Kongsi Ilmu

Thursday, July 11, 2013

Rahsia Buruj Bintang Orion





  Anak panah menunjukkan arah kiblat

Bintang Orion digunakan oleh pelayar dan pengembara Islam zaman dulu untuk menentukan arah kiblat.


Buruj  Orion (Al-Babadur) dapat dikesan melalui 3 bintang yang kedudukannnya berderetan. Tiga bintang berderetan dalam buruj ini iaitu Mintaka (δ Orionis), al-Nilam (ε Orionis) dan al-Nitak (ξ Orionis) boleh digunakan sebagai panduan arah kiblat. Buruj Orionakan berada di langit Malaysia ketika waktu Subuh pada bulan Julai dan kelihatan tinggi di langit pada waktu tengah malam pada bulan Disember. Pada bulan Mac dan mana yang berhampiran dengannya, buruj Orion akan berada di tengah-tengah langit ketika waktu maghrib. Arah kiblat boleh diketahui dengan mengunjurkan arah bintang tiga berderet berkenaan ke arah barat.
 
 
Kini diketahui juga bahawa 3 pyramid di Mesir juga menunjukkan kedudukan bintang Orion pada masa yang sesuai. Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat. Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid? Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit. Sesunguhnya Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.
 
Benarkan pyramid hanya ditemui di Mesir dan Mexico sahaja? Kini telah terdapat bukti bahawa wujudnya pyramid di Gunung Padang dan Lalakon di Indonesia. Apakah rahsia purba yang disimpan di pentas Sunda yang dulunya sebuah benua bernama Sundaland? Siapakah pula manusia misteri yang berperadaban tinggi tersebut? Kenapa dan apakah kaitan dapatan ilmiah yang mengaitkan manusia Melayu dengan manusia di Madagascar, kaum Degar dan Empayar Champa  di Vietnam, Pattani di Thailand, Melayu di Myamar, kaum Inu di Jepun dan kaum Aztech di Amerika Selatan?



5 comments:

  1. Betul ke piramid tu menuju tepat mengadap kiblat. Cuba cek kat google map, rasanya tak melintang mengadap Mekah. Tapi nampak macam ke Madinah.

    ReplyDelete
  2. Salamualaikum,

    Tiga barisan lurus bintang2 orion atau dikenali sebagai orion's belt (Al-Laat, Al-uzza dan Manaat) menunjuk kepada bintang syikra atau sirius.

    Bintang sirius adalah 2 buah bintang yang berputar sesama sendiri dalam lengkungan busar. Mereka seperti menari mengikut orbit 2 hujung busar dan bertindas setiap 49.9 tahun.

    Apakah yang terdapat disana?

    Planet2 yang menyerupai bumi dan kehidupan makhluk yang pelbagai rupa. Manusia juga boleh hidup di dunia sana. Makhluk2 di sana juga menyembah Allah swt.

    Buktinya?

    Surah AnNajm ayat2 1-20 dan 49.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  3. Salamualaikum,

    Tiga barisan lurus bintang2 orion atau dikenali sebagai orion's belt (Al-Laat, Al-uzza dan Manaat) menunjuk kepada bintang syikra atau sirius.

    Bintang sirius adalah 2 buah bintang yang berputar sesama sendiri dalam lengkungan busar. Mereka seperti menari mengikut orbit 2 hujung busar dan bertindas setiap 49.9 tahun.

    Apakah yang terdapat disana?

    Planet2 yang menyerupai bumi dan kehidupan makhluk yang pelbagai rupa. Manusia juga boleh hidup di dunia sana. Makhluk2 di sana juga menyembah Allah swt.

    Buktinya?

    Surah AnNajm ayat2 1-20 dan 49.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  4. terima kaseh An Nisbah, mmg bintang Sirius ini mempunyai rahsia yg besar...apa ya?

    ReplyDelete
  5. Anon @12.14 am

    Jika ikut dapatan kajian rakan yg mengkaji Lembah Bujang terdaoat Mihrab di sana

    Namun setelah berzaman dan berlaku pergeseran kepada palt tektonik Sunda di sini , arah kiblat tersebut lari sikit dari Makkah

    Teori yg sama mungkin berlaku di amna akibat pergeseran plat tektonik di Bumi Arab dan Afrika , arah kiblat lari sedikit-wallahualam

    ReplyDelete

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras