Kongsi Ilmu

Saturday, July 13, 2013

candi di Lembah Bujang mengadap kiblat?

Benarkan Kembah Bujang itu tapak candi? Atau benarkan memang terdapat dan juga masjid di sana? Lembah Bujang ialah tapak pelabuhan antarabangsa di zamannya dan juga tapak Kerajaan Kedah Tua.
 
Nama Lembah Bujang adalah merujuk kepada perkataan Sanskrit iaitu nama pangkal "Bujang" atau "Bhujangga" yang bermaksud ular atau naga yang melambangkan kemakmuran sesuatu tempat. Kemakmuran Lembah Bujang telah menarik minat ramai pedagang, terutama daripada India, China dan Arab untuk singgah di sini. Manakala perkataan "Bhujangga" diambil daripada perkataan asal iaitu "Phujangga" yang membawa maksud golongan cerdik pandai atau "Brahmin" di dalam sistem kasta Hindu. Dengan erti kata lain, nama Lembah Bujang diambil daripada perkataan Sanskrit yang mempunyai pengaruh Hindu - Buddha
 
Hasil tinjauan 2 rakan saya iaitu Puan Herleny yang sedang membuat PhD dalam Seni Mihrab serta Radzie Sapiee penulis blog Merah Silu saya bawakan di sini.
 
 
Mihrab berada di ruang paling hadapan (Gambar Kiri). Runtuhan kubah di dapati dalam gambar sebelah kanan (Gambar Kanan)
 
Gambar kiri  menunjukkan Mihrab rumah Rasulullah SAW . Gambar kanan menunjukkan saiz ruang mihrab di Lembah Bujang yang hampir sama saiz dengan mihrab Rasulullah SAW dan mihrab tradisional lainnya di sebelah kiri
 
Benarkah mihrab mengadap kiblat?
 
Saya bawakan tulisan Radzi Sapiee untuk renungan pembaca
 
 
Lembah Bujang di Merbok di dalam google map
 
Melalui Google Earth kita boleh melihat ia menghadap pada sudut 323.48 darjah jika diukur menurut arah jam bermula dari paksi utara
 
 
 
Sekarang kita tarik garisan itu jauh hingga ke separuh bumi. Mak ooiii... jauh betul dari Semenanjung Arab. Dari utara India dah lepas ke atas Laut Kaspian masuk ke Eropah hingga ke United Kingdom hampir ke London. Candi ni menghadap ke Stonehenge ke hapa
 

Cuba kita tarikh garis yang sama hingga ke Mekah.

Nah. Sudut yang menghadap kiblat adalah lebih kurang 291.39 darjah. Ada perbezaan 32.09 darjah berbanding arah yang dihadap oleh candi di Lembah Bujang. Kesimpulannya, candi di Lembah Bujang tidak menghadap kiblat di Kaabah. Nak menghadap kiblat lama di Baitul Muqaddis atau Jerusalem pun bukan kerana sudutnya adalah pada 302.31 darjah.......tapi tunggu dulu.....(bersambung)
 

2 comments:

  1. Candi Borobudur peninggalan Nabi Sulaiman

    ReplyDelete
  2. Candi Borobudurlah kiblat tepat2 ke arah kaabah klu di kaabah dari batu hajar aswad..

    ReplyDelete

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras