Kongsi Ilmu

Thursday, December 9, 2010

Dari Putrajaya- Datin RM 3000

Uh apa pulak Datin RM 3000 ni?

Ini adalah kesah dicelah celah kehidupan di taman perumahan di Putrajaya.

Kenapa Datin dikaitkan dengan  RM 3000?

Senang sahaja, sebab kedudukan pangkat seseorang Datin berkait rapat dengan kedudukan suaminya. Pada pandangan mata kasar memanglah tak salahkan?

Tapi cuba kita lihat jika kedudukan seseorang dan pakaiannya di dunia ini berdasarkan kedudukan suaminya dan bukan tahap amalan dan imannya, bukankah pakaian Datin itu adalah kesombongan dan sifat riyak, bongkak, sombong bangga diri? Tambahan lagi jika Datin terlibat dalam perbuatan ghibah dan fitnah yang merupakan simptom penyakit hati yang tidak berseh.....

Jawatan dan pangkat semasa suami maseh  bekerja tentulah banyak, selain gaji, imbuhan lain termasuklah elaun tetap tiap bulan seperti elaun keraiyan dan elaun COLA. Jika si suami memilih untuk memandu kereta sendiri maka dapat lagi elaun pemandu.

Jadi jika gaji basic adalah RM 6800, ditambah dengan pelbagai elaun maka dapatlah RM 10,000 atau bersamaan dengan gaji pengurus Petronas yang dah bekerja 10 tahun...

Cuma yang menjadi catch ialah bila si suami bersara...

Pangkat Datukship dah dapat
Kesombongan dah menguasai diri
Elaun di tarik balik
Pencen adalah separuh dari gaji basic..RM 6800 dibahagi dua dapatlah RM 3400 sebulan....


Malang bagi Datin RM 3000, bila pakaian keimanan dan takwa tiada, yang ada hanyalah sifat mazmumah yang menjadi kebanggaan

Jadilah  dia Datin RM 3000, tidak bernilai di akhirat, diketawakan di dunia kerana  maseh berlagak suaminya ketua jabatan...

Dan menimbulkan masalah jika sifat berlagaknya menyebabkan orang lain teriniaya di taman perumahan

Malang sungguh naseb Datin RM 3000

15 comments:

  1. Kadang-kadang orang yang ego besar tak sedar orang pakat kesian kat dia sebab dok buat naya diri sendiri.

    Tambahan pula dah hilang kuasa, macam harimau tak bergigi , harapkan mengaum kuat aje...

    ReplyDelete
  2. aik...kat mana tu?precint berapa?

    ReplyDelete
  3. Kita ni disarankan merendah diri agar sentiasa disukai ramai.

    ReplyDelete
  4. Anon 1006 pm
    Benar, sayang manusia tak menyedari mereka menzalimi terhadap diri sendiri bila maseh di peringakat nafsu amarrah

    Anon 1109 pm
    Kesah ini menjadi teladan, tak perlu kita dedahkan sepenuhnya identiti Datin tersebut
    Jika ada lagi kesah kesah dicelah kehidupna di Putrajaya tinggalkan komen anda di ruang komen atau e mail kepada lapor_anakbukitgantang@yahoo.com

    Wake Up
    Benar, biarlah nama kita tak dikenali dibumi ini tapi nama kita harum dilangit macam Uwais sehingga saat wafatnya Rasulullah, dipohon agar bajunya diberikan kepada Uwais.

    ReplyDelete
  5. kite pernah dihina dan dperlekehkan oleh Datin RM 3000 ni
    masa tu suami dia masih keje... sedih sgt2 balek rumah kite nangis rase mcm tk nak kawan dia lg...
    tp tk sampai hati pulak... krana kat sini dia mmg tak ada kawan.

    ReplyDelete
  6. CuteOven

    Orang yang menghina orang lain kerana dalam dirinya sakit.
    Biarkan dan jangan terasa hati, kerana negative energy itu akan boomerang kepada Datin RM 3000

    Ramai yang bertanya saya siapakan Datin RM 3000, jawapan saya...dia mungkin ada di mana mana. Kesah ini menjadi teladan kepada kita jangan kerana gelaran Datin maka hati menjadi riyak, ujub , takbur.

    Hidup di dunia ini sengkat sangat dan akhirat adalah negeri kita yang kekal.Maka berbahagialah orang yang mempersiapkan dirinya dengan amal ibadah , tidak mukhlis amalanyan kerana ghibah dan mempunyai tingkatan iman yang tinggi untuk bertemu Penciptanya.

    ReplyDelete
  7. Dunia telah jadi terlalu materialistik. Banyak tanda tanda nak kiamat...

    Aku harap allah bagi lah pertunjuk pada kita semua supaya tidak lupa...pada hari kiamat. amin
    Maksudnya...semua orang akan mati akhirnya ....cuma kita tidak tahu bila dan di mana...

    Maka kenalah kita selalu berbuat baik, dan banyakkan pahala....
    supaya allah akan tempatkan kita di syurga dan bukannya neraka...

    Nak sombong nak berkereta besar..nak menganiaya orang..nak buat salah ect ect...semuanya akan di catat oleh malaikat..Jangan ingat kita boleh selamat di dunia atau akhirat...balasan allah boleh tiba bila masa sahaja

    ReplyDelete
  8. Anon 0124pm

    Memang benar ini adalah akhir zaman di mana pangkat, darjat dan harta disembah dan bukannya tingkatan amal ibadah

    Sama sama kita berdoa agar kita tergolong dalam golongan kanan dan diberkahi Allah hidup kita dunia akhirat

    ReplyDelete
  9. Tangisan dan ratapan menjadi sesuatu yang sangat sentral dalam politik dalaman mahupun luar, Republik Islam Iran. Mereka menangis samada kerana ditindas oleh kuasa luar dan kerana mazhab anutan mereka menekankan bahawa tangisan adalah sumber kekuatan. Kerana orang yang menangis dan meratap akan selalunya bangkit.

    Dalam sejarah, Naser al-Din Shah Qajar telah ke Karbala dan sebelum menjejaki makam Saidina Husin, beliau bertitah kepada Perdana Menterinya (he was the type of perdana menteri that does not dance poco-poco in his leisure time for sure). Titah Naser al-Din Shah Qajar, 'Carikan aku seseorang yang dapat menceritakan kembali sejarah Karbala supaya aku dapat menangis.'

    Perdana Menteri telah mencarikan beberapa orang tukang khabar. Setiap seorang menceritakan kembali tragedi Karbala dan peristiwa syahidnya Saidina Husin cucunda Rasulullah SAW.

    Akan tetapi Shah tidak menangis. Tidak seorang pun tukang khabar dapat membuatkan baginda menangis.

    Perdana Menteri menjadi bimbang dan takut. Ia memberitahu tukang khabar, 'Jika tiada sesiapa yang dapat melunasi kehendak baginda tentulah baginda akan murka.'

    Waktu itu kemurkaan raja tidak akan berakhir dengan wawancara, titah amaran atau pelucutan gelaran sahaja; natijahnya jauh lebih buruk.

    Penduduk Karbala memberitahu Perdana Menteri, 'Bahawa ada seorang lelaki tua yang kurang terkenal. Akan tetapi lelaki tua ini berpengalaman dan bijak.'

    Lelaki misteri ini kemudian menenangkan Perdana Menteri, 'Jangan gusar, aku akan membuatkan Shah menangis.'

    Sebaik sahaja lelaki tua menghadap Shah, beliau pun berpaling ke jihat makam Saidina Husin lalu bersuara dengan keras,

    "Duhai Husin, tatkala engkau kehilangan semua sahabat dan ahli keluargamu lalu berdiri sendirian di tengah gurun Karbala, engkau telah berteriak, 'Adakah seorang naser [penolong dalam bahasa Arab] yang akan membantu diriku?. Aduh Husin, sekarang seorang Naser datang [nama Shah tersebut] akan tetapi duhai kekasihku Husin, dia sudah terlambat, dan engkau Husin telah pun dibunuh!"

    Sebaik sahaja mendengar ucapan lelaki tua ini, shah tersebut meledak menangis bercucuran air mata. Langsung teresak-esak. Duhai betapa benar wahai Husin, engkau terkapar dibunuh sedemikian kejam dan umat Muhammad tidak bersamamu pada waktu itu. Mereka sedang ditimbus harta rampasan perang, kekayaan tanah taklukan, lalu melupakan agama ajaran nendamu.

    Setelah Revolusi Islam Iran, tangisan menjadi sangat sentral dalam politik dan kepimpinan. Saat Imam Khomeini menamatkan perang Iran-Iraq, ramai pegawai beliau menangis senyap membantah keputusan beliau. Akan tetapi suara Imam adalah suara keramat.

    Di hari Imam Khomeini melucutkan Ayatullah Hossein Ali Montazeri sebagai pengganti beliau; menurut Ayatullah Hamid Rohani, al-Marhum Imam menangis tiga kali dengan penuh sedu-sedan. Ketahuilah, setiap kali Imam Khomeini akan membuka mulutnya untuk berucap, khayalak akan menangis.
    Tangisan yang saya maksudkan bukanlah bentuk tangisan ala chedet atau nek dah. Jika tangisan sahaja memadai untuk menjadi hebat, maka saya boleh senaraikan pelajar-pelajar kursus lakonan ASWARA yang mahir menangis dengan jayanya.

    Tangisan yang dimaksudkan adalah tangisan berbumbukan agama. Mereka menangisi pilihan tragis cucunda Nabi.

    Kita? Kita benar-benar ketandusan pemimpin. Juga pembimbing. Dua tiga kerat agamawan yang rajin; kerjanya tidak mencari ubat kepada masalah umat tetapi segar melabel dan menghunjam orang lain dengan batu kesesatan.

    Harapan kepada sebuah masyarakat madani juga musnah; kerana kelompok yang memperjuangkannya dilumuti korupsi, kekejian moral, dan tetap percaya bahawa 'ini adalah anugerah tuhan'.

    Kalian tentu mahukan pemimpin yang banyak menangis berbanding pemimpin yang banyak menari dan menyanyi, bukan begitu?

    Petikan dari Blog Faisal Tehrani

    ReplyDelete
  10. Dr. Michael Brant, seorang ejen CIA menawarkan penyelesaiannya dalam laporan bertulis A Plan to Divide and Destroy The Theology. Kesimpulan beliau, hentikan syiah dari menangis. Kekuatan mereka akan luntur dan mudahlah Islam seluruhnya diluluh. Untuk makluman, CIA kurang mempedulikan kita orang-orang sunni. Ini kerana 1) kita tidak bersatu. Kita sunni tidak seperti syiah yang bersatu di bawah kepimpinan seorang ketua. Orang syiah bersatu di sebalik Aketua mereka, Ayatullah al Uzma Ali Khamenei. Juga kerana 2) oleh kerana kita , sunni, bercempera maka mudahlah mereka melantak kita. Sebagai contoh, belum ada gerakan sunni yang berjaya melawan kuasa barat dan tirani di dunia moden ini.

    ReplyDelete
  11. Salam,

    Sayang sekali kita masih lagi menceritakan hal baju, Datin dan pelbagai ragam yang biasa dibincangkan oleh orang-orang biasa dalam masyarakat. Memperlekeh dan merendahkan orang lain kerana mereka mempamirkan diri mereka bukan di atas neraca Islam sebenar. Tak tahulah pembaca di sini melihat dan memahami Islam sejati yang benar dan sesungguhnya benar itu bagaimana?

    Kita perlu kembali melihat sejarah Muharram ini di mana Saidina Hussein di bunuh, kepalanya dipotong....badannya dipanah...anak2nya dimalukan...adiknya diaibkan, kepalanya diasingkan...darahnya tinggal mengalir panas dalam mereka yang menyintai Hussain. Bulan Muharram bulan kesedihan da BUKAN bulan kegembiraan..

    ReplyDelete
  12. Maka pelan CIA hasil saranan Dr Brant (Dr. Michael Brant, seorang ejen CIA menawarkan penyelesaiannya dalam laporan bertulis A Plan to Divide and Destroy The Theology) ialah sembilan perkara:

    1. Amerika harus mencari tokoh syiah yang ada sifat materialistik dan memiliki tunjang akidah yang lemah. Bagaimanapun tokoh ini tetap memiliki kemasyhuran dan kata-kata yang berpengaruh. Menerusi tokoh-tokoh inilah CIA berharap dapat menyusupi upacara-upacara azadari (wafat para Imam Ahlul Bait).

    2. Daya eksternal yakni Amerika harus menaja dan mendana terus para penceramah dan agamawan sunni yang tidak begitu banyak mengetahui akidah syiah supaya dapat menimbulkan bibit rasa tidak senang sunni terhadap mereka.

    3. Daya internal yakni CIA mesti mencari sejumlah orang syiah yang memerlukan duit segera, lalu memanfaatkan mereka dalam kempen anti-syiah. Orang syiah yang akan diajar berkhianat ini akan melemahkan dasar-dasar doktrin syiah sambil melemparkan kesalahan kepada para Marja (ulama rujukan masyarakat Syiah).

    4. Orang syiah yang memerlukan wang ini harus diajar dan disuntikkan dalam fikiran mereka bahawa praktik azadari adalah tidak sesuai, dan bertentangan dengan ajaran syiah yang sebenarnya. Hal ini akan dibantu oleh daya eksternal di mana sesetengah orang syiah akan berasa rendah diri, malu atau terpukul ekoran ulama sunni yang mengecam perlakuan azadari mereka.

    5. CIA harus membesar-besarkan keburukan aksi azadari sehingga muncul kesan bahwa orang syiah ini adalah kelompok manusia bongok, penuh khurafat, tahyul-sesat di mana pada bulan Muharram melakukan hal-hal yang mengganggu orang lain.

    6. Untuk itu, CIA perlu disediakan dana besar, supaya dapat membiayai penceramah baik dari sunni mahupun syiah yang dapat menistakan praktik azadari. Ini supaya mazhab syiah yang logika menjadi sumber keempatnya selepas al-Quran, hadis dan sunnah ahlul bait dapat ditampilkan sebagai suatu mazhab yang sebenarnya tidak logis, palsu dan mengelirukan. Hal ini akan menjelmakan perpecahan di antara mereka dengan sendirinya.

    7. Apabila kesatuan mereka sudah genting, sediakanlah gunting iaitu sedikit daya ketenteraan dan perisikan.

    8. Kerja perisikan CIA akan bertugas untuk mengucurkan dana besar bagi membaja dan mempropagandakan informasi palsu. Misalnya akan ada laman tertentu memburukkan Ayatullah Ali Khamenei.

    9. Akhir sekali berbagai subjek anti-Marjaiyah (anti ulama syiah) harus disusun untuk syiah dan sunni, lalu disebarkan kepada masyarakat secara meluas. Biarkan, maklumat jahat itu akan beredar sendirinya sebagai contoh di alam maya. Marjaiyah (kepimpinan ulama) yang merupakan pusat kekuatan Syiah, dengan itu akan dimusnahkan. Akibatnya, para pengikut syiah akan bertebaran tanpa arah, menjadi seperti saudara mereka sunni lalu mudah untuk CIA menghancurkan mereka.

    Tulisan saya ini tidaklah bermaksud membela syiah. Sudah masanya kita memahami satu sama lain. Mereka nampaknya berpegang kepada dalil sendiri. Sebagai ahli akademik adalah menjadi tugas saya mengkaji dan menulis dapatan tersebut buat manfaat keilmuan. Sebarang baik dan buruk terletak di dalam benak dan kalbu tuan-tuan untuk menilainya.

    ReplyDelete
  13. Bersabda Rsasulullah s.a.w: Husainun minni wa ana min Hussein", "Hussein ma'a al haq wal Haq ma'a al Hussein.

    Bulan Muharram bulan kesedihan yang teramat sangat, bulan tangisan dan keperitan jiwa syahid al Hussein dan ahli keluarganya.

    Bulan ini bukan bulan cerita hal baju Datin atau hal-hal gossip atau cerita perihal ahli politik berparti dan yang seangkatan dengannya.

    Kalau nak bincang juga lihatlah politiknya Husein Ibn Ali..ketika berdepan dengan pemerintah zalim ketika itu Yazid anak Muawiyyah.

    Bagaimana mungkin seorang yang menyintai Ahl Baitnya Rasul memusuhi dan memalukan keluarga Rasul dan membunuh Hussein dan ahli keluarganya seperti Ali Akbar yang rupanya saling tak tumpah rupanya Rasulullah s.a.w, Ali Asghar, Qasim dll....

    Tidakkah ini satu musibah besar dalam agama? tidakkah ini satu pembantaian besar dalam sejarah manusia. Kita membenci Yahudi dan Mustakbirin yang membunuh orang-orang Islam....namun orang Islam yang membunuhh orang Islam yang lain apa lagi cucnya Rasulullah s.a.w kita langsung tak merasa sedih, pilu dan bersimpati.

    Shabra Shatila sampai didendangkan lagu...kita usahakan....tetapi bagi Hussein hanya beberapa kerat manusia sahaja yang menangisinya...Masyarakat kita di Malaysia masih lagi bergumbira dan bersuka ria dalam bulan Muharram ini.

    Bibit-bibit kesedihan dan tangisan kepada putra Ali dan penghulu syurga ini diabaikan, ditinggalkan dan ditenggelamkan dengan hal lain yang besifat temporari.

    Kembalilah wahai kita yang menyarakan mencintai Ahl Bait tapi ternyata kita mendurhakai mereka. Kesedihan Hussein kesedihan Rasul, tangisan Hussein tangisan Rasul, kegembiraan Hussein kegembiraan Rasul, kemurkaan Hussein kemurkaan Rasul......begitulah sebaliknya.......

    ReplyDelete
  14. Tuan Mohsein,

    Di awal ceritera telah saya katakan bahawa cerita ini sekadar renungan
    Sebelum entry ini saya telah membuat posting berkanaan amalan bulan Muharram. Dan cerita ini bukan gosip sekadar reningan dan nasehat bahawa sebaik baik pakaian seorang insan adalah pakaian takwa dan iman . Nasehat ini juga menyuruh kita beringat supaya buangkan sifat luaran/pakaian sombong, bongkak, ujub, riyak, bangga diri.

    Sunan Kalijaga dalam nyanyian rakyatnya juga telah mengsitilah sifat luaran manusia sebagai pakaian.

    Apapon saya berteima kaseh kepada Tuan kerana turut mengingat semua umat Islam. Ya kita berjuang untuk tegakkan Islm dan kita berjuang melawan nafsu.

    ReplyDelete
  15. Ada juga yang menyatakan mereka menyintai Ahl Bait di Malaysia ini...terutama yang Sadaat2 atau Jemaah Ahl Bait Malaysia....Malangnya mereka tidak sensitif dengan apa yang berlaku kepada Ahl Bait Rasul. Menerima Ahl Bait yang macammana pun saya tak tahu...dan apa yang mereka fahamkan tentang ajaran Ahl Bait pun saya tak tahu.....

    Entahlah......

    Perbandingan Ahl Bait adalah seperti Bahtera Nabi Noh, siapa yang menaikinya selamat dan siapa yang meninggalkannya lemas.

    ReplyDelete

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras