Kongsi Ilmu

Friday, November 26, 2010

UiTM-benteng IPTA Melayu Islam terakhir

Menjunjung kaseh di atas titah Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan mengenai UiTM. Teks titah baginda dan komen penulis  di rujuk di bawah;

Warga UiTM perlu elak perpecahan - Tuanku Mizan



SHAH ALAM 25 Nov. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengingatkan warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) agar sentiasa bekerjasama dan mengelakkan perpecahan sesama sendiri.(Catatan Penulis- sila semak sama ada VC Sahol Hamid tidak memulakan perpecahan dengan mengagungkan kumpulan yang berpaksi politik dan pro MB Khalid Ibrahim dan menamatkan kontrak / mengetepikan dekan dan pensyarah yang setia pada Kerajaan yang memerintah dan negara . Siasat juga  kakitangan bukan Bumi yang bekerja di jabatan sensitif seperti Pusat Kajian Melayu dan mengkaji sosio-politik parti Melayu Islam , sebab kemungkinan maklumat itu disampaikan ke tangan musuh negara)


Seri Paduka bertitah, mereka juga perlu memahami dasar dan pendekatan universiti agar sama-sama dapat memainkan peranan dan menyokong hala tuju UiTM.


"Beta percaya setiap individu itu mempunyai kekuatan atau keistimewaan tersendiri yang boleh membantu penambahbaikan universiti ini. Pihak pengurusan pula perlulah mengenal pasti kekuatan-kekuatan individu itu.


"Berusahalah untuk mendapatkan yang terbaik daripada modal insan tersebut," titah Seri Paduka yang juga Canselor UiTM pada sidang pertama Istiadat Konvokesyen Ke-73 UiTM di sini hari ini.
Hadir mengiringi Seri Paduka ialah Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan Naib Canselor UiTM, Prof Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.(Catatan Penulis-sila siasat juga VC Sahol Hamid  ini sama ada lawatan kerap luar negara terutama ke Jerman ini tiada kaitannya dengan usaha "meliberalisasi" pengajian UiTM kepada bangsa lain. Juga siasat pecahan terperinci kemasukan "pelajar dari Sabah dan Sarawak yang Bukan Bumiputera" ke dalam kampus UiTM untuk double check sama ada "visi" MB Selangor Khalid Ibrahim membuka/meliberalisasikan  UiTM kepada bangsa lain dah berjaya. Sebenarnya inilah punca perpecahan di UiTM!)

Pada sidang hari ini Tuanku Mizan berkenan menyampaikan ijazah kepada 12 graduan Doktor Falsafah (PhD) dan 622 graduan Sarjana.


Seri Paduka turut menganugerahkan Ijazah Kehormat Kejuruteraan Mekanikal kepada Prof. Datuk Dr. Mansor Salleh dan Ijazah Kehormat Dr. Kejuruteraan Elektrik kepada Datuk Ir. Dr. Ahmad Zaidee Laidin.


Sementara itu, Sahol Hamid berkata, UiTM sedang berusaha memperkemaskan strategi sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran menambah bilangan pelajar kepada 250,000 orang tanpa mengurangkan kualiti akademiknya.

Menurutnya, antara strategi yang sedang diusahakan adalah memperkasakan kampus-kampus cawangan di seluruh negara menjadi universiti yang berautonomi sendiri.


Beliau berkata, dengan perkembangan itu, kampus induk di sini akan memberi tumpuan lebih kepada penyelidikan dan pengajian di peringkat sarjana dan PhD.


"Langkah-langkah awal telah diambil dan kesannya kita dapat lihat pada hari ini di mana bilangan graduan di peringkat sarjana dan PhD kian meningkat," katanya.

P/S Tuan Haji Ab.Rahim Mohd Noor (KSU Kementerian Pengajian Tinggi) - tugas Tuan Haji dah bermula.

1 comment:

  1. Macam mana nak check tuan?? saya tahun ini begelar pelajar uitm...

    Ramai pelajar mendapat inspirasi dripd VC uitm...

    ReplyDelete

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras