Bukan KJ yang beri penerangan bersahaja dalam loghat Nogori tentang harga barang naik tapi MB Nogori Mohamad Hassan. KJ pula sibuk berposing sakan di pasar Selayang mengambil alih tugas kementerian Hasan Malek.
DS Mohamad Hassan seorang tokoh korporat terkenal sebelum jadi MB. Dia memberikan penerangan yang baik tentang bagaimana penarekan subsidi kerajaan bagi mengurangkan beban kewangan tidak membebankan rakyat termiskin. Penarekan subsidi tersebut untuk syarikat besar dan orang susah tak terlibat. Bantuan BR1M kepada rakyat susah ditingkatkan jumlah dan jelas menunjukkan kerajaan beri priority kepada orang susah.
MB Nogori juga sempat pesan tentang tabiat rakyat Negara ini yang tak kesah membelanjakan lebih banyak wang dalam bentuk sms setiap hari tapi sangat berkira pada tambahan gula sebanyak 20 sen sekilo yang tahan sebulan lebih. Perbandingan yang dibuatnya membuatkan orang terfikir mentality rakyat Negara ini yang terlalu bergantung kepada subsidi.
Macam inilah pemimpin yang kita mahu. MB Nogori juga pernah beri tazkirah di DUN Nogori atas ADUN PAS yang liberal. MB Mohamad Hassan menunjukkan kriteria pemimpin yang diperlukan Negara iaitu professional dan berilmu ugama dan paling penting beliau bertarekat -sahih seorang berakidah Islam ASWJ!
Warihh den tu...
ReplyDelete