"Tok Guru" Nik Aziz menunaikan fardhu haji di Mekah dengan membawa 40 Tok Guru Pondok. Belanjanya adalah 1/10 dari budget kerajaan negeri Kelantan iaitu RM 400, 000. Berita lanjut mengenai misi khas itu di blog Zul Kulim dan Arif Omar di sini Munajat
Allah memberi rezeki kekayaan bumi kepada pemerintah yang berhak menerimanya
"Negara ini akan menjadi aman dan mendapat keredhaan Allah jika ia dipimpin oleh orang yang mempunyai banyak pengetahuan Islam dan mempunyai pegangan kepada kitab suci al Quran dan as Sunnah".- Almarhum Sultan Idris II
Saya tak mahu bercakap banyak disini tentang hasil munajat cuma cukuplah saya menegur golongan politikus yang rakus untuk mengambil kekayaan negeri yang bukan haknya. Cerita mengenai "hak" harta kekayaan negeri hanya boleh dinikmati oleh pemerintah yang alim, zuhud dan tawaduk iaitu "mereka yang berhak" ada dikumpulkan di merata rata bumi Jawi yang merujuk kepada Nusantara: Malaysia, Brunei, Selatan Thailand, Champa, Mindanao dan Indonesia. Literasi bertulisnya di sini
Tongkat Tok Ku Paloh Ke Brunei dan
minyak-di-brunei-kesah-teladan-untuk.Kelantan
Itulah rahsianya... Tanah Jawi ini bumi bertuah... mana ada gempa bumi, gunung berapi... Di bumi Jawi ini teletaknya khazanah yang terkaya... emas, minyak dan lain lain... Tapi semua ini hanya akan timbul apabila Raja yang zuhud dan taqwa memerintah... yang mengikut cara Nabi Nabi memerintah... sesungguhnya Bumi Jawi ini amat kaya dengan khazanah bumi, disinilah di panggil Tanah Semenajung Emas dan disinilah dalam kitab literasi Yunani, Sanskrit dan Vatican dikatakan adanya khazanah Nabi Sulaiman, King Solomon's Treasure... yang hanya akan timbul bila pemerintah yang berhak memerintah negeri...
Saya tak mempertikaikan kediaman "Tok Guru", tapi wajarkah RM 400,000 digunakan untuk mendoakan sesuatu yang bukan "hak milik" mu? Berkenaan "hak Kelantan" untuk menikmati hasil kekayaan bumi waktu ini sewajarnya kita rujuk kembali kesah perjuangan Islam yang diselewengkan; apakah "Tok Guru" dan parti yang menjadi "pemerintah Kelantan" sekarang berhak menikmati harta kekayaan bumi Allah jika Nabi Muhammad S.A.W pun dikatakan budak kampong dan dihina, Allah dikatakan bersila lendik malah kalimah Allah juga tidak ekslusif? Baca di kuasa-tiang-kepada-cita-cita- PAS Bagi pembaca yang belum membaca-silalah baca petikan yang afdal dari http://www.docstoc.com · Bangsa Melayu Mengikut Ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah · Tok Ayah Zid Kedai Lalat · Kuasa Tiang Kepada Cita-Cita · 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah · Jaringan Wahabbi Sdn Bhd · Jom Kenali Dr Maza & Co · Ahlul Bait Yang Dicerca dan http://www.4shared.com CARIAN TAJUK-TAJUK BERIKUT · Rasulullah Budak Kampung · Maulid Tandingi Krismas · Sifat 20 Tidak Wajib (Nik Aziz) · Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 1) · Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 2) · Asma’ Wa Sifat (Hadi Awang) · Sifat 20 – Dr Mohd Asri al-Wahabbi · Sifat 20 – Rasul Dahri al-Wahabbi · Sifat 20 – Fathul Bari al-Wahabbi Pesanan penulis yang paling akhir juga wajar di ambil tindakan "Taklif pengkaji telah pun selesai, maka terserahlah kepada budi bicara pembaca sekalian untuk menerima ataupun sebaliknya. Bagi mereka yang mendapat hidayah, maka bertindaklah mengikut kadar upaya tangan (kuasa/undi), lidah (dakwah/hebahan) atau hati (doa) bagi mempertahankan aqidah hakiki Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang bersendikan mazhab tauhid Imam Abu Hasan Ali bin Ismail al-Asy'ari ra dan Imam Abu Mansur al-Maturidi ra; mazhab feqah Imam Abu Hanifah ra, Imam Malik bin Anas ra, Imam Muhammad as-Syafie ra atau Imam Ahmad bin Hanbal ra; mazhab tasauf Imam Ghazali qsa dan Imam Junaid al-Baghdadi qsa.- FAKEH KHALIFAH SAKA " Keajaiban Kaabah- mengeluarkan radiasi positif dan menyembuhkan penyakit |
Kaabah meradiasi energi positif dan menyebabkan mereka yang bertawaf dan beribadah memuuji Allah sehat dan bertenaga. Ada banyak kes di mana individu yang sakit boleh berdiri dan yang sehat bertambah sehat. Nik Aziz berkerusi roda di Mekah -membelakangi foto adalah Mukhriz Mahathir Kaabah berada pada titik tekanan paling istimewa di bumi. Kedudukan kaabah berada pada titik paling penting di bumi dan bertentangan dengan Baitul Makmur di mana malaikat bertawaf, berdzikir dan senantiasa memuji Ya Dzal Jalalil Wal Ikram, Allah Tuhan Sekalian Alam dan Maha Pencipta. Malah binaan kaabah mulai dibina oleh Nabi Adam a.s, dan diteguhkan oleh Nabi Ibrahim a.s. Berkenaan radiasi positif kaabah, kesan positif radiasi dapat dilihat secara fizikal kepada mereka yang bertawaf berdzikir memuji Illahi sentiasa bertenaga. Banyak kesah mereka yang sakit bertawaf dan beribadah mengelilinginya pulih dari penyakit dan termakbul doanya. Kajian secara saintifik mengenai kedudukan kaabah dan kesan positifnya ini boleh dirujuk di link youtube Radiasi Kaabah Kajian Perbandingan ciri Sultan/Pemerintah yang zuhud, alim dan tawaduk- dapatan kajian bertulis (written literature) ilmuan Islam sepanjang tebing Sungai Perak |
Maka saya mengajak semua pembaca berfikir, bahawa hasil kekayaan bumi yang dikurniakan Allah hanya berhak diberikan kepada raja dan pemimpin yang berjiwa zuhud, alim dan tawaduk. Inilah rahsia pemerintahan raja raja Islam yang zuhud dan tawaduk zaman silam seperti dalam artikel saya terdahulu di ciri-sultan-pemerintah-islam-sebenarnya
Sebagai mengikut perkembangan zaman dan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia, maka pemerintahan sesebuah negeri sekarang memerlukan Menteri Besar "menasehati" Raja Raja Melayu Islam di bumi Jawi ini. Alhamdulillah Kelantan mempunyai Sultan Muhammad V yang zuhud, alim dan berjiwa rakyat. Bagaimanapon apakah memanda menterinya mengikut wasiat ketua Tok Wali 7 Tanah Melayu Syeikh Jamaluddin Al Kubra dan Tok Wali Syed Kadok/ Syed Kuning Kelantan dan menyanjung tinggi Kitab Kuning ugama yang menjadi panduan Tok Guru Pondok Islam Ahlul Sunah Wal Jamaah (ASWJ) berkurun kurun lamnya di bumi Jawi ini? Baca semula artikel kuasa-tiang-kepada-cita-cita- PAS dan masehkan waris mereka mengikuti fikrah Islam ASWJ atau sudah berubah mengikut pergerakan reformasi ugama ala Golongan Muda a.k.a Wahhabi seperti yang dinyatakan dalam artikel tersebut . Rujuk juga reformasi Nik Aziz mewahabikan Kelantan dan Malaysia di Reformasi Golongan Muda/ Wahhabi di Malaysia
Wajarkah "pemerintah Kelantan" sekarang yang terlalu berpihak kepada fikrah Wahhabi mendapatkannya? Wajarkah 40 orang tok guru pondok dibawa masuk campor dalam hal ini?
Raja dan pemerintah yang memerintah negeri dengan adil, zuhud dan tawaduk akan menyebabkankan negeri tersebut aman dan mendapat keredhaan Allah- dan kekayaan negeri melimpah ruah kerana Allah mengizinkan rezeki dinikmati oleh hambaNya yang berhak. Itulah rahsia keberkatan sesebuah negeri!.
Di Mekah berkerusi roda, tiba di Malaysia boleh berdiri dan berjalan - gambar di KLIA |
Rujukan
http://anakbukitgantang.blogspot.com/2010/11/ciri-sultan-pemerintah-islam-sebenarnya.html
http://anakbukitgantang.blogspot.com/2010/04/minyak-di-brunei-kesah-teladan-untuk.html
http://anakbukitgantang.blogspot.com/2010/08/tongkat-dari-terengganu-ke-brunei.html
http://www.docstoc.com/
· Bangsa Melayu Mengikut Ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah
· Tok Ayah Zid Kedai Lalat
· Kuasa Tiang Kepada Cita-Cita
· 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
· Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
· Jom Kenali Dr Maza & Co
· Ahlul Bait Yang Dicerca
http://www.4shared.com/
· Rasulullah Budak Kampung
· Maulid Tandingi Krismas
· Sifat 20 Tidak Wajib (Nik Aziz)
· Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 1)
· Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 2)
· Asma’ Wa Sifat (Hadi Awang)
· Sifat 20 – Dr Mohd Asri al-Wahabbi
· Sifat 20 – Rasul Dahri al-Wahabbi
· Sifat 20 – Fathul Bari al-Wahabbi
http://www.youtube.com/watch?v=HiXEWhJ_7gY
http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2009/12/1_2714.html
http://arifomar.blogspot.com/2010/09/munajat-di-mekah-biar-betul-yop-yb.html
http://penembak-tepat.blogspot.com/2010/11/gambar-nik-aziz-berkerusi-roda-dalam.html
No comments:
Post a Comment
Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras