Kongsi Ilmu

Friday, September 11, 2009

catatan buat pemburu malam Lailatul Qadar

Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan. Lailatul Qadar diburu oleh segenap umat Islam. Yang berhajat mahukan doanya dimakbulkan. Yang zuhud dan cintakan alam akhirat mendambakan dirinya semata mata untuk Allah.



Lailatul Qadar tersembunyi dalam sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Malam malam itu pula terdiri dari malam yang ganjil angkanya iaitu malam ke 21,23 sehinggalah ke akhir Ramadhan.



Insan yang menemui malam tersebut akan berasa dirinya sejuk, hatinya hiba dan sedeh atas segala kesalahan yang telah dilakukan. Bila berdoa pada saat dan ketika Lailatul Qadar pula dirinya berasa sejuk dan menggigil, kerana takutkan Allah. Pada malam itu, malaikat tak henti henti menyampaikan rahmat Allah sehinggalah azan subuh. Malam Lailalatul Qadar sepi tanpa angin, langit tiada bintang. Pagi Lailatul Qadar selalunya redup kerana sinar mentari ditutupi sayap malaikat yang kembali ke Arasy.



Apapun satu formula dari Imam Ghazali boleh digunapakai untuk menemui malam tersebut, insyaallah.



Di sini diperturunkan formula tersebut untuk pemburu malam Lailatul Qadar.



Jika awal Ramadhan bermula pada hari berikut Lailatul Qadar jatuh pada malam ke-



1- Ahad / Rabu 29



2- Isnin 21



3- Selasa/ Jumaat 27



4- Khamis 25



5- Sabtu 23



Pada tahun ini Lailatul Qadar dijangka jatuh pada malam 23 Ramadhan atau malam Ahad bersamaan 12 Sept 2009 masehi (Hari Sabtu Malam Ahad mengikut kalendar Islam)



Sama samalah kita berdoa supaya kemelut yang melanda umat Islam di MALAYSIA dan sedunia diselesaikan dengan cara terbaik dan kemenangan berpihak kepada umat Islam. Ramadhan kini tiada makna bagi saudara kita di Palestine, Pattani, Sulu/Mindanao, Urumqi China, India, Sri Langka, Chechya Rusia, dan banyak lagi negara yang ditindas dan dizalimi secara zahir. Semoga penyelesaian konflik tersebut akan berakhir dan keganasan serta penindasan terhadap umat Islam tidak merebak ke Malaysia. Amen.

untuk bacaan semua disini http://melayulupalagi.blogspot.com/2009/09/institusi-pondok-dalam-pemerhatian.html



No comments:

Post a Comment

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras