Hukum Dan Arahan Di Atas Tidak Menyelesaikan Masaalah Bahkan Menambahkan Lagi Kemelut Akibat Dengar Cakap Orang Wahhabi Jahil.
__________________
Majlis Fatwa Pulau Pinang telah mengHARAMkan dan meLARANG seluruh masjid dari membaca Al-Quran dengan menggunakan pembesar suara sebelum subuh. Apabila dilihat hujjahnya amat dangkal dan tidak tepat. Mungkin terdapat Radzi Wahhabi yang menguti-gutip hukum hanya dari internet lalu dijadikan rujukan ahli fatwa dan menyebarkannya tanpa tapisan dan kajian rapi menyeluruh. Inilah padahnya bila ada sekor dua pencinta Wahhabi dalam satu-satu majlis yang mengistinbatkan hukum. Punah ranah semua. Kemudian mereka berhubung dan ber SMS sesama mereka agar masing-masing menyuarakan persetujuan fatwa yang dikeluarkan sedangkan ia tidak tepat dan menyalahi konsep fatwa itu iaitu ia bukan hanya untuk menghukum tetapi lebih kepada menyelesaikan masaalah ummah dengan baik dan harmoni.
Isu ini kelihatan ada sesetengah mereka lebih menjaga hati orang-orang yang bukan Islam dan mereka yang memusuhi Islam tanpa memberi panduan bernas untuk menyelesaikan masaalah ini. Akhirnya umat Islam yang jadi mangsa termasuk pak bilal, imam dan penduduk Islam bertelagah.
Setelah melihat ada pihak beri-ria sangat menolak bacaan Quran sebelum subuh dengan menggunakan pembesar suara maka disini saya (Abu Syafiq) ingin sarankan kepada Majlis Fatwa Pulau Pinang dan Jabatan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang akan beberapa perkara berkaitan;
1- Tukarkan bacaan Al-Quran sebelum Subuh yang menggunakan pembesar suara itu dengan Azan Pertama sebelum Subuh dengan menggunakan pembesar suara
a- Azan pertama itu usahlah disebut "As-solatu Khairum Minan Naum" lagi, memadai ia dilaungankan seperti biasa sahaja. Ia bertujuan memberi peringatan kepada umat agar siap bersedia bahawa Subuh sudah makin hampir maka bolehlah umat Islam bersedia apa-apa yang patut, jika seseorang itu sedang solat maka bolehlah dia melakukan witir, jika sedang tidur maka bolehlah dia bangun atau jika berpuasa pada esoknya maka bolehlah dia bersedia untuk sahur.
Maka Azan pertama tersebut (sebelum masuk subuh) itu adalah lebih bertujuan memberi peringatan untuk bersedia apa-apa yang patut sebelum masuk waktu fajar sodik/subuh.
b- Kemudian apabila tiba waktu subuh barulah dilaungkan azan kedua iaitu Azan Subuh yang lengkap dengan lafaz "As-solatu Khairum Minan Naum" bagi memastikan sememangnya subuh telah masuk bermula pada azan kedua tadi.
Pada zaman Nabi Muhammad telahpun terdapat seruan atau azan sebelum azan subuh untuk memberi peringatan kepada ummat agar bersedia sebelum masuk waktu subuh.
Rasulullah bersabda yang bermaksud : " Usahlah kamu semua tidak bersahur kerana mendengar azan Bilal, sesungguhnya dia menyeru atau azan pada malam (sebelum subuh) adalah bertujuan mengembalikan orang-orang yang qiyam dikalangan kamu dan mengejutkan orang-orang yang tidur". Riwayat Muslim dan selainnya kecuali Tirmizi.
Dalam sahih Al-Bukhari diriwayatkan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud: " Sesungguhnya Bilal melaungkan azan pada malam (sebelum subuh) maka makanlah dan minumlah kamu semua sehingga mendengar pula azan Ibn Ummu Maktum". Imam Ibnu Hajar apabila mensyarahkan hadith ini beliau menyebut : Hadith ini adalah dalil ke atas keharusan seruan azan sebelum subuh.
Dua hadith di atas merupakan dalil yang jelas wujudnya seruan yang dilaungkan sebelum subuh didengari umum sebelum waktu subuh. 1 seruan azan dilaungkan secara kuat beberapa minit sebelum subuh dan yang ke 2 pula seruan azan subuh yang menunjukkan telah pun masuk waktu subuh.. Dalam Mazhab Syafie juga menyebut tentang keharusan seruan azan sebelum subuh ini begitu juga mazhab-mazhab Islam lain (Rujuk Bulughul Maram).
Dengan mengantikan bacaan ayat Al-Quran beberapa minit sebelum waktu subuh dengan azan pertama dilaungkan sebelum subuh (ia adalah SUNNAH) maka kita dapat menyelesaikan masaalah ranting ini dan kita dapat tahu siapakah yang sebenarnya mempunyai penyakit jahat mempergunakan sebahagian nas demi kepentingan tertentu bertopengkan secara jahat nama Islam atau Salaf. Laknat Allah ke atas Yahudi yang bersungguh-sungguh merosakkan Islam dari dalam mempergunakan pelbagai nama yang nampak cantik.
Sebenarnya seruan atau sebutan dan bacaan yang lain dilaungkan secara kuat sebelum azan subuh memang berlaku pada zaman para pemimpin terhebat seperti pada zaman Sultan Salahuddin Al-Ayyubi. Beliau pernah memerintah agar setiap masjid melaungkan perkataan tauhid antaranya ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT sebelum azan subuh dimenara-menara masjid . Dengan itu kita lihat akhirnya kebanyakan akidah umat Islam ketika itu menjadi mantap sehingga pada zaman beliau Palestin dan Masjid Al-Aqsa dapat ditawan oleh umat Islam (Rujuk Tobaqot Syafi'yyah Al-Kubra).
2- Bacaan atau seruan menggunakan pembesar suara yang dilaungkan sebelum subuh itu (samaada azan pertama dan ia lebih baik atau bacaan doa atau selainnya) hendaklah tidak terlalu kuat sangat dan ia boleh dikumandangkan 10 atau 15 minit sebelum azan subuh/masuk waktu subuh untuk kebaikan yang besar juga bagi mengelakkan kemudaratan tidak menunaikan subuh oleh sebahagian umat Islam dek terlewat. Dengan ada peringatan awal yang didengarkan itu maka kemudaratan meninggalkan solat subuh itu mungkin boleh dielakkan.
3- Saya juga menyarankan kepada Majlis Fatwa Pulau Pinang agar berhati-hati ketika memberi apa-apa hukum jangan sampai ia diperkotak-katikkan oleh sebahagian insan yang mempunyai kepentingan tersendiri. Elakkan dari mengambil mereka yang berfahaman Wahhabi kerana kemudaratan yang terbit dari wahhabi ini mengalahkan / mengatasi kemanfaatan (jika ada) dan perbanyakkan perbincangan dengan ahli masjid dan penduduk setempat kerana tujuan kita bukan menghukum tetapi menyelesaikan masaalah yang timbul.
Ustaz Abu Syafiq http://abu-syafiq.blogspot.com/2011/08/isu-baca-quran-sebelum-subuh-tukar.html
Wassalam.
15 Ramadhan 1432H. Jam 5.00pagi time sahur. Shah Alam
Ustaz Abu Syafiq 019-3801979
Disebarkan oleh : Tuan Rumah at 3:13 AM
No comments:
Post a Comment
Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras