Dan akhirnya bila saya terlihat pola bencana alam vs pola bencana akibat tangan manusia, saya amat terkejut.
Pola itu jelas membuktikan bahawa Allah menjaga dan memudahkan tugas hambaNya yang berjuang mempertahankan ugama Islam.
Surah At Taubah Ayat 20
"Orang yang beriman dan berjihad ke jalan Allah, dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Mereka adalah orang yang memperolehi kemenangan"
Mungkin juga Surah Al Anfaal Ayat 54 ini dijadikan peringatan yang baik ke atas musuh Islam/Tangan Tangan Ghaib yang memusnahkan umat Islam dan menghancurkan negara Islam
Surah Al Anfaal Ayat 54
" (Keadaan mereka) serupa seperti keadaan pengikut Firaun dan orang -orang sebelum mereka. Mereka mendustakan ayat auat TuhanNya, maka kami mebinasakan mereka disebabkan oleh dosa-dosanya dan kami tenggelamkan Firaun dan pengikut-pengikutnya kerana mereka orang yang zalim" "
Lihat pola tersebut di bawah
1-Bencana manusia dalam bentuk rusuhan "kebangkitan suara rakyat "yang mengakibatkan kematian dan tumbangnya penguasaan ulama Islam ASWJ di negara di Tunisia dan Mesir (Rusuhan tersebut disokong dana Kongress Amerika Syarikat)
Tak lama kemudian bencana alam banjir besar di Australia dan gempabumi di New Zealand!
Kemudian berlaku pula gempabumi, tsunami dan kebocoran radiasi akibat kerosakan logi nuklear di Jepun!.
Angin yang membawa radioaktif dari Fukushima sedang bergerak keluar dari Tokyo dan dijangka sampai ke Eropah dalam masa seminggu |
Kenapa angin bertiup ke arah Eropah?
Baru semalam dunia dikejutkan dengan berita Libya yang cuba melawan rusuhan "kebangkitan suara rakyat" yang ditaja Tangan Tangan Ghaib telah dibom oleh tentera NATO yang diketuai Peranchis.
Kita saksikan seterusnya apakah radiasi tersebut akan membawa ke Amageddon di Eropah di kawasan Mediterranean seperti yang dinyatakan oleh Maulana Syeikh Nazim dalam petikan di posting saya terdahulu mengenai pesanan Maulana Syeikh Nazim, Spriritual Leader Tarekat Nasyabandiyah pesanan-syeikh-nazim-berkenaan-bencana.
“Wahai Manusia, datanglah kepada Islam:aslam taslam/ berserahlah kepada Islam dan selamatkanlah diri kamu. Sesiapa yang menjaga arahan syurga akan selamat di sini dan di Akhirat atau Aku akan menghantarkan kepada kamu pelbagai kutukan dan sumpahan untuk mengambil kamu!” Bangsa Cyprus salah satu yang meninggalkan agama mereka, mereka tidak menjaga agama Islam! Mereka melakukan semua hal-hal yang salah, semua hal-hal yang kotor! Saya memberi amaran kepada mereka bahawa mungkin saya akan meninggalkan negara ini dan mungkin negara ini akan diambil daripada Turki dan Greek. Masuklah ke dalam Islam, jagalah tatakarma kamu yang Allah busanakan kepada kamu, jangan jadi manusia yang kotor. Kamu mesti keluar dari tempat-tempat kotor atau Tsunami akan datang kepada kamu juga! Jangan katakan ia hanya datang dari lautan, tidak, daripada dalam juga ia boleh datang. Langit mungkin akan menjadikan pulau kamu berada di bawah laut!
sambungan
" Jika apa sahaja berlaku melalui Laut Mediterranean, ia bermaksud Armageddon...., kiamat akan tiba tidak lama lagi! "
Wallahualam.
Di Cyprus-penunjuk perasan membantah negara itu dijadikan launching pad serangan udara ke atas Libya
ReplyDeleteMungkinkah sebab itu Syeikh Nazim mengeluarkan amaran tersebut?
Wallahualam