Kongsi Ilmu

Tuesday, March 22, 2011

Fenomena Supermoon 19 Mac 2011

Pada 19 Mac 2011, telah berlaku perigee  atau fenomena  bulan akan berada pada jarak yang paling hampir dengan bumi, iaitu 221,567 batu (356,578 km). Menurut Daily Mail, keadaan seperti itu akan menyebabkan perubahan cuaca yang ketara seluruh dunia, atau terjadinya gempa bumi dan letupan gunung berapi. Sebelum ini tahun 1955, 1974, 1992 dan 2005 telah berlaku keadaan cuaca yang ekstrim. Tsunami di Indonesia yang meragut ratusan ribu nyawa berlaku 2 minggu sebelum perigree tahun 2005. Di hari Krismas pada tahun 1974 pula, puting beliung Tracy telah memusnahkan bandar Darwin, Australia.

Tidak semua ahli astronomi setuju dengan pendapat bahawa perigree akan menyebabkan bencana seperti itu. Peter Wheeler dari Pusat Radio Astronomi Antarabangsa menyatakan bahawa jika berlaku gempa bumi dan ledakan gunung berapi pada ketika itu, ia adalah kebetulan. Menurutnya perigree hanya akan menyebabkan air laut pasang besar dan surut besar, tidak ada perkara luar biasa akan berlaku. David Reneke dari Australia juga tidak setuju dengan pendapat bahawa perigree menyebabkan bencana besar. Menurutnya, jika itu belaku, ia hanyalah kebetulan. Tapi ombak besar memang akan berlaku ketika itu. Menurut http://earthsky.org/ dan nasa.gov/science-news/, ombak besar akan berlanjutan untuk beberapa hari selepas itu, terutama jika ombak besar ini disertai oleh angin kuat di kawasan pantai.

Permandangan dari angkasa


Supermoon di London, United Kingdom

Supermoon di Ontario, Canada
  
Supermoon di Maluku, Indonesia
Mungkin mengambil clue dari  kajian bahawa 40 peratus sampel kajian/manusia terpengaruh dengan pergerakan lunar/bulan di Human Behavior withrelation to moon, maka  di Malaysia, fenomena Supermoon ini mengalami eclipse/ kegelapan kerana political diversion seorang ahli politik. Pada pagi setelah Supermoon, masyarakat digegarkan dengan video klip 20 minit yang ditayangkan kepada sekumpulan wartawan media yang terpilih. Gerakan Anti PKR ada analisis menarik di kisah-benar-video-seks-anwar

No comments:

Post a Comment

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras