Kongsi Ilmu

Friday, August 26, 2011

Perbedaan antara orang yang beriman dan berilmu ugama

Assalamualaikum dan Bismillah Hir Rahman Nir Rahim,

Iman bukan dipakai dibaju dan ditunjukkan di luaran sahaja, tetapi diamalkan di dalam hati dan setiap kata dan perbuatannya. Maka setiap perbuatan dan tuturkata seorang yang beriman sentiasa dijaga agar tidak mengkasari dan menyakiti orang disekelilingnya.

Habib berpesan lagi jika ada  2 majlis maka majlis yang wajar diikuti ialah majlis di mana orang orangnya berhemah dan berkaseh sayang antara satu sama lain. Begitu juga dalam hidup ini jika seseorang berserban dan berjubah atau berjilbab belum tentu tahap keimanannya tinggi jika dia atau kumpulan atau paksi politiknya mencaci dan memaki lawannya kerana perbedaan fahaman politik.

Malah syarah ini juga sebagai iktibar dan teguran kepada mereka yang mengaku Islam atau mewakili " party untuk orang Islam"  tapi tidak menunjukkan sifat dan nilai Islam dengan mengganas dan menjerit jerit di jalanan. Bukankah Islam mengutamakan musyawarah dan menghormati ulil amri (pemerintah yang berugama Islam yakni Sultan di peringkat negeri dan YDP Agong di Malaysia)


Semoga kita mengambil iktibar dan mendapat manfaat dari syarah Habib



2 comments:

  1. KATA GURU SAYA. NAK KENAL ORANG BERILMU DENGAR KATA-KATANYA KERANA KATA-KATA ORANG BERILMU PENUH BIJAKSANA DAN HIKMAH. NAK KENAL ORANG BERIMAN LIHAT AKHLAKNYA KERANA AKHLAK ORANG BERIMAN PENUH TAWADHUK DAN INDAH AKHLAKNYA.

    ReplyDelete
  2. Assalam Bro

    Nak kenal orang yang ilmu dan keimanan kurang kat Malaysia ni senang aje... tu yang suka berdemo dan menyusahkan orang lain... yang suka maki hamun orang dan dia aje betul dan orang lain salah... Kerja no wahi menipu rakyat tu yang menganut parti PAS dan puak pembangkang yang macam longkang...

    ReplyDelete

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras