Kongsi Ilmu

Monday, January 30, 2012

Apa ada di Bukit Gantang?

Bukit Gantang adalah kubu terakhir tentera Perak yang bertahan dari serangan tentera Thai. pada tahun 1821  Kedah sudah jatuh ke tangan Thai.  Syed Alang Alauddin (Nai Lang) , merangkap Raja Ligor adalah  Panglima Bukit Gantang waktu itu. Panglima Bukit Gantang berkubu di Bukit Gantang dan berjaya mematahkan serangan Thai.

"During the attacked on Kedah by invading Rama II forces in 1821, Nai Lang was the Raja of Bukit Gantang. He tentatively blocked the invading thai armies with his armies of elephants and well armed men at Durian Burong."history-of-datuk-panglima-bukit-gantang

Dalam buku A History Of The State Of Perak” oleh Winsted ada tercatat Sultan Mudzafar Syah melantik putera raja dari Kedah, tak lain dan tak bukan ialah Syed Alang Alauddin, anakandanya sendiri menjadi Bendahara (atau Raja Muda). Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin @ Nai Lang adalah anak sulong dari 5 bersaudara iaitu Megat Terwis, Megat Shuib, Megat Manja dan Megat Iskandar. Baginda telah dikahwinkan dengan puteri Mahararaja China Manchu yang beragama Islam sejarah-datok-panglima-bukit-gantang


Kawasan Bukit Gantang yang berbukit dan sejuk menyebabkan Bukit Gantang menjadi pilihan untuk para sufi bersuluk. Selepas bersuluk mereka ini mendirikan pondok pondok ugama dan berdakwah . Sebab itu di sekitar Bukit Gantang banyak pondok pengajian ugama.

Begitu besar peranan dan jasa Panglima Bukit Gantang sehingga keturunannya  yang terkemudian- Panglima Bukit Gantang -adalah antara 6 orang wakil pemimpin tempatan  yang bermesyuarat dan menderaf Perlembagaan UMNO dan seterusnya menjadi salah satu tenaga di sebalik kemerdekaaan Malaya UMNO dan Panglima Bukit-Gantang.


Bukit Gantang sudah sinonim dengan mempertahankan kedaulatan negara dan ugama Islam. Malangnya  Bukit Gantang "jatuh" semasa PRK Bukit Gantang di tangan proksi DAP iaitu Nizar Jamaluddin (dari PAS)

Mungkin sebab itu ceramah Hassan Ali yang di"jatuhkan" kerana mempertahankan Islam dan kedaulatan bangsa Melayu di Bukit Gantang satu petanda Islam akan bangkit....... tapi bukan bersama PAS.

Sudah tiba masanya Hassan Ali, bersama MP BEBAS yang lain seperti Zulkifli Nordin, Ibrahim Ali membentuk third force yang mesra kepada UMNO, iaitu parti dominan Melayu Islam dan MASIH memerintah negara ini - saya berpedapat untuk ugama Islam dan umat Melayu Islam BERSATU perlu ada MP  BEBAS yang menjadi pendesak ke atas isu umat Islam (seperti gerakan anti MURTAD, dan menjadi  Check and Balance kepada UMNO tapi pada masa yang sama TIDAK MELEMAHKAN penyatuan ummah Islam.



ceramah Hassan Ali di Bukit Gantang
PAS telah GAGAL menjadi Check and balance yang baik-malah ketamakan PAS merebut kuasa dengan dakyah politik menyalahkan UMNO dalam semua hal tapi PAS sendiri terbukti tak mampu mentadbir negeri apatahlagi medaulatkan Islam dalam beberapa isu nasional seperti Kafir masuk masjid- penggunaan kalimah Allah yang menjadi Gateway kepada Gerakan Murtad Umat Islam malah GAGAL  melaksanakan kawalan penjualan arak dan rumah urut seperti yang dibuat oleh UMNO menyebabkan kedaulatan ugama Islam terancam dan ketuanan Melayu semakin mengikis.

Malah artikel saya terdahulu mengenai virus dalam PAS boleh disifatkan sebagai PAS hari ini telah 100 peratus diserapi musuh Islam yang memasang proksinya dalam kepimpinan tertinggi PAS tanda-tanda-pas-musnah

Sesungguhnya pemecatan Hassan Ali ada hikmahnya- iaitu umat Islam diminta BERSATU .....UMNO dan BEBAS perlu BERSATU supaya umat Islam kembali kuat dan kedaulatan ugama Islam kembali menyirna.

Bagaimana dengan PAS? Pedulikan PAS kerana PAS sudah musnah kerana ketamakan pemimpinnya mengejar syurga duniawi dan merosakkan akidah ummah melalui Wahhabi, Syiah dan Liberalisasi ugama -dan merosakkan ukhuwah sesama umat Islam sehingga kita diancam pupus di negara yang menobatkan Islam sebagai ugama rasminya sendiri.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras