Kongsi Ilmu

Thursday, September 10, 2009

Isu Kecoh Kuil tak timbul jika PBT dan penjawat awam diberi peluang buat kerja! Pandangan Rakyat telah lama dipraktik oleh Kerajaan BN!

Dalam meluluskan Pelan Struktur Kuala Lumpur, DBKL telah mengadakan Pendengaran Awam bagi 9 kawasan parlimennya. Begitu juga Putrajaya, telah mengadakan Pendengaran Awam bagi Rancangan Sruktur dan Rancangan Tempatan Putrajaya.

Rancangan Sruktur adalah garispanduan pembangunan yang melibatkan sosial, ekonomi dan lain lain termasuklah pembinaan sekolah, tadika, taska, pusat perniagaan, hotel dan pusat hiburan. Dalam hal ini, semua infrastruktur yang telah sedia ada dan akan dibangunkan diambil kira. Begitupun impak dan kesan dari segi sosial dipertimbangkan sedalam dalamnya sebelum sesuatu RT dan RS diluluskan untuk diwartakan.

Pendengaran Awam pula adalah proses di mana pandangan rakyat di ambil kita sebelum Rancangan Sruktur dan Rancangan Tempatan sesebuah bandar di wartakan.

Pembinaan kuil di seksyen 19 Shah Alam tidak pernah digazetkan dalam mana mana rancangan struktur dan Tempatan Shah Alam. Menurut NGO Islam yang saya temui, kerana berurusan dengan mereka, kuil itu telah menceroboh masuk ke dalam kawasan rezab surau. Surau itu pula asalnya tanahnya telah diwakafkan oleh orang Islam. Jadi claim yang mengatakan kuil tersebut wujud 150 tahun boleh dipertikaikan.

Modus operandi pembinaan kuil di negara ini selalu secara stake and claim macam stake and claim lombong emas di wild wild west Amerika Syarikat. Caranya begini:-

Dapat sahaja kawasan yang sesuai, tak kira tanah siapa akan dicacak incense stick. Jika incense stick ini tidak dibuang segera, maka lama kelamaan, dari beberapa cucuk incense stick, selang beberapa bulan akan muncul rumah kotak sebesar 2 kaki x 2 kaki! Tentulah pendirian rumah kotak itu sebenarnya pada asanya telah melanggar Akta Parit, Jalan dan Bangunan sebab tidak mendapat kelulusan Permit Mendirikan Bangunan.

DBKL dan Perbadanan Putrajaya telah memperuntukan beberapa lot tanah / kawasan yang telah dikenalpasti sebagai kawasan rumah ibadah berdasarkan populasi penduduk. Disebabkan majoriti penduduk adalah berugama Islam, maka lot tanah yang diperuntukkan untuk masjid dan surau tentulah lebih banyak dari tok pekong dan kuil. Saya yakin, mana mana PBT lain juga mempunyai Standard Operating Procedure (S.O.P) yang sama.

Kekecohan yang berlaku di Seksyen 23 Shah Alam tidak sepatutnya berlaku. Jika MBSA dibenarkan membuat kerja secara S.O.P , tentulah Pendengaran Awam telah dibuat! Itulah pembangkang, asyik membangkang semua langkah, penjawat awam dibelakangkan, prosedur dan peruntukan undang undang tidak diikuti, hak rakyat ditindas, sudahnya kecoh sebab gagal tadbir negeri!

Rujuk laporan akhbar berikut dan komen Dr Khir Toyo

Pembinaan kuil tak ikut proses - Khir
SHAH ALAM 9 Sept. - Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menegur kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa tidak mengikut proses sepatutnya dalam melaksanakan pembinaan rumah ibadat bukan Islam di negeri itu.
Beliau berkata, Abdul Khalid yang juga Menteri Besar Selangor ketika ini dilihat mengamalkan cara yang kurang sesuai bagi membolehkan rumah ibadat itu dibina di kawasan Seksyen 23 meskipun kerajaan negeri telah memperoleh lokasi baru bagi menggantikan lokasi asal yang mendapat bantahan keras daripada penduduk.
Menurut beliau, dalam pembangunan rumah ibadat bukan Islam di kawasan umat Islam, kerajaan negeri sepatutnya mendapatkan pandangan penduduk berhampiran kawasan itu terlebih dahulu, bukannya persetujuan daripada Jawatankuasa Kuil Sri Maha Mariaman di Seksyen 19.
Ini kerana katanya, penduduk Melayu dan Islam berhampiran kawasan berkenaan merupakan golongan yang terpaksa menerima kewujudan rumah ibadat Hindu itu di kawasan mereka yang tidak pernah ada selama mereka tinggal di situ.
"Jadi perkara inilah yang perlu diberi perhatian. Dapatkan pandangan penduduk setempat dan jika mereka setuju barulah dapatkan pandangan jawatankuasa kuil dan seterusnya dibincangkan dalam mesyuarat Exco," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah kerajaan negeri mencari tapak baru kuil berkenaan bagi menggantikan tapak cadangan asalnya yang mendapat bantahan majoriti penduduk Islam Seksyen 23 sehingga mencetuskan pergaduhan sebelum ini.
Tambah Mohamad Khir, bantahan penduduk Islam Seksyen 23 terhadap kerajaan negeri sehingga hampir mencetuskan pergaduhan adalah berpunca daripada sikap kerajaan negeri yang sambil lewa dengan prosedur pelaksanaan berkaitan dengan pembinaan rumah ibadat bukan Islam.
Ini kerana katanya, tapak cadangan asal berhampiran dengan kawasan penduduk Islam yang diputuskan oleh kerajaan negeri sebelum ini dibuat tanpa mengambil kira pandangan penduduk Islam di kawasan itu terlebih dahulu.
Sebaliknya beliau memberitahu, tapak cadangan asal kuil itu diputuskan hanya menerusi perbincangan antara kerajaan negeri dengan jawatankuasa kuil Seksyen 19, tidak termasuk penduduk Seksyen 23.
"Mereka patut tahu dan faham apa maksud pendengaran awam sebenarnya. Pendengaran awam ialah mendapatkan pandangan penduduk yang akan menerima projek dan pembinaan rumah ibadat itu di kawasan mereka," jelasnya.
Abdul Khalid ketika bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco hari ini memberitahu kerajaan negeri tidak akan mengadakan perbincangan dengan para penduduk berhampiran Seksyen 23 di sini berhubung tapak baru kuil Sri Maha Mariaman yang dicadang dipindahkan ke kawasan itu dari Seksyen 19, buat masa ini.
Menurut Abdul Khalid, perbincangan dengan penduduk mengenai cadangan baru itu tidak menjadi keutamaan kerana sebelum kerajaan negeri membuat sebarang keputusan ia haruslah mendapatkan persetujuan daripada Jawatankuasa Kuil Seksyen 19 terlebih dahulu.

2 comments:

  1. pemimpin pr ini sebenarnya bodoh sombong. saya lihat jyga bersepah dalam hutam dan dijalan lebuhraya karak tu tak ada orang pun, tapi kuil buat jyuga. tak ada pulak kata jauh dari rumah dan sebagainya. ini le kalau dapat pemimpin bodoh yang tak boleh diajar

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya wujud macam satu pakatan dan usaha untuk meletakkan incence stick yg akhirnya jadi kuil di mana mana shj supaya boleh stake claim...perkara ini perlu ditangani segera- dlm hal ini saya rasa ianya terletak dlm kawasan gombak, maka majlis tempatan yang berkenaan-Majlis Perbandaran Selayang perlu lihat balik Rancangan Strkur dan Rancangan Tempatan itu tangani isu Pendirian Struktur Sementara/Kekal Tanpa Permit/bangunan haram berkenaan.

    ReplyDelete

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras