Saya sudah pergi ke banyak seminar dari Muafakat sehingga HIKMAH dan meneliti banyak posting di dalam blog berkenaan 2 isu utama iaitu isu party dominan menasehati Sultan dan peri pentingnya Sultan turun padang bagi meneliti masalah rakyat.
Namun penerangan saya pada sejumlah kecil tidak dapat membetulkan misconception berkenaan Sultan yang sebenarnya sudah ada barisan penasehat dan Sultan serta ahli waris negeri bagi Institusi diRaja tersebut sangat perihatin dan sentiasa mengikuti pergolakan politik di Malaysia. Mereka sudah ada solusi tapi sebagai sebuah institusi yang berada "di atas politik" (above politic) mereka lebih suka bersikap memerhati dan menyalurkan maklumat secara formal dan informal melalui saluran yang betul.
Sultan adalah payung negeri. Keberkahan sesebuah negeri terletak kepada dua faktor iaitu kebijaksanaan Sultan sebagai payung yang memerintah negeri dan ketaatan rakyat kepada pemerintah. Teliti balik posting terdahulu di SINI
Blog Sembangkuala mengupas isu ini dengan lebih terperinci -saya "copy and paste" Majlis Penasehat Negara bagi negeri Perak yang ditubuhkan untuk menasehati Sultan dan penubuhannya adalah diperuntukkan di bawah Undang Undang Tubuh Negeri Perak:-
Blog Sembangkuala mengupas isu ini dengan lebih terperinci -saya "copy and paste" Majlis Penasehat Negara bagi negeri Perak yang ditubuhkan untuk menasehati Sultan dan penubuhannya adalah diperuntukkan di bawah Undang Undang Tubuh Negeri Perak:-
Di negeri Perak Darul Ridzuan, wujudnya sebuah badan yang dikenali sebagai ”Dewan Negara” yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Dewan Negara ini tiada perkaitan dengan dewan perwakilan rakyat yang merupakan salah satu daripada dua dewan dalam Parlimen bagi negara Malaysia.
Dewan Negara Negeri Perak dianggotai oleh bakal-bakal Sultan, seseorang wakil Raja-raja Bergelar, Menteri Besar, Orang Besar Empat, Orang Besar Delapan dan Mufti sebagai ahli-ahli rasmi dan sebelas ‘orang tua’ dan seorang yang bukan Melayu sebagai ahli-ahli bukan rasmi
Objektif utama penubuhan Dewan Negara ini bagi membantu dan menasihatkan Raja Pemerintah dalam menjalankan tugas-tugas Baginda. Di antara tugas-tugas lain Dewan Negara ialah menasihatkan Raja Pemerintah di dalam perlantikan Bakal-bakal Sultan dan Raja-raja Bergelar.
Persidangan Dewan Negara hanya boleh bersidang apabila dititah oleh Raja Pemerintah. Sekiranya Baginda tidak berangkat hadir, maka Bakal Sultan yang kanan akan mempengerusikan persidangan itu atau Orang Besar Negeri yang terlebih kanan sekiranya tidak ada sesiapa Bakal Sultan yang hadir.
Tetapi sekiranya persidangan Dewan Negara itu akan membincang pemilihan dan perlantikan seseorang Raja Pemerintah atau pemerintahan seorang Raja Pemerintah, atau lantikan Jemaah Pemangku Raja atau apa-apa perkara lain yang bersangkut paut dengan tubuh badan Raja Pemerintah atau persidangan itu menganggap adalah berfaedah Baginda tidak bersama, maka tidaklah boleh Baginda berangkat hadir dan mempengerusikan persidangan itu. Begitulah juga dengan Bakal-bakal Sultan atau Raja-raja Bergelar.
Sumber: Pejabat DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan (http://sultan.perak.gov.my/)
No comments:
Post a Comment