Wednesday, October 27, 2010

Ada perjanjian sulit di Galas?

Benarkah ada Perjanjian Sulit yang kita tak ketahui di Galas? Sumber ini mengatakan PAS sepatutnya  menghormati perjanjian tersebut dengan tidak bertanding di Galas...
http://www.thestar.com.my/columnists/story.asp?col=joceline&file=/2010/10/26/columnists/joceline/7298738&sec=Joceline

Jika benar, mungkin kerana peranan YBM Tengku Razaleigh merampas Kelantan dari BN dengan penubuhan Kerajaan Semangat46-PAS 20 tahun dulu...anak anak muda sekarang mungkin tak tahu sejarah ini dan yang tua pula buat buat lupa...

Menolak mitos umum hubungan "terlebih baik" Istana dengan sebelah pihak (PAS)

Bagaimanapun menurut artikel itu lagi dan tanggapan umum sekarang kononnya Sultan Muhammad V baik sangat dgn MB??? Pendapat peribadi saya, sebagai menghormati orang tua tentu Sultan Muhammad V akan berbaik dengan semua orang yang lebih tua termasuklah MB Kelantan. Tapi itu tidak bermakna Baginda membenci UMNO.

Seperkara yang lain yang mungkin orang tak tahu, Baginda Sultan seorang yang zuhud. Di kalangan pelajar ugama sistem pondok, Baginda adalah anak mured Tuan Guru Allahyarham Hj Abdul Rahman, ulama pondok yang terkenal di Kelantan. Untuk pengetahuan semua, keutamaan belajar dari ulama pondok (yang mengamalkan Islam Ahlul Sunnah Wal Jamaah) dan pembelajaran kitab kuning adalah kemestian bagi golongan istana di Malaya sejak dulu. Apatahlagi Baginda Sultan adalah keturunan ulama Syeikh Jamaluddin Al Kubra, ulama terbilang di Nusantara. 

Firasat saya, apabila sistem pondok bertembung dengan fahaman Wahhabi, tentu akan berlaku konflik. Ini kerana setelah kematian Tok Guru Abdul Rahmanlah Nik Aziz berani mengeluarkan "fatwa" yang pelik pelik mengenai ugama. Perbuatan ini walaupon ditegah dan dinasehati cara baik oleh Tok Guru Pondok yang lain  tidak berjaya menghalang MB tersebut dari terus berfatwa.

 Bagaimanapon saya bersyukur kerana akhirnya lagenda Sultan Aulia (ulama) yang bermula dengan Kesultanan Kelantan di hidupkan kembali....oleh Baginda Sultan setelah sekian lama di hijack oleh Nik Aziz. Dalam Sejarah Kelantan, Raja Jembal iaitu leluhur keturunan Nik Aziz adalah orang pertama dihukum HUDUD (dihukum bunuh kerana membunuh Permaisurinya sendiri yang juga sepupu kepada Long Ghafar). Hukuman HUDUD ke atas Raja Jembal ini dijalankan  di Kelantan oleh Long Ghafar. Ini menjadikan  Raja Jembal sebenarnya musuh tradisi kepada keturunan Long Yunus dan Long Ghafar di Kelantan!.

Selain itu lihat lagi alasan ini kenapa saya katakan  Baginda Sultan sebenarnya tidak serapat dan intim dengan Nik Aziz seperti yang disangka ramai.

Alasan 1- Sultan adalah anak mured Tuan Guru Abdul Rahman, ulama pondok dan pakar tasawuf terkenal di Kelantan, mengaji Kitab Kuning dan berpegang kepada Islam Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Pendapat Islam ASWJ mengenai fahaman Wahhabi adalah seperti deklarasi 3 pondok pengajian ugama yang tertera di bawah:-


Alasan ke 2
-Beberapa muzakarah ulama pondok beberapa kali di Kelantan mengesahkan fahaman Nik Aziz adalah Wahhabi dan dah amat berbeda dengan pegangan Islam ASWJ-Pegangannya dapat dilihat melalui karangan kitabnya dan isi ceramah ugamanya. Malah muzakarah Tok Guru Pondok di Kelantan dan Terengganu telah menolak Fahaman Wahhabi Nik Aziz seperti bukti deklarasi bersama yang ditandatangani oleh 3 Tok Guru Pondok terkemuka di Kelantan iaitu dari Madrasah  Addiniyah, Geting dan Najmiaah.- Rujuk gambar di atas dan artikel http://leekubo.blogspot.com/2010/10/tok-ayah-zid-kedai-lalat.html

Petikan penting dan rujukan lanjut dari artikel serta bukti penyelewengan  tersebut di sini

 " Berikut ialah beberapa kajian dan bahan bukti yang akan memberi kita faham dengan jelas tentang gerakan senyap Kaum Muda dan Wahabbi Salafi yang sedang mengancam aqidah umat islam di negara ini. SILA KLIK http://www.docstoc.com/ 


UNTUK CARIAN TAJUK-TAJUK BERIKUT


· Bangsa Melayu Mengikut Ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah


· Tok Ayah Zid Kedai Lalat


· Kuasa Tiang Kepada Cita-Cita


· 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah


· Jaringan Wahabbi Sdn Bhd


· Jom Kenali Dr Maza & Co


· Ahlul Bait Yang Dicerca

SILA KLIK   http://www.4shared.com/


UNTUK CARIAN TAJUK-TAJUK BERIKUT


· Rasulullah Budak Kampung


· Maulid Tandingi Krismas


· Sifat 20 Tidak Wajib (Nik Aziz)


· Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 1)


· Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 2)


· Asma’ Wa Sifat (Hadi Awang)


· Sifat 20 – Dr Mohd Asri al-Wahabbi


· Sifat 20 – Rasul Dahri al-Wahabbi


· Sifat 20 – Fathul Bari al-Wahabbi


Taklif pengkaji telah pun selesai, maka terserahlah kepada budi bicara pembaca sekalian untuk menerima ataupun sebaliknya. Bagi mereka yang mendapat hidayah, maka bertindaklah mengikut kadar upaya tangan (kuasa/undi), lidah (dakwah/hebahan) atau hati (doa) bagi mempertahankan aqidah hakiki Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang bersendikan mazhab tauhid Imam Abu Hasan Ali bin Ismail al-Asy'ari ra dan Imam Abu Mansur al-Maturidi ra; mazhab feqah Imam Abu Hanifah ra, Imam Malik bin Anas ra, Imam Muhammad as-Syafie ra atau Imam Ahmad bin Hanbal ra; mazhab tasauf Imam Ghazali qsa dan Imam Junaid al-Baghdadi qsa.
FAKEH KHALIFAH SAKA Email:- fakeh@hush.com"

Alasan 3 Peguam UMNO Datuk Shukri dan Ahli Majlis Perajaan Kelantan  adalah orang bertanggungjawab meminda peruntukan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Kelantan bagi menbolehkan krisis istana Kelantan berakhir dgn baik. Dengan itu pemasyuran Tengku Faris sebagai Sultan Muhammad V tidak boleh dipertikaikan!


Petikan dari blog Penghuni Gua mengenai Datuk Syukri http://arifomar.blogspot.com/2010/09/krisis-kesultanan-kelantan-tahniah.html

 Walau pun beliau aktif berpolitik dan pernah menjadi ahli parlimen , tetapi dalam hal krisis / kemelut ini, beliau berjaya memisahkan diri dari politik dan begitu profesional dalam menjalankan tanggungjawab beliau bagi memelihara Institusi Kesultanan ini dan secara tidak langsung dan secara langsung membantu kerajaan negeri yang diterajui oleh PAS mengatasi krisis ini. Beliau berada di tengah dan bertindak hanya untuk menamatkan kemelut ini.

4. Dari kebijakkan, keberanian beliau , akhirnya kemelut ini nampaknya menemui jalan penyelesaian walaupun masih jauh. Ini semua kerana keikhlasan beliau . Tahniah Datuk. Semuga usaha Datuk berterusan dan di redhai Allah hendaknya. Semuga Datuk terus dapat mempertahankan dan memelihara Institusi ini . Banyak sangat pihak yang nak ambil kesempatan bagi meruntuh dan melemahkan Institusi ini. Termasuk mereka yang berprofesion seperti Datuk  "

Kesimpulan
Mungkin perjanjian sulit itu wujud dan seeloknya jika benar dakwaan penulis Star maka  PAS sepatutnya menghormati "Perjanjian Sulit" supaya tak bertanding di Galas

Bagi mereka yang dah mendapat hidayah dan mengetahui fahaman sebenar Nik Aziz-seperti kata artikel ugama "Tok Ayah Zid Kedai Lalat", bertindaklah mengikut kadar upaya tangan (kuasa/undi), lidah (dakwah/hebahan) atau hati (doa) bagi mempertahankan aqidah hakiki Ahlu Sunnah Wal Jamaah !

Apakah pemesongan fakta yang mengatakan Baginda Sultan terlebih baik dengan PAS  ini disengajakan bagi melupakan jasa jasa UMNO dalam menyelesaikan krisis Istana di Kelantan tanpa mengambil sebarang kesempatan bagi mengelirukan rakyat supaya undi di Galas berpihak kepada PAS? Mungkin pembaca boleh lihat sejarah gambar ini untuk keterangan bahasa badan dalam blog Bumiyang http://bumiyang.blogspot.com/2010/09/dymm-seri-paduka-sultan-kelantan.html


Pegawai Protokol Istana menghadang Nik Aziz yang mahu mendahului Sultan bersalaman dengan
         rakyat. Nik Aziz berbaju pink di tutup oleh Pegawai Protokol Istana ( dibelakang) bagi
         mendahulukan   Sultan berjubah puteh berada di depan dan bersalaman dengan pengunjung masjid
         selepas solat Jumaat

Bahasa badan tidak boleh ditipu-Sultan juga berdakwah supaya Islam Ahlul Sunnah Wal Jamaah kembali bercahaya di bumi Serambi Mekah!

p/s cubaan mengaitkan Sultan dengan sesuatu parti politik hanyalah tipu daya -jangan libatkan Sultan dalam politik kerana Sultan adalah berada di atas politik.





4 comments:

Anonymous said...

kesian kamu.

menganut islam secara diwarisi bukan secara pembelajaran dan pengamalan.

Anonymous said...

Adakah penulis nak mengatakan umno-bn lebih Islamik dari Nik Aziz yg kononnya wahabi?

Tok Najib, Ku Li, Tok Pa lebih alimkah dari Nik Aziz?

"ada perjanjian sulit di galas?"

mana perjanjiannya?

Anonymous said...

Anon 9:49 AM

Begitulah lagak Wahhabi-semakin dibongkar dengan segala bukti seperti yang diletakkan rujukan dalam artikel, semakin menghalang kebenaran terserlah

Anonymous said...

Anon 1032 AM

sila jawab soalan ini
1-apa hukumnya seseorang yg menafsir ayat quran tanpa guna istiwa dan menyamakan sifat Allah dgn sifat manusia seperti Allah ada tangan, telinga dan lain lain?
20sila baca balik hukumnya sebelum nak tuduh orang
2-artikel ini memmbincangkan pasal pemimpin yg menafsir ayat Quran sesuka hati, dan menyatakan kesahana kefahaman Wahhabi- ini bukan artikel politik-yg jumud kat pemimpin itu sangat apa hal?