).
#KerajaanSarawakUntukOrangSarawak
#HormatiHakKami #HakOrangSarawak
No comments:
Post a Comment