Kongsi Ilmu

Saturday, December 11, 2010

Demo menyusahkan kami!

Kami penduduk  Putrajaya amat kesal dengan tindakan bebal beberapa mahasiswa yang berpolitik waktu maseh belajar.




Wajarpon mereka ditahan!    Mereka yang ditahan itu ialah setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman, pemimpin Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Shukri Abdul Razak, serta pelajar Universiti Malaya, Mohd Shahruldeen Ahmad Rosli.



Ketiga-tiganya adalah sebahagian daripada 100 pelajar yang berhimpun di situ. Laporan penuh di blog  GAP

Padanlah dari semalam ada  kawalan polis ke Jambatan Sri Perdana yang merupakan laluan utama ke Presint 7, 8, 9, 10 dan 11. Ramai penduduk Putrajaya terpaksa buat detour ke jalan dalam Presint 16 semata mata nak balik ke kawasan maseng maseng.

Hari ini mereka demo di  Dataran Putra yang menghadap masjid Putra dan kawasan komersil Selera Putra dan SOUQ. Sewajarnya peniaga di Selera Putra dan Souq di kawasan persisiran tasik yang kehilangan pelanggan  mohon gantirugi dari pelajar ini.

Jangan lupa Persatuan Travel and Tour (MATTA) yang bawa bas pelancong terkandas juga boleh minta gantirugi dari mahasiswa, ibu bapa serta parti politik dibelakang kerja yang bebal  ini.

Bagi saya tembelang GAMIS yang sebelum ini garang nak menyaman seorang ADUN BN hanya kerana menyatakan kebenaran penahanan  rakan mereka di Galas sudah terpecah belangnya. Inilah kebenaran yang ditunjukkan oleh Allah kepada manusia yang tidak taat kepada pemimpin. Islam

Pesanan saya kepada Menteri Pengajian Tinggi- jangan telefon polis minta mahasiswa tidak bijak ini dilepaskan.

Semua kawasan di Putrajaya dikawal dengan CCTV kamera terutama kawasan strategik. Awas, muka anda telah dirakamkan. Dan ia adalah bahan bukti saheh  untuk anda didakwa di mahkamah!

P/S- Tuan KSU Kementerian Pengajian Tinggi bolehlah menjalankan tugas memastikan university terlibat membuang sahaja  pelajar ini di bawah AUKU. Tak guna simpan-Banyak lagi mereka yang nak masuk IPTA tak dapat kerana pelajar ini.

4 comments:

  1. Demo tak menyusahkan aku tapi yg sure nya harga barang naik memang menyusahkan orang.

    ReplyDelete
  2. Harga barang tetap akan naik tapi jika kita asyik bertekak fundamental economy yg berpegang kepada keamanan, infrastruktur yg baik, rakyat yang berkemahiran tinggi akan merosot daan dengan merosotnya perkara ini negara kita akan kurang menjadi tumpuan pelabur/fdi takkan masuk- akibtanya inflasi menjadi lebioh tinggi

    Belajarlah berfikir impak perbeuatan yang bebal akan menyebabkan keadaan menjadi lebih parah

    Manan lebih anda sukan naik 5 sen atau naik berkali ganda semasa zaman Anwar nak tiru formula IMF tahun 1998?

    ReplyDelete
  3. Live in a zoo Namewee.

    Al Jub tu bijak sangat sebab tu mau ambik bantuan IMF. IMF tu satu alat Illuminati untuk menguasai dunia.

    Tentang inflasi ianya tak dapat dielakkan kerana harga barang memang sentiasa naik.

    Ada tak harga barang di negara mana yang tak naik?

    ReplyDelete

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras