Kongsi Ilmu

Thursday, December 16, 2010

Rahsia Alam Diri

Sudah beberapa hari saya menyepikan diri dari menulis di blog. Saya mengambil masa untuk muhasabah diri  dan berbuat amal ibadah sekadar termampu oleh diri yang dhaif ini. Tambahan lagi saya berada di luar negara. Kebetulan pula jatuh di awal bulan Muharram. Saya berpeluang melihat sambutan yang berbeda dari di Malaysia. Di surau dan makam  para wali yang saya kunjungi,  tak putus putus orang membaca ayat suci al Quran.

Kadang ada yang kasyaf dan yang mendapat ilham sewaktu kita berkunjung. Terluncur sahaja perkataan-perkataan yang mungkin kita manusia biasa  yang maseh banyak terhijab tidak nampak tetapi bagi manusia yang kasyaf dan senantiasa mendambakan diri kepada Allah, banyak rahsia yang dibukakan Allah untuk hambaNya yang tawaduk, zuhud, ikhlas beramal dan paling penting yang sudah hilang ego dan an nafs.

Oleh itu saya memilih untuk tidak menjawab beberapa komen pembaca dan sebaliknya mengajak pembaca mencari rahsia yang Allah berikan sebagai petunjuk kepada kita untuk berfikir.

Ada rahsia dalam diri yang kita tidak ketahui. Rahsia itu adalah rahsia kekuatan dan kelemahan diri kita.. dan juga rakan serta jiran yang rapat dengan kita

Kursus ini telah saya ikuti berkali kali kerana setiap  sesi sentiasa ada penambahan. Sudah tiba masanya untuk saya berkongsi dengan sewajarnya saya syorkan kursus ini untuk mereka yang berminat belajar mengenai diri mereka dan keluarga terdekat.

BENGKEL RAHSIA ALAM DIRI 1



-MEMBENTUK INSANUL KAMIL-

RAHSIA ALAM DIRI yang semakin mendapat tempat dikalangan rakyat Brunei Darussalam kini kembali ke Kuala Lumpur untuk membawa dan menyingkap potensi spiritual dan juga aplikasinya dari perspektif Islam.. Aspek fizikal telah diteroka dengan meluas dan kini peluang keemasan untuk menerokai aspek aplikasi potensi spiritual dalam menangani permasalahan kehidupan seharian.

· Sukar membuat keputusan?
· Ketandusan idea untuk menyiapkan tugasan?
· Tertanya-tanya tentang identiti peribadi diri?




Kuasa minda, potensi diri tertinggi, sistem panduan dalaman (Inner Guidance System), suara hati merupakan beberapa istilah yang digunakan dalam kursus-kursus yang biasa diadakan. Istilahnya berbeza, tetapi intipatinya tidak terpisah.


Semua ini terangkum dalam kursus RAD dan disampaikan secara teori dan juga praktikal. Kursus Rahsia Alam Diri ini khusus menyentuhnya dari sudut pandang Islam.

KANDUNGAN KURSUS

Perjalanan dan Evolusi Spiritual

· Spiritual dan kaitannya dengan konsep ruang dan masa
· Roh dan pembahagiannya menurut Islam
· Roh Hayat dan Roh Tamayyiz
· Roh kuat dan roh yang lemah
· Mimpi dan kaitannya dengan realiti


Mengenal Hakikat Diri

· Hakikat manusia
· Mengenal Asmaulhusna Diri dan aplikasinya dalam menangani masalah hidup..
· Rahsia Tarikh lahir
· Membuat keputusan dengan aplikasi Istikharah Al Quran

· Empat asas panduan aplikasi aspek spiritual


· Akal, hati dan nafsu
· Islam, Iman dan Ihsan
· Detik akhir kehidupan manusia



TARIKH: 8 & 9 Januari 2011

MASA: 8.30 pagi – 6.00 petang

TEMPAT: Institut Pengurusan Kesihatan, Bangsar

(akan dimaklumkan sekiranya terdapat perubahan tempat)

YURAN PENYERTAAN: RM280 (peserta baru + berserta makan)/


RM50.00 (peserta recharge/khusus utk makan)

Hubungi Amallia 0192593622
Azizuddin 012 569 0149

Tarikh tutup pendaftaran: 4 Januari 2011

Sila bawa senaskah Al Quran dan senaskah Al Quran terjemahan untuk rujukan dan juga latihan praktikal. Jadi apa tunggu lagi, daftarkan nama anda, ahli keluarga dan sahabat handai sekarang...

2 comments:

  1. 10 Muharam adalah hari yang baik untuk berpuasa sunat dan juga bersembahyang hajat.

    ReplyDelete
  2. Benar Wake Up- berpuasa dan beramal di hari afdhal berdoa. Semoga doa kita dimakbulkan Allah

    ReplyDelete

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras