Sejarah UMNO takkan lupa pemimpin jantan. Jantan di sini merujuk kepada pemimpin yang tegas dan berani memperjuangkan hak hak orang melayu Islam iaitu kaum MAJORITI dan POPULASI TERAMAI dalam Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Senarai pemimpin "jantan" UMNO ialah
1-Dato Onn Jaafar
2- Dato Harun Idris
3-King Ghazz (Ghazali Shafie)
4-Dato Syed Albar
5- Tun Abdul Razak
6- Tun Dr Ismail
Sementara tokoh kontemporari pula ialah
7- Tun Dr Mahathir Mohamad
8- Dato Syed Hamid Albar
Dalam senarai itu hanya seorang sahaja yang mewarisi perjuangan ayahandanya iaitu Dato Syed Hamid Albar
Hasrat akar umbi adalah untuk pemimpin UMNO jadi jantan dan memperjuangkan hak yang termaktub dalam Perlembagaan bukannya bersifat apolegetik. Jadi jantan tak semestinya mengabaikan hak kaum lain kerana UMNO berjuang membela nasib bangsa Melayu dan memartabatkan agama Islam
Alhamdulillah Tan Sri Muhyidin Yassin dapat membaca mesej tersebut. Petikan akhbar dibawah untuk renungan
............................................................
UMNO tidak perlu apologetik
KUALA LUMPUR 19 Okt. - Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, parti itu tidak perlu apologetik apabila memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu dan bumiputera.
Meluahkan demikian ketika merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Putera UMNO 2010 di sini malam ini, beliau berkata, sejarah menjadi saksi apabila UMNO memimpin, bukan sahaja orang Melayu mendapat nikmat malah semua kaum beroleh manfaat.
Dalam ucapan bertajuk 'Menjulang Perjuangan, Mengisi Harapan' itu, beliau mengingatkan bahawa politik berasaskan kaum yang diamalkan oleh UMNO bukanlah satu bentuk politik perkauman atau politik rasis.
Dalam soal ini, beliau menarik perhatian bahawa parti yang mendakwa tidak berasaskan kaum, boleh jadi amat rasis jika ia zalim kepada kaum lain.
''Kita tidak perlu apologetik untuk mempertahankan identiti bangsa Melayu, bangga menjadi seorang Melayu, menjunjung adab dan tatasusila Melayu, mempertahankan warisan budaya Melayu selagi mana kita berlaku adil kepada semua.
''Hakikatnya, sepanjang sejarah perjuangan UMNO, parti keramat orang Melayu ini tidak pernah menjadi parti yang rasis. Politik rasis bermaksud kita hanya mengutamakan kepentingan kaum sendiri dan menzalimi kaum-kaum lain,'' kata beliau.
Lebih 2,000 perwakilan tiga sayap parti tersebut menghadiri perhimpunan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra itu.
Muhyiddin berkata, sejarah 53 tahun UMNO menerajui negara sarat dengan bukti-bukti kejayaan.
Dari segi pembangunan ekonomi, Malaysia bangkit daripada sebuah negara bekas jajahan yang berteraskan ekonomi pertanian untuk berdiri megah sebagai negara perindustrian yang berkembang pesat.
Berkat kegigihan dan wawasan jauh kepimpinan UMNO, kata beliau, Malaysia berjaya mengatasi kemiskinan tegar dan mewujudkan golongan kelas menengah yang besar.
Kata Muhyiddin, UMNO juga berjaya mengekalkan kestabilan politik dan keharmonian kaum di Malaysia yang mana di beberapa buah negara majmuk lain, konflik mudah meletus dan berakhir dengan pertumpahan darah.
''Namun Alhamdulillah, berkat kebijaksanaan pimpinan UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dalam mengurus perbezaan, kita telah menerima perbezaan ras, budaya dan agama sebagai sumber kekuatan. Bukankah ini satu kejayaan?
''Pencapaian ini bukanlah ibarat 'yang pipis datang melayang, yang bulat datang bergolek. Ia hasil kesediaan UMNO untuk menerima taklif kepimpinan negara sebagai satu pertanggungjawaban yang besar,'' kata beliau.
Atas dasar ini, kata Muhyiddin, UMNO sejak awal lagi memilih landasan perjuangan perjuangan sebagai parti nasionalis Melayu yang inklusif.
Kata beliau: ''UMNO menerima hakikat kepelbagaian ras sebagai sesuatu yang fitrah dan sahih.
''UMNO mengakui bahawa dalam sebuah negara majmuk, kerukunan hidup hanya boleh dicapai sekiranya semua kaum mendapat jaminan hak yang sah dan berpeluang mengecap nikmat kemakmuran secara adil.
''Justeru itu, UMNO berjuang membela nasib bangsa Melayu dan memartabatkan agama Islam tanpa mengabaikan hak dan kepentingan kaum lain.''
7 comments:
yang cium keris tu bukan jantan ke????
yang jadi menantu bekas pm tu juga bukan jantan lah ya!..
kalu bukan jantan...siapa mereka ini?
nak didik anak2 lelaki aku jadi jantan dari sekarang...bolih jadi pemimpin umno yang benar2 jantan dimasa hadapan.
itu pun jika sempat jadi pemimpin.
jangan2 dari awal dah kena tendang keluar dari umno.
kerana aku tak ada harta dan kekayaan untuk membeli undi dalam pemilihan.
ramai sebenarnya pemimpin2 muda dalam umno yang berkalibar cuma mereka tidak berpeluang untuk kehadapan sebab telah dicantas..sbb itu yang ada walaupun jantan tapi lembik...
Datuk Hisham yang lembik telah mewariskan kelembikan beliau pada Pemuda,maka Pemuda dibawah Khairy yang kononnya lantang sebenarnya tiada halatuju dan buat2 keras tp sebenarnya memamg lembik..begitu juga puteri tidak kuat spt zaman datuk Azlina..puteri yg ada alahai lembut bebenor..dimana silapnya adakah perwakilan membuat kesilapan atau memang sengaja disilapkan..SENTIASA MENUNGGU UMNO BANGKIT KEMBALI MENJADI KUAT DAN BERKUASA DIMANA MENJADI PAYUNG TERMPAT ORANG MELAYU BERLINDUNG....
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Penyiaran rancangan televisyen ekstremis Al-Safa dan Al-Wisal dalam Nil Sat dihentikan.
Berasaskan laporan ini, penyelia saluran TV al-Wafa ketika diwawancara bersama surat khabar Kuwait 'Al-Watan' memaklumkan, "Sehingga kini sebab musabab masalah ini tidak diketahui".
Penyiaran rancangan penuh dengan fitnah melalui saluran TV ini menghadapi kritikan keras secara meluas daripada ulama-ulama Islam sehinggalah Syaikh al-Azhar Dr Ahmad Tayyib kelmarin turut mengkritik rancangan ini dan menganggap pengkafiran terhadap Syiah membuka jurang di dunia Islam.
Syaikh al-Azhar menegaskan beliau solat di belakang Syiah dan memaklumkan kesediaannya melawat Najaf.
Suatu waktu, ada lelucun mengatakan Azalina sepatutnya jd ketua pemuda & Hishamudin jadi ketua puteri..(^^,)
Khairi yg dulunya menyinar skrg agaknya dah kena sumpahan Sang Kelembai..
Lihatlah perbahasan perwakilan umno skrg-benar spt kata Khairi--sindrom sate--mencucuk, mengapi & mengipas..
rahimi..mcm mana agaknya nak keraskan jantan2 yang lembik ini?,pak cik,betul si Khairy dah kena sumpah sang kelembai jika mandi air sungai tujuh gunung pun tak elok sebab sumpahan tu dia mintak..padan muka kau labu..
salam mata mata,jantan2 yg lembik mana boleh nak keraskan,campakkan aje cari jantan ganteng yg boleh buat kerja dan tahu sebab apa dia kena buat kerja..jgn cakap aje mcm ucapan Khairy semalam..fuh naik bulu roma tp jangan ckp aje lepas itu senyap tahun depan ulang balik benda yg sama...berucap berucap dan terus berucap begitulah seterusnya...
isu utama seperti yang dikatakan dalam artikel lepas dan yang ini ialah perjuangan parti politik sekarang dah jadi perjuangan untuk orang yang ada 1- sumber wang sendiri atau di sponsor 2- opportunist
oleh itu mereka yang miskin dan tak punya sumber wang atau mampu disponsor akan diketepikan
saringan awal peringkat begini hanya akan melahirkan pemimpin yang keras wang tapi lembik, tiada jatidir sebab tiada merasai kesusahan dan hanya bertuankan sponsor sahaja
inilah yang terjadi di Barat sekarang di mana calom president Amerika Syarikatkan berharap pada sponsorship dan siapakah konglomerat yang sponsor mereka? Yang berkepentingan
Itu sebab suara mereka juga berkepentinagn hanya untuk sebelah pihak kerana kuasa undi telah dibeli
semoga Malaysia selamat dari fenomena ini
Post a Comment