Bismillah hirrahman nirrahim. Tidak akan terjadinya sesuatu perkara tanpa kehendak dan keizinan Allah SWT. Kita merancang tapi Allah Maha Perancang. Itulah hakikat yang wajib diterima oleh golongan yang beriman kepada agama Allah.
Diringkaskan cerita, saya menyertai Grup Road To PutraJaya (RTPJ), sebuah kumpulan sosial FB kerana mempunyai matlamat mendokong cita-cita perubahan tampuk pemerintahan Putrajaya daripada BN kepada PR. Pada awalnya, saya sekadar menjadi ahli biasa.
Namun atas permintaan orang yang meletakkan dirinya sebagai bos dan tuan ampunya yang mengilhamkan RTPJ, saya dijadikan sebagai salah-seorang 'admin'. Terdapat seramai 12 orang admin yg dipertanggungjawabkan oleh bos RTPJ.
Pada peringkat awalnya, segala-galanya berjalan baik. Saya mempromosikan RTPJ melalui artikel-artikel yang saya ulang-siar di weblog M@RHAEN. Selain itu, saya menambah masuk seberapa ramai rakan daripada page Laman Marhaen yang mempunyai lebih lima ribu rakan.
Daun Ketum sebenarnya lambang daun ganja |
Kemasukan ahli RTPJ semakin rancak menjelang Perhimpunan BERSIH 2.0. Beberapa hari sebelum perhimpunan BERSIH, ahli RTPJ telah melebihi 10,000 orang.
Sehari selepas selesai perhimpunan BERSIH 2.0, iaitu pada 10 Julai, saya dikejutkan dengan kehadiran sekeping foto yang bertajuk 'friendship' di mana seramai tujuh orang kuat RTPJ duduk bersama di meja yang menghidangkan minuman keras. Daripada tujuh orang, empat beragama islam termasuk bos RTPJ. daripada pengamatan saya, hanya seorang yg kelihatan segelas Cuppucino di hadapanya manakala yg lain, jenis minumannya agak meragukan. (gambar di bawah)
Hanya 1 orang Islam minum capucino (3 dari kiri) yang lainnya minum arak |
Akhirnya saya telah memperolehi maklumat yang mengesahkan mereka minum minuman keras termasuk 'montoku' iaitu sejenis tuak - pastinya memabukkan dan haram diminum oleh orang Islam.
Selama beberapa hari cuba mencungkil maklumat daripada kalangan admin, akhirnya mendapat kepastian, memang minuman keras itu menjadi minuman biasa kepada bos RTPJ! Malah, menjelang perhimpunan BERSIH 2.0, air daun ketum adalah menjadi semacam 'minuman harian' para admin RTPJ yang berkumpul di rumah salah-seorang admin wanita Islam. Wanita inilah yang menyediakan rebusan air daun ketum dan dijadikan minuman harian mereka. Bos RTPJ pernah menggunakan gambar daun ganja sebagai profile picture yang didakwanya sebaga daun ketum!
Setelah menyedari ada yang sangat-sangat tidak kena dengan para admin (kecuali dua tiga orang), saya membuat keputusan untuk mengambil-alih sementara pengurusan RTPJ kerana tidak mahu ahli-ahli yang telah mencecah lebih 13 ribu orang terpedaya dengan pimpinan seorang 'peminum'. Setelah diambil-alih, saya telah mengeluarkan kesemua admin dan berjanji mengembalikan RTPJ kepada mereka yang 'lebih sesuai' untuk memimpin RTPJ.
Sengaja saya ambil-alih untuk tempoh 48 jam kerana saya pasti dalam tempoh itu, sudah memadai untuk mendapatkan input-input yang berguna apabila semua yang terlibat melepaskan perasaan marah dan geram. Dalam keadaan marah dan geram dan di bawah sedar, memang manusia akan bertindak dan mengeluarkan apa saja yang selama ini tersimpan dan tersembunyi daripada pengetahuan orang lain.
Yop Tulang Sakah berbaju merah |
Maka timbullah ugutan-ugutan dari bos RTPJ - hendak memotong kesemua jari sesiapa yang telah mengambil-alih RTPJ. Dia akan lakukan sendiri! Wah, hebat - RTPJ sudah setaraf kumpulan mafia! Belum pun lagi dipilih menjadi pemimpin di PutraJaya, bos RTPJ sudah menunjukkan belangnya. Kalau dipilih jadi pemimpin, mungkin saya atau para penentangnya akan di'C4'kan! Beres!
Maka mengamuk sakanlah bos RTPJ menghantar SMS kepada semua admin. Mengamuk sakan sambil menyatakan sudah berbelas hari dia meninggalkan anak isteri demi menaikkan nama RTPJ! Mengamuk kerana meninggalkan keluarga tetapi bagaimana dengan meninggalkan solat lima waktu sehari semalam? Berapa lama pulak telah meninggalkan solat untuk menaikkan nama RTPJ? Rupa-rupanya, dia sudah ada jawapan seperti yang dipanjangkan oleh seorang sahabat.
Menurutnya, "Kesilapan manusia adalah: Mereka menganggap orang yang sembahyang lima waktu (sehari semalam) sebagai bersih!" Dengan lain perkataan, jika Islam tapi sembahyang tak cukup lima kali sehari pun, oklah tapi mau bersih! Orang Islam yang minum minuman haram pun, tak mengapalah, janji mau bersih! Aduh, ke mana RTPJ hendak di bawa?
Selepas kira-kira 48 jam, saya tunaikan janji saya untuk menyerahkan semula RTPJ kepada beberapa admin asal.
Suka kita bertanya manusia berpelajaran tinggi dan telah berusia 62 tahun (?) ini, akan tercapaikan hasrat untuk memotong sendiri jari-jari anugerah Allah kepada saya ini? Lupakah tuan, udara yang sedang tuan sedut keluar masuk ke dalam paru-paru tuan, juga, adalah anugerah Allah SWT.
Dalam usia sebegitu, ditambah dengan kandungan alkohol di dalam badan, sekiranya Allah 'sekat' kemasukan udara selama sepuluh minit pun, cukuplah. RTPJ entah ke mana, road to .... amat pasti. Sebagai orang Islam, setelah kita lupa dan tinggalkan Allah, jangan pula kita tambahkan lagi kemurkaan Allah dengan berlagak angkuh dan sombong. Itu bukan kriteria sebagai seorang pemimpin.
Pengerusi YADIM ditipu atau terbuta mata kerana perjuangan party? Dia menyertai Road To Putrajaya dan dilihat menyertai aktiviti RTPJ |
Terfikir juga, jika seseorang itu berjuang atas nama Allah, sujud mengingati Allah lima kali sehari semalam, tak mungkin mengeluarkan kata-kata dan bertindak sedemikian. Meminjam tagline RTPJ, 'Yang benar jangan dipertikaikan, yang salah jangan diselindungkan'.
Kesimpulannya: Belum pun menjadi pemimpin di PutraJaya, sudah nak potong jari orang. Kalau jadi pemimpin nanti, nak kerat 18 atau C4kan saja sesiapa yang menentang?
Tidak akan terjadinya 'projek mengambil-alih RTPJ' tanpa kehendak dan keizinan Allah SWT. Begitu besar hikmahNya kepada yang mahu melihat dan tunduk kepada kebesaran Allah. Terima kasih kepada semua yang telah memberikan 'tip-tip awal', input, maklum-balas, menyampaikan maklumat, mengesahkan beberapa perkara agar apa yang diperkatakan, tidak menimbulkan fitnah. Sekiranya saya kehilangan jari-jari anugerah Allah ini, anda tahulah angkara siapa.
Kepada para sahabat Laman M@RHAEN, Weblog M@RHAEN, terpulanglah kepada anda sekiranya masih mahu kekal mempertahankan kemungkaran bersama RTPJ. Kepada anda yang telah menambah rakan ke RTPJ, pohon maklumkan kepada mereka mengenai perkembangan mutakhir ini. Apa-apa sekalipun, saya tetap sujud, berserah kepada perlindungan Allah SWT untuk meneruskan perjuangan berlandaskan amal makruf, nahi mungkar ini. Yang baik itu hanya daripada Allah dan segala kelemahan adalah daripada saya sendiri. Wassalam.
Catatan: Bos RTPJ telah memberikan respons dengan membuat analogi: "Kalau kita duduk semeja dengan Cina yang makan babi, maka kita pun akan dituduh makan babi." Dalam gambar di atas, bukan soal duduk dengan Cina tetapi di atas meja, lebih banyak gelas arak daripada Cuppucino. Lebih ramai pemimpin RTPJ beragama Islam daripada yang bukan-Islam. Bos RTPJ cuma beri analogi tanpa menafikan mereka minum arak.... Taktik LM 'mendiamkan diri' dan membiarkan bos dan admin RTPJ menyerang - amat berjaya dalam mengukukkan dakwaan. Mereka sendiri telah dan akan terus mendedahkan salah-laku dan kejahilan mereka.
Apa yang paling nyata, bos RTPJ (Yob Tualang Sekah - YTS) dalam pelbagai posting sama ada di blog atau di Grup FB - tidak berani bersumpah dengan nama Allah SWT bahawa DIA TIDAK MINUM ARAK - sama ada dalam gambar berkenaan atau pun di tempat-tempat lain termasuk maklumat terbaru diterima, di bilik hotel sebelum dan selepas Perhimpunan BERSIH 2.0. Sebaliknya, beliau hanya menumpukan kepada isu remeh seperti memberi nama LM sebagai Laman Marhum - untuk mengalih tumpuan. Kita cuma menunggu dia bersumpah mengatakan dia tidak minum arak kerana LM ada saksi dan saksi berkenaan sudah memberikan persetujuan akan membuat kenyataan sekiranya YTS menafikan beliau minum arak.
Yob, kalau nak jadi pejuang dan pemimpin, kami sokong TAPI bukan dengan minuman keras dan air daun ketum - yang didakwa dalam SMSnya sebagai 'minuman rakyat'. Kalau masih tak percaya, cuba dapatkan pengesahan daripada admin-admin RTPJ, Shah Kesuma Jaya (Islam) dan Johnson Dos @ Hazran Abdullah. Tapi, mereka pun sama-sama 'kaki minum'... Namun begitu, admin RTPJ Regi Lim yang jahil mengenai hukum-hakam agama Islam secara tidak disedari, sudah membuat pengakuan terbuka dengan bertanya "What has booze got to do with political struggle?". Beliau mempertahankan tindakan para admin RTPJ (termasuk bos RTPJ yang beragama Islam) minum-minum dan mabuk-mabuk. Beliau menyatakan perjuangan politik mereka itu lebih penting daripada mempersoalkan admin yang kaki mabuk.
Mereka terlupa kata-kata keramat pihak polis ketika melakukan tahanan: "You have the rights to remain silent or anything you say may be used against you in a court of law." Tak payah masuk court, di sini pun, komen-komen mereka (termasuk YTS sendiri) telah banyak memakan diri sendiri. Mereka perlu membaca 'Sun Szu Art of War'...... Lagipun, perkara ini terdedah atas kehendak Allah. Jika Allah berkehendakkan sesuatu terjadi, maka jadilah ia. Janganlah kita sebagai makhluk dan hambaNya cuba mempersoalkan tindakan Allah. Setiap kejadian Allah, mempunyai hikmahNya yang tersendiri. Wallahu'alam bissawab.
Sekiranya anda merasakan info ini berguna, terutamanya dalam menyelamatkan aqidah umat Islam yang menyokong dan bersyubahat dengan kegiatan kemungkaran terhadap Allah SWT, sila kongsi/share di Facebook masing-masing. Mudah-mudahan Allah akan merahmati usaha kecil kita mempertahankan kesucian Agama Allah ini. Amin.
-------------------------------------------------------------------------------
Warga FaceBook Pro-Pakatan: Anda yang menyertai Road To PutraJaya (RTPJ) melalui promo Laman M@RHAEN dan sahabat-sahabat Laman M@rhaen, Weblog M@rhaen, terutama yang beragama Islam, SILA TARIK DIRI daripada Grup berkenaan dengan segera.
--------------------------------------------------------------------------------
Dipetik dari Blog .marhaen.
Tom, tom bak..
ReplyDeleteMinum air ketum..
Buih melambak-lambak..
BERSIHkan badan, mandi air longkahg..
arkhttt..ptuihhh!!!