Kongsi Ilmu

Thursday, January 7, 2010

Antara Subjudis, Menghina Mahkamah dan Kedangkalan Perterjemahan Perlembagaan Malaysia

Alhamdulillah, doa orang Islam dimakbulkan Allah. Terkini dari Utusan Malaysia:- Penggunaan Kalimah Allah oleh Bukan Islam ditangguh demi kepentingan negara.

Nampaknya Lim Kit Siang tak nampak sensitiviti isu ini dan telah menimbulkan kemarahan umat Islam. Terkini lebih 75,000 orang dah tandatangani petisyen menegah penggunaan kalimah Allah di sini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0106&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm dan

keputusan mutakhir rayuan Kementerian Dalam Negeri di Mahkamah Rayuan mengenai Penggunaan Kalimah Allah oleh Bukan Islam di sini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0106&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_22.htm


Bagaimanapon ada seorang pak tua dalam dunia politik tanah air sedang cuba bermain api dengan menjolok sarang tebuan. Kali ini Menteri Kabiet Datuk Nazri Aziz pula nak diseret ke mahkamah kerana kenyataan beliau di dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini menghina mahkamah. Lihat kenyataan dalam blog Lim Kit Siang di sini http://blog.limkitsiang.com/2010/01/06/nazri-would-have-been-arrested-and-charged-for-serious-offences-including-contempt-of-court-for-saying-what-he-said-about-the-kl-high-court-judgment-on-the-allah-issue-if-he-is-in-pakatan-rakyat/


Lihat dalam konteks yang lebih besar, berbaloikah kita menyokong pemimpin yang sempit fahaman politiknya dan dangkal penterjemahan ke atas Perlembagaan Malaysia? Bayangkan kes sensitif yang boleh menyebabkan tergugatnya keamanan dan keharmonian awam disamakan dengan kes subjudis anaknya kerana mengeluarkan kenyataan berbaur tohmahan yang boleh menggangu dan membantut siasatan inkues ke atas kematian Teoh Beng Hock!

Sudah jelas terang lagi bersuluh perjuangan Lim Kit Siang adalah perjuangan peribadi anak beranak dan sempit bidang litupannya (hanya berdasarkan perkauman seperti konsep Malaysian Malaysia DAP)



Lihat komen Tun Dr Mahathir berkenaan isu Kalimah Allah disini dan bandingkan dengan kenyataan Lim Kit Siang di atas.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0106&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm



Jika dibuat perbandingan Lim Kit Siang dengan Lee Lam Thye pon jelas bahawa Lee Lam Thye jauh lebih matang dan baik dari Lim Kit Siang. Rujuk perbandingan watak Lee Lam Thye berbanding Lim Kit Siang dan wadah perjuangan Lee Lam Thye yang lebih meluas seperti di dalam artikel saya yang terdahulu di sini http://anakbukitgantang.blogspot.com/2009/12/lee-lam-thye-bukan-dap.html

1 comment:

  1. Melayu perlu lebih peka.
    ---------
    Inginkan keluarga anda sihat sentiasa? woongjinCoway

    ReplyDelete

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras